Wednesday, August 11, 2010

PAS perlu popularkan pemikiran baru

PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah). "Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah,"

Kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.

"Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.

"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu,"

PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

"Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat,"

PAS juga wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.

"Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.

"Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box,"

Dengan konsep berfikir di luar kotak, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.

Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.

"Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.

"Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah,"

10 comments:

Arif Omar said...

askum dato

betul ke kau yang tulis ni dato. kih kih kih.

lain bahasanya. jauh dari bahasa biasa dato.

selamat berpuasa dato

j3bat said...

Dato correction ! bukan PAS BAKAL menjadi kuda tunggangan. Sebenrnya PAS dah pun jadi kuda tunggangan DAP si kafir harbi.

PAS Dah ditunggang dan dicabul maruahnya pun.

zammir irfan said...

Rasullah memang pernah buat perjanjian dengan yahudi dato tapi bila yahudi langgar perjanjian habis diperang dan di halaunya yahudi dari madinah..dato tak habis baca kot..moralnya Rasullah langsung tak berkompromi tentang agama ISLAM dan meletakkan kepentingan agama melebihi dari segalanya dato!!!
PAS sekarang dah terbalik..agama dah jatuh no berapa pun tak tahu..yang penting sokongan dan undi..Kalimah Allah dah boleh kongsi..kafir sewenangnya guna ayat Quran dah boleh..soal murtad dah tak menjadi hal lagi..kebebasan agama dah dibolehkan pulak..

apa pun tahniah diucapkan pada dato' dan PAS..kalau perubahan yang dato inginkan maka PAS memang dah berubah sekarang..berubah ke arah yang akan menjahanamkan...

hilbert said...

Salam Ramadhan al-Mubarak YB Datuk,

nampak gayanya pemimpin PAS dah semakin terdesak dan dah terpaksa menjilat balik air-air liur yang telah diludah dulu.

Dulu PAS pernah kata, kononnyalah.."barang siapa antara orang-orang Islam yang berpakat dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara hukumnya adalah haram atau kafir"(Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963)...

sekarang ni PAS terlebih pulak...sampaikan hal ehwal agama Islam pun PAS mahu DAP bekerjasama..semuanya direlakan... apa dah jadi Datuk atau penulis upahan ?

UMNO tak pernahpun buat benda macam ni...biarpun UMNO dah lama bersama dengan MCA, MIC dan lain2 parti komponen BN memerintah Malaysia...

AK said...

Assalammualaikum,

Umumnya ,Saya melihat kerangka minda orang kita masih ditahap lama. Susah nak berubah kepada sesuatu yang diluar "kotak". Saya ambil contoh akan pandangan penulis Muhammad Alexander dalam bukunya "Alexander the Great adalah Iskandar Zulkarnain". Beliau berpendapat Socrates,pemikir besar dalam tamadun awal Greece (Sebelum Masihi) adalah susuk tubuh Luqman Hakim yang ada diceritakan dalam Al Quran. Socrates beriman dengan ketauhidan Allah SWT. Banyak pihak terkejut atas lontaran idea ini. Wallahhuta'alam. Mungkin benar pendapat penulis itu.

Memanglah sukar untuk membuat perubahan minda kerana ada pihak-pihak yang sentiasa mencemburui akan kemajuan PAS dalam menggantikan UMNO dalam persada politik Malaysia. Namun saya berpendapat perubahan yang membawa kebaikan perlu diterokai. Orang nak kritik, itu memanglah kerja mereka. PAS kena jalan terus dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan dan pohonlah keridhaan Allah SWT selalu.

Calon BEBAS said...
This comment has been removed by the author.
Calon BEBAS said...

Jika anda seorang pejuang syariat Islam sebenar, sila desak kerajaan agar Undang2 pernikahan di Malaysia dipermudahkan seperti di Selatan Thailand bagi membendung gejala zina dan buang bayi. Tahukah anda, remaja sekarang amat sukar berkahwin kerana sistem yang rumit dan memakan masa yang lama. Apakah kewajaran syarat nikah di malaysia perlukan kursus kahwin dan kebenaran dari pejabat agama? sedangkan Syarat nikah hanya memerlukan pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ijab qabul,2 saksi lelaki dan mas kahwin..Adakah anda juga tergolong di kalangan penzalim yang hanya tahu menghukum tanpa mencari penyelesaian punca sesuatu kemungkaran berlaku

sibersensasi said...

Hukum islam patut dilaksanakan oleh parti yg memerintah.Apa salah nya Umno buat sebab dia ada kuasa.

Dr Rita Coolidge said...

pemikiran baru..dan juga PAS perlukan FITNAH2 baru..fitnah2 masa zaman PAKLAH tak boleh pakai dah..
UMNO banyak senjata nak hentam PAS setelah PAS berkasih sayang sama DAP..

DAN yang penting PAS perlu banyak DUIT...4 juta nak tabur FITNAH masa zaman PAK LAH tak cukup nak lawan 1Malaysia...

Unknown said...

u never give up in giving a funny idea in your blog..no wonder bloggers keep on saying u Mr.Bean..
u alwaz gave a super-duper stupid idea in your comments n blog..
dlm2 bnyk2 pemimpin yg berasal dr Kdh, sy rasa Dato' la kot yg paling B**O opssss soriiii...dato' ni lulusan Univ. mana? nk tau la jgk..