Sunday, April 25, 2010

Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin

Saya memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.

"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.

"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin,"

Ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.

"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk,"

Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

29 comments:

drrita said...

HENTIKAN FITNAH..
JANGAN JADI PARTI POLITIK DAJJAL!!!!

PAS PARTI MUNAFIK!!!!


PAS FOR ALL...
ISRAEL FOR ALL!!!!!

Anonymous said...

PAS For All apa cerita Y.B. Mahfuz, ambil dari mana, mungkin cenderahati dari Benjamin Netanyahu untuk PAS. Takkan kebetulan boleh sama, kalau slogan saja tak apalah, ini logo pun hampir sama, apa cerita ini?

Kalau pimpinan PKR yang menjadi sabahat baik PAS yang berkawan dengan Paul Woftfowitz yang sama-sama dalam perancangan untuk menyerang Iraq dan Afghanistan macam mana pula, macam mana pula airmata rakyat Iraq dan Afghanistan Y.B. Mahfuz, tak bernilaikah sebab Paul Woftforwitz berkawan dengan salah seorang pimpinan tinggi Pakatan Rakyat, maka biarlah Iraq dan Afgahnistan, kena hentam, tak apa, sebab kalau diungkit nanti undi tak pergi ke Pakatan Rakyat pula, sebab undi apa pun boleh dibuat, semuanya halal belaka yang haram dan berdosa pun boleh juga sebab dah jadi halal kerana disucikan oleh kepentingan undi.

Tak adanya Malaysia pernah iktiraf Israel, jadi yang Y.B. Mahfuz mengarut di sini apahal dengan menuduh Malaysia bekerjasama dengan Israel. PAS adalah Politikkan Apa Saja, untuk undi, menipu, menghasut, mengadu domba, mereka-reka cerita palsu, dan memutar belitkan adalah dibolehkan, undi lebih penting dari kebajikan negara, kerana undi akan menjadikan Pakatan Rakyat menang, kebajikan negara tak apa letak tepi dulu yang penting kuasa, kuasa dan kuasa. Itulah Pakatan Rakyat yang Peralatakan Rakyat, Penipu Rakyat, Pembohong Rakyat, Politikkan Rakyat dengan mengamalkan Pemecahbelah Keharmonian Rakyat (PKR) Politikkan Apa Saja (PAS) dan Dalang Atur Protes (DAP). Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Siapa pula perunding untuk konsep PAS For All, apakah Mossad (perisikan Israel) ataupun Shin Beth (perisikan polis Israel)? Apa cerita dengan PAS For All yang hampir sebiji sama dengan Israel For All dari segi slogan dan logonya? Jawablah Y.B. Mahfuz, apasal tak jawab? Tuduh kerajaan berapi-rapi, tapi semua tuduhan palsu yang berniat jahat untuk menimbulkan sentimen kebencian terhadap kerajaan. Inikah nilai-nilai yang diajar oleh Islam dalam PAS, dalam Islam Amar Makruf Nahi Mungkar, dalam PAS pula buatlah apa saja, janji boleh kalahkan UMNO dan Barisan Nasional, yang salah dan berdosa pun tak termasuklah menipu dan memaki hamun sesama saudara seagama, berkomplot denga DAP pun tak apa, inilah sikap PAS, hipokrit, penipu, pembelit, perosak moral masyarakat dengan aktiviti ceramah maki hamun dan menghasut ke arah kebencian. Ingatlah sama, dalam kubur nanti tak ditanyanya kamu ahli PAS atau tidak, yang ditanya, siapa Tuhanmu, siapa Nabimu, siapa saudaramu, apa kiblatmu dan apakah imammu, tak ditanyanya siapa presiden PAS, siapa mursyidul Am PAS, atau siapa Ahli Parlimen Pokok Sena, jadi janganlah taksub sangat dengan kuasa politik hingga mengabaikan kepentingan Islam dan perpaduan negara. Politik itu politik juga, tapi matlamat tidak menghalalkan cara, yang penting betul dibuat maka baiklah balasannya dan begitulah sebaliknya. Sekian, terima kasih.

ISRAEL FOR ALL said...

YB mahfuz dah tak de telor..

sebarkan fitnah tuduh UMNO-APCO..
tapi sampai sekarang tak buat penjelasan pasal PAS FOR ALL..
sama seperti ISRAEL FOR ALL..

memang sebijik...
lagi terang tak payah suluh..

PAS parti dajjal...
PAS parti munafik...
PAS parti yang menyokong ISRAEL..

hilbert said...

hehehe... ;-))

Anonymous said...

Mahfuz...

Yang korang bangang sangat sokong Anwar tu pasai apa ?

Hang pun tau APCO tu cuma dakyah Anwar tapi yang Anwar yang melutut pada kaki zionis dalam pertubuhan luar negara tu apa cerita.

Sesungguhnya korang sedang mengalirkan darah anak2 palestin melalui perjuangan palsu Anwar berahim..

bawak la keluar PAS dari Pakatan Yahudi anjuran Anwar tu wahai Mahfuz tukang jaja hal rumah tangga orang di Permatang Pasir sudah...

Sekarang ni HS dah melingkup..orang melayu menolak PAS sepenuhnya

Anonymous said...

klau aku nak ingat paul wolfowitz ngan william cohen ngan al gore bleh?

Anonymous said...

yg aku tgk melalak sana sini..heboh sana sini yg byk.. eh aku maksudkan jom heboh tu..
satu lg soalan..siapa PM mu dan isterinya..hehehe

hilbert said...

Salam 1Malaysia,

1725.

"Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Iraq, Afghanistan juga."

...dan jangan lupa "Mengundi: Ingat air mata penduduk Kampung Buah Pala...

Anonymous said...

Yahooooo!
PAS menang!
Menang sorak!
Nak bagi soalan boleh tak?
Dalam banyak2 Parti Islam di dunia, Parti Islam apakah yang beri-ria macam nak tercabut nyawa sokong bangsa Cina yang terang-terangan 'racist' dan majoritinya kafir harbi serta pemimpinnya pernah kata langkah mayat dulu sebelum nak buat Negara Islam?

Anonymous said...

Si Ketua peliwat tegar, si isteri siap bagi chance kat suami untuk jadi ahli parlimen, si anak pun ahli parlimen, Tok Mursyidul suka maki hamun (siap doa sesama Islam celaka!), Muslimah sokong perempuan cina yang beromen dengan lelaki Muslim, ada pula orang kuat pernah kena tangkap khalwat, Cina kononnya baca ayat Al-Quran Surah 'Aura' kata (untuk pancing undi) kononnya nak belajar, kalau pemimpin UMNO sakit katanya balasan Allah S.W.T. , pemimpin sendiri sakit balasan siapa? Siap datang bicara liwat orang yang dah memang ada rekod liwat, negara lain memuji, tapi puak kamu mengeji, hina sangatkah Muslim di Malaysia berbanding negara lain? Dulu tidak hina tetapi kini puak kamu telah meletakkan Muslim Malaysia di kedudukan hina. Buat Proton salah, jambatan Pulau Pinang salah, KLCC nak jual, Litar Sepang membazir, Putrajaya, membazir, semua tak betul! Apa yang betul? Fitnah? Bergaduh sesama Islam? Maki hamun? Nak perintah Malaysia ikut pintu belakang? Burukkan Negara?

Anonymous said...

Syabas kepada calon Barisan Nasional yang telah memenangi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti yang begitu mendadak naiknya, sebelum ini kalah 198 undi, tapi kini telah menang dengan hampir 1800 undi, hampir 10 kali ganda.

Pakatan Rakyat seperti biasa, akan menuduh itu dan ini bila mereka kalah, inilah sikap mereka, sudah meresap perangai DAP iaitu kiasu, pentingkan diri sendiri, diri sendiri saja betul, orang lain semua salah, mereka saja pandai, bersih, amanah, berakhlak mulia dan bersopan santun, orang lain kurang ajar, jahat, tidak jujur dan lain-lain. Apahal sampai begini Pakatan Rakyat? Ceramah maki hamun dan menghasut itu mulia sangatkah, digalakkan oleh agamakah? Y.B. Datuk Hassan Ali dalam Sinar Harian edisi 26/04/2010 mengatakan BN perlu tunaikan janji yang dibuat semasa kempen Hulu Selangor, tapi janji Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor pada pilihanraya umum ke 12 lepas macam mana? Sudah lepas mana janji itu, sudah tanam dalam kuburkah? Mana dia janji bantuan kanak-kanak tadika sebanyak RM 75 dan RM 50 untuk kanak-kanak pra sekolah, bantuan RM 1000 untuk setiap lepasan sekolah yang dapat masuk universiti, mana dia negeri kebajikan bila sewa rumah PPRT dinaikkan dan balai raya dirampas, kanak-kanak tadika dihalang menggunakan balai raya untuk kelas dan pusat kegiatan penduduk dirampas? Banyak lagi benda yang dijaja oleh Pakatan Rakyat untuk tarik undi rakyat tetapi dibuat-buat tak tahu lepas menang, apakah sikap ini? Pakatan Rakyat atau Pergunakan Rakyat sebenarnya? Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Prof. Abdul Aziz Bari ada menulis dalam Sinar Harian edisi 26/04/2010 yang beliau menyokong sekiranya DUN dibubarkan sekiranya berlaku lompat parti yang merujuk kepada DUN Kedah, tapi bila Penasihat Umum PKR cuba memancing 30 ahli parlimen BN untuk lompat parti mengapa beliau tidak bersuara, orang akademik pun sudah berfikiran politik, bila kena pada parti politik yang disokongnya beliau akan bela habis-habisan. Beliau perlu lihat mengapa lompat parti itu berlaku, di Kedah, Y.B. Tan Wei Shu dan Y.B. Mohd Radzi Salleh tak lompat parti mereka hanya menjadi ADUN Bebas. Mereka berdua tinggalkan PKR kerana mereka nampak hala tuju PKR dan Pakatan Rakyat sendiri yang kabur dan bersimpang siur di sana sini hingga memeningkan kepala mana satu jalan yang hendak ditujui oleh Pakatan Rakyat yang jelas mempunyai asas-asas ideologi yang berbeza. Mengapa beliau (Prof. Aziz Bari) tidak membela bila Y.B. Fairus Khairuddin dipaksa meletakkan jawatannya? Begitu juga dengan Y.B. Abu Hassan Sarif dipaksa meletakkan jawatannya, apakah ini demokrasi yang dibenarkan mengikut pandangan beliau? Apa pula pandangan beliau bila Ahli Parlimen PKR meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu orang lain pula jadi Ahli Parlimen sebagaimana yang berlaku di Parlimen Permatang Pauh, apakah ini demokrasi? Mengapa beliau tidak bersuara berkenaan hal ini?

Anonymous said...

Blog Azmin Ali dan Penasihat Umum PKR menyekat komen-komen kritikan terhadap mereka, ini menunjukkan mereka tidak dapat terima kritikan sedangkan sebelum ini, berapi-rapi mengkritik orang lain. Malahan Penasihat Umum PKR sendiri pernah kata kalau takut dikritik usah bicara pasal perjuangan, maka ini perjuangan mangkuk apanya kalau kena kritik sudah kena sekat, tak payahlah nak berapi-rapi menghasut rakyat sedangkan bila orang persoalkan parti anda dan dasar parti anda anda terketar-ketar tak tahu jawab, lepas itu padam komen orang pula. Inikah sikap seorang pemimpin? Sikap pemimpin jenis apakah ini, tak dapat terima kritikan, dan memadam kritikan supaya orang tak tahu kebobrokan parti Penakut, Kelentong dan Rakus (PKR). Boleh jalanlah dengan parti sedemikian, penipu no. 1 Malaysia. Buat malu negara saja.

Anonymous said...

Ini bukan Blog Gemasuara Rakyat, tapi Gema Suara Y.B. Mahfuz yang mengarut entah apa-apa. Dulu Mat Sabu menjadi ayam tambatan PAS untuk menghentam dan bercerita perkara menipu, sekarang ini Y.B. Mahfuz pula. Tak adakah isu-isu yang lebih penting daripada Politikan Apa Saja (PAS) yang sering dimainkan oleh Y.B. Mahfuz? Mengapakah banyak isu-isu yang mengarah kepada perpecahan begitu suka dimainkan oleh Y.B. Mahfuz? Inikah sikap pemimpin, suka kepada perpecahan supaya dapat menangguk di air keruh, rakyat berbalah tak apa, janji dapat undi? Inikah sikap pemimpin? Tidak! Itu sikap petualang. Takkan nak jadi petualang, insaflah sebelum terlambat. Sekian, terima kasih.

hilbert said...

Salam 1Malaysia,

kalau bicara soal sikap keterbukaan maka inilah yang saya dapati ada pada diri YB Datuk Seri Tuan Haji Mahfuz.

Sikap terbuka yang ada pada dirinya kepada sebarang kritikan terhadap beliau dan PAS oleh rakyat serta pembaca sehingga kini tidak pernah memaksa beliau untuk menyekat sebarang komentar dari pelayar laman blog beliau dan sikap inilah yang harus ada pada semua wakil rakyat tak kira pembangkang ataupun kerajaan.

Tidak seperti YB Zulkifli Nordin ketika masih didalam PKR, pada mulanya beliau terbuka kepada semua komen yang masuk didalam blog beliau walaupun melalui proses penanpisan tetapi apabila didapati kritikan tertentu daripada pembaca terhadap beliau, tetiba saja ruang komen diblog beliau terus dihapuskan.

Dan begitu juga ada terdapat sesetengah wakil rakyat yang bertaraf sebagai Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional sendiri, mereka ada akaun Facebook..tetapi sangat berat untuk menerima permintaan menjadi sebagai rakan apabila kita ingin berbuat demikian. Saya ada senarai nama mereka-mereka ini yang enggan berkomunikasi dengan rakyat sebenarnya walaupun pada masa yang sama mereka ini memperlihatkan bahawa mereka boleh dihubungi sepanjang masa walhal itu sebenarnya tidak berlaku.

Sebenarnya saya rasa masih ada kalangan wakil rakyat dari BN sendiri yang belum bersedia mengikuti jejak langkah PM YAB Datuk Seri Najib dan TPM YAB Tan Sri Muhyiddin yang telah mempunyai saluran terkini itu untuk lebih dekat dengan rakyat. Di laman facebook kedua-dua pemimpin tertinggi kerajaan ini..kita dengan mudah diterima sebagai rakan Facebook mereka tidak seperti YB-YB yang lainnya...

shahrul said...

korang nie marah sanagt dekat PAS tu kenapa...komen punya panjang...pandai kata orang sesat,munafik...tapi yang korang sokong umno tu tak kira bersubahat ke...merelakan dan bersetuju dgn segala benda jahat yang BN buat...korang nie mungkin jahil agama...mungkin korang tu yang munafik...belajasr masa kat sekolah agama pun mungkin tak abis,suka ponteng...Allah nampak apa yang kirang lakukan...kalau dah musibah turun dkt malaysia nie baru nak bertaubat agaknya...

Anonymous said...

Kepada En. Shahrul, benda jahat apanya yang BN buat, BN tak memaki hamun setiap hari, tak berpolitik sepanjang masa, tidak memperalatkan rakyat sebagaiman yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Masalahnya Pakatan Rakyat tuduh BN bersekongkol dengan Israel sedangkan hakikatnya itu tuduhan palsu dan berniat jahat untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Inikah sikap parti yang mencanangkan dirinya terlalu Islam sangat, memaki hamun, mencerca, menuduh tanpa usul periksa, menghasut rakyat untuk membenci pemerintah, berdemontrasi, terkinja-kinja dihadapan Raja Muda Perak semasa perasmian Sidang DUN oleh Raja Nazrin Shah, berbaring dijalanan untuk menghalang kenderaan kerabat Diraja Perak, menentang 1Malaysia yang dituduh ada persamaan dengan perkataan One Israel, tapi PAS boleh pula dengan PAS For All yang slogan dan logonya hampir sebiji sama macam Israel For All. Ini apa cerita ini? Barisan Nasional sibuk dengan 1Malaysia untuk menyatupadukan Rakyat tapi Pakatan Rakyat sibuk dengan ceramah maki hamun, menghasut, menuduh membuta tuli, buat kekacauan dalam DUN, berdemontrasi, dan macam-macam lagi. Apa tak ada kerja lainkah Pakatan Rakyat nak buat? Nak sangatkan populariti murahan, kalau begitu, masuk saja Raja Lawak, Akademi Fantasia, Gangstarz, Bintang RTM dan lain-lain program realiti, itu kalau nak sangat populariti sangatlah. Patutnya nama Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, tapi yang dibuat ialah merobohkan kedai milik rakyat, merampas balai raya, menghalang kanak-kanak tadika menggunakan balai raya sebagai kelas, merobohkan pusat kegiatan penduduk, buat-buat tak tahu pasal janji terhadap penduduk Kg. Buah Pala, buat-buat tak tahu pasal janji menifesto pilihanraya Pakatan Rakyat 2004, sudah campak mana, sudah tanam dalam kuburkah? Inikah sikap pemimpin, menghasut kearah perpecahan, Barisan Nasional sibuk untuk memajukan negara, tapi Pakatan Rakyat sibuk dengan menghasut rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional semata-mata demi undi, patutnya bekerjasama untuk kemajuan negara, tapi Pakatan Rakyat lebih pentingkan undi dari kebajikan negara. Sebab itulah mereka tidak ada rasa malu bila menghasut rakyat, berdemontrasi hingga mengganggu kelancaran kehidupan masyarakat setempat, berpolitik sepanjang masa tanpa mempedulikan hal-hal pembangunan. Sikap apakah seperti ini, inikah sikap ADUN dan Ahli Parlimen, kalau beginilah sikapnya lebih baik Pakatan Rakyat letak mat rempit, mat gian sebagai calon pilihan raya, sebab mereka sukakan populariti bila berkelakuan negatif. Selain itu mereka suka bertindak ganas, sama macam kelakuan Pakatan Rakyat yang suka berdemontrasi ganas. Pakatan Rakyat hanya Pergunakan Rakyat (PR) dan Politikkan Rakyat (PR) untuk undi pilihanraya dan untuk memburuk-burukan kerajaan saja, mereka dengki dengan kewibawaan dan karisma Barisan Nasional sebagai gabungan politik yang matang berbanding gabungan Pakatan Rakyat yang mentah dan tidak berpendirian yang sama, perangai macam lalang, mana boleh disapu, disapu saja dengan mengamalkan Politikkan Apa Saja (PAS), Dalang Atur Protes (DAP), dan Pemecahbelah Keharmonian Rakyat. Agak-agaklah nak berpolitik pun, kepentingan negara hendaklah diutamakan, bukannya menggunakan negara untuk kepentingan politik, itu sudah teruk namanya. Insaflah. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Apa hukum wanita Islam berkeadaan haid memasuki masjid? Tetapi apa pula hukum bukan Islam memberi ceramah di dalam masjid?
Inilah perjuangan Parti Sesat Lagi Menyesatkan!

Anonymous said...

lor dato nie celik it jugak yerkh

shahrul said...

kepada anonymous panjang sungguh hujah anda...mungkin darah dalam badan pun dah warna biru...macam mana dgn pemimpin umno yang minum arak...masih dikira sebagai contoh terbaik dalam agama ke...kalau macam three musketeer tumacam mana `all for one,one for all` masih dikatakan dari yahudi ke...,ungkin jarang dgr pemimpin UMNO memaki hamun pasal masuk tv...nanti apa pulak tanggapan rakyat pasal pemimpin kebanggan mereka...dulu-dulu pun sering dgr pemimpin umno merogol pelajar sekolah dimelaka..terbaru nie bung mokhtar pulak poligami tanpa restu isteri pertama...mungkin agama tak penting sgt bari mereka selebihnya duit jutaan ringgit jadi keutamaan...sekarang nie pun kerap juga UMNO buat roadshow tapi bleh pulak dapat liputan tv...kualau fikir macam tak adil tapi itulah UMNO...duit boleh baut apa saja..duit boleh ketepikan hukum agama...duit adalah raja bagi mereka...pemuda UMNO segambut dengan megah minum arak tapi sibuk bincang isu kalimah Allah...mungkin macam itulah UMNO membut kebaikan sambil mencuri...semoga Allah memberi petunjuk kepada kita rakyat Malaysia...

Anonymous said...

Salam, kepada Shahrul...sila berikan penilaian tentang diri saya ini...saya adalah pengundi saluran 4 yakni no siri 1721...parlimen pokok sena dun derga...dan saya bersama 7 sanak saudara saya telah mengundi yb Mahfuz..kami tinggal dikampun chepoh...dan untuk pengetahuan saudara pada pilihanraya umum akan datang kami akan kembali mengundi Bn bersama sanak saudara yang lain yg duduk berhampiran...adakah kami ini akan termasuk didalam golongan kafir pada piliharaya umum akan datang?..dan adakah tiket syurga yang dijanjikan oleh Nik Aziz orang kelantan itu akan terbatal dengan automatik ? Adakah Nik Aziz telah menjadi tuhan kepada agama Pas? ...kami mengakui bahawa kebanyakan dari kami cuma protes kepada kepimpinan pak lah...saudara sendiri sedia maklum betapa pengaruh Tun Mahathir itu begitu besar di Kedah ini...jika saudara rasa Nik Aziz besar di Kelantan maka ingin saya katakan bahawa Tun Mahathir adalah Bapa kepada rakyat kedah...maka fikirkan sendiri apa implikasi sekiranya seorang Bapa menyuruh anak menilai semula apa yang kita telah proteskan...maka implikasinya sangat dasyat saudara...kenapa Pas ini begitu menbenci Umno...tidakkah selama ini perjuangan...perit jerih...pengorbanan langsung tidak disertakan dengan rasa keinsafan...kalau islam yg Umno bawakan tidak sempurna maka siapala Umno untuk menjadi begitu sempurna...lembaga tabung haji..perkim...amanah saham...jakim..jais dll...masjid...perjuangan Palestin..(tahukan kita betapa Yassir arafat itu begitu akrab dengan Tun)adakah ini satu justifikasi kepada kita untuk menidakkan perjuangan Umno selama ini...saya percaya Pas akan dikutuk oleh ALLAH malah akan dihina oleh orang islam sendiri dengan apa yang mereka telah pertontonkan kepada ummat islam di malaysia ini...masjid digunakan bagi membangkitkan rasa benci sesama saudara islam...fitnah seperti makanan harian mereka...kutuk mengutuk rutin harian...memecahbelah ummat dengan 'fatwa' yang karut...adakah Pas merasakan bahawa hanya Pas saja layak mendapat hak ekslusif agama islam ?...maka masa akan menentukan kejatuhan Pas itu sendiri...InsyaAllah...

Anonymous said...

Kepada En. Shahrul, inilah masalah anda, anda terlalu 'sayangkan' pimpinan anda hingga anda merestui tindakan tidak berhemah dan tidak beradab sopan mereka. Ingatlah, orang tua-tua pernah pesan, sayang anak tangan-tangankan, bukanlah dengan memukul anak itu menunjukkan sayang, tetapi maksud peribahasa itu ialah sekiranya ada perbuatan salah dan tidak baik perlu dihukum untuk mengelakkan perkara menjadi lebih teruk. Janganlah dimanjakan hingga memijak kepala ibu bapa. Kononnya sayang, kena ikut cakap anak, nanti anak merajuk, susah nak pujuk. Adakah sayang kita pada anak sekiranya, kita membiarkan perbuatannya kini yang boleh menjerumuskan anak kita ke dalam bahaya untuk sepanjang hayatnya? Sayangkah kita sekiranya kita kononnya untuk menjaga hati anak tetapi dengan sikap dan kelakuan anak tersebut boleh menjerumuskan dia ke dalam neraka, nanti bila kiamat nanti, kita juga akan sama-sama masuk neraka kerana tidak menjaga sikap anak kita menjadi baik.

Adakah kita sayangkan pemimpin kita hingga sanggup membiarkan beliau berkelakuan tidak sopan dan tidak beradab? Itu bukan sayang, tapi manjakan terlebih sangat. Akan rosak pimpinan sedemikian sekiranya penyokong yang menyokongnya sebenarnya menyokong membuta tuli hingga menjadi sokong membawa rebah, tolak kuat ke kanan untuk tegakkan, tetapi terlebih tolak, rebah ke kiri pula. Inilah perumpamaannya.

Anonymous said...

Sambungan Di atas

Berkenaan PAS For All, Israel For All dan One For All and All For One, saya nak tanya juga anda berkenaan 1Malaysia, One Israel dan Satu Ummah masa zaman Nabi Muhammad dahulu yang menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar serta memperatkan persaudaraan Ansar dan Muhajirin, tak adalah Nabi Muhammad masa itu mengambil perunding mana-mana untuk membuat konsep 1Ummah, Ansar, Muhajirin, ini kerana ia adalah tuntutan agama, kesukaan Allah bila manusia bersatu padu dan hidup aman damai. Anda perlu lihat yang 1Malaysia adalah sama macam cara Nabi Muhammad menyatukan masyarakat Islam di Madinah yang terdiri daripada Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi, Rom, dan lain-lain untuk bersatu padu supaya perjalanan negara dalam kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran dapat dipertingkatkan. Konsep 1Malaysia dengan konsep 1Ummah zaman Nabi Muhammad itu lebih kurang sama saja, tapi mengapakah Pakatan Rakyat menyamakan 1Malaysia dengan One Israel yang besifat perkauman dan tidak menyamakan 1Malaysia dengan 1Ummah masa zaman Nabi Muhammad yang berbentuk persaudaraan, bersatu padu, bekerjasama, tolong menolong dan lain-lain sikap baik. 1Malaysia bukan untuk UMNO atau Barisan Nasional saja, ia untuk semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran negara dan penduduknya dan bukannya menyumbangkan ke arah perpecahan dan pertelingkahan sebagaimana yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat dengan agenda menghasut, menuduh membuta tuli, mengalakkan perkauman, berpolitik terlebih sangat, setiap minit politik. Apa ini semua? Kerajaan sibuk dengan agenda pembangunan dan perpaduan, tapi yang Pakatan Rakyat sibuk dengan agenda hasut menghasut, menuduh membuta tuli, berpolitik terlebih sangat ini apahal? Apakah PKR itu Pemecahbelah Keharmonian Rakyat (PKR), PAS pula Politikkan Apa Saja (PAS) dan DAP pula Dalang Atur Protes (DAP) sebagaimana yang saya selalu tuliskan sebelum ini? Lihatlah sikap PKR yang suka mengapi-apikan rakyat yang berbilang kaum, tak kenamanya itu mahu memecahbelahkan perpaduan rakyat? PAS pula sibuk dengan politik, semua benda mereka politikkan tidakkah itu politikkan apa saja? DAP pula sibuk buat protes itu dan ini, siap bawa kanak-kanak ke parlimen untuk protes, tidakkan itu sikap dalang atur protes?

Anonymous said...

Sambungan di atas.

Anda buka mata anda luas-luas, keluar jalan-jalan banyak tempat, nilai dengan hati yang suci murni keadaan negara kita kini yang mana kerajaan Barisan Nasional sibuk dengan agenda pembangunan, agenda kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, agenda keamanan dan lain-lain agenda yang baik, tapi Pakatan Rakyat pula sibuk dengan agenda politik mereka yang sibuk berpolitik itu dan ini seolah-olah tiap-tiap hari ada pilihanraya. Masa bila mereka nak tumpukan kepada agenda seperti Barisan Nasional? Apa sudah jadi di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Kelantan tak payah kiralah, sudah terlalu maju dengan adanya kedai runcit dan pasaraya dua tiga biji di Kota Bharu. Sikap pimpinan jenis apakah begini? Di manakah visi, misi, perancangan, pelaksanaan dan hasil pimpinan mereka? Menifesto 2008 pun sudah tanam dalam kubur agaknya, tak dengar apa, yang terjadi sebaliknya, kononnya negeri kebajikan, tapi rampas balai raya, sekat kelas tadika KEMAS, roboh pusat kegiatan penduduk, rampas tanah YBK, robohkan kedai rakyat, tak pedulikan nasib Kg. Buah Pala, kebajikan apakah sedemikan? Ini bukan kebajikan, tapi penainayaan oleh sebuah pimpinan negeri yang lidah bercabang, sebelum menang lain janji, lepas menang lain yang jadi. Inilah sikap yang pelik, tapi yang lebih pelik ialah adanya orang-orang seperti anda yang masih menyokong, gembira dan seronok mendengar tuduhan melulu, maki hamun, melihat rakyat diapi-apikan, rakyat dibuli oleh Pakatan Rakyat. Saya tak tuduhlah Pakatan Rakyat itu jahat sangat, tapi lihatlah apa yang mereka buat, sikap apakah ini? Muliakah sedemikian? Nilailah sendiri, kalau anda nak jadi Pak Kaduk dan Lebai Malang, silalah, biarlah menang sorak tapi kampung tergadai dan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran kerana bila guruh di langit berdentum, tak bermakna hujan akan turun, silap-silap kilat pula sabung menyabung. Jadi hati-hatilah dalam buat penilaian. Sekian, terima kasih.

shahrul said...

itu terpulang pada anda untuk menilai...bagi saya memang sukar untuk saya memilih BN lagi...mungkin BN bagus kerana membangunkan negara...tapi agenda udang sebalik batu itu yang saya tak setuju...politik untuk mengkayakan diri dan sedara-mara...bagi saya UMNO yang membenci PAS...saya ingin bertanya kenapa segelintir pemimpin kita seolah-olah tidak memimpin keluarga kearah keredhaan Allah...Islam sendiri suruh kita menutup aurat tapi tak ikut...jauhi maksiat tapi tak ikut juga dan berbagai lagi...nabi muhammad pun menyuruh kita memilih pemimpin yang berakhlak baik dan isalm sendiri menyuruh kita berlaku adil...tapi yang saya nampak sebaliknya didalam UMNO...BAgi saya Umno sendiri sibuk juga dalam menaikkan golongan bukan islam dari MIC dan juga MIC...macam mana pulak tu sedara...menaikkan kafir juga...apa penjelasan saudara....kalau kita didalam islam pun dilarang sama sekali untuk menumpang teduh bila hujan dibawah bumbung rumah orang yahudi pun kita akan dihukum inikan pula bekerjasama...kenapa perlu sekat gas pergi ke iran...orang melayu islam malaysia cuba menumbangkan islam negara lain pulak...terpulang pada saudara untuk mengundi siapa pun..itu hak saudara...Boleh juga kita guna malaysia bersatu tapi nak jugak guna satu malaysia...dulu UMNO bersendirian lepas tu wujud pulak PEKIDA dan terbaru PERKASA...pekida dah penah kecoh pasal budak melayu nak jadi gengster,PERKASA pulak kita tak tau lagi...tunggu dan lihat sajalah...bersamalah kita membuat kebaikan dan bersama jualah menjauhi kemungkaran...

Anonymous said...

Salam.

YB, sekarang telah didedahkan tentang 2 blok Petronas yang telah diserahkan kepada Brunei dibawah pimpinan Tun Dolah, yang mana perjanjian ini amat merugikan negara. Kenapa isu ini YB tak mintak suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Sebabnya mungkin kerana setuju dengan tindakan Tun Dolah menjahanamkannegara kot. Kalau isu ini dibawah Tun Mahathir mesti YB menggesa suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Saya dah bagi hint/ isu untuk YB berkokok, sila mulakan segera..

warga pokok sena.

Anonymous said...

Saya bersetuju berkenaan isu blok petroleum yang terlepas ke Brunei disiasat kerana ia bukan hanya melibatkan petroleum saja, tetapi melibatkan kawasan perairan negara yang telah menjadi milik negara lain. Kerana sesudah terlepas Pulau Batu Puteh ke Singapura adalah suatu duka kepada negara, sekarang kawasan perairan negara kita pula. Siapa yang terlibat dalam perjanjian yang menyebabkan kawasan perairan negara yang terlepas ke Brunei itu perlu disiasat berkenaan kemungkinan komplot yang tidak sihat. Dalam kes ini kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Najib, tak boleh dipersalahkan, yang perlu dipertanggungjawabkan ialah pimpinan sebelum Dato' Seri Najib. Tapi bukan menuduh beliau terus bersalah, kerana mungkin ada unsur-unsur lain yang menjadikan beliau bersetuju dengan cadangan yang pelik tersebut, macam penjualan MV Augusta pada harga RM 4.80, pembatalan Jambatan Indah, penstrukturan Gerbang Perdana menjadi Iskandar Malaysia, Pemansuhan PPSMI, itu semua cadangan pelik yang menjejaskan kepentingan negara dalam jangka masa panjang. Kalau ada dikalangan menteri atau ahli politik atau pegawai kerajaan yang terlibat dalam isu-isu tersebut, ia perlu disiasat kerana ia melibatkan kepentingan negara dan martabat negara.

Dalam hal berkaitan kepentingan negara, saya tidak peduli dari parti mana pun, kerana bagi saya parti nombor dua, nombor satu ialah negara kita. Kedaulatan negara kita perlu dipertahankan meskipun perlu berbeza pendapat dengan pimpinan parti. Isu ini perlu diperhalusi dengan teliti supaya faktor-faktor yang menyebabkan terlepasnya perairan negara dan juga kepentingan negara kepada pihak asing adalah suatu yang amat memalukan negara kita, seolah-olah negara kita ini pak turut dan boleh diambil sesuka hati apa-apa milikknya. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Kepada En. Shahrul, tak adanya orang tidak suka pada PAS, yang orang tidak suka ialah kelakuan pimpinan dan sebahagian ahli PAS yang keterlaluan dalam tindakan hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak tentuan dalam keamanan negara. Lihatlah sikap PAS dengan PKR dan DAP, satu matlamat tetapi berlainan prinsip. Matlamat mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional, tetapi prinsip mereka berbeza, macam mana nak mentadbir negara kalau berbeza prinsip?

Anda menuduh PEKIDA dan PERKASA sebagai perkauman, tetapi apa reaksi anda berkenaan HINDRAF dan sikap kiasu DAP? Anda diam dan tidak ambil peduli kerana tidak sukanya anda pada UMNO menyebabkan anda menghentam PEKIDA dan PERKASA tetapi buat-buat tak tahu berkenaan HINDRAF dan kiasu DAP yang menuduh kerajaan secara melulu dan membuta tuli hingga bersifat fitnah, misalnya pembunuhan etnik dan orang bumiputera merampas hak bukan bumiputera, adakah dalam negara sedemikian, tak jadi lagi negara kita macam yang berlaku di Rwanda bila Hutu dan Tutsi berbunuhan kerana etnik, orang minoriti bukan bumiputera tinggal di kawasan bumiputera tak ada lagi yang dibunuh atau diainaya serta disiksa sesuka hati. Anda jangan kerana politik menentang perkara yang boleh mendatangkan kepentingan kepada agama dan bangsa. Lihatlah bila sikap PAS boleh ketar lutut dan hampir pengsan bila DAP jeling berkenaan isu arak dan judi di Shah Alam, apa reaksi anda? Anda menuduh kerajaan tidak Islamik, jenis Islamik macam mana anda hendak, berpakaian macam Nik Aziz dan Hadi Awang? Berkenaan aurat, lihatlah apakah sumbangan anda terhadap pembenterasan gejala tidak menutup aurat? Apakah anda selalu tegur orang yang tidak menutup aurat? Berkenaan hal kerajaan pula, tak adanya kerajaan mempromosikan mendedahkan aurat, kerana kerajaan sejak awal pentadbiran Tun Mahathir lagi sudah ada dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam, ekonomi Islam, pemikiran Islam, malahan sistem dinar yang begitu gigih diperjuangkan oleh Tun Mahathir mengapa anda buat-buat tak nampak? Anda perlu lihat kelakuan pimpinan dan ahli PAS yang keterlaluan dalam tindakan, bercakap kasar, keji, kesat, memaki hamun, mencerca, menuduh membuta tuli, mengapi-apikan rakyat, inikah sikap Islam? Islam mengggalakkan perpaduan sebagaimana konsep 1Malaysia, bukannya menggalakkan Politikkan Apa Saja (PAS) untuk undi. Renungkanlah. Sekian, terima kasih.