Saya akan tetap membangkitkan kaitan antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan APCO Worldwide demi kepentingan masa hadapan negara ini.
"Pada tahun 2000, bersama-sama Naib Ketua Pemuda PAS ketika Itu Salahuddin Ayub dan Haji Jalaluddin Abdul Manaf, saya memilih menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang daripada membayar denda setelah mahkamah menyifatkan kami bersalah kerana menyertai perhimpunan pada tahun 1997 kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel menyertai satu kejohanan antarabangsa di negara ini.
"Sikap lunak kerajaan terhadap Israel itu kami bantah kerana kini ia ternyata semakin parah kini berikutan tindakan kerajaan hari ini yang mengIsraelkan jentera-jenteranya yang bermula dalam bidang komunikasi dengan pengambilan APCO Worldwide dan kewujudan dua bekas pegawai tentera Israel untuk membina sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM),"
PAS,sentiasa konsisten dalam penentangannya terhadap kewujudan entiti haram Israel di wilayah Palestin yang dijajah.
"Apa yang berlaku kini bukan lagi setakat kedatangan pasukan kriket sahaja, tetapi lebih berbahaya lagi dengan pengambilan APCO yang didominasi petualang-petualang Zionis untuk memberikan nasihat strategik kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.
"Untuk membolehkan ia memberikan nasihat strategik, sudah tentu APCO memerlukan maklumat-maklumat yang strategik. Perkara ini sangat berbahaya kepada negara ini.
"Oleh sebab itulah saya tetap meletakkan Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab membahayakan negara ini melalui persekongkolannya dengan APCO,"
Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan menghentikan apa yang telah dilakukan jauh lagi menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat semalam.
"Ada yang meminta saya menarik balik apa yang saya nyatakan dalam Dewan Rakyat semalam tetapi saya tetap tidak akan menarik balik kata-kata Umno APCO, APCO Umno itu,"
Sebagai pendukung perjuangan PAS untuk melaksanakan ajaran Islam,saya tetap akan menentang Zionisme dan percubaan untuk membahayakan negara ini dengan Zionisasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib.
21 comments:
YB Mahfuz, sudah terang lagi bersuluh Anuar Ibrahim berkawan dengan yahudi, kenapa YB tak suarakan bantahan kerana akan membahayakan negara?ini semua atas sebab kepentingan politik. Walaupun semua dalam PAS tahu Anuar orang kuat geng yahudi amerika, tapi pura2 tak nampak demi milege politik.
p/s: Politik, politik jugak YB, tapi mintak jengok2 la kawasan Pokok Sena, jalan utama dalam Taman Bandar Baru dah rosak teruk. Bila penduduk buat aduan dan ada dapat peruntukan dicantas pulak oleh puak PAS untuk kawasan lain. Saya antara yang pangkah YB masa election dulu. Jadi harap renung2 kan..PISANG TAK BERBUAH DUA KALI.
hehehe ini artikel lagi kelakar...
"lidah tak bertulang", 'ballpen bulat-bulat', 'keyboard manyak itu huruf-huruf..sesuka hati mana nak tekan'...
Al Gore tu kawan sape? International Republican Institute(IRI) yang boss no.1 di Asia John Fluhart kawan sape? IMF mau kasi advance duit sape yang mahu terima sape yang tak mahu?
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia YB Datuk Seri Mahfuz Omar,
Saya nak tanya satu soalan berkenaan dengan tajuk posting yang sebelum ini dan agak lari dari topik yang dibincangkan kerana tidak berkaitan dengan tajuk artikel ini.
Saya suka nak bertanya; ...bila lagi agaknya nak ditubuhkan satu Suruhan Jaya Bebas atau sebuah Suruhan Jaya DiRaja bagi menyiasat dua kes kemalangan yang membabit dua remaja dimana yang seorang koma beberapa hari didalam wad hospital setelah dilanggar kereta manakala yang seorang lagi telah maut dalam dua kejadian yang berasingan.
Mangsa langgar yang pertama iaitu adik Mohd Bakri bin Mohd Bazli, seorang pelajar UiTM telah dimasukkan didalam wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) dalam keadaan koma setelah dilanggar oleh ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lim pada jam 12:30 pagi 08hb. February 2010 dilampu isyarat berdekatan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam Selangor namun tiada pembelaan yang dibuat oleh orang-orang politik untuk adik Mohd Bakri sebagaimana yang diberi terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Kenapa?
Mangsa kedua pula adalah merupakan seorang Askar Melayu DiRaja iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan yang telah maut akibat dilanggar oleh kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua pada malam 13hb Mac 2010 di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi, Johor.
Sehingga kini tiada juga desakan untuk menyiasat punca sebenar kes kemalangan itu dibuat daripada pihak Pakatan Pembangkang DAP,PAS dan PKR supaya ditubuhkan sebuah Suruhan Jaya DiRaja bagi memberi keadilan kepada mangsa sebagaimana yang dibuat untuk mendiang TBH. Mengapa senyap???
Yb Mahfuz...saya tetap menyokong sepenuhnya tindakan yb utk mengaitkan unmo@yahudi itu. Mana ada pemimpin umno yang sanggup di penjarakan kerana untuk menegakkan keadilan..mereka semuanya hanya mahukan kesenangan saja.1Malaysia itu hanyalah cakap2 lidah tak bertulang sahaja. Untuk pertanyaan mangkuk2 di bawah tu,yb tak payah layan. Kalau nak di tanya tentang tindakan pemimpin2 umno semenjak dahulu sampai sekarang saya rasa 1 blog page pun tak cukup. Teruskan perjuanganmu yb..kita sentiasa menyokong yb sentiasa.
ini budak2 UMNO ni banyak bodo la.. huhuh
u kawan orang u ada bayar ke..ini apco tada kawan tapi bayar ma..
bodoh ke???
cukup la..cukup la sampai sini..
cukup la..cukup la menabur fitnah..
cukup la melacurkan agama untuk kepentingan sendiri..
ingatlah kita semua akan MATI..kita semua akan menghadap ILAHI..
Saya anon 9/4/10 4:20PM
Buat anon 10/4/10 4:39pm, saya bukan ahli UMNO dan juga bukan ahli PAS. tapi saya yang pangkah PAS election sebelum ni. Mungkin saya bodoh tetapi saya tidak sesekali akan memanggil orang 'bodoh'.
UMNO 100 kali lebih baik 'jika tidak' dan amat malang bagi PAS yang mempunyai ahli seperti saudara.
Buat YB: Saya perhatikan memag ramai yang jelek dengan tingkah laku pemimpin UMNO yang rasuah dan salah guna kuasa. Tapi bagi Pakatan khususnya PAS dan PKR, ramai yang jelek/meluat dengan tingkah laku ahli bawahan yang terlalu taksub/riak (contoh bila baru sekali menang dalam election dalam bualan kedai kopi selalu pelece orang UMNO).
Kesan DOMINO/jangkitan pada pengundi atas pagar seperti saya pasti ada. TAK PECAYA TENGOK JA NANTI..
Selamat bertugas dan melaksanakan amanah pengundi Parlimen Pokok Sena!.
warga taman bandar baru, Pokok Sena.
medalien_amir@yahoo.com
Mahfuz;
Kamu sebenar gololongan yang Tuhan sebut dalam surah AlBaqarah ayat 10 " dalam hati mereka ada penyakit, lau Alah menambah penyakitnya itu.dan mereka mendapat azab yang pedih,kerena mereka berdusta"
Kamu adalah sebenar musuh Rasulullah yagn SEBENAR " sama dengan musuh Nabi ketika Rumah Alah dipalit dengan NAJIS "
Kamulah yang sebenarnya kaum mushyrikin yagn sering disebut dalam Al-Quran .
Kamu benarkan rumah rumah Allah dipalit dengan najis, kamu bersongkol dengan Cina Kiasu dan membiarkan Rumah ALLAH dinodaiiii.... Kamu dang kaum2 kamu lah sebenar2 kaum yang dalam kerugian
Salam Mahfuz,
maaf bila saya katakan saudara bukanlah pejuang yg benar2 memperjuangkan islam.Tindak-tanduk saudara cuma inginkan populariti dan keglamouran.Mungkin saudara boleh memperdayakan mereka2 yg duduk dibawah tempurung sahaja.Ilmu saudara tidaklah kemana,saudara hanya menjerit dan melolong tetapi tak tahu apa yg saudara jeritkan dan lolongkan.Alangkah malang PAS mempunyai orang seperti saudara..wassalam
PAS and ISRAEL FOR ALL!
Apa? Orang kata AnuAr sanggup dipenjarakan sebab perjuangkan keadilan? Pandai ek buat lawwwwwakkk... Bukan sebab main belakang ke? Sedangkan isteri sendiri pun tak boleh 'lalu' ikut belakang inikan pula lelaki. Pemimpin sebegini lah diangkat menjadi ketua. Belum jadi PM sudah hentam dari belakang. Kalau jadi PM? Halal hentam dari belakang?
Misteri Anwar Ibrahim dan Foundation For The Future
Ini merupakan tulisan pertama saya yang ditulis pada 30 Mei 2007. Ketika itu saya masih berblog lagi. Tetapi sebelum itu pun, saya mula membaca dan mengkaji siapa Anwar Ibrahim. Ketika itu Anwar masih transisi antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Oleh kerana terdapat percanggahan dengan apa yang dilaporkan oleh Anwar di blognya berkenaan Foundation For The Future dengan realiti sebenar yang dilaporkan oleh media-media barat, saya mula menghantar tulisan ini kepada beberapa blog lain untuk disiarkan.
Setelah saya mula berblog, sekitar April 2008, artikel ini menjadi artikel pertama yang disiarkan di blog, walaupun sebelum ini artikel ini pernah disiarkan di beberapa blog lain.
Di dalam artikel ini, saya membuat analisis mengenai kenyataan Anwar Ibrahim di blognya dengan kajian penyelidikan berdasarkan sumber-sumber lain.
Terdapat percanggahan fakta yang amat ketara sekali. Benar seperti kata Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar, sikap Anwar adalah menafikan segalanya walaupun perkara itu benar.
Apa yang dapat disimpulkan dalam artikel ini terdapat dua watak penting yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan Foundation For The Future iaitu Anwar Ibrahim dan Sandra Oconor. Oconor adalah berbangsa Yahudi yang ditugaskan khusus oleh Amerika Syarikat untuk 'memandu' yayasan tersebut. Oconor juga terlibat secara langsung dengan Timur Tengah khususnya Iraq pasca perang dalam Iraq Study Group(ISG). Klik di sini
Tetapi selain dua tokoh di atas terdapat dua lagi tokoh penting yang bermain di sebalik tabir iaitu Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza. Video Channel 4 (pro parti Demokrat) di atas menjelaskan lagi kaitan tiga tokoh utama (Paul Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar Ibrahim) dalam yayasan tersebut.
Setelah membuat kajian lebih mendalam, saya dapati yayasan ini adalah 'yayasan underground' yang menjalankan operasi-operasi gelap di Timur Tengah. Secara positif diwar-warkan sebagai 'menyemai idea demokrasi (baca : liberal) di Timur Tengah, tetapi secara gelapnya merungkai akar Islam yang menjadi pegangan aqidah umat Islam di Timur Tengah.
Membebaskan wanita yang dianggap terbelenggu dengan peraturan (syariah) Islam sebahagian daripada misi yayasan ini. Apa yang anda boleh harapkan kepada Sandra Oconor, seorang Yahudi untuk memperteguhkan syariah Islam, kecuali merungkai dan melemahkan syariah tersebut atas nama 'demokrasi'.
http://www.anwaraidc.com/2010/04/anwar-supply-shaha-riza---wolfowitz-1.html
Petikan Filen Sarjan Hasan;
"..hasan pengecut, hasan pengecut, hasan pengecut.."
p/s: hasan ---> tukar kpd YB Mahfuz
..kalau tak sila jawab..
Apa lagilah sikap pimpinan PAS daripada berpolitik sepanjang masa lebih baiklah menumpukan aktiviti pembangunan dalam negara. Negara kita mengalami masalah ekonomi dan macam-macam masalah lain seperti dadah, lumba haram, perbuatan tak senonoh dan lain-lain perkara negatif. Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia telah sedaya upaya merangka program dan strategi untuk pembangunan negara dan membenteras perkara-perkara negatif meskipun dihentam bertubi-tubi oleh tuduhan melulu dari Pakatan Rakyat kerana bagi kerajaan Barisan Nasional, kalau nak berpolitik sepanjang masa, pembangunan tak tahulah lesap entah ke mana sebagaimana yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang mana program ceramah politik yang keutamaany maki hamun dan demontrasi lebih menjadi keutamaan kerajaan negeri-negeri berkenaan yang juga ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Apa cerita ini, tak adanya rakyat dapat peluang kerja dan berniaga dengan program-program ceramah maki hamun, memfitnah, menghina dan mengapi-apikan masyarakat serta berdemontrasi ganas. Yang adanya peluang dapat dosa dari program-program ceramah maki hamun dan demontrasi ganas itu.
Berhubung tuduhan Y.B. Mahfuz yang mengaitkan UMNO dengan APCO, tak ada kena mengena UMNO dengan APCO itu tapi dengan UPKO ada kena mengena kerana UPKO dan UMNO adalah komponen Barisan Nasional. Ini kerana bukan UMNO yang berurusan dengan APCO itu. Malahan APCO itu meskipun terdapat pekerja yahudi, banyak lagi syarikat yang ada pekerja dan majikan yahudi, malahan rokok batang yang ahli PAS pun duduk hisap sama itu pun ada orang yahudi yang jadi pengurus kilang, pekerja, atau pemegang saham syarikat rokok berkenaan. Itu macam mana pula cerita Y.B. Mahfuz?
Sebelum Y.B. Mahfuz menghentam UMNO yang dikaitkan dengan APCO itu, lihat semulalah mengapa APCO digunakan oleh kerajaan Malaysia, ini kerana untuk membentuk imej Malaysia diluar supaya gah seperti negara-negara maju lain, bukannya untuk menjadi agen atau rakan-rakan kepada orang yahudi dan barat yang bermasalah dengan negara negara Islam seperti Paul Woltfowitz, Al Gore dan lain-lain yang mesra dengan Pakatan Rakyat. APCO digunakan untuk kepentingan Malaysia supaya Malaysia ada imej baik di luar negara kerana sebelum itu imej Malaysia bermasalah kerana Pakatan Rakyat sendiri yang buat onar dengan memburuk-burukkan negara sendiri. Malahan tuduhan terhadap negara yang tidak prihatin terhadap alam sekitar dan masalah ancaman keselamatan di pantai timur Sabah yang sebenarnya tidak berasas sama sekali, APCO digunakan untuk menerangkan tentang keadaan semasa negara supaya orang luar tahu kebenaran sebenar tentang negara ini yang aman damai kerana kerajaan yang mentadbir Malaysia adalah kerajaan yang prihatin serta bertimbang rasa. Begitu juga tuduhan berkenaan tuduhan Malaysia tidak prihatin terhadap alam sekitar keran aktiviti perladangan adalah tidak berasas kerana bumi Malaysia masih banyak lagi hutan-hutan yang belum terusik disamping penghutan semula serta pemuliharaan kawasan hidupan liar yang terjejas. Berkenaan tuduhan berkenaan ancaman keselamatan di Sabah, ianya adalah tidak tepat kerana ramai pelancong dan penduduk Sabah sendiri yang beriadah dan melancong ke sana, tiada masalah pun. Kalau ada berlaku jenayah yang hanya satu atau dua, biasalah kerana mana ada tempat yang tak ada jenayah, di Amerika pun sama, di Britain, Israel, Australia dan lain-lain negara pun sama, itu jenayah domestik bukannya jenayah pengganas yang senantiasa diambil perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menangani masalah ini.
Kalau dilihat, ada usaha kerajaan untuk faedah negara melalui APCO, tetapi apakah sumbang Pakatan Rakyat untuk imej dan kepentingan negara, tingkah laku Pakatan Rakyat banyak memburukkan imej negara dan mengganggu ekonomi serta pembangunan negara dengan ceramah maki hamun, demontrasi ganas, menghasut rakyat dan mempolitikkan benda-benda yang tidak perlu. PAS yang suka berpolitik boleh bukan lagi Parti Islam SeMalaysia, tetapi sudah menjadi Politikkan Apa Saja (PAS). Sekian, terima kasih.
Kalau PAS For All dengan Israel For All macam mana pula? Bukan setakat slogan hampir sama, malahan logo pun hampir sama. Ini apa cerita ini Y.B. Mahfuz? Berapi-api tuduh 1Malaysia ditiru dari Israel, sedangkan PAS telah meniru dari Israel sejak 2007 lagi. Tak tahulah apa lagi yang ditiru PAS dari Israel, Amerika, dan lain-lain negera Barat? Kononnya menentang Israel, tapi tiru slogan Israel. Entah perunding mana pula yang buat slogan itu, APCO jugakah, atau pun itu cadangan dari Parti Likud, pimpinan Perdana Menteri Israel kini, En. Benjamin Netanyahu yang berikan pada PAS. Sila jawab persoalan ini, menarik juga nak dengan apa lagi Y.B. Mahfuz nak kelentong masyarakat dengan fakta-fakta merapu dan menipu berkaitan perkara ini. Sekian, terima kasih.
agaknya orang umno pikir pendek kot nak amik apco. Eh, dia tak pikiaq ka, nak bagi nasihat mestila kena tau dulu apa yag telah dbuat,berjaya atau tidak, cara yang diambil. Takkanlah apco yang tolol (yang sebenarnya bodo )tu teruih ja bagi nasihat?
Apa punya turr la umno nih. Adik aku yang lap hinguih tupon pandai pikiaq.
KOmen diatas biaq saya yg jawab :
1)Anonymous pertama : Jawapan :YB bersuara dalam parlimen (dewan rakyat), yang hang ni cakap kat sni ,apa yg bole dpt? lu pk la sndriiiiii...
2)Yang 2 kes tadi tu kasi polis setle la. watpa YB nak sebok2 stlekan plak, xkanlah polis lembab sgt sampai nak kena buat satu suruhanjaya nak selesai kes. Shhuuttt, polis skrg dah x berkaliber ke. huhu sian pak menakan aku, dia pon polis gak. Wei,Takkan polis trima gaji buta? apa raaa...
YB,
bacalah apa yg dorang ckp tu, manatau maklumat2 yg bole kasi hantam lg sama dolang maaa. haiya, bikin hati hitam oo, xabis2 nak kasi olang pening,tmbhla galam sndili, tmbah angin,dan bla bla bla lagi..huhu
Tak adanya saya bersuara di sini, saya cuma menulis saja, tak ada bersuara pun. Kalau tak beri orang memberikan maklumbalas, lebih baik tak payah ada blog, tutup terus saja, lebih baik, kalau sekadar tulis itu dan ini, tapi bila orang tanya balik pasal apa, tak tahu, itu saja jawapannya. Lebih baik tutup saja blog, pergi sembang dekat kedai kopi, kalau tak nak ada orang menghentam pandangan Y.B. Mahfuz, pergi berbincang dengan ahli PAS kategori hardcore, gerenti tak dibangkangnya bilah Y.B. hentam kerajaan. Sekian,terima kasih.
Kalau tuduh orang UMNO fikir pendek bila kerajaan ambil APCO sebagai perunding, bila masanya UMNO terlibat, yang telibat kerajaan Barisan Nasional dalam keputusan itu, bukan UMNO semata-mata. Yang PAS pergi ambil PAS For All yang hampir sama dengan Israel For All slogan dan lambangnya apa cerita pula, telalu panjang sangatkah akal sampai terambil dari Israel? Sekian, terima kasih.
ambil slogan kena bayar ke? rasanya yg dipersoalkan disini sebab ambil/tiru yg dikenakan bayaran.. kalau tiru slogan tu, susut dana Pas bayar royalti tiap tahun,sejak 2007 lak tu. taktau lah sapa yg akai tak panjang ni..
perunding skarang ni tak kena bayaran kot no
Begitu juga dengan 1Malaysia, ia bukannya untuk tujuan tak elok, untuk perpaduan, yang PAS dan Pakatan Rakyat suka menentang sangat 1Malaysia itu apahal, suka rakyat berpecah belahkan, tak bersatu? Kalau dilihatkan memang itu sikap Pakatan Rakyat, kerana kuasa politik, mereka sanggup Pergunakan Rakyat (PR), Peralatakan Rakyat (PR), Politikkan Rakyat (PR), Pembelit Rakyat (PR)serta mengamalkan Politikkan Apa Saja (PAS), Dalang Atur Protes (DAP) dan Pemecahbelah Keharmonian Rakyat (PKR). Ini menunjukkan kerana kuasa politik, mereka sanggup bersikap dengki dengan Barisan Nasional, baik pun mereka tuduh jahat, yang berfaedah pun mereka tuduh membazir dan macam-macam lagi. Sudah-sudahlah PAS dan Pakatan Rakyat tak baik berdengki, daripada berdengki dengan orang, lebih baik perbaiki diri untuk sentanding dengan BN, ini tidak sibuk berdengki dengan BN, tapi BN tak layan dengki Pakatan Rakyat itu dan terus mengorak langkah, Pakatan Rakyat terus ketinggalan, jadi macam Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai dan senasib dengan Lebai Malang yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran dijalanan. Contohi BN, gunung sama didaki, lurah sama dituruni, yang ringan sama-sama dijinjing, yang berat sama-sama dipikul dan saling menghormati antara satu sama lain dan tak bersikap kiasu macam parti ultra kiasu. Sekian, terima kasih.
Post a Comment