Monday, June 8, 2009

Misi tawan Sabah dan Sarawak

Saya berazam untuk memastikan PAS berjaya menawan Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha untuk memperkukuhkan PAS di dua buah negeri itu perlu dipertingkatkan. Melebarkan pengaruh di dua buah negeri itu penting kerana Umno dan Barisan Nasional kini hanya mengharapkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan mereka dari tewas setiap kali pilihan raya umum.

"Menjadi misi saya setelah dipilih sebagai Naib Presiden untuk memastikan PAS dapat melebarluaskan pengaruh di Sabah dan Sarawak.

"Amat penting bagi kita mengukuhkan kedudukan di dua buah negeri tersebut kerana Umno/BN menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa,"

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang memberikan kepercayaan kepada saya.

Amat malang jika usaha pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini untuk meyakinkan masyarakat berbilang bangsa disia-siakan dengan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

11 comments:

Mahfuz kecil said...

Salam.....tahniah diatas kepercayaan perwakilan kepada sdr...harap2 kali ini akan berlaku pecutan yang lebih baik untuk mendapatkan 60 kerusi parlimen pada PRU 13 nanti.... jangan alpa dengan kemenangan PAS,tetapi kukuhkan saf kepimpinan PAS...jangan hampakan anak2 muda seperti kami.....

ketuananrakyat said...

pendapat bertajuk “Pakatan Rakyat Tidak Perlu Parti Dominan” dan "PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat" di http://ketuananrakyat.wordpress.com/

sedikit petikan daripada blog tersebut :-

“Belajarlah apa itu perkongsian kuasa, apa itu pengorbanan, apa itu tolak-ansur dan ‘mutual understanding’. PKR,PAS dan DAP ini adalah parti-parti yang begitu kuat ideologinya, dan ideologi setiap parti ini seperti yang kita tahu…”

sila ke http://ketuananrakyat.wordpress.com/ untuk pembacaan lebih lanjut.

limpong85 said...

misi tawan sabah dan sarawak ini cadangan yang baik.tapi saudara jangan lupa cadangan kerajaan perpaduan oleh TGHH .Itulah masalah yang akan merosakkan parti pas itu sendiri.yang membuatkan ahli pas x lagi meyokong pas .malah beralih kepada parti lain selain umno.

Anonymous said...

YB,

Sebelum ke Sabah dan Sarawak sila kalahkan UMNO di Johor, Pahang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan dulu..Cita tinggi memang bagus..tetapi biar berpijak dulu...

Anonymous said...

macm mana ke Sabah dan Sarawak..sedangakan dalam PAS pun ada juak2 UMNO??
LAGI SATU yb..apa yg Tuan Presiden terhegeh2 nak berbincang dan berunding dengan UMNO tu???nak bincang bagi DS Nizar jadi MB Perak balik ka???Kami rakyat nak tau gak..awat yg duk sembunyi dgn beria2 sangat ni???ada apa2 ka?

Haziq Al-Fateh said...

Perlebarkan pengaruh PAS di Sarawak. Pastikan dakwah Islamiah berkembang dengan pesat di Sarawak dan juga Sabah.

SAYA meletakkan sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada Tuan NAIB PRESIDEN untuk menawan Sabah dan Sarawak.

Setidak-tidaknya kembangkanlah aktiviti dakwah dan tarbiyah PAS di kedua-dua buah negeri ini yang fahaman terhadap Islamnya boleh dikira lemah.

Hizbullah Malaysia said...

nak tambah gak...
kami pon kat bawah nie dah kecoh dah... nape PAS terhegeh hegeh ngan UMNO.. kalau itu adalaah taktik dan strategi PAS untuk hancurkan UMNO boleh kami terima... tapi kalau nak duduk berdempek ngan UMNO, kerat tengkok kamila dulu, kami akan keluar PAS.
melingkup pi la ngan UMNO... nak perpaduan pon ngan cina pon takpa.. sbb undi cinala kita boleh ceramah dalam masjid negeri shah alam, kalau harap undi UMNO, kena halau dari masjid lagi ada laaaaa....
geram nieee... selagi dok bunyi lagi benda ni, lagi la hati sakit... TG nik aziz dah cakap dah.. jgn melawan cakap tok guru..

HArap YB dapat ulas kekeliruan ini.. harap Ust Nasha jgn Hj Hadi keras kepala sgt...(pinjam kata kata dalam blog)

Fareed Ismail said...

salam saudara seagama dan setanahair..

sbg org yg bukan partisan..saya melihat cita-cita saudara ini harus diselarikan dengan tujuan dakwah Islamiyah kepada masyarakat di sana bukan sekadar cita-cita politik...

saya kira dengan mengembangkan dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat Sabah dan Sarawak tentang betapa indahnya Islam..saya yakin bukan sahaja parti saudara bisa mencapai cita-cita politik tetapi mendidik insan kepada Islam..

Wallahualam

Hj Mat said...

Dato' cadangan Dato' baik sekali agar YB Nasa pergi berjumpa dengan YAB Tok Guru bagi menyelesaikan masaan yang hangat diperkatakn sekarang ini apa yang YB Nasa ini keras kepala sangat nak pi jumpa dengan Tok Guru pun takut ke? Tolong Dato' jangan kasi kami rakyat dibawah ini dah jadi kelam kabut bagi kami yang tau sikit-sikit ni ok la macam mana dengan dengan orang kampong?

Anonymous said...

pembubaran dun sarawak semakin hampir

http://masdarwahid.blogspot.com/

Perawi said...

88 kerusi Parlimen ditubuhkan bagi inbangi BN disemenanjung