Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat,"
PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi'
Cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.
Kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini. Kegagalan ini juga adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak
"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri,"
1 comment:
7 April 2009, PRK Bkt Gantang, Bkt Selambau, Batang Ai ------->
--- merupakan satu "MAHKAMAH RAKYAT" dan "Referendum Rakyat" terhadap kemelut ciptaan manusia politikus UMNO dalam isu Kerajaan Negeri Perak & gelagat kedurjanaan politik UMNO masa kini.
Diharap pengendali2 PRK-(SPR,PDRM, dll) perlu amalkan kaedah yang "Demokratik, Profesional", Adil dan Berwibawa"- tunaikan amanah negara & amanah Allah, bukannya bersubahat menyuburkan kemungkaran dan kezaliman UMNO!
Semoga rakyat akan menjadi "Pengadil" yang amanah, telus, rasional dan adil bagi menolak BN - pelampau asobiyyah, kesyirikan bertuhankan nafsu materialistik & amalan kesyaitanan jahiliyyah pimpinan UMNO.
Didoakan agar mendapat keredhaan Illahi dalam setiap usaha kita mencegah kemungkaran & kesyirikan yang nyata sekarang ini... ..."berjuang untuk UMNO lebih agung & mulia dari berjihad untuk Islam??!!" dan “UMNO membelakang hukum hakam Allah demi Kuasa & Harta??!!!” serta “UMNO memperhambakan “hak orang Melayu” untuk kemewahan segelintir aristocrat Melayu ???!!!”
Post a Comment