Hadith : |
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim |
| |||
|
9 comments:
salam.
Sdr Mahfus PAS kedah memilikikah sifat2 ini????
Pemimpin PAS terutama di Kedah terutama dikalangan EXCO perlu menghayati sifat2 ini jgn sekadar menjadi burung kakatua...yang lidahnya bercabang dua !!
wassallam.
Salam sejahtera YB Datuk Mahfuz,
apa yang saya lihat pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat-sifat yang sedemikian kebanyakkannya ada dalam UMNO dan PBB, kedua-dua parti ini telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat kasih sayang seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Mendiang Tun Jugah anak Barieng, Allayarham Tun Abdul Ghaffar Baba, YABhg Tun Dr Mahathir,, YABhg Tun Rahman Yaakub, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dan lain-lain lagi.
Kesemua mereka itu telah berlaku adil kepada semua kaum semasa pemerintahan mereka dan semua orang harus mencontohi mereka sekiranya mahu dilabel sebagai pemimpin yang adil dan saksama. Dalam parti lain saya kurang pastilah pula samada wujud pemimpin-pemimpinnya yang bersifat sedemikian.
satu lagi sebagaimana yang YB tulis diatas iaitu sikap yang suka meminta-minta. Saya sangat setuju dengan pendapat YB berkenaan dengan sifat seperti itu. Sekira boleh, hindarilah sifat-sifat sedemikian daripada jiwa serta perjuangan kita. Memang benar sifat suka meminta-minta sehingga mendoakan kecelakaan atau bala kepada orang yang ditagih itu adalah satu sifat yang sangat dilarang dalam mana-mana agama sekalipun apatah lagi dalam agama Islam. Sebaik-baiknya gunakanlah cara perbincangan sebagai jalan mencari penyelesaian dan bukannya mendoakan orang-orang tertentu dengan dengan bermacam-macam malapetaka, tak molek tu...
salam saudara mahfuz.. tolong lah ubah sikap anda. jangan terlalu berlagak pandai. jangan nak menunjuk2 kebodohan anda hanya kerana gila glamor nak masuk TV ngan paper perdana. sedarlah sikit, itu perangkap UMNO-BN nak laga-lagakan kita dalam PAS dan PR. Macam ni ka naib presiden PAS? cakap tak pakai otak. dari nak komen pasal kelantan baik saudara balik tengok kawasan pokok sena. bila kalah terhegeh2. bila menang dok gila glamor. tunggu la saudara. PRU13 nanti saudara akan kalah kalau saudara terus begini. saya kecewa kerana saya menyumbangkan tenaga untuk memenangkan saudara. terima kasih.
Datuk MahFuz....
Bertindak mengunakan OTAK bukan perasaan ya....jangan salahkan rakyat jika rakyat menolak PAS tapi salahkanlah diri sendiri jika masih tak tau sendiwara politik...nak cari publisiti baik jadi artis...tak payah jadi yang berkhidmat...bijak bebicara tidak semestinya bijak otaknya...
kecewa dengan YB.. Gopoh dlm politik utk cepat naik...
ahli pas
Yang penting DAKWAH DAN KASIH SAYANG...
ini perlu diamalkan dalam GERAKAN ISLAM...bukan isu-isu politik semata-mata....ISU DAKWAH DAN TARBIYAH AMATLAH DITEKANKAN SANGAT PD PEJUANG-PEJUANG ISLAM.....
orang2 UMNO masih jahil berkenaan HAKIKAT "KALIMAH SYAHADAH" dan perlunya dakwah yang BERSIFAT "lemah lembut" dan berhikmah dari ULAMA PAS....
catatanhamba.blogspot.com
salam bang, saya ni peminat sgt bro mahfus. ank muda ni abang. tabik sgt pasla bro selalu bangkitkan isu2 penting d dewan rakyat.
tapi bang. tang tak betul, saya tetap tegur. saya rasa kecewa krn budget 2010 mlm isnin lalu yg boleh ditolak gagal dilakukan apabila 19 org MP termasuk la bro sendiri tak hadir dewan
bro, u ckp salah 1 golongan syurga adalah pemimpin yg adil. jadi saya nk tanya, adilkan anda2 ( yg x masuk dewan hr isnin lalu) buat mcm ni bila kami susah payah di luar sana menunaikan tanggungjawab mengundi, berjuang dan meletakkan anda2 d sana (dewan) lalu bila tiba saat2 genting ( mengundi dlm dwn) anda tiada?
tahukan saudara berjuta rakyat d luar ini hari2 berdoa kpd yg ESA agar dpt ditukarkan cepat krjn yg menindas rakyat ini ( hanya tuhan lebih mengetahui dari kaedah bagimana ianya bisa belaku). Disaat tuhan telah "melekakan" wakil2 rakyat BN , anda2 pula telah lupa akan tanggungjawab dan amanah utk berada di dewan .
saudara, kita sbg oposisi tak byk kita blh buat. dah la kita tak dpt nk luluskan mcm2, kita bkn d pihak pemerintah dan seringkali cadangan usul kita d tolak. paling penting yg ada pada kita adalah hak "UNDI UTK TIDAK MENYOKONG" . jadi kenapa tuan2 dan puan2 hancurkan perasaan rakyat ini dgn tak hadir d saat2 genting ( kelulusan budget).
Kita tak setuju dgn budget BN yg lbh byk "menjahanamkan" rakyat tp dgn tindakan saudara2 tidak hadir ke dwn mlm itu lalu budget tersebut dpt d luluskan dgn majoriti tipis seolah2 menunjukkan saudara2 yg x hadir mengiyakan dan memberi pelepasan " bebanan" kpd kami.
dgn budget yg BN telah luluskan, maka boleh la mrk bersuka ria, berbuat kemungkaran , ketirisan dan penyelewengan peruntukan dan wang rakyat.
bro mahfus dan 18 org yg lain harus menjelaskan kpd rakyat mahren tentang ketidakhadiran dan tindakan yg telah menghiris hati berjutaan rakyat bawahan .
tanhniah dan syabas krn telah menghampakan rakyat...
-jack
Adakah sdr mahfuz cekap dan pandai mendidik anak sehingga kan ada anak yang dok merengkok di penjara kerana mengedar dadah? apakah ini satu musibah dan kifarah kepada anda?
YB mahfuz
Teruskan perjuanganmu...jika perjuanganmu meletakkan ALLAH dan Nabi Muhammad didepan, YB pastikan akan dilindungi dari musuh-musuhmu. orang lain hanya pandai cakap......kami penyokong akan terus bersama saf kepimpinan pas dan pkr
Pakatan Rakyat begitu adil dengan merobohkan kedai-kedai bumiputera, merampas balai raya, menyekat kanak-kanak tadika KEMAS menggunakan balai raya sebagai kelas, merobohkan pusat kegiatan penduduk, menyekat Majlis Bandaraya Shah Alam membuat peraturan larangan penjualan/pembelian arak dan permainan judi, memaki hamun sesama manusia, menghasut rakyat supaya saling membenci, menuduh membuta tuli dan tanpa usul periksa dan Politikan Apa Saja (PAS) untuk raih undi meskipun benda yang tak betul dan salah pun boleh jadi betul dan benar dalam percaturan politik PAS. Inilah keadilan gaya PAS, gaya kuak kupu-kupu dalam renang.
Kalau betul kerajaan Barisan Nasional tak adil, maka tak ada satu kerusi pun untuk orang India dalam negara ini untuk DUN dan Parlimen kerana tiada ada mana-mana kawasan parlimen atau DUN yang ada majoriti orang India, tapi Barisan Nasional muafakat, beri kerusi untuk orang India meskipun di kawasan majoriti Melayu atau Cina. Selain itu kalau tak adil sudah tentu ramai rakyat merempat tidur di jalanan kerana hidup susah, tapi kerajaan Barisan Nasioanl beri bantuan macam-macam, rumah PPRT, bantuan JKM, biasiswa, dan macam-macam lagi, nak apa lagi? Kalau nak betul-betul adil tak dapatlah, kerana kita ini manusia, mungkin ada yang terlepas pandang, ini kerana ada 28 juta penduduk Malaysia, takkan semua boleh dipantau. Janganlah menuduh benda yang tak benar lagi Y.B. Mahfuz, sudah tak ingat dosa dan pahalahkah? Inikah saranan Mursyidul Am PAS dan Dewan Ulama PAS? Apakah mereka suka kelakuan begini meskipun ramai juga dari mereka yang suka memaki hamun orang sama macam Y.B. Mahfuz. Itulah bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, anak murid kencing berdiri. Insaflah. Sekian, terima kasih.
Post a Comment