Sunday, January 25, 2009

Jangan biar rakyat laungkan kata-kata "samseng, pembunuh beruniform"

Setiap kali membaca laporan yang mendakwa pihak polis menyiksa orang kena tahan (OKT) sehingga terbunuh, ahli-ahli PAS semakin teringat peristiwa Memali .

"Umpamanya bila kita mendengat kes kematian Kugan Ananthan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, kita semakin teringat bagaimana Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang tidak dibuktikan kesalahan mereka diserang dan dibunuh oleh pihak polis atas arahan para pemimpin Umno.

"Kita juga semakin teringat bagaimana mereka yang ditahan selepas pembunuhan beramai-ramai itu disiksa dengan begitu kejam. Senator Mohamad Yusuf Husin adalah salah seorang yang disiksa dengan begitu teruk dan beliau boleh menceritakannya,"

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis sebagai kes bunuh.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

Keluarganya tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Bedah siasat kedua ke atas mayat Kugan dijadualkan dilakukan hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Walaupun beliau ditahan berhubung kes kecurian kereta, tetapi apabila Peguam Negara mengklasifikasikan kematian beliau sebagai kes bunuh dan beliau pula berada di dalam lokap polis, Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab mengarahkan penyiasatan dipercepatkan dan beliau tidak boleh membiarkan masyarakat terus melaungkan kata-kata pembunuh bergaji, pembunuh beruniform, samseng beruniform dan sebagainya,"

Jika benar Kugan dibunuh oleh pihak polis yang menyoalsiasat beliau, PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

"Kita juga menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas ke atas pembunuhan itu.

"Kita bimbang ada tangan-tangan luar yang mengarahkan supaya Kugan diperlakukan apa sahaja untuk mendapatkan maklumat darinya kerana beliau dilaporkan ditangkap berikutan kecurian kereta-kereta mewah,"

Suruhanjaya tersebut juga hendaklah diberi kuasa untuk menyiasat semua kejadian yang sama dengan kejadian pembunuhan Kugan

Pada 29 Disember 2003, ketika beliau baru memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.

Suruhanjaya tersebut kemudiannya ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin dan 15 anggota yang lain.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 4 Februari 2004 itu mengemukakan 125 cadangan kepada kerajaan untuk membaiki imej polis.

Salah satu cadangan utama Suruhanjaya tersebut adalah untuk kerajaan mewujudkan IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) dan tarikh akhir penubuhannya dicadangkan pada 31 Mei 2007.

Cadangan tersebut ditentang hebat oleh pihak polis sendiri dan akhirnya cadangan tersebut tinggal cadangan sahaja

2 comments:

atzmand said...

Assalamualaikum Tuan. Semoga Tuan di bawah rahmatNya sentiasa.

Jika saya berkata Polis Malaysia samseng lagaknya, saya bukanlah org yg pertama mengatakannya.
Polis pembunuh beruniform. Siapa yang bunuh Altantuya jika bukan mereka-mereka ini, walaupun hanya beberapa persen dari seluruh kekuatan PDRM tapi sudah cukup untuk mencampak imej PDRM ke tempat yang paling hina & jijik.

Kata-kata ini bukan dari rasa amarah tapi dari pengamatan & pengalaman saya sendiri. Polis (sekarang) tidak kira yg berpangkat rendah, sederhana atau tinggi tidak lagi dipandang sebagai satu profesyen yang mulia, malah sudah sampai ke tahap yang menyusahkan rakyat & merugikan wang negara.

Bukan setakat pukul, tumbuk mata sampai lebam, malah berbagai-bagai dosa besar lain lagi yang "dipelopori" oleh anggota & pegawai polis. Antaranya:
1. Berjudi & melindungi agen2 serta syarikat judi - tak perlu sebut lagi siapa kepala polis tersebut. Jika kepala teruk, anak buah 10 kali ganda teruknya.
2. Kaki perempuan, bersekedudukan, zina - diceritakan sendiri oleh rakan saya.
3. Melindungi & menyimpan pendatang asing (tanpa izin), terutamanya perempuan Indonesia untuk tujuan melepaskan nafsu.
4. Rasuah jalanan oleh polis trafik sudah menjadi rutin wajib!
5. Rogol - kejadian rogol (dalam premis PDRM) juga berlaku hingga mangsa mengalami trauma & takut untuk melapor & terpaksa mengikuti sesi kaunseling. Ini diceritakan sendiri oleh mangsa kepada saya.
6. Minum arak & mabuk. Biasa.
7. Ketagihan ganja & syabu - Hisap dadah tersebut depan mata saya sendiri & polis tersebut adalah rakan sekampung.
8. Melindungi & bersekongkol dalam penyeludupan.
9. Menggunakan harta kerajaan terutamanya kereta peronda untuk tujuan peribadi.
10. Tidak lagi mesra rakyat bahkan pilih bulu dalam memberi perkhidmatan & memusuhi rakyat terutamanya yang tak sealiran ideologi politik.

Tuan, walaupun kes-kes di atas boleh dianggap terpinggir tapi adalah serius bila dilakukan oleh satu badan yg sepatutnya menjaga keselamatan awam & negara. Pihak Tuan boleh melakukan survey jika tak percaya bahawa segala yg dinyatakan di atas itu adalah benar. Dikhuatiri ianya membarah.

atzmand said...

Maaf, saya tertinggal gelaran "Dato".
Harap tak terlewat untuk mengucapkan tahniah dia atas kurniaan ini.

Dato' juga idola saya sejak mengetuai DPPP lagi. Demo demi demo...Peristiwa Dato' terpenjara di Kajang & bagaimana Dato' melompat keluar dari pacuan 4 roda Polis di tol Sg Buloh masih segar di ingatan saya.

Kata-kata pembakar semangat Dato' yg takkan saya lupa:
"walau ditanam dalam, digantung tinggi, dibuang jauh namun berundur tidak sekali. Penjara bukan satu ketakutan bagi anak2 muda untuk berjuang memartabatkan Islam dalam nagara kita".

Terimakasih Dato'.