Thursday, August 5, 2010

K'jaan tolak rezeki

Tindakan menyenarai-hitamkan pengguna kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan akibat saman ekor, seolah-olah menolak rezeki.

"Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan," kata beliau yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat,"

Saya mahukan penjelasan daripada Kong kenapakah agensi bawahnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan polis dengan menyenarai-hitamkan pihak-pihak tertentu daripada memperbaharui cukai jalan.

Prosedur pemberian saman ekor sendiri boleh dipertikaikan kerana "tiada sebarang saman dikeluarkan" sebaliknya hanya notis pemberitahuan daripada pihak polis bagi mendapatkan maklumat.

"Su
dahlah polis buat salah (dengan saman ekor). Dia suruh pula JPJ buat salah (dengan senarai-hitamkan)," katanya sambil meminta Kong menggunakan kuasanya sebagai menteri membetulkan perkara tersebut.

Saya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, JPJ, kementerian dalam negeri, termasuk memgadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

"Kalau semua ini tak berjaya, kita fikir tindakan undang-undang. Kami boleh gembleng 1.7 juga (penerima saman ekor) dengan bantuan guaman.

"Tetapi takkanlah kerajaan sebodoh itu hendak menghabiskan masa mengendalikannya,"

No comments: