Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga hari ini tiba di Parlimen membuktikan mereka wira rakyat.
Penyerahan memorandum Jerit kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri di bangunan Parlimen.
Antara ahli Parlimen yang hadir ialah, Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Tian Chua (KeADILan-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang); Dr Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) dan Senator T Murugiah yang mewakili Perdana Menteri.
Sebelum itu polis membenarkan 30 peserta program berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.
Penyokong program anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) tersebut berkumpul, bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan menyatakan sokongan mereka.
Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang ke bangunan tersebut.
Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.
Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen.
1 comment:
a.kum dato...tolong bangkitkan isu ctos diparlimen kerana ctos ni masih lg diguna pakai oleh bank2 sebagai rujukan.dulu kan dah heboh diharamkan tapi masih lg ctos beroperasi..ramaiorg melayu yg teraniaya disebabkan ctos ni ha.
Post a Comment