"Saya mengalu-alukan keberanian Chin tetapi mengapa beliau menunggu kira-kira 11 tahun untuk mendedahkannya? Mengapa dedah kejahatan orang yang sudah tidak lagi berkuasa?
"Jika sikap Chin mencerminkan sikap hakim-hakim lain, kita bimbang rakyat akan terpaksa menunggu sehingga 11 tahun lagi untuk mendengar pendedahan mana-mana hakim mengenai kejahatan mana-mana pihak yang sedang berkuasa kini, jika kejahatan masih lagi berlaku,"Sebelum mendengar petisyen pilihanraya kawasan Sarikei Isnin lalu, Chin memberitahu kedua-dua belah pihak terbabit bahawa Dr Mahathir pernah mengugut hakim-hakim dalam satu persidangan pada 1997 untuk melucutkan jawatan mereka melalui penubuhan sebuah tribunal.
Chin mendakwa, sebulan kemudiannya, beliau serta beberapa hakim dan pegawai kehakiman telah dihantar menghadiri kem indoktrinasi, supaya memberi keutamaan kepada kepentingan kerajaan.
Adakah Chin atau mana-mana hakim yang menghadiri persidangan dalam tahun 1997 itu telah membuat laporan kepada polis sebaik sahaja diugut oleh Dr Mahathir. "Jika ada mana-mana hakim atau mana-mana pihak yang mendengar ugutan Dr Mahathir dalam persidangan 1997 itu telah membuat laporan polis, kita ingin tahu adakah polis telah menjalankan penyiasatan dan jika penyiasatan dijalankan, apakah perkembangannya,"
Jika Chin atau mana-mana hakim lain yang mendengar ugutan itu tidak membuat laporan polis atau apa jua tindakan yang sewajarnya sebaik sahaja Dr Mahathir membuat ugutan sedemikian, rakyat akan tetap mempersoalkan keberanian, kewibawaan dan harga diri mereka
"Rakyat akan tetap mempersoalkan adakah negara ini dipenuhi oleh hakim-hakim yang tidak beretika, tidak ada kewibawaan, tidak ada harga diri, penakut atau lebih tepat lagi tidak ada kejantanan jika mereka lelaki,"
"Beliau tidak terlepas dari sangkaan bahawa pendedahannya itu didorong oleh pihak tertentu yang berkepentingan yang kini sedang menghadapi begitu banyak serangan dan kecaman Dr Mahathir. Chin yang tidak berani mendedahkan ugutan Dr Mahathir ketika bekas Perdana Menteri itu berkuasa mesti membuktikan bahawa beliau tidak diperalatkan mana-mana pihak yang sedang berkuasa kini untuk membuat pendedahan itu,"
"Apa jaminan suruhanjaya kehakiman itu tidak akan diperalatkan menjadi jentera mengugut para hakim dealam soal kenaikan pangkat mereka?"
No comments:
Post a Comment