Polis menahan 21 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam serta beberapa aktivis dari Suaram dan Jerit.
"Kerajaan BN mendakwa ia menyokong perjuangan rakyat Palestin yang kini diganasi oleh Israel. Tetapi pada masa yang sama, ia bertindak zalim terhadap rakyat yang berhimpun menyokong mangsa keganasan di Palestin dan Sri Lanka.
"Tindakan itu tindakan zalim, kejam. Tidak ada istilah lain yang lebih tepat. Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri terhadap kezaliman kerajaan BN itu dan para pengundi dalan pilihan raya kecil Kuala Terengganu mesti menghukum tindakan kejam itu dan jangan sama sekali mengundi BN,"Kerajaan BN, bukan sahaja menentang arus dunia yang menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap kekejaman dan keganasan Israel, malah tidak menghormati perasaan dan keprihatinan mereka yang berhimpun menentang kedurjanaan itu.
"Kerajaan BN bukan sahaja tidak menghormati mereka yang berhimpun itu, malah tidak menghormati gelombang kemanusiaan di seluruh dunia yang menentang keganasan Israel dan lebih dari itu, tidak menghormati rakyat Palestin yang berjuang, berdarah dan terbunuh untuk memerdekakan tanah air mereka,"
adakah kerajaan BN hendak mengambil hati Amerika Syarikat dengan tindakan menzalimi mereka yang berhimpun menyokong mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka itu?
"Adakah kerajaan BN menerima isyarat dari Amerika supaya menyekat pembelaan dan ruang bantahan terhadap keganasan Israel ke atas rakyat Palestin?
"Adakah kerajaan BN diberi amaran oleh Amerika supaya jangan membiarkan gelombang bantahan di negara ini bertambah meluas dan membesar sehingga menjejaskan kepentingan ekonomi syarikat-syarikat dari negara penaung keganasan Israel itu di negara ini? "
No comments:
Post a Comment