Monday, June 16, 2008

PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

Saya pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu

Beliau mempersoalkan apakah PM masih tidak faham atau sengaja 'buat-buat tidak faham' dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.

Cadangan PM itu jelas cuba memperbodohkan rakyat khususnya bagi mereka yang tidak faham dengan Perlembagaan kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Abdullah sudah tentu faham untuk menurunkan harga minyak, gas, tol dan sebagainya merupakan kuasa kerajaan Pusat. Kenapa pula beliau hendak mencabar lima buah negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan minyak terlebih dahulu," tegasnya.

Jika PM mahu lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak apakah beliau bersedia memberikan hak atau kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat memungut cukai pendapatan.

hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Jika Abdullah mahu kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji menurunkan harga minyak katanya, PM perlu letak jawatan dan beri peluang kepada PAS untuk memerintah.

"Insya-Allah PAS bukan saja boleh menurunkan harga minyak bahkan mampu menjana pertambahan pendapatan kepada negara dalam suasana berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa,"


No comments: