Saya, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.
Saya mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Saya mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.Saya yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.
Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah
3 comments:
Tahniah. YB patut buat kenduri kesyukuran khususnya di Parlimen Pokok Sena.
assalamualaikum YB..sy ada kemusykilan...adakah para blogger juga terikat dgn undang @ etika dlm penulisan? ..
sy baru terfikir apabila bc berita Mymetro 24/12 ttg kemenangan YB Mahfuz Omar..BAHAYA penulisan,boleh membawa fitnah..
Salam,
alhamdulillah menang... tapi awat sikit sangat rm120,000.000 mau 1.2 juta baru padan. lagi 20 orang saman. lingkup terus utusan melayau.
Post a Comment