Wednesday, July 30, 2008

Tidak disengajakan

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.”
(Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Huraian
1. Perbuatan manusia adakalanya disertai dengan niat dan ikhtiar dan ada pula yang berlaku dengan sebab tersalah (tidak sengaja), terlupa atau dipaksa.
2. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak dihukumkan sebagai satu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam hadith kerana ia berlaku bukan di atas niat dan kerelaan oleh orang yang melakukannya dan oleh itu hukumannya berbeza dengan orang yang melakukannya dengan niat (disengajakan).
3. Sesungguhnya tiap-tiap perbuatan yang dihukum tidak sahaja dilihat kepada zahirnya tetapi ditinjau juga sampai ke dalam hati orang yang melakukannya. Ini memberi erti bahawa Islam mengambil berat terhadap kesedaran hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perbuatan yang dikehendakinya kerana kesedaran itu menjadi bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya di mana salah atau tidak perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya dan dialah yang menanggung akibat atau dosanya kelak.

Monday, July 28, 2008

SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ahmad Said mahu tunjuk kuasa pada Abdullah

Isu pembelian kereta Mercedes oleh kerajaan negeri Terengganu menggantikan kereta proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri itu menimbulkan pelbagai polemik.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang berani menyebutkan mengenai tindakan yang sewajarnya dibuat Badan Pencegah Rasuah supaya menyiasat penglibatan syarikat Spanco, penganjuran kejohanan Monsoon Cup dan projek Masjid Kristal menunjukkan beliau mungkin memiliki maklumat mengenainya.

"Kenyataan berani Ahmad mencerminkan wujud masalah atau isu penyelewengan dan seolah-olah beliau sendiri memiliki maklumat mengenai isu yang disebutkan,"

Tidak dinafikan tindakan berani Ahmad didorong krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu yang melibatkan perbalahan pihak istana serta campurtangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ahmad Said semacam hendak tunjuk kuasa dengan mengambil sikap untuk bertentangan dengan kerajaan pusat pimpinan Abdullah,"

Saya menggesa supaya siasatan perlu dijalankan bagi mendedahkan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pengendalian kereta-kereta kerajaan khususnya yang melibatkan spanco, seperti didakwa Ahmad Said.

"Ianya tidak boleh diterima dan kurang munasabah kerana berapa ramai sangatlah tetamu luar yang datang ke Terengganu setiap hari untuk menaiki 14 buah kereta tersebut?"

Saya mencadangkan agar kesemua kereta tersebut dijual kepada mana-mana syarikat atau kerajaan pusat sahaja yang membelinya.

"Sekiranya ianya jarang digunakan kerajaan negeri juga yang perlu menanggung kerugian bagi menampung kos pembaikan memandangkan ianya dibiarkan tersadai dan berhabuk.

"Kerajaan pusat sebenarnya disaran membeli kesemua kereta itu bagi tujuan kegunaan tetamu rasmi luar,"

Saturday, July 26, 2008

UMNO KHIANATI ISLAM DAN KETUANAN MELAYU

PENDEDAHAN Pesiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa telah berlaku tiga pertemuan antara beliau dengan pimpinan PAS telah menambahkan lagi kekecohan politik negara. Tidak cukup dengan isu krisis dalaman Umno dan kes Altantuya, membawa pula kepada isu pembentukan kerajaan alternatif sebelum 16 September dan kes liwat Anwar Ibrahim. Kemudian, Pak Lah dan Najib Razak bersetuju supaya peralihan kuasa dibuat pada 2010. Dalam hiruk-pikuk ini, Pak Lah mengumumkan bahawa PAS sedang brmuzakarah dengan Umno dalam isu Islam dan ketuanan Melayu.

Tidak sedikit pemerhati politik, penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan pimpinan PR malah ahli dan pimpinan PAS turut marahkan PAS dalam soal ini. Setidak-tidaknya mereka memberi ingat supaya pimpinan PAS tidak terperangkap dengan permainan politik desprate Umno dalam mempertahankan survival mereka. Ini telah menjadi persoalan yang besar kepada rakyat. Adakah PAS benar-benar serius ingin mengalih pendekatannya dengan menyertai kem BN dan mengapa PAS harus tinggalkan PR setelah pakatan ini mendapat kepercayaan rakyat? Benarkah PAS bermaksud demikian atau ia hanya manipulasi media untuk menjayakan drama yang diplot oleh Pak Lah.

Mursyidul Am PAS sudah membuat penegasan bahawa ini bukan kerjasama politik. Ia hanya satu perundingan peribadi yang tidak menjejaskan hubungan PAS dalam PR. Tuan Guru mengingatkan PAS supaya berhati-hati jangan sampai terlanjur kerana tidak mahu titik hitam bersama BN berulang. Ini bukan pertama kali Umno mempermainkan PAS dalam menyelamatkan politik mereka. Ketika Umno berpecah dengan Dato’ Onn pada 1951, Tunku Abdul Rahman berusaha menarik PAS menyertai Persidangan Pertubuhan Melayu di Johor Bahru, diikuti oleh penyertaan PAS dalam National Convention pada 1953. Tujuan utama Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana bimbang Umno terkubur setelah National Conference tajaan Dato’ Onn mendapat sokongan parti-parti politik ketika itu.

Pemain utama yang menyebabkan PAS menyertai National Convention dan membuatkan Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Haji Ahmad Fuad meninggalkan PAS ialah Tuan Haji Ahmad Badawi, bapa Presiden Umno. Selepas memecahkan PAS pada 1953, beliau meninggalkan PAS untuk terus bersama Umno. Melalui National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman juga, Umno telah memperdayakan parti-parti Melayu seperti PAS dan PMS dengan memberikan hak mengundi kepada warga asing mengikut jus soli, selain menolak usul PAS untuk menambahkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Selepas tiga bulan, PAS meninggalkan National Convention yang diperalatkan oleh Umno ini.

Selepas pelbagai fitnah dilemparkan Umno ke atas PAS seperti komunis, agen asing, pro Indonesia dan lain-lain sehingga membawa kepada penyalahgunaan ISA dalam isu takfir dan konfrantasi 1963, Umno dengan tiba-tiba merujuk kepada PAS selepas tragedi 13 Mei 1969. Sudah ramai pengkaji sejarah yang telah mengetahui siapa sebenarnya di sebalik 13 Mei ini sehingga ada tulisan berkaitannya diharamkan. Atas isu ketuanan Melayu, sekonyong-konyong Tun Razak menemui Datuk Asri untuk meminta kerjasama PAS. Selepas Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973 dan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan pada 1974, Umno kembali kuat. Akhirnya PAS disingkirkan denga cara yang tragis juga.

Pimpinan PAS sering kali ikhlas setiap kali diajak berunding oleh mana-mana pihak. Mungkin kerana itu menjadikan PAS parti yang paling banyak kerjasama politik. Tetapi kerana ’terlalu lurus’ juga, mungkin membuatkan PAS sering menjadi mangsa politik licik Umno. Selepas Peristiwa Memali yang membunuhkan 14 ahli PAS pada November 1985, Umno mengajak PAS bertemu secara sulit dalam ’pertemuan 10 mata’, tetapi belum apa-apa mereka sudah mengumumkan kepada media. Orang-orang Cina dalam CCC cukup terkilan dengan tindakan PAS ’tikam belakang’, tetapi sebenarnya PAS yang ditikam oleh Umno dari belakang. PAS tidak mengkhianati orang Cina ketika itu. Kesannya, PAS kalah teruk dalam pilihan raya 1986.

Dr Mahathir sendiri beberapa kali cuba memancing PAS pada 1999, tetapi rundingan itu gagal apabila beberapa tuntutan PAS tidak dapat dipenuhi. Selepas 2004, ketika Umno kuat, beberapa permintaan Pemuda PAS untuk bermuzakarah dengan Pemuda Umno tidak dilayan. Tiba-tiba, apabila Umno kembali nazak, mereka ’merindui’ semula PAS. Mereka mencari PAS dan berusaha bertemu PAS secara sulit, kononnya kerana mahu membincangkan kepentingan Islam dan ketuanan Melayu. Apabila beberapa pimpinan PAS hadir untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Umno, Pak Lah mengambil kesempatan untuk mengeruhkan hubungan PAS sesama PAS dan PAS dengan PR. Sedangkan PAS tidak pernah membuat apa-apa persetujuan atau keputusan berkaitan pertemuan ini. Ia hanya sekadar pertemuan untuk mendengar apa rintihan dari Umno. Tidak lebih dari itu.

PAS amat sedar, jika kita ingin memperkatakan tentang ketuanan Islam, maka Umnolah yang bertanggungjawab menghancurkannya, bukan orang lain. Umno mengasaskan aqidah baru yang dinamakan ’Islam Hadhari’ sehingga Presiden PAS terpaksa menulis buku ’Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari’ untuk menolak agama baru ini. Pada zaman Pak Lah inilah boleh dilihat bagaimana kejadian murtad melata dengan banyak, institusi agama diperkecilkan, para ulamak dihina, sekolah-sekolah agama terpinggir, jenayah dalam negara semakin serius serta hiburan melampau terus bebas dianjurkan. Malah Pak Lah juga tidak ada hak untuk menjadi hero dalam membela ketuanan Islam di Malaysia kerana dalam perlantikan Menteri-Menteri Kabinet selepas PRU ke 12 baru-baru ini, Pak Lah masih boleh memberi kepercayaan kepada YB Senator Zaid Ibrahim untuk menjadi menteri sedangkan siapakah yang tidak kenal dengan pengkhianat agama ini yang pernah memfailkan saman terhadap kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu apabila meluluskan enakmen jenayah syariah, hudud dan Qisas. Bahkan, pengikut-pengikut yang bermazhab Imam Hadhari inilah yang telah mengharamkan tazkirah di masjid dan surau, menyekat pendakwah dan bertanggungjawab dalam meruntuhkan masjid di Kg. Bujal, Terengganu dan beberapa masjid di Selangor. PAS juga tidak pernah lupa tentang isu Batu Burok yang hampir-hampir meragutkan 2 nyawa orang Melayu Islam. Maka atas asas apa untuk Umno mengajak PAS bermuzakarah tentang kepentingan agama. Seumpama pencuri mengajak polis berunding untuk mengurangkan kes pecah rumah!

Dalam soal ketuanan Melayu juga, Umnolah juara dalam menghapuskannya. Bukankah dahulu pimpinan Umno berkata bahawa orang Melau tidak patut diberikan hak istimewa kerana nanti orang Melayu menjadi Red Indian di negara ini. Atas sikap ini Umno menghapuskan biasiswa untuk orang Melayu, memencilkan bahasa Melayu, menyahkan adat kebudayaan Melayu dan menggadaikan tanah rezab Melayu. Negeri Pak Lah sendiri yang dikuasai BN lebih 50 tahun, orang Melayu terpencil dan terpinggir sehingga menjadi seperti pelarian. Di Kuala Lumpur, orang Melayu hanya menguasai kawasan hitam di Chow Kit, sedangkan kawasan pertumbuhan ekonomi di Bukit Bintang dikuasai oleh orang bukan Melayu. Mereka cuba menggambarkan bahawa Umno itu Melayu, dan Melayu itu Umno. Selamat Umno, selamatlah Melayu kononnya. Walhal kerana adanya Umnolah maka Melayu benar-benar layu!

Isu yang cuba diketengahkan oleh Umno dan agen-agennya semenjak Mac 2008 adalah untuk menjerat PAS supaya berasa simpati terhadap nasib bangsanya. Seolah-olah PAS kini mengenepikan kepentingan orang Melayu sebelum ini. Umno beranggapan bahawa punca tergugatnya Islam dan terpinggirnya Melayu disebabkan kemenangan PR dan persepakatan PAS bersama dengan PKR dan DAP. Dan kesemua bebanan ini ditujukan kepada PAS dan PR sebagai punca sedangkan PR baru menjadi kerajaan selama 4 bulan serta pada masa yang sama terpaksa merawat kudis buta tinggalan kerajaan BN sebelum ini. Adakah Umno sudah lupa, Melayu di Pulau Pinang bukan terpinggir kerana DAP tetapi kerana kezaliman kerajaan BN yang telah menguasai negeri tersebut sejak 50 tahun dahulu. Adakah Umno sudah lupa, merekalah yang telah merobohkan masjid / surau di Selangor malah merekalah yang menjadikan Melayu dungu, pak angguk dan jahil dengan agama selama ini. PAS sudah beratus kali menegaskan bahawa orang Melayu akan selamat jika Islam berdaulat. Kemahuan Umno untuk bermuzakarah dengan PAS ini bukan kerana kepentingan Islam atau ketuanan Melayu, tetapi kerana survial politik mereka. Dalam keadaan PAS hanya baru mendengar apa luahan hati Umno dan tidak ada sebarang keputusan pun dibuat oleh PAS mengenainya, Umno sudah memanipulasikan muzakarah ini. Ia satu bukti yang cukup jelas bahawa Umno tidak ikhlas dan mereka hanya mahu memerangkap PAS.

Saya menyeru pimpinan dan ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan permainan politik kotor ini. Ia bukan terbit dari hati ikhlas pemimpin Umno, tetapi ia satu strategi politik untuk memecahkan PAS daripada PR dan menghapuskan kepercayaan rakyat kepada PAS. Kita mesti belajar dari sejarah bahawa dulu, kini dan selamanya adalah pengkhianat dan mereka tidak melakukan sesuatu melainkan untuk mengkhianati perjuangan PAS. Jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah. Kita jangan tergoda oleh isu-isu yang cuba ditimbulkan untuk memerangkap PAS. Biar kita menjadi pembangkang yang dimuliakan rakyat, daripada mendapat kuasa dalam penghinaan rakyat!

Lambakan isu dicipta BN untuk alih perhatian rakyat

Lambakan isu yang direka BN mutkahir ini tidak berjaya mengalih perhatian rakyat terhadap perubahan yang dibuat Pakatan Rakyat.

Meskipun pelbagai isu timbul bagi menggugat perancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN, ianya sedikitpun tidak berjaya merubah hasrat yang telah digariskan.

"Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat pelbagai usaha termasuk isu liwat Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, isu hubungan dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta isu muzakarah PAS-Umno yang bertujuan untuk mengalih perhatian umum selain memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat," Usaha tersebut masih tidak berupaya untuk menghalang kejatuhan kerajaan BN yang dijangka berlaku pada 16 September ini.

Saya ingin mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat agar memperhalusi segala halangan dan blok yang sengaja dicipta BN yang sedang menyekat usaha tersebut.

"Pakatan Rakyat perlu berbincang serta memperhalusi segala halangan serta rintangan yang sedang dilakukan BN untuk memusnahkan harapan rakyat bagi melihat terbentuknya kerajaan baru.

"Kini rakyat tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan kerana sudah tidak tahan dengan tekanan yang dialami akibat kenaikan harga minyak dan inflasi tinggi,"

"Takkanlah ahli Parlimen BN akan meletakkan kepentingan diri dan parti mengatasi harapan serta kepentingan rakyat dan negara,"

Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah: Presiden PAS perlu perjelas,elak ahli keliru

Saya meminta Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu muzakarah Umno-PAS dalam keadaan segera.

Selepas kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengesahkan pertemuan dengan PAS, ahli melihat bahawa kenyataan susulan yang mengiakan pertemuan itu oleh Presiden PAS menyebabkan ahli semakin keliru.

Ahli di peringkat kawasan dan cawangan rata-ratanya memberi pandangan yang pelbagai yang jelasnya keliru dengan keadaan yang kebanyakannya dilaporkan media.

"Hal ini perlu respon segera daripada pimpinan PAS pusat yang perlu membuat mesyuarat segera bagi membincangkan dengan sebaik mungkin mengenai pertemuan itu, dan selepas kata sepakat diambil mengenai kedudukan PAS dalam hal ini, ia perlu dijelaskan kepada ahli,"

Yang penting, saya mengharapkan pimpinan PAS di peringkat kawasan, cawangan atau negeri memberi pandangan samada membantah atau menyokong isu tersebut bagi dibincangkan di peringkat pusat untuk diperhalusi.

Di peringkat pimpinan pusat pula katanya, mereka perlu memperhalusi pandangan di peringkat bawah ini sebelum membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan parti.

"Bukan apa, pandangan umum terutamanya bekas ahli Umno yang menyertai PAS kerana bencikan Umno, mereka ini kata buat apa PAS nak bertemu dengan Umno sedangkan mereka sendiri meninggalkan Umno kerana benci dengan parti itu yang tidak mampu membela rakyat mahupun orang Melayu, ini termasuk orang di kawasan saya yang cakap,"

Monday, July 21, 2008

Muzakarah dengan Dr M dahulu

Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS

"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak,"

Walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir. "Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak,"

Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri,

"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain? Image

"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain,"

Bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.

"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.

"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Dato') Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.

"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?"

Wednesday, July 16, 2008

PAS cabar Syed Hamid buktikan Pakatan Rakyat rancang perhimpunan

Pas mencabar Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar agar mengemukakan bukti yang kukuh yang mengaitkan wujudnya perancangan awal Pakatan Rakyat bagi mengadakan perhimpunan bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lalu.

"Saya cabar beliau membuktikan bahawa wujud persepakatan awal tersebut, tetapi janganlah menggunakan sumber bertaraf maklumat tepi longkang dari belakang Jalan Raja Laut,"

"Apa asas maklumat tersebut dan bagaimana pihak polis begitu lemah sehingga dapat menerima maklumat yang serupa itu?

"Dengan itu, tidak hairanlah jika kita lihat sehingga kini pihak polis masih tidak dapat menangkap pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin dan gagal mengesan adik Sharlinie - ini suatu kelemahan yang ketara sistem keselamatan negara,"

"Keadaan ini membahayakan semua pihak khususnya rakyat yang semakin hari semakin tertindas, bahkan ia juga adalah merupakan usaha untuk mencemarkan nama baik Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat selain bermotif mencetuskan huru-hara,"

Tuesday, July 15, 2008

Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah













Bersama Isteri tercinta bersiap untuk ke majlis perarakan Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah pada 15/7/2008

Sambutan Jubli Emas KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

Daulat Tuanku

Pada Tanggal 15 Julai 2008 bersamaan dengan 12 Rejab 1429 Hijrah, Negeri Kedah Darul Aman serta seluruh rakyatnya berbangga menyambut sejarah dalam pemerintahan berRaja dimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyambut ulangtahun Jubli Emas pemerintahan Baginda.


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OFU.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

Monday, July 14, 2008

Sekatan, Parlimen bagai 'zon perang'

Saya menyifatkan sekatan yang berlaku di beberapa jalan raya menuju ke Parlimen hanya menjadikan kawasan Parlimen seolah-olah 'zon perang'.

ImageMalah tindakan polis mengadakan sekatan bermula dari beberapa jalan raya menuju ke Kuala Lumpur hanya menyusahkan pergerakan rakyat, katanya.

"Kami ahli parlimen juga terpaksa melalui kesesakan yang disebabkan sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis,"

Pakatan Rakyat tidak merancang sebarang perhimpunan aman di Parlimen terhadap usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

"Kami tidak pernah merancang himpunan, mengapa pihak berkuasa polis perlu mengadakan sekatan hingga menjadikan Parlimen seperti dalam 'zon perang' atau 'zon bahaya',"

Saya melihat sekatan jalan raya yang dibuat hari ini hanyalah sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pihak tertentu malah menggambarkan kononnya berlaku sesuatu.

Saya juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa menghalang wartawan-wartawan dari media alternatif termasuk Harakah untuk masuk ke bangunan Parlimen bagi membuat liputan.

"Biasanya mereka boleh masuk sahaja untuk membuat liputan, tetapi mengapa hari ini mereka dihalang, adakah ini kerana kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri,"

Sementara itu, mengulas mengenai usul Ketua Pembangkang yang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau menyatakan bahawa usul itu tiada salahnya jika diterima dan dibahaskan.

Image"Apa salahnya jika ia dibahaskan kerana tiada peruntukan dalam perkara 18 untuk membuat undian.Kenapa tidak beri pihak membawa usul untuk membahaskan selama setengah jam dan pihak kerajaan menjawab selama setengah jam," ujarnya.

Sementara itu sejak jam 9.30 pagi tadi lagi, beberapa orang wartawan di kalangan akhbar alternatif termasuk Malaysiakini dan Harakah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen termasuk di pekarangan hadapan bangunan tersebut.

Semuanya gara-gara satu perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur yang tidak membenarkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana pihak yang kononnya menyokong Pakatan Rakyat berada di sekitar 5 kilometer dari bangunan Parlimen.

Meskipun krew Harakah cuba berbincang dengan pegawai bertugas di hadapan pos kawalan keselamatan, namun ianya gagal walaupun Harakah tidak pernah dihalang masuk ke Dewan Rakyat sebelum ini.

Alasan pegawai tersebut ialah ' ini bukan kebiasaan, yang ada pas biru (pas daripada Jabatan Penerangan) sahaja yang boleh masuk'.

Krew Harakah dan beberapa orang wartawan Malaysiakini diarahkan meninggalkan kawasan kononnya yang dikatakan kawasan larangan oleh beberapa orang Pegawai Cawangan Khas.

Beberapa minit kemudian, muncul Pengerusi BNBBC, Dato' Seri Tiong King Sing dan timbalannya, Dato' Bung Mokhtar Raden untuk menyelesaikan rungutan wartawan berhubung sekatan memasuki kawasan Parlimen.

ImageBagaimanapun, mereka hanya menyelesaikan masalah sekatan membabitkan kelompok wartawan yang memiliki pas penerangan sahaja, sementara beberapa orang wartawan dari akhbar alternatif masih tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen.

Krew Harakah hanya menunggu di luar bangunan untuk membuat liputan Parlimen hari ini hingga jam 1.00 petang.

Sementara itu usul yang dibawa Wan Azizah menyebut, bahawa pilihan raya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihan raya walaupun Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihan raya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.

Perkembangan tersebut, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan anggota kabinetnya.

Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar dan makanan.

keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat

PAS tetap sokong usul di parlimen

PAS akan tetap menyokong usul ketidakpercayaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinetnya, yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat

"Kita tidak boleh halang persepsi masyarakat. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua,"

(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)

Wartawan: Sebuah akhbar tempatan hari ini menyatakan Pakatan Rakyat semakin retak apabila PAS dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut.

Akhbar tersebut juga menyatakan usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu PAS. Respons YB mengenai kenyataan ini?

Mahfuz: Bagi saya ini merupakan satu permainan media. Sejak akhir-akhir ini media banyak menimbulkan keraguan masyarakat terhadap PAS. Dan cuba menimbulkan perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini TV3 cuba mengeksploitasi terhadap isu penggunaan jet oleh Menteri Besar, Kedah.

Tetapi akhirnya mereka sedar itu bukan urusan Menteri Besar tetapi urusan istana, yang mana Menteri Besar hanya mengiringi Tuanku Bendahara untuk menjemput Sultan Brunei bagi menghadiri sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Kini Utusan Malaysia pula memainkan isu yang saya sifatkan tidak ada apa-apa pun yang berbangkit dengan isu perbalahan mahupun seolah-olah PAS terpinggir dan di pinggir.

Dalam kerajaan negeri yang kita perintah, kita memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat. Semua yang kita putuskan berdasarkan persetujuan dalam perbincangan yang dibuat di peringkat kerajaan negeri atau parti.

Jadi, tidak timbul soal PAS terpinggir. Kenyataan ini merupakan satu fitnah. Malah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini, kita mengambil ketetapan untuk memperkasakan parti dan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sebarang bentuk masalah yang berbangkit sama ada bagi pihak PAS, KeADILan atau DAP harus diselesaikan di meja perbincangan. Jadi, saya tidak nampak ada masalah besar yang melanda Pakatan Rakyat.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku hari ini, kita melihat parti komponen Barisan Nasional ditimpa dengan pelbagai masalah seperti MIC dan MCA. Begitu juga yang dihadapi Umno sehingga memaksa Perdana Menteri mengumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010. Dan tidak timbul mengatakan PAS dipinggirkan dalam membuat usul tidak percaya.

Semua itu juga hasil cadangan daripada PAS. Malah pimpinan PAS, YB Salahuddin Ayub merupakan orang pertama yang mendraf usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.

Jadi, tidak timbul seperti yang tersebar melalui SMS mengatakan PAS diperalatkan. Dan kita bersetuju untuk menyokong usul tersebut.

Isu juga ditimbulkan media bahawa Pakatan Rakyat tidak mencadangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dinyatakan Presiden. Respons YB?

Itu persepsi orang dan kita tidak boleh menghalang persepsi orang yang menganggap siapa ketua. Persepsi orang menganggap Anwar sebagai ketua. Tapi hakikatnya dalam struktur Pakatan Rakyat Persetujuan kita bersetuju bahawa tidak ada siapa ketua.

Anggapan Anwar sebagai ketua atau siapa ketua itu adalah persepsi rakyat. Kita tidak boleh halang. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua.

Mengenai amaran polis kepada Dato' Seri Anwar dan para penyokong supaya tidak meneruskan perhimpunan yang dikatakan berlaku di pekarangan bangunan Parlimen esok, adakah PAS mengetahui mengenai perhimpunan tersebut?

Semalam baru saya tahu bahawa tidak ada orang luar dibenarkan melawat ke Parlimen kerana dikatakan akan berlaku perhimpunan. Sekatan polis juga telah bermula hari ini.

Saya juga terkejut. Bila perkara ini dirancang? PAS tidak merancang dan apabila kita hubungi KeADILan mereka katakan juga tidak merancang. Jadi tiada siapa yang merancang.

Jadi saya katakan bahawa ini satu suasana yang sengaja dicipta oleh pihak kerajaan sendiri seolah-olah satu kebimbangan di kalangan masyarakat di negara kita terhadap proses peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat.

Walhal jika dikaitkan dengan isu usul yang akan dibawa esok, itu usul biasa iaitu usul di bawah Perkara 18 (1) dan (2) yang tidak pun ada usul 'voting' yang boleh direkodkan untuk menentukan usul itu menang atau kalah. Jadi saya menganggap jika laporan itu sampai kepada kerajaan sehingga kerajaan terpaksa membuat keputusan sedemikian, mungkin pelapor itu salah.

Saya ingat dia dapat daripada 'koperal Mat Saman' mana... wallahua'llam. Tapi bagi saya, apabila mereka melakukan perkara ini, ia akan menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, apa jadi dengan politik Malaysia?

Saya percaya keadaan sebaliknya akan berlaku, iaitu daripada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat yang mana orang melihat memang kerajaan BN akan jatuh. Ia satu perkara yang tidak patut digembar-gembur.

Bagaimana dengan hasrat Pakatan Rakyat yang ingin menguasai Malaysia?

Kenyataan saya yang kuat dan mewakili parti ialah kita berhasrat untuk menarik perhatian Ahli Parlimen sama ada BN atau parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dan semenanjung untuk bersama Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Malaysia baru ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

Jika hasrat tersebut tidak berjaya?

Ada usaha daripada BN untuk menghalang penghijrahan Ahli Parlimen komponen BN. Malah saya sendiri telah didatangi rakan-rakan yang bersedia untuk berhijrah.

Mereka menyatakan mereka sering diekori oleh SB di mana sahaja mereka pergi dan ada yang pihak tertentu yang menjanjikan sesuatu untuk mereka. Jadi gambaran tersebut menunjukkan terdapat usaha menghalang mereka daripada berhijrah.

Saya ingin mengatakan, jika perkara ini tidak jadi, saya tidak mengalami apa-apa kerugian. Kita tetap seperti biasa dan akan terus memperkasa Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU- 13.

Jika tidak berjaya sebelum September ini, kita masih mempunyai waktu sebelum menjelang Jun 2010 untuk berusaha bagi apa yang kita ingini tercapai.

Mengenai perdebatan Dato' Seri Anwar dengan Menteri Penerangan, Dato' Shabery Chik pada 15 Julai ini.

Saya menyokong penuh debat tersebut. Dan saya percaya Dato' Seri Anwar akan menggunakan ruang tersebut mewakili Pakatan Rakyat bagi menyatakan pendirian terhadap isu berkaitan kenaikan harga minyak ini.

Dan saya harap debat tersebut akan disiarkan secara langsung supaya masyarakat dapat menilai boleh atau tidak untuk menurunkan harga minyak.

Ini satu ruang yang harus diambil bagi membuktikan keupayaan kita mengurus sumber kekayaan di negara kita untuk kesejahteraan rakyat.

Umno menganggap tindakan debat ini merugikan kerana saya percaya apabila diberi peluang Dato' Seri Anwar akan menjelaskan keupayaan Pakatan Rakyat membawa sesuatu yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Dan persepsi rakyat tentu akan berubah kerana apa yang dinyatakan itu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan yang menguruskan dana negara.

Jika saya menyatakan perkara tersebut dalam rancangan Hujjah di TV9, mungkin orang mengatakan saya tidak mempunyai latar belakang mengenai perkara itu serta bukan berpengalaman.

Saya percaya mungkin Umno akan berusaha untuk menggagalkan perkara tersebut tetapi ketelanjuran persetujuan yang dibuat Shabery Chik mungkin debat tersebut diteruskan.

Ezam Mohd Noor 'menegur' PAS supaya tidak membuat pakatan dengan KeADILan. Wajar atau tidak 'tegurannya' itu?

Saya tidak menghalang untuk sesiapa memberikan pendapat dan pandangan. Pemerhati politik juga mungkin mempunyai pandangan. Kita menyokong kebebasan demokrasi sesiapa untuk beri pandangan. Tetapi yang membuat keputusan adalah pimpinan parti sama ada PAS, KeADILan atau DAP.

Kenyataan Ezam itu juga seolah-olah menggambarkan KeADILan tidak betul.

Isunya adakah dia menganggap Umno betul? Jika dia menganggap keADILan ini tidak betul, adakah dia boleh menganggap Umno dan BN, kepimpinan Pak Lah dan Najib yang dia sendiri 'telanjangkan' selama ini adalah sesuatu yang betul.

Negara kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan adakah mereka ingin menganggap bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan hari ini sesuatu yang betul.

Pendirian PAS mengenai dakwaan kes liwat yang menimpa Dato' Seri Anwar?

Kita berpendirian bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Dan beban bagi membukti kes itu berlaku bukan atas diri Anwar, tapi beban harus dipertanggungjawab pada orang yang menuduh Anwar.

Komen YB mengenai Perjanjian Pangkor II yang katanya wujud oleh kerajaan Perak?

Apa yang dinyatakan oleh MB Perak dan kepimpinan DAP Perak memang tidak wujud. Apa benda Perjanjian Pangkor ini? Pulau Pangkor memang ada di jajahan takluk Perak (tersenyum).

Jadi, saya menganggap apa yang diketengah oleh media adalah usaha untuk 'divert' isu daripada tumpuan masyarakat terhadap kelemahan Pak Lah dan Najib.

Dan untuk mengalih perhatian daripada orang berbincang kenapa Pak Lah beri tempoh 10 tahun baru hendak tukar jawatan PM.

Thursday, July 10, 2008

Isu Anwar tuntut kebijaksanaan berpolitik - Temuramah Bersama Harakah

HARAKAH: Sekali lagi, politik negara digegarkan dengan isu kontroversi �liwat� melibatkan Datuk Seri Anwar dengan PAnya Saiful Bukhari Azlan. Itu yang terkini. Apa yang boleh YB tafsirkan sebalik isu ini?

Pertama, saya melihat bila isu ini tercetus, sekaligus first impression rakyat tahu Umno tergugat dengan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan. Sangat tergugat dengan gerakan politik yang disusun atur oleh Anwar Ibrahim. Mereka merasa seolah-olah tindakan itu suatu yang mesti Umno saekat kemaraan Anwar daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. Jika tidak disekat menyebabkan bukan Pak Lah selaku PM hilang kedudukan tetapi menyebabkan BN akan hilang kuasa. Jadi ini saya kira, antara jalan-jalan akhir, talian hayat akhir dalam usaha nak menyambung nafas politik Umno dan BN dengan mengambil satu langkah untuk merosakkan nama Anwar. Mungkin orang menganggap talian hayat itu untuk "menyambung" tetapi bagi saya Saiful Bukhari dijadikan satu talian hayat untuk kepentingan politik Umno dan BN.

Banyak pihak mendakwa bahawa ini satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar. Sejauh mana YB melihat ini suatu konspirasi politik, sebab ini yang selalu diuar-uarkan�

Pertama, memang kalau kita lihat daripada environment politik yang ada sekarang, macam yang saya katakan tadi bahawa satu persekitaran tidak kondusif untuk Umno dan BN wujud. Sebab selepas daripada PRU 12, inilah kali pertama politik negara berada dalam keadaan tidak tenteram, tidak tenang khususnya menyangkut politik dalaman Umno dan BN. Berbanding dengan PRU 11 (2004), kita nampak suasana itu tenang. Rakyat tidak begitu berminat untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Tetapi hari ini rakyat begitu peka. Sentiasa beri fokus, apa akan jadi politik esok hari, umpamanya? Soal ekonomi negara macam mana? Minat orang sangat tinggi. Sebab itu antara faktor yang menjadikan suasana politik tidak kondusif itu ialah kerana gerakan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar telah memberikan tamparan dan menggugat kedudukan Umno sehingga menyebabkan BN dan Umno hilang enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Sejarah politik negara berubah. Kerajaan (BN) telah hilang 2/3 majoriti. Movement-movement yang berterusan itu, dilihat sebagai satu ancaman kepada politik kepimpinan Pak Lah dan Najib. Ini menyebabkan isu seperti ini berlaku kerana bagi mereka sesuatu harus dibuat untuk menghalang kemaraan Anwar.

Keduanya, usaha untuk divert isu daripada isu yang sedang jadi bualan terhadap penglibatan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantunya. Pengakuan bersumpah oleh Raja Petra cukup kuat. Begitu juga untuk divert isu penindasan kerajaan mengenai kenaikan harga minyak. Semua itu dilihat dan akhirnya benda itu berlaku kepada Anwar. Lalu first impression atau persepsi orang bahawa ini konspirasi. Ia berasaskan kepada beberapa tuduhan yang dibuat melalui aduan Saiful Bukhari. Isu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, dilakukan terus kepada peribadi seperti Anwar. Ini yang menambahkan yakin rakyat ia satu konspirasi kerana kedudukan politik BN sangat tergugat.

Tapi Tok Guru Nik Aziz dalam komennya menyebut isu �liwat� Anwar boleh mencalar dan menggugat Pakatan Rakyat. Itu dari satu sudut. Tapi saya lihat ia memberikan kekuatan�. Apa sikap PAS sebenarnya dalam isu ini?

Saya nampak isu �liwat� terhadap Anwar boleh gugat Pakatan dari segi imej politik dan sebagainya. Kecuali kalau dikalangan anggota dan kepimpinan Pakatan, ada yang terperangkap dengan permainan licik BN. Maka sudah tentulah kita akan saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Ini menyebabkan kita berpecah. Inilah agenda BN sebenarnya. Agenda bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan satu sama lain dalam Pakatan. Meleraikan ikatan yang begitu kukuh dalam Pakatan. Bagi saya seluruh pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan mesti mengambil sikap memperlihatkan solidarity terhadap isu ini khususnya dalam menunjukkan kebersamaan kita kepada Anwar, keluarga dia dan parti KeADILan itu sendiri.

Jika ini berlaku, saya lihat ia akan memberikan satu kekuatan baru, kenyataan-kenyataan bersama yang memperlihatkan solidarity kita dan didokong oleh Ngo-Ngo. Atas nama ahli-ahli parlimen PAS sahaja pun kita telah membuat kenyataan mendokong Anwar.

Dari awal sepertimana yang ditunjukkan oleh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz iaitu bahawa ini konspirasi jahat. Pendirian PAS sangat jelas melalui tuntutan kita nak Anwar ambil satu langkah lebih cepat untuk melakukan, mengimplimentasikan proses cross over dari kalangan anggota BN itu kepada Pakatan. Jika tidak, bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang lebih besar. Jadi, mestilah proses itu harus percepatkan. Ini bukan tanggungjawab Anwar seorang, tetapi sebenarnya ia merupakan tanggungjawab bersama yang mesti dipikul oleh kepimpinan Pakatan itu sendiri.

Kes ini dalam siasatan. Dulu ada kisah mata lebam. Adakah YB yakin dengan sistem perundangan kita hari ini?

Ya, sebab itu bagi saya, sikap PAS itu sangat jelas. Kita tidak percaya kepada pihak polis, kehakiman, pendakwaan dan sebagainya. Untuk boleh berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta-fakta kes sebelum ini, kita dapati imej polis dipersoalkan oleh Suruhanjaya Pemeriksaan Polis dan kerajaan yang belum melaksanakan apa yang dituntut oleh suruhanjaya tersebut untuk menubuhkan IPCMC.

Ini menunjukkan polis tidak berusaha untuk memulihkan imej mereka. Sebaliknya polis terus dilihat oleh masyarakat menjadi alat kepada kepentingan politik BN. Walaupun kerajaan cuba menggilap imej mereka dengan langkah-langkah yang dibuat dalam isu pemulihan kehakiman dan sebagainya. Jika kerajaaan (polis) itu masih gagal untuk nak implementkan saranan yang dibuat oleh suruhanjaya pemeriksaan polis ini, maka polis tidak diyakini boleh berlaku adil kepada siasatan ini.

Pendakwaan boleh bermula dengan siasatan itu sendiri. Saya tak nampak perkara itu. Kita bertegas yang kita mahu satu suruhanjaya bebas melakukan penyiasatan terhadap Anwar. Bagi saya sebenarnya kes itu tidak perlu ada penyiasatan kerana ia tidak betul tetapi oleh kerana ada aduan, maka proses penyiasatan mesti dibuat. Tetapi penyiasatan itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang dipertikaikan seperti pihak polis. Mesti ada satu suruhanjaya kerana berasaskan kepada kes mata lebam Anwar. Jelas polis tidak boleh dipercayai. Begitu juga dalam kes-kes pertuduhan sewaktu di mahkamah, bukti-bukti itu sentiasa dipinda umpamanya mahkamah sendiri telah membuktikan bagaimana kelemahan fakta kes, bukti, tarikh dan sebagainya yang dipinda menunjukkan bahawa proses merekacipta itu boleh berlaku dalam siasatan.

PRU 12 telah mengubah landskap politik Malaysia. Ini satu kejutan. Kita dapat tawan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan menjadikan enam. Ada ahli parlimen dari komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuk beberapa orang dari Umno sudah bersedia untuk menyertai Pakatan. Benarkah desas-desus ini?

Ia bukan desas-desus lagi. Apabila SAPP membuat satu pendirian dan isytihar hilang kepercayaan dan kesediaan dua orang ahli parlimennya untuk mengemuka atau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Abdullah Badawi, telah menjawab soalan ini. Ini bukan lagi desas-desus tetapi real politik; ketidakpercayaan orang terhadap PM itu sangat jelas. Ini berlaku bukan di kalangan parti pembangkang tetapi sebenarnya daripada dalam komponen BN. Kalau diperhatikan kenyataan ahli-ahli Parlimen dari Sabah cukup pedas dan berani. Malah ada yang selamba menyatakan bahawa Sabah sudah beberapa kali tukar kerajaan, dan mereka bersedia meninggalkan rumah banglo untuk bertukar kepada rumah teres.

Ini kenyataan dianggap sinis tetapi cukup tajam. Bagi saya ia menggambarkan tentang bagaimana kecenderungan ahli parlimen itu untuk beralih. Saya cukup yakin dengan move yang dilakukan Anwar dan juga rakan-rakan pimpinan Pakatan yang lain, bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan oleh langkah-langkah agresif dibuat Pak Lah, yang dilihat kebergantungan mereka kepada Sabah dan Sarawak itu. Satu perkara yang mesti dikawal, dijaga. Menyebabkan layanan kepada Sabah dan Sarawak sangat istimewa. Peruntukan beberapa billion diberikan. Tindakan itu mencerminkan Pak Lah percaya ada ahli parlimen yang sedia untuk lompat. Isu pokoknya ialah Pak Lah sendiri secara tidak langsung sudah mengakui, sehingga menyebabkan dia harus memberikan fokus istimewa. Ini kerana tanpa dokongan Sabah dan Sarawak ini maka BN akan kehilangan kekuatan dan menyebabkan bukan lagi tak ada 2/3 mojoriti malah tak ada kerajaan dalam negara kita.

Tetapi isu �liwat� ini nampaknya akan merosakkan segala perancangan Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru�

Memang ada usaha ke arah itu. Isu "liwat" untuk sekat penghijrahan ini. Itu agenda dan matlamatnya. Tetapi kemungkinan perkara itu akan terhasil, jika Anwar ditangkap, dikurung seperti mana yang berlaku seketika dahulu. Mungkin itu tidak akan menyebabkan penghijrahan berlaku. Sudah tentu ahli parlimen daripada sebelah sana merasakan bahawa, macam mana mereka nak berhijrah sedangkan faktor kepimpinan utama itu sudah tidak relevan. Ini yang menjadi perkiraan. Ada ahli-ahli parlimen BN merasakan perkara ini satu perbuatan terlalu personal yang mereka tak boleh terima. Mereka tidak boleh terima Anwar faktor yang menyebabkan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan jatuh, lalu isu ini diketengahkan. Saya percaya masih ada ahli parlimen BN yang ada hati perut, ada sifat keinsanan, kemanusiaan, yang ada moral tinggi, yang tidak boleh terima pendekatan konspirasi jahat ini. Lalu, ini boleh jadi faktor yang sebaliknya. Orang panggil reverse psychology. Mereka mengharapkan bahawa tidak berlaku penghijrahan tetapi ini yang mungkin mempercepatkan penghijrahan itu. Ada menteri hubungi saya. Dia memang marah saya dengan isu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Tetapi dalam isu liwat ini, mereka pun tak tahu nak komen apa. Mereka jadi lembut hati. Ada keresahan sendiri dan ada rasa tidak puas hati.

Pesanan YB kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan berdepan dengan isu �liwat� yang menyenakkan ini. Silap perhitungan akan back fire.

Pertama, ia bergantung kepada bagaimana kepimpinan Pakatan itu sendiri. Mesti bina kepercayaan ahli dan penyokong daripada parti Pakatan. Sebab itu kepimpinan dalam Pakatan ini, harus solid memperlihatkan solidarity terhadap Anwar sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu. Janganlah ada perbezaan pendapat dan pandangan secara terbuka. Jangan ada di kalangan kepimpinan yang boleh menyebabkan kenyataan-kenyataan mereka itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan penyokong dalam Pakatan. Ini yang harus dijaga. Dan saya lihat setakat ini bahawa solidarity itu telah diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan.

Kedua, kepimpinan mesti menunjukkan kebijaksaan berpolitik. Kalau kepimpinan sendiri terperangkap dengan agenda politik jahat Umno dan BN, bagaimana ahli di bawah akan mendokong setia. Jadi, kebijaksanaan itu mesti datang daripada kepimpinan. Ini merupakan faktor yang penting. Kemudian, barulah kita lihat kepada rakyat. Kepimpinan mesti menyeru kepada rakyat. Mesti memberitahu maklumat tepat dan media-media Pakatan harus memainkan peranan yang lebih bersungguh untuk menyampaikan mesej dan bagaimana nak counter saraf-saraf yang dilakukan oleh media arus perdana yang didalangi BN. Secara keseluruhannya, kepimpinan dan ahli Pakatan mesti ada kebijaksanaan politik yang sangat tinggi dan mereka mesti melihat bahawa ini sebagai satu konspirasi yang dilakukan.

Kewajipan pemimpin

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian
1. Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
2. Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya.
3. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Tuesday, July 8, 2008

ANWAR DAN NAJIB BERPERANG, PAK LAH KETAWA




SEKONYONG-konyong berkata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan al-Quran untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liwat atau melalui proses mahkamah biasa. Gembira benar nampaknya hati Khairy Jamaluddin apabila dua orang pencabar dan penggugat utama Pak Lah, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah terperangkap dengan satu konspirasi politik yang timbul daripada tangan-tangan ghaib. Saya tahu apa yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin itu salah kerana Islam tidak ajar kita bersumpah dengan al-Quran, apatah lagi untuk buktikan tuduhan yang begitu berat.



Jika Khairy Jamaluddin faham, sepatutnya beliau menyuruh Saiful Bakhtiar yang membuat fitnah membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya atau dia disebat 80 rotan. Lagipun Islam hanya mengajar bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, bukannya bersumpah dengan al-Quran. Apa pun, Khairy Jamaluddin Nampak sangat cuba campur tangan untuk ambil kesempatan supaya ‘perperangan mulut’ Najib-Anwar terus membakar sehingga Disember ini. Harapannya satu sahaja, Pak Lah kehilangan pencabar dan dia selamat untuk seketika.

Kedudukan Pak Lah pada masa ini ibarat telur di hujung tanduk. Tidur tak kena, bangun pun tak kena. Apa tidaknya, selepas BN kalah dalam pilihan raya, semua orang menyalahkan Pak Lah sebagaimana mereka semua mengakui Pak Lah adalah faktor BN menang pada 2004. Kali ini Umno/BN malu besar apabila kekalahan ini telah menimbulkan semula keberanian ahli Umno untuk mengkritik pemimpin mereka. Dulu Umno parti feudal, pemimpin sentiasa betul dan benar. Hari ini, ahli Umno tidak senang hati lagi berpemimpinkan seorang yang lemah. Semua rakyat mahu pemimpin yang lemah lembut, tetapi mereka tidak mahu pemimpin yang lemah atau pemimpin yang lembut!

Politik Malaysia tercengang seketika apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno kerana tidak sanggup berketuakan seorang yang lemah seperti Pak Lah. Sejak 2004 beliau mengkritik kelemahan Pak Lah, dan sekarang beliau sanggup mati tanpa Umno jika Pak Lah terus menjadi pemimpin. Suara kasar Tun Dr Mahathir disambut oleh ahli-ahli Umno apabila mereka secara terbuka mengkritik dan mendesak Pak Lah supaya berundur. Para menteri pun ramai yang setuju dengan desakan ahli Umno, cuma mereka malu-malu kucing untuk mengaku. Kalau Pak Lah dah jatuh, berduyung-duyung mereka membelasah Pak Lah macam Nazri Aziz membelasah Dr Mahathir.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Umno budaya mengkritik secara terbuka kepemimpinan tertingginya selepas Tun Dr Mahathir berbuat demikian pada 1969. Ketika Tengku Razaliegh dan Anwar mengkritik Dr Mahathir dahulupun, mereka masih berlapik. Tetapi hari ini, Pak Lah sudah ditegur dan dikritik secara terbuka oleh pemimpin bawahan. Mereka sudah berani meletak jawatan atau keluar parti kerana meluat dengan gaya Pak Lah. Apabila harga minyak naik, keyakinan rakyat kepada Pak Lah turun dengan mendadak. Rakyat sudah jelek dengan dolak-dalik pemimpin yang kononnya harga minyak tidak naik sebelum Ogos, tiba-tiba terus diisytiharkan kenaikan 40 peratus.

Dalam kata lain, selepas rakyat mengundi untuk tidak percaya kepada kepemimpinan Pak Lah dalam pilihan raya 2008, ahli Umno pula memberikan undi serupa kepada Pak Lah. Bila harga minyak naik, rakyat sebenarnya sudah menarik balik undi yang diberikan dahulu. Sebab itulah Parti SAPP terus mengisytiharkan mereka sudah hilang keyakinan kepada Pak Lah. Undi tidak percaya belum dibentang di Parlimen, tetapi sudah dikemukakan kepada media dan rakyat. Apa erti kita menjadi pemimpin jika orang-orang dibawah sudah memberikan undi tidak percaya secara terbuka.

Apabila SAPP dan Yong Teck Lee beralih angin kepada Anwar Ibrahim, imej Pak Lah sudah tercalar dengan teruk. Tidak ada ubat lagi untuk menyembuhkan. Anwar Ibrahim pula tiba-tiba menjadi begitu bertenaga untuk mencabar wibawa Pak Lah. Najib hanya boleh tersenyum dan berani berkata “saya sokong Pak Lah”. Hakikatnya Najib amat bimbang nasib dan masa depannya kalau-kalau Anwar memintas peluangnya. Najib walaupun nampak lebih berwibawa, tetapi politiknya sudah tercalar oleh isu Altantuya. Hantu Altantuya nampaknya terus mengejar Najib ke mana-mana hingga Disember ini. Sudah berkali-kali Najib menafikan tuduhan-tuduhan tentang hubungannya dengan Altantuya, tetapi rakyat masih mempersoalkan apa benar penafian itu?



Pak Lah sebenarnya ada tiga musuh besar. Bekas bosnya, Tengku Razaliegh masih berminat untuk membuat ‘coming back’, tetapi Anwar pula begitu yakin untuk mengambil alih tempat Pak Lah. Najib sudah melihat nasib Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar bila mereka bersuara. Najib cuba mengambil jalan selamat untuk berdiam diri, kononnya berdiri teguh di belakang Pak Lah. Dalam hati Najib, Allah sahaja yang tahu. Jika berdiam, mungkin Pak Lah akan serahkan kepadanya; tetapi Anwar dan Tengku Razaliegh mungkin boleh memintas peluangnya. Jika melawan, hantu Altantuya mungkin berterbangan lagi. Lihatlah bagaimana nasib Yong Teck Lee selepas mengumumkan sikapnya terhadap Pak Lah terus didatangi pegawai BPR!

Najib cukup sedar bahawa Anwar lebih berbahaya daripada Tengku Razaliegh dalam memintas peluangnya. Tetapi jika Najib berdiam diri, bila-bila masa Tengku Razaliegh boleh mengambil alih peluangnya. Soalnya, Najib semacam yakin akan yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawa Kerajaan BN akan tumbang menjelang ulang tahun Malaysia ke-45 pada 16 September ini. Tengku Razaliegh akan mencabar peluangnya pada Disember, tetapi Anwar lebih awal. Sesuatu mesti dilakukan supaya peluang Anwar terencat dengan segera dan peluang Najib terus terbuka. Najib amat sedar peranan ‘pemintas’ dari Anwar ini.

Apabila Raja Petra membuat akuan bersumpah tentang keterlibatan Rosmah dalam kes Altantuya dengan nama Khairy dan Pak Lah dikaitkan sekali, kelihatan Anwar sudah mendahului Najib. Tiba-tiba sahaja Saiful Bakhtiar mencipta nama dengan mengaku menjadi mangsa liwat Anwar yang terbaru. Soal orang percaya atau tidak sudah tidak timbul lagi. Yang penting nama Anwar mesti dipalitkan sebelum September menjelang. Di kalangan pemimpin BN, mereka sudah tahu ada empat wakil mereka akan melompat minggu ini jika Anwar terus gagah mendahului. Pengakuan Saiful Bakhtiar menjadikan drama politik lebih menarik walau tidak menentu.

Selang beberapa hari, penyiasat persendirian Razak Baginda pula membuat pengakuan bersumbah tentang hubungan Najib dengan Altantuya. Biru muka Najib menjawab pertanyaan wartawan dalam gabranya. Esoknya, Balasundram menarik balik kenyataan bersumpahnya. Apakah benar dia menarik balik dengan rela hati atau dipaksa, itu boleh diagak sendiri oleh rakyat. Tetapi undang-undang melarangnya. Bila dakwaan Balasundram sudah ditarik balik, Najib macam lebih bersih, tetapi Anwar membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar Saiful Bakhtiar. Najib dan Anwar terus serang menyerang untuk mengambil alih kepemimpinan.

Pak Lah nampaknya membiarkan supaya kedua-dua pencabarnya ini melalui pusingan ‘play-off’ sebelum berdepan dengannnya. Pak Lah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul. Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti kedua-dua sudah terpalit arang di muka mereka. Dan Pak Lah sudah tentu berasa begitu lega kerana dua pencabarnya sudah hilang wibawa.

Kita belum pasti sama ada Anwar akan dibawa ke mahkamah semula seperti yang berlaku pada 1998 atau kini giliran Najib pula mengadap hakim di sana. Belum pasti tilam siapa yang akan diusung oleh anak buah Tan Sri Musa Hasan, tetapi tidak mustahil salah seorang dari mereka akan dibilang ‘titisan mani’ mereka. Dahulu pun, Dr Mahathir menafikan krisisnya dengan Anwar sehingga hari-hari terakhir masih memperakui Anwar adalah pewaris takhtanya. Pak Lah pun bernada suara yang sama, tetapi rakyat sudah mulai curiga. Harus diingat, ‘putera mahkota’ Pak Lah bukannya Najib, tetapi orang yang bakal menggantikan kedudukan sepupu Najib di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Saya sendiri syak kedua-dua cerita ini adalah fitnah kerana tidak ada bukti konkrit yang dikemukakan. Yang menuduh Najib tidak membawa saksi, yang menuduh Anwar pun sama. Mahkamah belum memperkatakan tentang kebenaran dakwaan-dakwaan itu. Saya lebih selesa melihatnya sebagai fitnah dahulu. Walaupun ia satu fitnah, kedua-duanya sudah tercemar! Peluang Najib dan Anwar hampir terkubur jika tersilap langkah. Yang tersenyum adalah Pak Lah. Beliau menafikan semua fitnah, berlepas tangan – padahal sengaja membiarkan perang berterusan supaya tidak ada lagi peluru menghujani nasibnya. Najib dan Anwar berperang, Pak Lah selamat seketika!

Kini yang masih berupaya mencabar Pak Lah dan membawa perubahan untuk Umno ialah Tengku Razaliegh Hamzah. Beliau diakui kebolehannya dalam pentadbiran kerajaan semenjak 1970-an lagi. Ahli Umno sudah lama melihat Tengku Razaliegh sebagai bakal presiden parti itu, tetapi nasib belum berpihak kepadanya. Selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut dahulu ramai orang menjangka atau mengharapkan Tengku Razaliegh yang akan terpilih, tetapi Tun Hussein Onn memilih Dr Mahathir. Apabila berlaku pemilihan Umno pada 1987, hampir 50 peratus perwakilan Umno meyakini kebolehan beliau, tetapi Dr Mahathir membiarkan parti Melayu haram begitu sahaja.

Apabila Umno (Baru) ditubuhkan, Tengku Razaliegh tidak menjadi ahli kerana mahu hidupkan Umno asal. Dr Mahathir menarik nafas lega. Kini Tengku Razaliegh menawarkan diri semula untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu. Pak Lah garu kepala. Ahli Umno sekarang ini tidak ada yang berkata tidak kepada Tengku Razaliegh walaupun beliau lebih tua dari Pak Lah. Cuma yang dibimbangi oleh pemerhati, jika Najib dan Anwar tersingkir dalam persaingan ini, siapakah pula yang ‘bakal diliwat’ atau ‘berskandal’ dengan Tengku Razaliegh? Mungkin Khairy Jamaluddin sedang meninjau kedai al-Quran untuk Tengku Razaliegh bersumpah pula…


YB Tn Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, July 6, 2008

Musa, Gani mesti digantung tugas dan tubuhkan siasatan bebas

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hendaklah digantung tugas serta-merta dan suruhanjaya siasatan bebas mestilah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka memalsukan bukti "kes mata lebamnya" 10 tahun lalu.

"Jika kedua-duanya tidak digantung tugas dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula dipertanggungjawabkan kedua-duanya, tidak ada jaminan mereka tidak akan menjejaskan siasatan ketika rakyat tidak percaya mereka tidak pernah mengganggu siasatan,"

Ahmad Said berkata, BPR akan memanggil Musa dan Abdul Gani untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Anwar itu.

"Adalah sukar untuk dipercayai bagaimana Ketua Pengarah BPR yang lebih rendah kedudukannya dari Ketua Polis Negara dan Peguam Negara boleh menerajui dan mengendalikan siasatan terhadap kedua-duanya.

"Lebih dari itu, tidak ada sebarang penafian melampaui keraguan yang pernah dibuat terhadap dakwaan bertulis Raja Petra Kamarudin mengenai wujudnya apa yang beliau dakwa sebagai 'unholy trinity' yang melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR,"

Ahmad Said berkata, BPR akan memanggil Musa dan Abdul Gani untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Anwar itu.

"Adalah sukar untuk dipercayai bagaimana Ketua Pengarah BPR yang lebih rendah kedudukannya dari Ketua Polis Negara dan Peguam Negara boleh menerajui dan mengendalikan siasatan terhadap kedua-duanya.

"Lebih dari itu, tidak ada sebarang penafian melampaui keraguan yang pernah dibuat terhadap dakwaan bertulis Raja Petra Kamarudin mengenai wujudnya apa yang beliau dakwa sebagai 'unholy trinity' yang melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR,"

"Kalau Perdana Menteri mahu siasatan yang dipercayai dan diyakini rakyat, satu suruhanjata bebas hendaklah ditubuhkan. Kalau dalam kes video (Datuk VK) Lingam perdana Menteri boleh mengarahkan siasatan bebas, tidak ada sebab Perdana Menteri hendak berdolak-dalik dalam hal ini,"

"Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,"

Raja Petra ketika itu mendakwa, Perdana Menteri tidak akan bertindak ke atas "unholy trinity" kerana tangannya terikat.

Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, "tidak ada keslah".

Thursday, July 3, 2008

Punca Segala Bencana

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)



Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)

Bantahan Terhadap Speaker Di Dewan 30/6/08

Wednesday, July 2, 2008

Pengakuan Rosmah tidak cukup, kes bunuh bukan isu kecil

Pengakuan Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bahawa beliau tidak bersalah dalam dakwaan yang dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak mencukupi untuk membersihkan nama baik dan imejnya termasuk suami beliau yang sudah tercemar.

Malah anggapan bahawa beliau tidak menyaman Raja Petra Kamaruddin kerana membuat fitnah itu, kerana tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu.

"Sejak bila kes bunuh ini adalah isu kecil atau tidak perlu ditumpukan malah tuduhan terhadapnya adalah serius dan mesti dibersihkan mengikut lunas undang-undang.

"Raja Petra sendiri sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang untuk dedahkan bukti dan bersedia disaman dan ke mahkamah,"

Kesan kepada pengakuan Rosmah dengan tidak melakukan sebarang tindak balas menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sama ada maklumat yang didedahkan oleh Raja Petra dalam Surat Akuan Berkanun itu adalah benar.

Ia memberi impak tidak baik kepada negara dari segi politik dan ekonomi apabila isteri Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan kes pembunuhan dan menghilangkan kepercayaan rakyat termasuk masyarakat antarabangsa terhadap negara ini

Jika 'kaedah' Rosmah ini digunakan oleh Penasihat Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat pemuda tempoh hari , sudah pasti beliau tidak perlu di siasat atau kes tersebut diabaikan begitu sahaja.

"Adakah dengan pengakuan Anwar bermakna kes ini ditutup sama seperti tuduhan terhadap Rosmah? Sudah pasti polis dan mahkamah mahukan bukti kukuh atas dakwaan dan pembelaan Anwar,"

"Dan Anwar sendiri bertindak menyaman pemuda itu demi membersihkan nama baiknya. Rosmah perlu menyaman Raja Petra, demi mendedahkan bukti yang sebenarnya.

"Jika tidak rakyat beranggapan bahawa isteri TPM menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum"

Tuesday, July 1, 2008

AHLI PARLIMEN PR KELUAR DEWAN BERAMAI-RAMAI

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan boikot ucapan Najib

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Haji Pandikar Amin Mulia membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membentangkan ucapan sokongan Penilaian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, telah menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Mereka lantas bangkit mengemukakan bantahan serta memohon penjelasan Pandikar Imageatas kebenaran yang diberikan kepada Najib bagi menghuraikan hal tersebut.

Namun Pandikar memberikan alasan bahawa pembentangan yang dibuat Abdullah sebelum ini tidak lengkap, tidak mencukupi serta mempunyai kelemahan.

Untuk itu, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada dewan sebagai tanda protes.

"Alasan yang dikemukakan speaker tidak dapat kami terima, kerana ia secara tidak langsung mencerminkan kelemahan Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Tegasnya, ia tidak ditambah pada ketika ini memandangkan beliau boleh berbuat demikian pada sesi penggulungan.

"Kalau beliau ingin membuat apa-apa penambahan mahupun penjelasan, beliau boleh menggunakan peluang ketika sesi penggulungan nanti.

"Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak membuat tambahan, kalau tidak cukup ruang semasa pembentangan sebelum ini, buat semasa sesi penggulungan," katanya.

menurut Mahfuz, ianya hanya akan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk perbahasan sidang dewan.

ImageSementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula berpendapat tindakan speaker membenarkan ucapan tambahan oleh najib sebagai melanggar peraturan mesyuarat sidang dewan.

"Tindakan kami keluar adalah sebagai membantah ucapan Najib yang ternyata melanggar konvensyen dewan ini," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa terdapat kelemahan dalam ucapan Perdana Menteri selain membuang masa sidang untuk mendengar penjelasan tambahannya.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali (PAS-Gombak) mempertikaikan tindakan Abdullah yang mewakilkan timbalannya untuk membentangkan penjelasan tersebut sebagai bukti kelemahannya.

"Kenapa PM wakilkan kepada orang lain? Kita tidak mahu terima penjelasan TPM," katanya.

Tegasnya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan reaksi kepada kenyataan tambahan selain apa yang berlaku menjelaskan kelemahan Abdullah yang sangat ketara.

"Kenapa kita perlu respond kepada kenyataan tambahan?" katanya.

ImageSebelum ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkali-kali bangkit menegur keputusan Pandikar yang memberikan ruang kepada Najib bagi membentangkan ucapan tambahan bagi pihak Perdana Menteri.

"Tan Sri tidak boleh menggunakan ruang untuk perbahasan untuk membuat penjelasan, ini peraturan mesyuarat dan kita kenalah ikut.

"Kalau tidak ia tidak bererti," tegasnya.

namun, Pandikar menegaskan bahawa sekiranya Lim tidak berpuas hati dan ingin mengemukakan bantahan atau pandangan ianya hendaklah dibuat dalam bentuk usul.

"Tetapi itupun saya tidak jamin akan menerimanya," katanya.

Beliau berulang kali mengingatkan ahli-ahli parlimen yang terdiri daripada kalangan intelektual agar dapat menerima keputusan bagi meneruskan sidang untuk mendengar ucapan Najib.

"Semua yang ada di sini ramai yang terdiri daripada peguam-peguam terkenal, harap dapat fahami keadaan dan terima keputusan ini,"

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) juga beberapa kali membacakan peraturan mesyuarat.

Walaupun begitu ianya tidak diendahkan langsung Speaker, menyebabkan semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakayat meninggalkan dewan.