Wednesday, December 23, 2009

Mahatir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat

Saya mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM,"

Jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan,"

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Saya juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun,"

Saya ingin menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini juga membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewengan dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."

4 comments:

izani said...

salam..
pak lah habiskan 270 billion atau 27 billion? confius..

Anonymous said...

dalam akhbar harakah ada gambar yb pergi melawat projek pembinaan rumah pak Lah pakai kot tengah2 hari tak rasa panas ka?

Anonymous said...

Nampak sangat YB ni politiking. Semua nak di isukan demi milage politik PR. Hari YB akan tiba jugak. Nanti kalau kalah parlimen Pokok Sena jangan pula nak politikkan yang semua rakyat Pokok Sena dibeli oleh Perdana Menteri dan satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan.

P/s:1) Memusuhi Tun Mahathir sama erti memusuhi saya.
2)Laksanakan tanggungjawab anda yang diamanahkan diPokok Sena.

medalien_amir@yahoo.com

Anonymous said...

gemasuara dan chedet.cc ibarat langit dengan bumi. chedet.cc dan berjuta pelawat dan komen, gemasuara baru 3 komen. YB tak usah la nak jadi anjing menyalak bukit. Apa sumbangan YB pada negara jika dibangdingkan dengan Tun Dr. Mahathir. Habuk pun tak dak, semua nak kritik tapi bila diberi amanah sama ja dengan musuh YB.

p/s: Allah tu Maha Kaya, langit tak selalunya cerah untuk YB.
p/s2: Mahfuz perlu bertaubat...kata karpal sigh; rakan pakatan rakyat(langkah mayat saya kalau nak laksana hukum hudud)