Wednesday, August 27, 2008

Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri

Saya sifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akibat dimakan sumpah yang dijaja oleh mereka sendiri.

"Di Permatang Pauh BN asyik bersumpah dan Najib juga sering saja bersumpah ketika berkempen dan akibatnya mereka kalah teruk,"

Rakyat Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya telah menolak budaya politik fitnah yang menjadi amalan Umno-BN.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno telah meminta pengundi di Permatang Pauh agar menolak budaya politik fitnah dan seruan Perdana Menteri itu disahut oleh mereka dengan memberikan kemenangan kepada calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Abdullah minta rakyat tolak budaya politik fitnah tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk membanteras amalan kotor yang dibawakan oleh jentera kempen BN yang diketuai oleh Najib,"

Kemenangan besar calon Pakatan Rakyat juga kata beliau membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah menolak politik yang tidak beretika yang dibawa oleh BN dan parti yang semakin parah itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat.
suasana baru diperolehi dalam pilihan raya kecil ini kerana pengundi menggunakan kematangan mereka untuk memilih calon yang layak dan tidak menggunakan emosi.

"Lebih penting lagi kemenangan Anwar membuktikan harapan rakyat untuk melihat perubahan landskap politik di negara ini,"

"Abdullah dan Najib sudah sewajarnya meletakan jawatan kerana keduanya telah terbukti gagal,"

"Langkah pertama mereka dengan segala fitnah terhadap Anwar sudah gagal dan kita lihat mereka sedang berusaha untuk menggunakan langkah kedua bagi menghalang Anwar dari memasuki Parlimen,"

Pertuduhan liwat terhadap Anwar akan didengar pada September nanti dan besar kemungkinan Anwar tidak dibenarkan ikat jamin maka Penasihat KeADILan itu akan dipenjara sementara menunggu selesai perbincaraan dan ianya akan memakan masa yang lama dan akan mengagalkan usaha membentuk sebuah kerajaan baru.

"Kita melihat ada kecenderungan ke arah itu dan kita juga bimbang jika Anwar dinafikan haknya untuk mengangkat sumpah secepat mungkin,"

Tiada alasan untuk melambat-lambatkan majlis angkat sumpah Anwar selaku ahli parlimen kerana jika laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kepada speaker dijadikan alasan ianya tidak masuk akal kerana keputusan yang dikeluarkan oleh SPR pada malam 27 Ogos sudah boleh diterima pakai.

"Selaku speaker, Pandikar Amin harus bertindak wajar agar beliau dilihat berwibawa dan tidak berat sebelah,"

7 comments:

Anonymous said...

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/28/fullfill-the-manifest-anwar/

Anonymous said...

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/24/why-anwar-cannot-become-the-prime-minister/

Chris Tay said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya merupakan ketua angkatan muda keadilan subang amat mengkagumi gerakkerja saudara semenjak tahun 98 lagi, pertemuan singkat di Muktamar Pas baru-baru ini,jelas membuktikan bahawa kamu tidak SOMBONG seperti segelintir pimpinan Pas yang lain.

Semoga terus sukses dalam perjuangan yang penuh dengan cabaran ini.diharap dapat belajar dengan saudara satu hari nanti.

http://eddieputra03.blogspot.com/

Anonymous said...

As what he was saying, he got the basis of speaking. UMNO, being an elder brother to other party, mustn’t react as if they are the sole of the party. We live in a multiracial country, where respect between each other are vital to be carried upon. And this apply to the other political party as well, as we must not seek for differences, and let there be a constitution and the law, and avoid from discussing sensitives issue. This is how Malaysian live with it in the previous days. Why can’t it be sustained today?

As what he was saying, he got the basis of speaking. UMNO, being an elder brother to other party, mustn’t react as if they are the sole of the party. We live in a multiracial country, where respect between each other are vital to be carried upon. And this apply to the other political party as well, as we must not seek for differences, and let there be a constitution and the law, and avoid from discussing sensitives issue. This is how Malaysian live with it in the previous days. Why can’t it be sustained today?

Anonymous said...

PERUTUSAN KHAS SEMPENA MERDEKA

Hari ini negara kita menyambut kemerdekaannya yang ke-51.

Kita bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Janganlah kita lupa kepada nama-nama pejuang kemerdekaan yang telah mengorbankan nyawa mereka dahulu demi memberikan kesenangan kepada kita semua.

Tok Janggut, Tok Gajah, Datuk Maharajalela, Naning, Rosli Dobi, Leftenan Adnan, Kanang (masih hidup), dan bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman.

Setelah sekian lama, kita hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiada siapa mempersoalkan hak sesiapa. Tiada siapa merompak hak sesiapa.

Tetapi hari ini kita sudah mula tidak tenang. Kita memberontak. Kita mula merasakan hak kita dirompak. Kita mula benci sesama sendiri. Amat malang ini berlaku kerana ia adalah mainan sesetengah ahli politik yang mahu merampas kuasa secara bacul.

Ahli-ahli politik seperti ini lah yang mengakibatkan negara huru-hara. mereka ini telah mencipta suatu suasana untuk menggambarkan bangsa lain seperti jahat dan sebagainya.

Jika di Pakistan atau di Filipina, ahli politik seperti Bhutto dan Akino ini sudah lama dibunuh.

Tetapi terbukti di Malaysia, kita masih aman kerana ahli-ahli politik seperti ini masih boleh terus meneruskan agenda jahat mereka.

Yang amat sedih, golongan muda dan tua termakan tipu daya mereka. Berbudayakan ikut-ikut, tanpa memikirkan secara waras, mereka taksub dengan pemimpin mereka. Alangkah sedihnya.

Kita mesti menoleh sejarah, dan fahami matlamat penubuhan Malaysia. Mengapa hampir 50 tahun kita bisa hidup begini, sekarang tidak lagi?

Adakah selepas 50 tahun, ia sudah tidak relevant? Adakah selepas 50 tahun, ia sudah menjadi suatu undang-undang yang lapuk? Janganlah begitu. Adillah kepada diri sendiri dan orang lain.

Kita hidup didalam sebuah negara yang berbilang kaum, seharusnya kita menghormati antara satu sama lain dan elakkan dari membincangkan perkara yang sensitif.

Marilah kita bermuhasabah seketika, menghayati erti kemerdekaan kita.
MERDEKA!

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/31/51st-merdeka-special-message/

Anonymous said...

sedihnya jika ada idea dan anggapan kita nak berubah beerti kita dianggap menderhaka, kita tak hargai perjuangan dan sebagainya.

agaknya nabi kita dulu apabila hendak mengubah kaum musyrikin Mekah kepada kebaikan di anggap menderhaka pada kaumnya? agak sajalah?

saya tidak pandai sangat seperti orang tu.. tapi mudah cakap, sejarah juga pernah tertulis Hang Jebat menderhaka kerana apa.

kita merdeka dari segi nama, tetapi minda masih ditakuk lama. ampu ampu ampu walau kita tahu perkara itu salah.

Selamat berpuasa kepada YB dan saudara semuslim