Monday, October 26, 2009

Tiada faedah Akta 'Whistleblower' jika perasuah dilindungi

Akta yang melindungi pemberi maklumat tidak akan dapat memerangi rasuah jika pelaku rasuah dilindungi.

"Apa maknanya pemberi maklumat dilindungi kalau perasuah juga kebal dari sebarang tindakan,"

Saya tidak percaya rasuah boleh diperangi dengan tindakan-tindakan kosmetik sahaja sedangkan pada masa yang sama "perasuah-perasuah terus menjadi pembesar negara dan dipilih pula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan beliau kembali ke dalam arus perdana politik.

"Semua itu hanya tindakan kosmetik untuk memperbaiki ranking Malaysia yang semakin merudum dalam indeks rasuah antarabangsa.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat terdesak kini dan memerlukan kosmetik seperti itu untuk meyakinkan pelabur,"

"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.

"Tetapi apabila Jamaluddin melompat menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan tuduhan rasuah terhadapnya, Mohd Imran yang dilaporkan sebagai agen Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) tiba-tiba mendakwa bahawa Jamaluddin tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek itu.

"Apa yang berlaku itu memberikan gambaran yang jelas bahawa sokongan atau kesetiaan kepada BN bukan sahaja boleh membebaskan seseorang dari rasuah malah akan dipilih pula sebagai calon BN dalam pilihan raya serta apa yang dilakukannya diisytiharkan sebagai bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini,"

Ketika membentangkan Belanjawan 2010 Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta 'Whistleblower' tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.

Akta 'Whistleblower' bertujuan melindungi pemberi maklumat.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Akta Perlindungan Saksi yang dilaporkan akan dibentang sebelum ini. Akta 'Whistleblower' mungkin versi baru zaman Najib kepada Akta Perlindungan Saksi sebelum ini.

3 comments:

Anonymous said...

Agak2 YB pi tak mesyuarat Rabu ni..

asshafiee said...

salam jom tukar link dengan saya, saya akan linkkan blog anda di mega link salam perjuangan

piprx said...

Salam YB Mahfuz yang budiman lagi berani Bersuara,
Yang BERI dan MENERIMA raSUaH tu keluarla najis Babi bila Berak kencing Esok2.....
Tolong suarakan dan Tekan lagi Paksa kepada Puak Gorombolan tentang Perkhidmatan Broadband yang mencekik darah lagi melebong atas receiving yang diterima tidak mengikut yang dibayar dengan kelajuan 3,5Mbps.. Kalau perLU PR ambik Hasil Dari Negeri2 yang Di perintah sekarang ,tubuh dana... Buat KOmponi sendiri dengan Kelajuan Setaraf Negara Jepun.. Banyak sangat ker Kos?.. Atau tak boleh buat langsung?Maaf agak terlampau kasar tapi itulah yang kami harapkan..