Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah: Presiden PAS perlu perjelas,elak ahli keliru

Saya meminta Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu muzakarah Umno-PAS dalam keadaan segera.

Selepas kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengesahkan pertemuan dengan PAS, ahli melihat bahawa kenyataan susulan yang mengiakan pertemuan itu oleh Presiden PAS menyebabkan ahli semakin keliru.

Ahli di peringkat kawasan dan cawangan rata-ratanya memberi pandangan yang pelbagai yang jelasnya keliru dengan keadaan yang kebanyakannya dilaporkan media.

"Hal ini perlu respon segera daripada pimpinan PAS pusat yang perlu membuat mesyuarat segera bagi membincangkan dengan sebaik mungkin mengenai pertemuan itu, dan selepas kata sepakat diambil mengenai kedudukan PAS dalam hal ini, ia perlu dijelaskan kepada ahli,"

Yang penting, saya mengharapkan pimpinan PAS di peringkat kawasan, cawangan atau negeri memberi pandangan samada membantah atau menyokong isu tersebut bagi dibincangkan di peringkat pusat untuk diperhalusi.

Di peringkat pimpinan pusat pula katanya, mereka perlu memperhalusi pandangan di peringkat bawah ini sebelum membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan parti.

"Bukan apa, pandangan umum terutamanya bekas ahli Umno yang menyertai PAS kerana bencikan Umno, mereka ini kata buat apa PAS nak bertemu dengan Umno sedangkan mereka sendiri meninggalkan Umno kerana benci dengan parti itu yang tidak mampu membela rakyat mahupun orang Melayu, ini termasuk orang di kawasan saya yang cakap,"

11 comments:

Anonymous said...

saya sangat menyambut baik muzakarah ini. tahniah saya ucapkan kepada kedua2 belah pihak.

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Anonymous said...

YB pokok sena, minta sahabat anta lim kit siang ikan tu slow2 sikit..jangan naikkan kemarahan orang melayu..muzakarah pas umno pun dia tak suka apahal..dia takda kena mengena...harap sampaikan pada beliau...

pen buruk ™ said...

assalamualaikum ..
Perkara Muzakarah ni pasai tak jadi kkenyataan bila PAS minta waktu dulu..
UMNO kuat dulu pasai apa dia tak layan..
la ni nak terhegeh-hegeh nak ajak muzakarah?

Jangan bagi alasan melayu dan Islam..
Dah lama orang suruh teguhkan Islam.. kenapa tak buat? Kenapa dah 50 tahun melayu masih kurang 20% pegangan ekuiti? DEB tak jalan atau silap tadbir? Saja la nak tanya.. abg siddiq tolong jawab

La ni kita marah kaum lain sebab kisah pasai hal kita...
sapa yang tak reti nak jaga sentimen kaum lain ni..
tengok kaum lain kat Kelantan.. depa tak marah pun.. sayang lagi kat kerajaan negeri ..
Pasai apa tu ha? Tak kan nak ajar kot? Pandai tulis dalam blog ni mesti pandai fikir..

Satu lagi tak ingat ke.. dulu menteri kaum lain dalam kabinet pernah hantar memorandom pada PM. Tu tak cabar melayu / Islam ke? Saja la nak tanya.. tolong jawab abg siddiq.. ya...maaf kalau salah bicara..

Anonymous said...

saya jawab..haha

wslm. umno memang sombong suatu ketika dahulu semasa mereka kuat. sekarang mereka sedar akan silap mereka dan dah lemah barulah nk cari pas, sahabat lama. boleh baca post saya.

berkenaan dgn isu kit siang ikan, mengapa beliau begitu sibuk dalam muzakarah umno pas?

pemimpin mca dan mic tak komen pape pun..kerana mereka tahu melayu islam ketika ini amat lemah..mungkin mereka suka lihat kita bersatu semula..tapi saudara kit siang ikan seperti tidak gembira dgn muzakarah ni..

melainkan kalau kit siang ikan dah masuk Islam dan menukar nama kepada nama Islam dan sebagainya, bolehla beliau marah dan merajuk kerana tidak dijemput ke muzakarah tersebut..

Islamke kit siang eh?harap2 dapat lah petunjuk suatu hari nanti..dan tidak lagi berprasangka negatif terhadap melayu Muslim lagi selepas ni..

Anonymous said...

siddiq azani ini orang PAS ke orang UMNO?

Anonymous said...

kenapa perlu tahu saya pas atau umno? kita sedang membincangkan tentang perpaduan melayu dan islam, ketepikan ideologi politik kita!

pen buruk ™ said...

la ni... banyak orang boleh menyamar.. maki hamun dalam blog kutuk UMNO. gunakan bahasa kesat dengan harapan orang akan fikir orang PAS ni cakap tak serupa bikin. Kata Islam tapi guna bahasa kesat!!

Siapa tau dai tu sebenarnya orang UMNO yang menyamar jadi PAS celup? Sapa tau..

Anonymous said...

saya bukan umno mahupun pas. saya seorang melayu Muslim yang mahu bangsa, dan seagama saya bersatu..

aMeir said...

Jom bersatu atas nama Islam. Bukan nama Melayu. Kalau Islam, seluruh dunia boleh bersatu. Dalam negara kita, India Muslim ada, Cina Muslim ada, Orang Asli muslim ada. Itulah pas cuba menyatukan kita semua. harap Umno dah 51 tahun pun masih dok cakap pasal penyatuan Melayu. Gagal dan tak boleh harap. sama-sama Melayu pun Umno tindas seperti yang berlaku pada Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Jom kita tanya pasal persempadanan pilihanraya. Kenapa tak ditambah kawasan Majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang? Tapi di Sabah sarawak, banyak pulak tambahan kerusinya. mana pergi kepentingan Melayu dalam isu itu?

Unknown said...

Hang KP, fasal apa cakap atas nama Pokok Sena. Buat-buat tak tahu ada pjumpaan lak. Hang pun tiru cerita tamil juga ka.

Anonymous said...

Buat apa nak muzakarah dgn Mahathir? Kam dia tak layak jadi saksi pun dlm Islam?

I heard you say it in 1998 sodomy issue. Salamwoldgnkg