Wednesday, December 30, 2009

Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times"

Taktik Kementerian Dalam Negeri (KDN) melewat-lewatkan kelulusan buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" dilihat sengaja memberikan publisiti lebih meluas kepada buku itu.

"Amat menarik apabila melihat seolah-olah ada pakatan di antara agensi-agensi kerajaan dan media-media pro-kerajaan untuk memberikan publisiti besar-besaran kepada buku itu.

"Seolah-olah ada konsert untuk menjadikan rakyat Malaysia semakin marah terhadap penyelewengan yang didedahkan oleh buku itu,"

"Selain kenyataan (Datuk Seri) Rais (Yatim), tidak ada kenyataan dari mana-mana pemimpin utama kerajaan Najib mempersoal atau menempelak tuduhan pengarang buku itu.

"Apa yang berlaku itu menimbulkan persoalan adakah mereka mahu menggunakan kehebohan dan publisiti besar-besaran kepada buku untuk menutup mulut Dr Mahathir yang tidak kelihatan mahu menghentikan kritikannya terhadap kepimpinan Najib dan Umno?"

Saya ingin menyifatkan kenyataan terbaru Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib amat menjejaskan krebiliti Perdana Menteri ketika jentera Umno berhempas pulas menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika Syarikat.

Dr Mahathir mempersoalkan tindakan kerajaan Najib memanggil balik wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna "untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".

"Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran," kata bekas Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga menulis mengenai pandangan bekas pemimpin Umno yang menyifatkan "Umno busuk hingga ke ususnya".

Bekas Presiden Umno itu tidak pula menyebut bekas pemimpin Umno mana yang meluahkan pandangan sedemikian.

Banyak lagi kenyataan Dr Mahathir yang menyusahkan Najib termasuk dalam isu liberalisasi ekonomi dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Persoalannya, adakah konsert media-media pro-kerajaan dan agensi-agensi kerajaan itu merupakan perancangan dan isyarat kepada Dr Mahathir supaya mengunci mulutnya?

"Jika tidak ada perancangan untuk memaksa Dr Mahathir menghentikan kritikannya terhadap kerajaan Najib, mengapa perlu ada konsert sedemikian?"

Saya juga ingin mengulangi sokongan cabaran Dr Mahathir supaya kerajaan Najib menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

"Suruhanjaya itu mesti ditubuhkan segera dan kerajaan Najib juga hendaklah memastikan siasatan suruhanjaya itu tidak berakhir seperti seperti apa yang terjadi kepada suruhanjaya pita rakaman (Datuk VK) Lingam yang berakhir tanpa sebarang pendakwaan terhadap sesiapa pun,"

1 comment:

Anonymous said...

"Batu Api" punya statement. Tak sangka YB pun masih syaitan jungak. Suka melaga-lagakan orang. Sejak bila YB bela Tun ni. Rakyat sekarang dah pandai menilai, bukan takat nak kritik ja. YB ni semua nak dipolitikkan, nampak sangat YB ni politiking yang mementingkan pangkat, jawatan dan kekayaan bukanya atas landasan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu.

p/s; Memusuhi Tun Mahathir sama erti memusuhi saya.

rakyat marhein pokok sena