Thursday, June 18, 2009

Minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

Saya ingin menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci,"

25 comments:

docbesi said...

Ya Allah..tolong la! aku meluat betul la kalu org yg reti bahase ni kite manja2kan! buat apa lagi nak debelai2 si nasa ni! kalu salah bantai jer, blasah jer..aku benci org yg hipokrit mcm nasa ni!mcmni nak jd pemimpin PAS? alamatnya terlingkup la PAS..

Syauqi said...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal isu ini...

TG kan ada kt luar negara sekarang ni...yang duk kecoh cakap benda yang diri sendiri x faham buat apa?

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

matradin. said...

YB Dato' Mahfuz, saya kira sudah sampai masanya saya paparkan suarat terbuka kami pengundi-pengundi saluran tiga dan empat semasa pilihanraya ke 12 dulu, kepada YB Presiden PAS, yang mana surat terbuka ini telah saya bagi pihak rakan-rakan emailkan kepada YB suatu ketika dulu untuk menyatakan pendirian kami.

Assalamualaikum Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Saya amat mengkagumi kepimpinan Dato Seri dalam saf barisan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang sama-sama dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Setiap perkembangan perjalanan politik ketiga-tiga parti komponen yang menganggotai Pakatan Rakyat diikuti dengan penuh minat untuk menentukan cita-cita rakyat sebagaimana yang telah diterjemahkan dalam pilihanraya kedua-belas tercapai. Gandingan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat cukup mantap dan memberi keyakinan kepada kami rakyat dari segenap kelas dalam Malaysia ini, serta menaruh harapan yang tinggi, bahawa inilah bakal Kerajaan Malaysia yang diharapkan untuk menjadi pembela tempat bergantung harap keseluruhan rakyat Malaysia.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) pimpinan Dato Seri dilihat menjadi tonggak utama dalam Pakatan Rakyat untuk melengkapkannya sebagai sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan mahupun kawan. Peranan Dato Seri dalam Pakatan Rakyat sebagai faktor pengimbang dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar meyakinkan lagi kepercayaan rakyat betapa bersungguh-sungguhnya usaha murni ini. Usaha murni yang dirintis oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di awal gerakan Reformasi pada tahun 1998 telah menampakkan kejayaannya pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini, Dato Seri telah memilih untuk mengadakan perhubungan dengan UMNO, yang selama ini Dato Seri sendiri selalu mencanangkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Apakah faktor yang membuatkan Dato Seri memilih untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO dan membelakangkan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Apakah Dato Seri merasakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak membuahkan sebarang hasil kepada perjuangan PAS, malah pada pandangan Dato Seri ianya memberikan musibah pula kepada PAS dan ahli-ahlinya. Kalau sekiranya Dato Seri mempunyai firasat yang perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah sia-sia, apakah pandangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil kira semasa Dato Seri memulakan langkah membuat perhubungan dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, sepertimana yang selalu Dato Seri war-warkan.


Saya kira Dato Seri perlu lebih berhati-hati dalam mengadakan perhubungan dengan UMNO yang mempunyai seribu satu muslihat jahat yang tersembunyi. Ingatlah pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mengingatkan kita bahawa UMNO adalah parti politik yang mempunyai sejarah hitam dalam perjuangan PAS. Akhir sekali dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.

matradin said...

YB Dato' Mahfuz,

Saya bukanlah ahli PAS, tetapi saya mewakili rakan-rakan pengundi baru saluran tiga dan empat yang memberikan undi kami kepada PAS dan Pakatan Rakyat semasa PRU 12 yang lalu, pohon YB Dato' layarilah blog kami di alamat;
http://www.matradin.blogspot.com

Anonymous said...

Tidak payah cadang Ust Nasha jumpa Tok Guru. Lebih baik cadang supaya Tok Guru buat Mesyuarat Majlis Syura, bincang dlm tu, Ust Nasha pun terlibat, kalu nak pecat pun boleh. Majlis Syura badan tertinggi PAS bukan Sinar Harian royat ke Tok Guru tu. Tak kan setiap kali timbul isu, kena cium dahi tok guru sokmo.

Anonymous said...

buat pengundi saluran 3 dan 4...korang mmg bodoh...mintak bagi faham skit UG yg TGHH nak jeLASKAN..MINTA TOLONG BAGI FAHAM...SEDANGKAN ALLAH TIDAK ADE PILIH KASIH DALAM MEMBERI MANUSIA ITU REZEKI...WALAUPUN ADE YG TAK PERCAYAKAN ALLAH...INIKAN MANUSIA YG LEMAH...TERGAMAK HENDAK MENUTUP PINTU DAKWAH..BUKANNYA tghh NAK MASUK umno...MINTAK FAHAM SIKIT...JGN LETAK OTAK KAT LUTUT...BAGI MAHFUZ...AKU NAMPAK KO PUN MCM TAK FAHAM...SEPATUTNTA ORG MCM KO NILAH YG DEFEND tghh...TAPI SENYAP MEMBISU...SIBUK DGN ARTIS...MMG GELAPLAH MASA DEPAN PAS KALU ORG MCM KO NI JADI PEMIMPIN...

alzinki said...

Pohonlah Nusrah Allah

movementoil said...

Ni ke quality pemimpin sebuah gerakan islam? tak boleh bezakan masalah dalaman parti dengan selesaikan secara dalaman. kenapa perkara2 mcm ni pon harus ditulis dalam Blog? nampaknya dato mahfuz kena patah balik masuk tamrin asas semula. kalau hal2 berkaitan wala, thiqah dan intima' pon belum dihadam, jgn bermimpi utk naik megepalai perjuangan yg suci ini. saya mendesak supaya dato meletakkan jawatan sblm dato melalut perkara2 yg tak perlu lg..

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

ana setuju cadangan TG semasa muktamar, iaitu semua org perlu kuasai fiqh siyasah. ana harap, pimpinan tidak terpengaruh2 dgn emosi2 ahli, dan ana setuju supaya perbincangan tertutup bersama semua pimpinan diadakan, demi mencari jalan penyelesaian terbaik. ana tidak menyalahkan sesiapa, namun ana yakin, dgn ilmu kepimpinan para pemimpin, insyAllah, Allah akan membantu...

khalif13 said...

Saya cadangkan mahfuz omar jumpa presiden dan cuba hormati gagasan presiden.

Sekarang kita bukan saja ada 1 nakhoda dalam Pas, tapi 2. Satu yang diam tak reti nak bertegas, satu lagi yang mengaku dia nakhoda.

So, elok jumpa dua-dua nakhoda.

Jangan buat perangai macam sesi lepas, orang duk salahkan presiden pasal tak buat penerangan dengan baik.
Padahal presiden bukan ketua penerangan.

Nasib baik ketua penerangan kali ni jenis yang tak suka bagitahu percakapan dalaman dia dekat media.

khalif13 said...

Ni tulisan sajak muhaimin sulam untuk YB salahuddin dan mahfuz.
...................................

http://muhaiminsulam.blogspot.com/
Di Ladang Ini

(Maaf keranaku terpaksa ghairah juga seperti kalian
bercakap di hadapan wartawan)

Saudara,

Saudara miliki ruang
tanah sendiri seumpama ladang
suburnya menghijau tidak pernah gersang
situlah kalian berdiri
situlah kalian berlari

tidak seperti aku
sudahlah jauh di negeri orang
tinggal merawat luka sendiri
merapat malam dengan siang
melakar warna langit yang hilang
entah dipandang, entahkan tidak.


Alangkah indahnya
jika tanah ini kembali berhuma
jika sungai itu mengalir air yang jernih
jika denai itu kembali ceria
jika kaki saudara masih setia
pada ini ladang

bukanlah saudara
memimpin dengan meminta
kempen,
perancangan tersusun
atau
munajat panjang

bersuaralah dalam ladang itu
semailah benih
bajaklah pandangan
tuailah keputusan

hidangkan pada aku sepinggan
meski nasi tanpa lauk
tanpa sayur
tanpa garam

kerana aku tidak pernah meminta
lebih daripada itu
sekadar huma
dari ladang kita


Swansea. UK

Anonymous said...

kita menang kerana undi rakyat.
kalau selepas ni kita nak kalah,cakap sajalah tak payah nak susah2 selepas ni.

aku dah fedup betul dgn isu UG ini, suruh ust nasa dan tghh duduk diam diamla, pening aku sebagai ketua pemuda cawangan dah pening nak jawap kat ahli dan penyokong depa tanya skr musuh kita siapa umno ke pakatan? iosh tension.hari semua excited bila husam masuk bertanding tapi apa nak buat kami semua buka perwakilan cuma buat kerja je. perwakilan ni pemimpin yg suka duduk kat markas mas pru dulu makan biskit kering cicah dgn teh o.

Anonymous said...

wei mahfuz.hang bodo la.
hang tu naib presiden. tak payah la gatai mulut nak cakap dgn media semua benda.
takboleh contact ust nasa pon nak habaq satu dunia.
mangkaq la hang!

khalif13 said...

Tak ada sorangpun cakap nak kalah PRU13 ni, kalau tengok pada akhlak pemimpin nampaknya mahfuz ada sumbangan nak menghalang kemenangan parti.

Dia cakap ustaz nasa orang muda, sebab tu dia rasa sedap nak bagi nasihat.

nor suzana said...

aku meluat dgn kerajaan perpaduan apa nama..apa nama,dah curi,skandal berbillion ringgit kaya raya duit haram rompak dr rakyat marhen ,berani cakap pasai perpaduan,buang rumah tol dulu baru perpaduan,ingat nak tolong melayu,rupa2nya hantu kopek.

Anonymous said...

Bro, aku lebih rela PAS kalah dlm PRU13 drp ukhuwah sedia ada tergadai. Aku rasa lebih damai dok dlm PAS masa kalah dulu... banding skang bila dh ramai jd MP. Dah x kenal kawan dan lawan. Sama2 1 bahtera pun nk berlawan. mana akai? Lu pikir la sendiri...

mie said...

Destinasi Tok Guru Nik Aziz mula menampakkan bibit-bibit kesongsangan

KENYATAAN terbaru Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) -- berdasarkan apa yang saya dapat tangkap dengan membaca posting terbaru Haji Mohd. Sayuti Omar atau MSO melalui blognya ---, nampak sangat betapa Menteri Besar Kelantan yang mungkin sekarang ini disayangi dan dihormati akan menjadi sebaliknya kerana sikapnya yang saya lihat bersifat SANGAT BUANG TABIAT, sebenarnya saya sukar untuk percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tok Guru benar-benar keluar dari mulutnya.

MSO yang memetik laporan satu portal berita dipetik sebagai berkata: sebagai Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

Nampak sangat Tok Guru tidak tahu atau sengaja mahu mengepi dan membelakangi peraturan berorganisasi. Yang pilih Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah para perwakilan, bukannya beliau sebagai Mursyidul Am yang pilih. Jawatan Mursyidul Am itu jawatan yang dilantik, bukannya melalui proses pengundian.

Mana boleh seorang yang dilantik menyuruh orang yang menang jawatan atas pilihan perwakilan berhenti. Nasaruddin dipilih oleh majoriti perwakilan. Itu sudah songsang jadinya. Sepatutnya orang yang dilantik tanpa proses pemilihan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan terkini parti yang kena berhenti.

Bagi saya Ustaz Nasaruddin berindak betul dan ikut prosedur. Oleh kerana kerajaan perpaduan adalah gagasan Presiden, maka Timbalan Presiden kena bersetuju, barulah kepimpinan parti tidak akan menjadi sebuah kapal mempunyai dua kemudi yang mahu ke destinasi yang berbeza.

Ustaz Nasaruddin akan dilihat sebagai ayam berkokok salah puyan, murai berkicau salah musim dan kapal dilabuh salah pelabuhan kalau menongkah dan menyongsang Presiden, malah tidak mustahil ia akan menjadi umpama kucing dengan anjing diletak dalam satu sangkar.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,"

Saya yakin Ustaz Nasaruddin profesional orangnya. Beliau tidak akan termakan provokasi yang dituding kepadanya. Sebenci mana pun Tok Guru kepadanya, bukan menggambarkan kebencian majoriti orang Pas terhadapnya, kalau tidak masakan beliau menang dan lawannya yang membawa keramat Tok Guru boleh kalah dengan majoriti yang besar.

Ustaz Nasaruddin pasti akan merujuk kepada Presiden sebagai bossnya dulu bagi mempertimbangkan kedudukannya di Kelantan setelah beliau dihina sedemikian rupa. Beliau ada ilmu, bekas pensyarah. Kalau tak menjadi Ahli Parlimen di Kelantan beliau mampu meraih hidup mewah dengan ilmmunya.

Mungkin beliau akan letak jawatan senagai Ahli Parlimen Bachok kalau orang Pas Kelantan dan Tok Guru anggap segala kerusi parlimen dan dewan undangan pusaka makbapak sendiri tetapi masalah tidak akan selesai, sebaliknya akan bertambah berlipat ganda kerana sebagaimana Tok Guru, Ustaz Nasaruddin juga ada pengikutnya, malah saya yakin pengikut Presiden akan membelanya.

Dari sudut majoritinya, orang Pas lebih memilih Presiden yang ada sekarang, mereka lebih yakin kepada kepemimpinan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sehingga beliau menang jawatan tanpa tandingan apabila Tok Guru sendiri hanya dapat satu pencalonan bagi merebut jawatan itu.

Macam mana seorang yang menang jawatan tanpa tentangan dan orangnya yang menang dalam pertandingan mahu dinyahkan dari parti dan kerusi Ahli Parlimen oleh orang yang hanya dapat satu pencalonan untuk menentang presiden dan calon-calon yang pronya semuanya kalah boleh mahu jadi lebih berkuasa.

Teori dan undang-undang rimba mana yang mahu dipakai. Nak pongoh, nak bengken bukan tak boleh, nak tunjuk ek'oh pun bukan tak boleh tetapi biarlah pongoh, bengkeng dan ek'oh sakan hanelah kita biar profesional dan bersesuaian dengan keadaan dan ketika.

.-petikan dari blog melikapakjangak -bersambung

mie said...

Sambungan---Agaknya Mohamad Nizar Jamaluddin yang menampakkan ciri-ciri kurang bertamadun pun kerana menteladani tokoh dari Kelantan yang disangka 'BEGHES BELAKA' kerana lebih berpengalaman dalam membentuk kerajaan dan memulihara kemenangan tetapi hakikatnya adalah 'REBEH' dan kualitinya semakin EXPIRED.

Bermula dengan ALLAH PUN MENCARUT, TUHAN PUN SAMSENG, SANGGUP BEKERJSAMA DENGAN SYAITAN membawa kepada isu KERAJAAN PERPADUAN, nampak ada bibit-bibit kesongsangan bagi destinasi politik Tok Guru sehingga boleh berlaku percanggahan secara terbuka antara beliau dan Presiden dan kalangan yang sealiran pemikiran politiknya.

Saya tidak dapat meramalkan KUASA KERAMAT apa yang beliau ada bagi memulihkan kembali retak menunggu belas Pas gara-gara penentangan dan prejudis mengkkhizir butanya terhadap gagasan kerajaan perpaduan yang seolah-olah kerajaan perpaduan itu lebih bahaya dari peluru berpandu atau bom pintar berangkai.

Sungguh memeranjatkan apabila kumpulan pro gagasan kerajaan perpaduan mendominan kepimpinan Pas, Tok Guru dan kumpulannya tiba-tiba jadi macam Siam mabuk tuak masam, macam tok bageh tak dengar kata tok minduk dalam bercakap dan menyatakan pendirian dan pandangan, menjadikan pretasi dan reputasi ketokohannya mula nampak ada birat dan berpetit lalat.

Lagak dan gaya berpolitik dan bertingkah laku zaman pontong berasap nampaknya dihidupkan kembali oleh Tok Guru yang sepatutnya lebih diprofesional dan dimatangkan oleh pengalaman tetapi nampaknya sikap dan cara bercakapnya sudah mundur lebih dari 50 tahun ke belakang, mungkin kesan dari menerima nasihat dan pandangan para penasihat otak kementut yang pernah ditulis oleh Ustaz Nik Abduh dalam blognya.

Agaknya Ustaz Nik Abduh sudah nampak apa yang akan berlaku dan boleh merosakkan pretasi dan retupasi parti seperti sekarang akan berlaku sehingga beliau sanggup mengambil risiko membuat teguran dan padah dari risiko yang diambil, beliau tumpas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, malah rentetan dari itu Dato' Haji Mohamed Daud Iraqi telah turut menerima tempias.

Sebagaimana MSO, saya berharap apa yang kekesatan kata-kata Tok Guru terhadap Nasarudin bersifat salah lapor dan salah faham pihak media yang telah menyebabkan Tok Guru dilihat membuat suatu kenyataan yang sangat tidak manis, tidak bijaksana dan tidak berhemah bagi seorang tokoh seperti beliau.

Pada hari tulisan saya menegur Tok Guru yang bersifat memutlakkan kemahuannya tersiar di ruangan pendapat akhbar Utusan Malaysiaa, saya ada berjumpa secara tidak langsung dengan Ustaz Saiba (Pegawai Akhbar MB) di masjid dekar Bank Muamalat. Beliau kata laporan akhbar yang mendorong saya menulis pendapat itu tidak benar. Kononnya Tok Guru tak kata begitu.

Tapi saya membaca tiga akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari dan dua akhbar berbahasa Inggeris. Pada pemerhatian saya laporan mengenainya sama sahaja bagi semua akhbar. Apakah tiga akhbar harian berbahasa Melayu dan dua akhbar berbahasa Inggeris boleh buat kesilapan yang serupa?

Sebagai pengamal media sejak tahun 1973, soal silap lapor, sengaja merancang bentuk laporan untuk burukkan Pas misalnya adalah yang sering dijadikan alasan untuk menidakkan apa yang telah dinyatakan tetapi boleh menjadi senjata makan tuan merupakan andaian yang dibuat oleh kalangan yang tidak ada pengalaman dan tidak tahu tentang etika kewartawan dan kemediaan.

Pada saya apa yang sedang berlaku sekarang adalah berpunca dari Tok Guru yang terlalu terburu-buru dan mengenepikan profesionalisme dalam berpolitik kerana tersalah terima pandangan dan nasihat. Jika teguran Ustaz Nik Abduh diambil-pakai, saya percaya percanggahan terbuka Presiden + Timbalan Presiden + Setiausaha Agung + Jawatankuasa Kerja Pusat dengan Tok Guru + puak yang kalah merebut jawatan pada muktamar ke-55 yang baru lepas tidak akan berlaku.-------------Petikan dariblog melikapakjangak

mizi said...

Ust Nasha jadi MP kat Bachok sbb atas ehsan TGNA, kalau bertanding kat NS blum tentu menang...fikir-fikirlah.

Abusaid Al-qadhi said...

bghahim ali jd mp pasir mas,guna lambang pas dn skarang ni dok hantam pas juga ehsan nik aziz gak kan?mustapa Ali di kutuk di hentam tempat awam di taman melewar kerana tak yakin kepada kerajaan angan2 al-juburi(gelaran diberi mat sabu 80an 90an dulu pd mp pujaan tok guru hang)16 septmbr dulu amacam skrg syok lah ye boleh hentam dan jatuh maruah orang dikhalayak awam ye,itulah tok guru yang hebat kan?

kp cht ibol said...

pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato' Harissani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak / tolong saman ) siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah....TG..???

Radziah said...

Assalamuaikum
Sekadar sedikit komentar yang ingin diutarakan.

Saya berpeluang mendengar sedikit penerangan daripada wakil PAS berkenaan isu UG, dan di sini saya mampu melahirkan beberapa konklusi:

1. Ahli dan pendokong serta penyokong Parti Islam, kita perlu faham sedalam nya isu UG sebelum menghukum mana-mana pihak. Sesungguhnya, kejelasa sesuatu perkara adalah aspek penting bagi mengelakkan fitnah dan salah faham.

2. Perlunya taat dan wala' pada pimpinan parti selagi mana tidak menyuruh melakukan maksiat.

Satu fenomena yang jelas nampak sekarang ialah, orang bawahan parti yang kurang memahami gagasan UD sibuk duk bertelagah sesama sendiri sedangkan saya yakin pimpinan parti begitu profesional dalam menyelasaika isu ini.

Kenapa kita perlu percaya desas desus atau berita dari akhbar kerajaan sedangkan kita tau akhbar mereka sememangnya suka putar belitkan isu.

Saranan saya kepada pimpinan PAS, agar meneliti dahulu apa yang boleh dikongsi umum, dan apa yang tidak perlu dibincangkan umum, usah didedahkan. Tidak semua perkara perlu didedahkan kepada rakyat.

Seruan saya kepada mereka yang ingin melayarkan komentar, gunakan bahasa yang indah dan bersopan santun sesuai dengan ajaran Islam.

Maaf atas sebarang khilaf.

Anonymous said...

kpd mizi,
siapa kata ust nasha betanding dibachok atas ehsan TGNA?
itu semua adalah keputusan Pusat.

TGNA betanding di DUN kelantan pun atas ehsan PAS Pusat dan Majlis Syura yg memberikan watikah.

Ace Of Spade said...

Awat hangpa jadi celarhu tak ketahuan hala ni???? Kut makin lama hangpa dok berjuang, kut la makin cerhedik.. Ni dak. Isu yang boleh selesai elok-elok, hangpa kelepiaq serupa kena sawan b***. Cheredik sekian lama, kena test sikit jadi spu-uu tahap bahalol badigol.

Marah ke anak tanda sayang? Sayang tok nek kejadah apa sampai tabuh anak depan rumah riuh satu taman?? Perhambat pulak tu.. Hangpa yang muda cerhedik pakat nganga perhati dgn mata dok lip-pop, lip-pop.. Kata kat orang hangpa cukup terra.. Tengok-tengok, keluarga sendiri dah terhaboq. Benda tak paham apa ke satu, hangpa biaq TGHHadi kena maki hamun oleh cucu cicit yang sama totok mentality dgn Umno paria.

Hangpa ni Allah Taala bagi cheredik sebagai pembangkang saja kut...??????

Lechee betoi.....

Anonymous said...

hang mmg bodoh las mahfuz....ingat jantan sgt...rupenya penakut ya rabbi...sampai hati hang biaq TGHH kena kutuk...mmg takdak guna satu sen pun hang ni....sampai kiamat aku tak sokong dah hang...