Thursday, December 17, 2009

Kehabisan sumber pendapatan punca kerajaan 'gagau semua tempat'

Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat dinegara ini didakwa berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Kerajaan kehabisan wang disebabkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, jadi fikir macam mana nak cari duit lalu perkenalkan GST, Gagau Semua Tempat,"

Saya berpendapat GST sepatutnya dikenakan dulu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini mendapat perlepasan cukai.

"Kerajaan masih beri perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudahpun berjaya sampai boleh tawar perkhidmatan di luar negara dan disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sedangkan GST ini nak dikenakan pada rakyat."

Perlepasan cukai itu menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan perkhidmatan dan keuntungan hasil tidak membayar cukai.

Saya juga menggesa kerajaan menyelesaikan masalah rasuah dan ketirisan yang merupakan punca perbelanjaan negara kian membengkak.

Saya juga sekali lagi turut mendesak kerajaan agar mencegah masalah penyeludupan demi memastikan kerajaan mendapat hasil cukai yang sewajarnya.

Kerajaan dianggarkan kehilangan RM12.92 juta tahun ini disebabkan gagal membendung penyeludupan rokok dan pengenaan duti kastam.

Dengan menangani beberapa masalah tersebut bukan sahaja membuatkan kerajaan tidak perlu gagau semua tempat, malah menyelamatkan rakyat dari terus terbeban.

4 comments:

Unknown said...

Salam 1akidah(bukan 1Malaysia)
Apabila si ayah dengan selamba menyelongkar tabung anak itu tandanya ayah dah benar-benar terdesak.
faham-faham lah.
kah kah kah..

hilbert said...

Salam Ma'al Hijrah 1431 YB,

Saya setuju dengan YB tentang syarikat telekomunikasi ini, sepatutnya sejak dari dulu perkara ini dikenakan.

tentang usaha mencegah penyeludupan ini, tanggungjawab tidak sepatutnya diletakkan 100% hanya kepada pihak kerajaan malah jika diikut seluruh masyarakat terutamanya pemimpin politik tak kira parti mana dia berdiri juga harus bertanggungjawab mengenainya.

jika perkara penyeludupan ini berlaku didepan mata kita sendiri, namun kita tidak bertindak ianya akan terus berlaku juga dan jika hanya dibiarkan maka pasti ianya akan tidak akan dapat dibendung tanpa kita memberi kerjasama kepada pihak yang berwajib.

sekian, terima kasih YB.

is said...

Apakah kelantan pun dah habis duit juga tu yang dok mengagau wang royalti dari pusat?

Anonymous said...

setuju dgn IS.

Nah ambek YG kena paku buah pala tau. Dunia sekarang Allah bayar tunai la YB.