Tuesday, January 27, 2009

LCCT Labu: Sime Darby bohong atau Najib bohong?

Pentadbiran ekonomi negara kini lintang pukang berikutan pelbagai kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai yang terlibat.

"Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu,"

"Siapa yang berbohong? Sime Darby atau Najib?"

"Sime Darby dan Air Asia yang akan memanfaatkan LCCT Labu, jika ia disiapkan nanti, bertanggungjawab kepada rakyat untuk mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk pembinaan tersebut,"

Jika dokumen tersebut gagal dikemukakan dan jika betul belum ada sebarang keputusan seperti yang dinyatakan oleh Najib, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Sime Darby semuanya mesti meletakkan jawatan berikutan kenyataan bohong atas nama Sime Darby itu.

"(Tun) Musa Hitam adalah orang yang pertama mesti meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby. Mereka semua bertanggungjawab atas pembohongan Sime Darby itu,"

"Sebab itu mesti meletakkan jawatan. Pembohongan GLC memalukan negara kerana ia memberi gambaran tahap akauntabiliti dan kebolehpercayaan yang begitu rendah dalam sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara ini.

"Kalau GLC pun berbohong, tindakan itu pasti menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara ini. Berbohong pula kepada Bursa Malaysia.

"Kalau GLC boleh berbohong kepada Bursa Malaysia dan Suruhanja Sekuriti pula tidak bertindak segera, ia pasti menjadikan tahap kebolehpercayaan terhadap sektor ekonomi dan perniagaan negara ini di kalangan para pelabur jatuh merudum,"

Antara pemegang saham dalam Sime Darby ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad, Felda, Amanah Saham Wawasan 2020, Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Sekim Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Yayasan Pelaburan Bumiputera.

Jika Sime Darby tidak berbohong, ia membuktikan Najiblah yang sebenarnya berbohong.

"Semua pihak tahu, cadangan pembinaan LCCT Labu itu mendapat bantahan banyak pihak. Jika Najib berbohong untuk meredakan bantahan umum dan mendakwa kerajaan beliau membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau mesti meletak jawatan,"

"Ketika rakyat Kuala Terengganu memberikan undi tidak percaya kepada beliau yang memimpin kempen Barisan Nasional (BN) di situ dan selepas itu jika Najib berbohong pula untuk melindungi keputusan salah kerajaan yang turut dipimpinnya, beliau tidak ada sebab lagi untuk tidak meletak jawatan.

"Negara ini tidak mampu lagi menghadapi penganiayaan demi penganiayaan pemimpin pembohong. Jika Najib berbohong, beliau mesti berundur!"

3 comments:

asalbayu said...

Syabas Dato',

Sebenarnya kenyataan mengelirukan telah lama berlangsung. PM juga pernah melafazkannya dengan menyatakan kegawatan ekonomi global tidak memberi kesan kepada Malaysia.

Tiba-tiba media arus perdana melaporkan 45,000 pekerja kilang akan berhadapan dengan kes pemberhentian kerja. Sejumlah itukah sahaja?

Blog kuda-kepang (Datuk Ruhanie Ahmad @ Abang Ron) mencatatkan 200,000!

Sebelum ini, saya yang bertugas dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan berserta seramai 40 orang telah disingkirkan dari perkhidmatan. Saya barangkali tak apa kerana telah memasuki usia emas yang telah berkarat serta tidak produktif. Tapi apa hal dengan rakan-rakan senasib? Mereka ada yang berusia sekitar 40 tahun dan anak-anak mereka masih bersekolah!

Salam.

aoazmi said...

Assalamualaikum Dato',

Itu lah krebiliti bakal PM baru nanti. Itu pembohongan yang kita nampak, yang tak nampak atau tak berapa nampak macam mana?

Bongkar lagi Dato' biar mereka macam cacing kepanasan.

Salam...

Abu Amirul said...

Salam Dato',
Mereka tu dah biasa dengan bohong, macam makan nasi. Rasuah macam makan sate, sebulan sekali. Bunuh macam banjir, 2 atau 3 tahun sekali. Teruskan membongkar kemungkaran mereka dato' biar rakyat tahu semuanya.