Wednesday, December 24, 2008

Dewan Negara digesa tolak SPK

Walaupun telah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2008, saya tetap berharap Dewan Negara menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 (SPK).

"Keadaan boleh diselamatkan jika Dewan Negara menolak rang undang-undang itu. Ahli-ahli Dewan Negara mesti mengambil kira pelbagai kebimbangan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad terhadap rang undang-undang itu,"

Dewan Negara, mesti mengambilkira bahawa rang undang-undang itu akhirnya boleh menyebabkan keputusan dan institusi Yang di-Pertuan Agong dipertikaikan secara terbuka.

"Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk memperbaiki kedua-dua rang undang-undang itu, tetapi ditolak begitu sahaja,"

"Fasal 37 SPK memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan meminda, memotong, menambah, mengganti, melakukan pengubahsuaian, perubahan, pengubahan dan memutuskan mana-mana peruntukan sebagai tidak boleh dipakai dalam Akta SPK dalam tempoh dua tahun pertama.

"Ia jelas merupakan tindakan merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mencabul Perlembagaan kerana kuasa sedemikian yang diberikan kepada Perdana Menteri secara terang-terangan menceroboh dan mencabul konsep demokrasi berparlimen,"

Menurut sistem demokrasi berparlimen negara ini, penggubalan atau pindaan sesuatu undang hendaklah mendapat kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

Saya sifatkan fasal tersebut amat berbahaya kerana ia akhirnya akan mencabul konsep pemisahan kuasa di negara ini.

"Katakan Perdana Menteri tiba-tiba merasa Fasal 2 SPK yang mendukung kebebasan badan kehakiman perlu dipotong atau diputuskan sebagai tidak boleh dipakai, ia akhirnya akan menghancurkan kebebasan badan kehakiman,"

3 comments:

Anonymous said...

YB dah menang lawan utusan... harap ada sebah. sumbangan

Anonymous said...

alhamdulillah..tahniah kpd YB.disebabkan beberapa perkataan shj memakan diri sendiri..sy tahu bkn RM120000 yg dimahukan..yg penting maruah diri terbela...

Anonymous said...

seperti kata YB... '“Ini bukan soal amaun, tapi saya hendak membersihkan imej yang tercalar yang dipalitkan media sebelum ini,” katanya.

sy tahu berita YB menang melalui myMetro hari ini yg menerangkan sebab2 kemenangan.Utusan online semalam ada jg siarkan berita ni tp tidak diterangkan sebab2 kemenangan...bahaya jg tulisan ni..salah tulis boleh membawa fitnah..so para blogger berhati-hati bila menulis...