Thursday, August 5, 2010

MEMORANDUM BANTAHAN TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

MEMORANDUM BANTAHAN

TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Kepada

Dato' Seri Kong Cho Ha

Menteri Pengangkutan

Daripada

Dato' Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 Ogos 2010


MEMORANDUM BANTAHAN

TERHADAP TINDAKAN MENYENARAI HITAM KENDERAAN DAN PEMILIK KENDERAAN

1) LATARBELAKANG

Pada 30 haribulan Jun 2010 dalam jawapan kepada soalan lisan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bin Bakri menyatakan bahawa “Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.”

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010, bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Ekoran langkah tersebut, rakyat dan pengguna jalanraya telah mengalami kesulitan bagi memperbaharui lesen kenderaan dan juga lesen memandu mereka kerana nama mereka telah disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

2) PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG

Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah suatu akta yang digubal antaranya adalah untuk mengawalselia kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan. Akta ini juga telah memperuntukkan prosedur-prosedur bagi pihak berkuasa (JPJ) menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini.

Seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987

17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika

(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jabatan Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya: dan

Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

29. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kedua-dua seksyen ini memberikan kuasa kepada PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan/atau lesen memandu jika PENGARAH telah “BERPUAS HATI” bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang masih belum selesai dengan JPJ dan/atau PDRM.

Tiada sebarang peruntukkan di dalam kedua-dua Seksyen tersebut memberikan kuasa kepada PDRM. Persoalannya :

APAKAH JPJ PERLU MENURUT ARAHAN PDRM UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU DAN LESEN KENDERAAN?

Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan

115. (1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

(2) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undangundang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh dengan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan pemanduan suatu kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan terhadap pertuduhan itu.

(3) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pegawai polis bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu oleh atau dipunyai oleh orang itu atau ia dipunyai oleh suatu perkongsian yang orang itu juga menyatakan bahawa dia telah menjadi pekongsinya atau suatu perbadanan yang dia menyatakan bahawa dia telah menjadi pengarah, pegawai atau pekerjanya pada suatu ketika tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapa kenderaan itu telah dipandu atau kepada siapa kereta itu dipunyai.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa suatu notis kepada pemilik dikeluarkan menghendaki pemilik memberikan maklumat tentang pemandu kenderaan yang dikatakan melakukan kesalahan lalulintas. Maklumat yang diberikan tersebut juga boleh digunakan sebagai bukti semasa pertuduhan ke atas pemandu.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

53. (1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Peruntukkan ini jelas bahawa setiap orang yang disyaki melakukan kesalahan hendaklah diserahkan suatu notis di dalam borang yang ditetapkan (Saman) untuk diminta hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan. Kegagalan menghadiri Mahkamah membolehkan Mahkamah mengeluarkan waran Tangkap bagi memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Walau bagaimana pun pihak PDRM tidak mengeluarkan Saman di bawah Seksyen 53 ini tetapi hanya menganggap bahawa setiap orang yang disyaki sebagai pesalah.

3) TINDAKAN MENYENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG.

A) Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010 telah menyatakan bahawa tindakan menyenaraihitam pemilik kenderaan dibuat di bawah peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280.

· Yang Arif hakim Datuk Abdul Aziz Rahim telah memutuskan seperti berikut : -

o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of “Wednesbury unreasonableness”. In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the “Wednesbury unreasonableness” principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

Keputusan ini jelas menunjukkan tindakan JPJ adalah salah di sisi Undang-Undang. Malah Peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak memberikan apa-apa kuasa kepada PDRM untuk menyenaraihitam pemilik kenderaan. Kenyataan Ketua Pasukan trafik tersebut jelas menunjukkan beliau tidak faham kedudukan beliau dan kedudukan undang-undang negara. ADAKAH BELIAU TIDAK DINASIHATKAN OLEH PEGUAM NEGARA DAN/ATAU PENASIHAT UNDANG-UNDANG PDRM SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN? Adalah amat malang bagi negara mempunyai Ketua Pasukan Trafik sebegini.

B) Dato’ Abdul Aziz seterusnya menjelaskan, sebelum menyenarai hitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM. "Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.

Notis yang dimaksudkan beliau adalah notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menghendaki pemilik kenderaan memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan beliau yang dikatakan melakukan kesalahan. Setelah maklumat diterima atau tidak diterima, pihak PDRM dan/atau JPJ perlu mengeluarkan Saman di bawah seksyen 53 Akta yang sama untuk menghendaki pemilik dan/atau pemandu hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan kesalahan yang dikatakan telah dilakukan.

Walau bagaimana pun Saman di bawah Seksyen 53 Akta ini tidak dikeluarkan sebaliknya PDRM terus menganggap pemilik kenderaan melakukan kesalahan dan perlu membayar kompaun ataupun denda mandatori. Ini terbukti dengan kenyataan Dato’ Abdul Aziz bahawa "Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan,". ANGGAPAN PDRM TERSEBUT ADALAH JELAS BERTENTANGAN DENGAN PRINIP KEADILAN DI MANA SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH MELAINKAN DIBUKTIKAN BERSALAH (presumed innocent until proven guilty). Sesuatu kesalahan tidak boleh dianggap telah dilakukan dengan hanay kegagalan memberikan maklum balas. Pihak PDRM perlu, wajib membuktikannya di Mahkamah menerusi saluran Kehakiman negara bukan hanya dengan menganggap sebegitu mudah.

· Yang Arif datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes di atas menyatakan :-

o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

C) Pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat. Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.

Jika PDRM mempunyai bukti kesalahan dilakukan, MENGAPA PESALAH TIDAK DISAMAN DI MAHKAMAH UNTUK MENJAWAP PERTUDUHAN TERSEBUT?

D) Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Seksyen 53 menyatakan pegawai PDRM, Warden lalulintas dan pegawai JPJ boleh mengeluarkan saman menghendaki seseorang tertuduh hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan. Di bawah peruntukkan manakah orang ramai dikehendaki merujuk kepada PDRm untuk mengetahui samada mereka disaman atau tidak?

Prinsip SAMAN ialah ianya perlu diserahkan kepada pesalah (tertuduh) bukannya tertuduh perlu memeriksa samanada mereka ada kesalahan atau tidak. Adalah tugas pihak berkuasa membawa tertuduh ke Mahkamah untuk dibicarakan dan bukan sebaliknya.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut :-

(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property. (paras 48, 49 & 50)

(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DAN JAWATANKUASA BERTINDAK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DENGAN INI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI :-

· Mengarahkan JPJ di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan dan bukannya menyekat pembaharuan lesen kenderaan.

· Mengarahkan PDRM membatalkan semua saman yang tidak dan/atau gagal diserahkan.

· Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu memperbaharui lessen kenderaan dan lesen memandu mereka tanpa sekatan.

· Menarikbalik arahan menyenarai hitam nama pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu selagi kesalahan tidak dibuktikan.

· Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan JPJ menyenaraihitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

Sekian, terima kasih

Dato' Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 hb Ogos 2010

25 SYA’ABAN 1431H

INDEKS RUJUKAN

a) Hansard Parlimen bertarikh 24/06/2010 muka surat 21.

b) Hansard Parlimen bertarikh 30/06/2010 muka surat 16 – 18

c) Keratan Akhbar Utusan Online bertarikh 09/07/2010

d) Seksyen 17 (1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987

e) Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

f) Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987

g) Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

h) Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280

5 comments:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Inilah Kerja Gila Kerajaan tak Habis habis Menyusahkan Rakyat, Kepala Nya Di Lepas, Tapi Ekor Nya Di Tangkap, Semuga Rakyat Mendapat Kesadaran Akibat Kerja kerja UBN, Semuga PRU Ke 13 UBN Akan Di Senarai Hitamkan Oleh Rakyat.

blogenstarz said...

Dato
Walaupun saman ekor tidak popular kepada yang terlibat,namun sedikit sebanyak ia ada sumbangan terhadap pendapatan negara.
Yang saya kesalkan adalah pihak yang mengendalikan agensi CCRIS dan CTOS.
Mengapakah tiada tindakan susulan daripada NGO2/Parti Politik untuk membantah tindakan CCRIS dan CTOS.
CCRIS dan CTOS adalah lebih merbahaya daripada saman ekor !
Mereka dengan sewenang2nya meyenarai HITAMkan nama individu,walaupun pinjaman telah dilunaskan.
HARAP DATO AMBIL BERAT BERKAITAN INI.
SAMAN EKOR=CCRIS==CTOS=BLACK LIST

Nisham Husin said...

YB Dato'

Syabas diucapkan diatas keperhatinan Dato' yang kelihatannya tidak kenal penat lelah dan putus semangat dalam membela nasib rakyat.

Kebetulan cukai jalan kereta isteri saya telah tamat tempoh khamis lepas dan selepas membaharui insuran, kami diberitahu oleh pos Malaysia bahawa cukai jalan tidak dapat diperbaharui kerana terdapat saman trafik (insuran tidak boleh tangguh lama kerana kuathir perlu di extend sekali lagi).

Saya bergegas kerumah dam menyemak saman secara atas talian lalu terkejut dengan jumlah saman sehingga 13 saman. Kesemua saman ini adalah saman ekor. Anehnya tidak terdapat satu pun notis saman dihantar kerumah kecuali satu saman parking yang diletakkan di cermin kereta. Pada hari berikutnya saya ke kaunter tersebut untuk menyemak jumlah saman yang telah disenarai hitam (atas talian tidak memberitahu saman yang telah disenarai hitam).

Walaupun dikaunter tersebut terdapat notis yang mengatakan bahawa semua saman tidak boleh dibuat rayuan saya tetap bersyukur kerana hanya satu sahaja saman yang telah disenarai hitam. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM300 (jumlah maksima hadlaju).

Kerana kesempitan duit, kami terpaksa meminjam wang dari bapa saya dikampung untuk membayar saman. Mahu tidak mahu saman ini mesti dibayar secepat mungkin kerana dua perkara; kerana sebab insuran tadi dah isteri saya bekerja travelling di sekitar lembah Klang setiap hari untuk berjumpa pelanggan syarikatnya. Jika saman tidak dibayar maka cukai jalan tidak dapat diperbaharui dan isteri saya tidak dapat bergerak. Travelling adalah punca pendapat utama kami.

Selepas dapat tahu kaunter trafik Puchong Jaya buka pada hari minggu, maka saman tersebut telah dibayar pada hari ahad juga selepas beberapa sumpah seranah kami lemparkam ke PDRM (lafaz dalam hati) kerana dilihat terlalu zalim terhadap pengguna jalan raya selain dilihat cubaan menyekat punca pendapatan dan kebebasan sesiapa sahaja yang enggan membayar saman.

Untuk makluman YB, saya masih menuntut dan isteri saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya. Punca pendapatan kami sangat terhad dan kami saban hari mengikat perut dalam mengharungi liku kehidupan di kota selain membesarkan seorang puteri kami yang baru berusia tiga bulan.

Kami tidak dapat menghalalkan duit kami dunia akhirat kepada pemerintah yang zalim ini jika benar kami dianiaya dan kami juga mengharapkan satu lagi gelombang reformasi yang lebih besar akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang seterusnya negara yang dicintai ini dapatlah diperintah oleh pemerintah baru iaitu dari golongan kanan.

Teruskan perjuangan. Takbir!

sibersensasi said...

terima kasih dato...

AK said...

YB Dato',

Syabas saya ucapkan atas usaha Dato' ini.

Di USA, waktu saya belajar disana dahulu, alat mengesan adanya jerangkap HAD LAJU SHERIF (Polis lah tu) memang dijual dan boleh dipasang di dalam kenderaan. Ianya bertujuan supaya pemandu tidak pandu laju kerana ada perangkap HAD LAJU DI HADAPAN.

Ini adalah caranya pemandu-pemandu dididik supaya memandu dengan cermat mengikut HAD LAJU YANG DIBENARKAN.

Hasilnya orang tak marah pada Polis, kerana tujuannya adalah untuk mendidik,BUKANNYA MACAM DI MALAYSIA,GELUT NAK PEKENA ORANG. LAMA-LAMA SEMUA ORANG MELUAT.