"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti. "Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih,"
Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih.
Kedudukan sebagai Presiden atau Pemangku Presiden Umno bukan satu-satunya syarat untuk menjadi Perdana Menteri. Faktor lain juga mesti diutamakan.
"Ketika negara malah dunia dilanda krisis ekonomi, kita tidak sanggup lagi mempunhyai Perdana Menteri yang tidak diyakini para pelabur asing. Dakwaan 9:37 AM 10/9/2008pelabur asing takut untuk melabur ke negara ini semakin banyak diperkatakan sekarang.
"Kita bimbang Perdana Menteri yang tidak dilihat bersih akan memburukkan lagi rasa takut para pelabur untuk melabur ke negara ini,"Saya memohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi perhatian utama dan penting terhadap apa yang akan dihadapi oleh negara ini apabila, untuk pertama kalinya, seseorang yang tidak dilihat bersih akan menjadi Perdana Menteri. "Kesemua Perdana Menteri dari Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memulakan tempoh mereka sebagai Perdana Menteri dengan imej yang tidak dilihat bersih. Najiblah orang yang pertama memulakan tempoh sebagai Perdana Menteri dengan imej yang berbahaya kepada negara itu,"
Sokongan majoriti Ahli Parlimen sahaja sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri tidak memadai untuk kepentingan negara.
"Oleh kerana rasuah dan penyelewengan semakin canggih perlaksanaannya sekarang, seseorang yang dilihat bersih sekalipun perlu melalui penapisan atau vetting sebelum menjadi Perdana Menteri.
"Lulus dalam penapisan itu juga sepatutnya menjadi satu lagi syarat untuk diterima sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong,""Perkara ini perlu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana Yang di-Pertuan Agonglah yang akan memberi persetujuan dan menyampaikan watikah perlantikan untuk membolehkan seseorang menjadi Perdana Menteri,"
Jika Najib lulus penapisan itu, katanya lagi, maka beliau bukan sahaja bersih malah perlu dilihat bersih.
"Pengunduran (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) juga menimbulkan pelbagai spekulasi apabila blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, mempersoalkan adakah Abdullah pernah menerima RM200 juta dari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.
"Banyak perkara yang berbangkit. Jika benar Rosmah memberikan RM200 juta kepada Abdullah, apa sebab dan tujuannya? Adakah untuk menutup mulut? Kalau benar untuk menutup mulut kes apa?
"Lebih dari itu, bagaimana isteri Timbalan Perdana Menteri boleh memiliki dan membahagi-bahagikan yang begitu banyak dengan mudah sewenang-wenangnya?
"Jika apa yang dipersoalkan oleh Sheih itu betul, ia amat membahayakan negara,"
3 comments:
Assalamualaikum YB,
bila nak join PKR, coz byk kenyataan sebagai Ketua Penerangan PKR, kenapa tak berjiwa Ketua Penerangan PAS, fikir2 kanlah
setiap insan ada perasaan, bukan macam plastik
pak cik mahfuz!
dtg la rumah kte
=]
nti kt masak sedap2
^-^
Kami baru pindah, tak sempat nak menundi di Pokok Sena. Kami menggundi di Hulu Langat.PRU13 Ok.
Post a Comment