Thursday, August 7, 2008

SPR berniat jahat, tarikh buang undi Permatang Pauh pada hari bekerja?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa berniat jahat kerana menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Tindakan SPR ini sekali lagi mencetus kebimbangan kepada semua pihak terutamanya pengundi berdaftar di Permatang Pauh yang rata-ratanya golongan pekerja.

"Saya bimbang ini satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan seklaigus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berkurangan,"


Penetapan tarikh pembuangan undi itu hanya akan menyusahkan pengundi yang duduk di Permatang Pauh tetapi bekerja di Butterworth; Georgetown atau Balik Pulau. "Jika mereka (pengundi yang bekerja di bahagian pulau) tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama,"

Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap tindakan SPR yang mengkhianati rakyat itu membayangkan adanya konspirasi dalam penentuan tarikh tersebut. Saya meminta SPR mengkaji semula penetapan tarikh itu dan mengubahnya kepada hari cuti bagi membolehkan semua pengundi menunaikan tanggungjawab

4 comments:

Anonymous said...

Orang yang pangkah PKR sahaja ker yang bekerja ?? Orang yang pangkah BN tak bekerja ??

Anonymous said...

Sape yang bodo sangat tu.. Hj Mahfuz tu membela hak semua rakyat... Jangan menyusahkan rakyat, tak kira mereka BN ke atau PR. 26 hari selasa... hari jumaat pun majikan saya dah bising bila saya gi sembahyang jumaat. Terlajak masa keluar makan pun dah kena warning. ni nak mintak keluar mengundi.

pen buruk ™ said...

26hb hari selasa. kalau buat 30hb hari sabtu. 31hb hari ahad juga sambutan kemerdekaan. tak salah kot buat hari sabtu lepas tu baru Malaysia benar-benar "merdeka" dari cengkaman BN!! hahahahahah

mat_terab said...

SPR ni dah memang di tauliahkan sebagai Barua BN nak kata apa lagi......