Wednesday, October 7, 2009

Kepimpinan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.


3 comments:

alam_maya said...

salam YB...
alhamdulillah krn YB mengemukakan hadis berkaitan amanah&kepimpinan utk tatapan org ramai pd kali ni....hadis ini amat brguna utk kita msg2 merenung jauh ke dlm diri kita sendiri.....termasuk diri YB sendiri,sbg pemimpin yg penuh amanah&contoh kepimpinan
kami amat berharap agar YB akan cuba utk menjawab segala permasalahan atau kritikan yg disuarakan rakyat d dlm blog YB...apa gunanya jika rakyat hanya berbicara bisu d dlm menyuarakan pendapat mereka tanpa ada mklum balas yg sahih dr YB..
Segala masalah&aduan rakyat tidak pernah YB jawab..kami perlukan maklumat&jawapan yg keluar dr mulut YB sendiri..ini adalah krn blog merupakan 1 cara yg plg senang buat warga perantau(anak jati pokok sena) spt kami utk mghubungi YB dr jauh..nk gunakan saluran aduan yg biasa@berkunjung ke pjbt YB secara terus..sdh tentulah xboleh sbb kami bknlah bermaustautin d pokok sena..jd blog ini kami gunakan utk menyampaikan aduan@bertanya ttg satu-satu isu kpd saudara YB..wlpun kmi x bermaustautin d pokok sena skrg2nya kami dpt membela nasib bonda&ayahanda kami yg terang2an mengundi saudara YB semasa PRU yg lepas...
di harap YB tidak akan tergamak utk menghampakan permintaan kami sbg rakyat pokok sena sejak lahir.

ali said...

jangan cakap tak serupa bikin dahla YB

umno pokok sena said...

Memang cakap x serupa bikin pun.. saya anak jati kampung EMPA!!!!..
yg dilantik jadi Ahli Majlis Ketua Kg. orang luar.dah la tu satu pembaharuan pun haram xdak. sya sebagai orang muda kg empa amat kesal sekali dngan apa yg di janjikan dulu.

kg. empa, kg yg berada dalam DUN Bukit Lada.