Tuesday, May 4, 2010

Datuk Khalid Abu Bakar ketua Polis Selangor tolong tutup mulut jangan celupar sangat.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang meminta ahli Politik jangan campur tangan dalam kes tembak mati yang dilakukan oleh Polis keatas Allahyarham adik Aminulrasyid amat dikesali.Kenyataan beliau seolah olah ahli Politik cuba mencampuri dan menggangu urusan Polis.

Kenyataan beliau dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan Integriti PDRM yang begitu buruk.kejadian tembak mati yang berlaku keatas adik Aminulrasyid memburukkan lagi pesepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan Polis.Sedangkan tindakkan yang diambil oleh ahli Politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambahkan lagi pesepsi negatif rakyat terhadap Polis.Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan yang celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
29 april 2010

8 comments:

Anonymous said...

woi mahfuz, hang tak sedaq diri ka panggil org celupar.
hang tu 10 kali celupaq dari ketua polis selangor...hang tau dak??!
amboiii....sedap panggil org celupaq no..

AFRAR YUNUS said...

salam dato'
polis kena sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan dan kesalahan. jangan kerana uniform dan backing kerajaan, tak boleh nak mohon maaf.

Captain said...

Dato Mahfuz kena celupar dgn depa ni..kalau tidak buat apa jadi orang politik.

Anonymous said...

hehehe...dato mahfuz memang mulut celupar.
Teruskanlah keceluparan dato'.

hilbert said...

Salam 1Malaysia YB Datuk Mahfuz,

Bagaimana pula pendapat Datuk tentang kemalangan yang melibatkan seorang pelajar UiTM iaitu adik Mohd. Bakri bin Mohd Bazli yang telah dilanggar oleh seorang ADUN Sekinchan di Selangor daripada DAP pada 8hb February 2010 jam 12:30 pagi lalu?

Kemalangan tersebut berlaku dilampu isyarat Unisel Seksyen 7 Shah Alam Selangor yang menyebabkan adik Mohd. Bakri terlantar dalam keadaan koma selama beberapa hari di wad kecemasan(ICU)Hospital Tengku Ampuan Rahimah akibat dilanggar dilanggar kereta yang dipandu oleh YB Ng Swee Lim(DAP) yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Dan pada 13hb Mac 2010 lebih kurang pukul 9.30 malam pula, seorang lagi wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang iaitu Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua(PKR) telah terlibat dengan perlanggaran dimana kereta mewah milik beliau dari jenis Mercedes Benz yang dinaikinya telah melanggar sehingga mengorbankan seorang Askar Melayu DiRaja Malaysia iaitu Mohd. Salleh bin Hamdan.

Kemalangan itu berlaku di KM49 Johor Bahru - Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.

Jadi saya nak bertanya sebab setakat ini belum ada lagi dilihat sebarang tindakan diambil oleh semua pemimpin daripada Pakatan Pembangkang untuk menegakkan keadilan untuk mangsa yang terlibat dalam kedua-dua kemalangan tersebut, oleh itu saya nak bertanya...dimanakah tempat semua pemimpin baik PAS,DAP atau PKR meletakan perjuangan hak kesamarataan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini dalam apa jua isu???

malaysia baru said...

Sila siasat kalau bersalah, hadapkan ke mahkamah.
Keadilan utk semua rakyat.

Arif Omar said...

anak kau penagih tu dalam penjara, kena tangkap polis. itu yang marah sangat kot

Unknown said...

mahfuz ni nasib ada PAS boleh lah temberang dan naik jadi ahli politik. mentaliti masih tak kemana. politik ketaksuban membuatkan beliau dalam kelompok sebegitu. politiking menyalahkan orang lain supaya mendapat perhatian dalam parti kerana dalam parti saja beliau bolih jadi YB.Elok sekali sekala lihat diri juga dan kemana nak bawa ahli keluarga supaya sedar diri tak kemana pun. kalau si anak dah tak boleh jaga, macm mana nak jaga orang lain. that shows mahfuz cuma penting diri. sebab di akhirat Allah swt tak tengok PAS atau UMNO. walaupun Nik Aziz kata masuk PAS boleh ke syurga. jaminan syurga hanyalah setelah mendapat syafaat dari baginda saw. dia tak sebut apa yang nik aziz kata. bahaya nik aziz ni. takut dia yang dahulu di humban kedalam neraka. frankly speaking. so berbalik pada mahfuz, jangan nak tunjuk ego sangat. baca surah baqarah, surah kehidupan. 'som mom buk mom, um yom fahum la yuk minun. sombong dan bongkok boleh menjerumuskankan manusia kedalam api neraka. ingat bahasa al quran ni merangkumi semua bahasa.baca selalu akan terkeluarlah semua bahasa, walaupun bahasa al quran ini dalam bahasa arab. itulah mukjizat al quran.