Wednesday, June 10, 2009

Cadangan Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

Saya mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Saya ingin menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. "Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting,"

42 comments:

Anonymous said...

wei Mahfuz, baru sari dua hang jadi naib presiden dah nak mendahului presiden.

biarla presiden nyatakan pandangannya sapa yg dia nak pilih. kalau hang nak cadang pon, cadang la dalam mesyuarat.
bukan main sembur dalam media mcm ni.

terlebih sudu dari kuah....

wan said...

Saya tak setuju mahfuz kecoh sebegini, membawa budaya kempen UMNO dalam jemaah.

Bagaimana nak thiqah pada anta yang laju dari kerja bermusyawarah?

Aku bagaikan merasakan AJK Pusat dan Pimpinan Presiden tu jenis bodoh dan dungu sahaja. Kalau tak masakan mahfuz boleh kempen sebegini.

umar said...

Inilah masalahnya bila tidak ada adab dalam berjamaah.

kamarul said...

ini bukan mcm UMNO. Tapi lagi terok daripada UMNO.

Dlm UMNO, naib2 Presiden dia tak pernah buat statement terbuka nak cadang sesiapa utk jawatankuasa tertinggi parti. semua serah kat Presiden.

tapi si mahfuz ni bawa budaya apa pun tak tau. mcm budaya yahudi.

Anonymous said...

Minta YB Mahfuz buat permohonan maaf kpd Tuan Guru Presiden dan semua ahli PAS.

Anonymous said...

geng PAS totok nih kadang2 memualkan.. susah nak trima pembaharuan..
apa salah YB Mahfuz? melontarkan idea yg bernas pun salah??
dia cma menyampaikan kehendak grassroot mcm kami!

wan said...

Kami rela dipanggil totok kerana menegur Pimpinan yang tak pandai nak bersangka baik dengan keupayaan musyawarah dalam AJK Pusat.

Bagi tahu media buat apa? Bukan rakyat yang undi.

Anonymous said...

Salam,

Bagus pendapat Hj Mahfuz, baik utk redakan masalah dalaman yg berlaku dalam PAS sekarang.

Ia pendapat, dan bukannya Keputusan sampaikan kena minta restu dari Presiden.

Adat2 berjemaah pun izinkan kita keluarkan pendapat... kalu tak boleh bagi pendapat sendiri, baik jadi mcm UMNO (bagi pendapat terus buka file rasuah), MIC (bagi pendapat terus kena ugut dgn ganster), PPP (bagi pendapat terus kena pecat), MCA (bagi pendapat terus buka kisah hitam yg lama2 - skandal)...

kpda YB, teruskan usaha Mantapkan PAS dari DAlam dan Luar.

Takbir !!

MahfuzOmar said...

Terima kasih kepada semua yang memberi respon, apa yang saya ingin tegaskan disini ialah, ini adalah pandangan atau cadangan semata-mata,walaubagaimanapun keputusan masih berada di tangan pucuk pimpinan khususnya Dato Seri Presiden

Wallahualam

Anonymous said...

memang la bole bagi pendapat...tapi ada saluran dia...bila dah mesy nanti cakapla apa pun nak cakap...bukan mcm UMNO atau PKR - sikit2 nak hentam kat media.

sham said...

apa motif pandangan dan cadangan enta diletakkan dlm blog untuk tatapan umum.

seolah-olah nak beri tekanan kepada Presiden dan dewan harian.

ni mesti kena suruh dgn Husam and the geng....

Anonymous said...

andaian - Mahfuz adalah suara team Erdogan dalam dewan harian.

Anonymous said...

Berani nyatakan pendapat, itulah pimpinan PAS yg kita nak.

Jgn jadi pimpinan PAS yg semua 'takut' bagi pendapat dan sampaikan satu kerja pun tak boleh buat.

sebagai Naib Presiden dan pimpinan Jemaah Islam PAS, ana thiqah pada nta.

Takbir!!

Anonymous said...

Mudahnya ntum semua melabelkan seseorg.

kalu mcm tu, Tok Guru Nik Aziz termasuk dalam team erdorgan jugaklah kalu mcm tu.

PM Turki Erdorganlah org hebat, berani jatuhkan imej presiden Israel di mata dunia. ada ke pemimpin Islam lain sggp dan berani mcm tu?? Arau Saudi, Syiria, Indonesia, Malaysia dll... semua penakut.

Sepatutnya kita sokong Erdorgan dan kutuk org2 spt Mustapha Kamal Artatuk. pelik2 org kita

Hidup Erdorgan, PM Turki!!

Ttg isu kerajaan Perpaduan pun dah selesai, pimpinan PAS bukan nak bawa PAS masuk BN. Tapi nak bincang utk kebaikan bersama - cthnya Isu Islam. Dgn DAP dan PKR kita boleh 'bincang', takkanlah dgn UMNO, MCA,MIC kita tak boleh bincang.

Hebat Naib Presiden kita yg baru ni, teruskan usaha tuan. Smga PAS terus mantop!

Takbir!!

erbakan said...

elok la hang sokong Erdogan Turki.

Erdogan Turkilah yang menhalalkan pelacuran diTurki semata-mata nak masuk Eropah.

Erdogan Turkilah yang membnarkan tentera US mendarat di Turki sebelum menyerang Iraq.

Erdofan Turkilah juga yang telah terang-terang mengaku bahawa beliau adalah "SEKULAR".

kalau hangpa nak sokong, sokongla. Aku tak sokong.

Anonymous said...

ebarkan;

Erdorgan dan Mustafa Kamal Artatuk mana lebih baik?

yg menaikan imej Islam dan menjenamakan Islam semula pada zaman Sekular Turki masih berkuasa agak2nya siapa ya? Erdorgan.

Pimpinan sebelum ini semua ikut 100% Sekular dan Barat. Sekurang2nya Erdorgan dan mengurangkan kuasa team Sekular Turki yg didokong oleh Tentera skrg dari berkuasa Mutlak.

nak bawa perubahan bukan mudah tuan, kena berperingkat2.

sseperti juga di Malaysia, dulu DAP tak boleh terima PAS, skrg Alhamdulillah mereka boleh terima PAS.

bergitu juga dengan org Cina dan India, sebelum ini mana boleh? skrg dan boleh, malah dah ada Kelab Penyokong PAS yg keahliannya melebihi 20,000 org. Alhamdulillah.

Sepatutnya kita hentam adalah org UMNO/BN dan bukannya pimpinan sendiri.

Takbir!

Erdorgan Junior

Erbakan said...

Erdogan dan Kamal Attartuk, dua-dua tak boleh pakai.
Yang boleh pakai Erbakan saja.

sama kat Malaysia, UMNO dan PKR dua-dua tak boleh pakai.
Yang boleh pakai PAS sahaja.

Anonymous said...

gila la hampa semua...
YB baru bagi cadangan dah tibai kaw kaw.... mmg la nak tunggu mesyuarat..
kita bukan mcm UMNO, kita walupun bagi cadangan, tak semestinya AJK tertekan dengan cadangan nie...
takkan nak bagi cadangan kat umum pun salah..
otak UMNO gak hampa pun..
Aku sokong YB kalau bagi cadangan.
takkan takut kot dengan cadangan...
hampa pun dah terikut ngan UMNO (bab puak puak erdogan la apa laaa)
rileksss arr Beb....
aku geng pemuda umo 25 sokong YB bagi cadangan..
baru cadangan...
bukan keputusan...
hampa reti bezakan dak...
bangang..
sokong YB...
Takbirrr...

Anonymous said...

aku dan keluarga dah lama dalam PAS, pegang pelbagai jawatan peringkat kaw,mtd dan caw.

terus terang aku cakap, kami terkejut dgn apa yg berlaku ini,kami akan terus bersama PAS tapi percayala it will never be same again.

tak sangka tghh,ust nasa punya fikiran begitu rupa.kecewa sungguh kami, di cawangan saya telah mula nampak ahli ahli majoritynya akan berundur dr membuat kerja kerja parti secara aktif,mereka hampir semua menunggu isharat dr tok guru nik aziz.

kalau ikut perasaan byk benda nak luahkan tapi tak elok.aku tgu je di tempat aku bila ada ustaz2 ni dtg aku nak persoalkan macam macam boleh tak depa jawap.masa pr kebykkan depa ni duduk markas makan biskut kering bersembang, ish dah la.

bezanya skr tukang komen menyokong UG ni termasuk dr UMNO dan segelintir dr PAS, so jgn ingat kami tak cerdik macam hampa.

kasim kajang said...

yb mahfuz

tolong teruskan usaha itu, saya percaya ramai ternanti nanti dgn keputusan dewan harian.

saya sendiri penyokong tegar PAS akan berundur dr bertugas dan menyumbang utk PAS jika husam,abg mat dan lain lain tidak di beri tempat.bukan sebab kerana nama mereka tapi prinsip dan operation strategi politik mereka.

rata rata saya tanya pendapat jemaah kita, kata depa ni dah melampau, bila depa buat statement atau program yg secara terus kempen utk ust nasa semua ok sebab depa ulama dan ustaz, bila husam buka mulut tidak wala dan sbgnya.

kami amat khuthir dgn din tantawi, approach kpd pemuda akan syok sendiri dlm linkungan pas sahaja.

kassim bangi said...

kpd kassim kajang, elok anda berundur sekarang. tak perlu tunggu keputusan harian.

kalau betul kita ahli jamaah, tak kira siapa yang diputuskan oleh Harian kita kena terima dan patuh. bukan beri syarat mcm tu.
PAS pun tak ingin usaha dan sumbangan orang yang tidak ikhlas mcm anda.

kasim kajang said...

kassim bangi

kamu kata

"PAS pun tak ingin usaha dan sumbangan orang yang tidak ikhlas mcm anda"

bagus la macam tu, pergi tanya ambil statistic dun bangi tengok upu mana yg menang dan yg kalah.

tahun 99 dr shafee menang kajang camne ek? 54% melayu saja,kat mana dia menang ek? strategi apa kita guna ek?

tahun 08 parlimen hulu langat melayu hanya 52%,dr che rosli menang -+ 1700,hanya 2 upu maj melayu dr. rosli menang,sjn impian and tmn delima.ada lebih 50 upu.upu sg long dr menang 1501 hampir 99% pengundi cina.strategi apa kita guna ek?

biarla org yg ikhlas macam awak bekerja dan ahli spt kami ni rehat.yg penuhkan usrah siapa? kamu ke?

sebenarnya ramai ahli macam kamu ni, melenting bila di tegur.favourite word korang jgnla cepat melatah..entahla

kasim bangi said...

menang pilihanraya bukan segala-galanya bagi kita.
untuk apa menang kalau usaha tidak ikhlas.

pandai pula nak letak syarat - kalau Harian tak lantik si polan si polan maka saya nak berundur.

sia-sialah usaha anda

Anonymous said...

alahai KASSIM!!
pe kes nih?? rilek arr..
sma2 parti pun nak gado2..
cmne org bkn islam nak respek???

bermaafan sesama kita!

matradin said...

Assalamualaikum YB,

Tahniah dan syabas di atas cadangan YB tu, pada saya sebagai orang yang berada di luar jemaah PAS merasakan saranan YB tersebut cukup wajar. Kami pengundi muda yang membawa angin perubahan dalam pilihanraya kedua belas yang lalu merasakan hanya PAS bersama Pakatan Rakyat boleh membawa wadah perjuangan untuk membela nasib rakyat marhaen. Pandangan kami adalah pandangan kalayak yang berada di luar kotak jamaah PAS, yang perlu YB sebagai seorang pemimpin renung-renungkan.

Secara sedar ataupun tidak, saya rasa YB pasti bersetuju dengan saya bahawa PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah menjadi teraju untuk memimpin negara kita ini. Sebagai parti yang akan menerajui negara ini saya pasti YB juga perlu memandang dan berfikir di luar kotak jemaah PAS. Dalam arti kata lain pandangan kalayak ramai yang berada di luar Pakatan Rakyat perlu diambil kira, selain daripada pandangan ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.

Sikap YB yang memberi saranan secara terbuka kepada Presiden PAS sekalipun dikecam hebat oleh ahli-ahli PAS, namun pada kami ianya dilihat suatu reformasi yang sehat yang tidak diamalkan oleh UMNO selama ini. Dalam Islam tidak menjadi kesalahan saranan dan teguran dibuat kepada pemimpin demi untuk kebaikan jemaah itu sendiri.

Saya mengutarakan suatu kisah pada zaman khalifah Ar-Rasyidin, di mana apabila salah seorang daripada rakyat marhaen pada ketika itu menegur sambil menghunuskan pedang kepada Amirul Mukminin dengan memberi amaran " Jika Amirul Mukminin menyeleweng pedang inilah yang akan mengajarnya". Teguran dan saranan ini diterima dengan berlapang dada oleh Amirul Mukminin. Kami berharap pimpinan Pas sedia berlapang dada menerima saranan dan teguran YB ini

pasbaru@yahoo.com said...

Masa Depan Politik Husam


http://muktamarpas.blogspot.com/


.

raibachiba said...

Sedih melihat perkembangan sekarang? Seolah-olah blog dijadikan tempat melafazkan apa sahaja yang ada di dalam hati, dengan alasan sekadar pandangan atau cadangan! Tengoklah apa yang terjadi - walaupun ada yang menyokong tetapi ada yang tidak bersetuju, bahkan sudah ada yang melabelkan YB sebagai balaci sdr Husam. Harap YB dapat membezakan cadangan yang perlu dikemukan kepada media, yang mana boleh disalurkan melalui dewan harian dan yang mana perlu YB simpan di dalam hati - yang penting jemaah terus utuh.

aljohorialjawi said...

Tuan naib presiden!

Betulkah cara ini?bukankah cadangan tu sepatutnya dikemukakan dalam mesyuarat saja dan tak perlu kecoh2 macam ni.Sekarang ni satu dunia dah tau tuan dan Hj Salahudin cuba menekan presiden untuk ambil Husam,biarlah dia nak ambil sape2 yang dirasa dan difikir dapat membantunya dengan baik . "Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" surah luqman.Alahai!Secepat ini timbul penyesalan kerana mengundi tuan .

emjayakula said...

Assalamualaikum DATO' MAHFUZ,
Rasanya dato' perlu muhasabah diri dan renung-trenung semula.

Semua ahli PR, khususnya PAS perlu ambiul iktibar sejarah. Jangan jadi seperti peristiwa selepas PERANG UHUD. Semuanya terlepas dek kejar DUNIA.

Wallahualam

BUBAR DUN PERAK said...

UDAH2 LER...
KORANG YANG TERLEBIH SUDU DARI KUAH..

BLOG PIMPINAN SELALU JADI TEMPAT ORG BERGADUH2...XFAHAM TEMAN..

BILA KE DEPAN SIKIT MENGATA.., BILA KE BELAKANG MENGUTUK..

ATE KOME NAK MACM MN?

Anonymous said...

sabar ye YB..
mga tdk berputus asa dgn komen2 yg menyengat..
anak2 bilis smuanya..

mga sntiasa istiqamah pd kbenaran..

Unknown said...

Salam untuk semua......

PAS telah melangkah satu lagi umur.. Perjuangan PAS telah 55 tahun dan tinggal lagi 2 @ 3 tahun untuk pencen. Saya berpendapat, dengan itu kematangan PAS akan lebih baik berbanding sebelum. Telah banyak sejarah berlaku dan gunakanlah sejarah itu untuk kebaikan bukan untuk menjatuhkan PAS.

Cadangan YB Mahfuz boleh diterima kerana beliau telah mengatakan keputusan yang tepat adalah dari Presiden. Yang penting disini cadangan tersebut masih lagi dalam konteks PAS dan bukannya melibatkan orang luar. Cadangan YB ini lebih bagus daripada cadangan untuk mewujudkan kerjasama dengan UMNO. Cadangan ini tidak akan melibatkan percanggahan dengan perlembagaan dan kenapa harus diperbesarkan. Ingat tuan2 dan puan, dalam PAS sekarang ada 3 PERMATA yang harus dijaga dan digilap kerana paksi rakyat bersamanya:

1. YAB IR DATO SERI MOHD NIZAR
JAMALUDDIN
2. YB DATO' HUSAM MUSA
3. YBrs MOHAMAD SABU

Kita kena ingat bagaimana keiltizaman Nizar mempertahankan kerajaan negeri Perak, Bagaimana Mat Sabu menggerakkan BERSIH yang menyebabkan kemengan besar Pilihanraya lepas, Bagaimana idea Husam dalam menonjolkan Kelantan negeri berkebajikan. Husam dan Mat Sabu adalah nadi kepada kemenagan PAS semasa pilihanraya lepas manakala Nizar adalah jantung kepada tarikan Kelab Penyokong PAS. PERCAYALAH.............

Disini saya ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh tuan2 dan puan2..

1. Punca apakah yang menyebabkan Terengganu gagal dikekalkan kemenangan oleh PAS sedangkan terengganu NEGERI KAYA DENGAN MINYAK, PENGARAH POLITIK DAN PILIHANRAYA DARIPADA TERENGGANU, PRESIDEN DARI TERENGGANU,AJK TERTINGGI PAS PUSAT PUN RAMAI DARI TERENGGANU....;;;???????
WHY??????????????????????????????
BUKAN NAK MEMPERLEKEHKAN SESIAPA TETAPI UNTUK BERFIKIR SEJENAK SUPAYA TIDAK TERMENUNG SEPANJANG HAYAT..

SAYA TIDAK BERKEPENTINGAN DALAM ISU INI TAPI SAYA SAYANG PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).
SAYA BUKAN AHLI PAS.....
GUNAKANLAH PAS UNTUK ISLAM BUKAN UNTUK PERIUK NASI INDIVIDU

TERUSKAN USAHA PERJUANGAN KERANA KEKALAHAN AKAN BERFIKIR UNTUK KEMENANGAN.......


TAKBIR

Anonymous said...

assalamualaikum...

1)-ana lihat bnyak orang yang komen dalam ruangan ini tiada akhlak dalam jemaah, suka hentam pimpinan sesuka hati...hal pimpinan, biarlah mereka yang selesaikan sesama sendiri...kerana mereka lebih mengetahui keadaan sebenar..

2)-jangan sesukan antum untuk kutuk pimpinan2 kita waima Presiden/Timb dll...siapa antum nak kritik golongan ni? hebat sangatkah pengorbanan antum, yang antum rasakan lebih mulia dan tinggi dari pengorbanan pimpinan kita? muhasabah, kalu ada yang berasakan dirinya lebih banyak menyumbang kepada parti, maka dia itu buta dan bodoh sombong...buat kerja x ikhlas...atau boleh jadi fikrah x jelas!

3-ana x mhu menentuh ttg komplot YB dgn Husam / kesuaian YB menerbitkan tulisan ini...yang ana cakna adalah sikap ahli yang suka melontarkan pandangan semberono...maklumat ntah ada atau x, sahih atau tidak, pakai taram je, pastu sesuka hati buat kesimpulan sendiri...

4)-ana ingin menegaskan & menyeru semua ahli PAS supaya melahirkan wala' & thiqah yang tinggi pada pimpinan kita terutama Pres dan Timb...merekalah tiang seri parti...

5)-wallahu'lam...lumrah manusia: mustahil utk memuaskan hati stp orang...

raunaza

Anonymous said...

Seronok baca komen2 ni, sebagai mana yg ditegaskan oleh TG, kita wajar mengumpat begitulah yg terjadi dlm PAS, tak kira pemimpin mengutuk pembangkang atau sesama sendiri.. Keputusan muktamar telah dibuat, yg kalah mesti akur dengan keputusan...

Anonymous said...

salam kawan kawan,
ada sapa sapa tahu parti yg lain dari pas yg aku boleh join? aku boringlah. kalu mcm ni tahap pemikiran naib presiden parti islam aku rasa malu pulak.

Anonymous said...

orang baru tuleh dalam blog.tu pon nak kondem dah.

biaq la org buat kerja dulu

cakap pandai la..

support mahfuz!

Gedung Akal said...

Assalamualaikum,
Nampak gayanya ahli PAS di sini (khususnya yang memberikan komen) ada yang 'kurang beradab',ada yang celupar dan ada lembap akal dan naif politik.
Mereka tidak tahu membezakan anatara ARAHAN dan CADANGAN
Mereka bincang tajuk lain yang tidak berkaitan
Mereka memberikan komen tanpa guna pertimbangan.
Nampak gayanya lambat lagi PAS boleh jadi ketua Pakatan.
Nampak gayanya jika PAS memerintah dengan keadaan ahlinya beremosi amarah, tidak kritkal dan rata-ratanya berakal marhaen maka Cina akan permainkan mereka dengan ,mudah sekali seperti dibuat UMNO jugalah.

Memanglah kalau nak perfect seluruh ahli PAS teramat rumit namun tindakan yang mencerminkan laihnya akal lebih rumit lagi untuk ditangani!

Anonymous said...

bila lagi hang nak pi jumpa puak2 UMNO? HIDUP MELAYU !!

Anonymous said...

bila mat sabu takdak baru hang tau kalut, hang syok la dia tak bertanding naib presiden, kalau tidak jangan harap hang dgn salehuddin nak jadi naib presiden,aku nak tengok sikit hampa 2 orang boleh dak buat kerja macam mat sabu buat masa dia jadi naib presiden? aku ingat kalau hampa 2 orang panggil orang demo pun tak boleh buat macam dia..

Anonymous said...

Aisey... camne ni nak bawa usul ke parlimen tp kene gantung la plak...

Anonymous said...

Salam perpaduan dan ukhwah islami... ana melihat ramai beremosi dalam melemparkan pendapat dan cadangan. Elok rasanya saya ingin menyeru diri saya dan semua memuhasabah diri. Kita berjuang selama ini bukan sebab parti. Kita berjuang bukan sebab Tuan Guru Haji Hadi, Bukan sebab Tuan Guru Nik Aziz...bukan sebab Ustaz mahfuz...BUKAN!!! kita berjuang sebab ALLAH dan ISLAM. Jadi cuba rapatkan saf dari pucuk pimpinan hingga ke ahli biasa. Bila bersatu dengan satu akidah yang benar sahaja mampu membawa kejayaan. Jangan biar hal2 kecil yang di mainkan musuh islam memecahkan saf kita. Ingat!! PERJUANGAN KITA ADALAH KERANA ALLAH DAN ISLAM.

danialarief said...

Buat yang terbaik