Tuesday, January 5, 2010

Siasatan enjin jet hilang! Mungkin fakta dan bukti juga dihilangkan. Suruhanjaya DiRaja sahaja yang meyakinkan.

Pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara tentang hasil siasatan yang dibuat oleh polis sangat tidak meyakinkan malah sangat meragukan. Peguam Negara menyatakan tidak ada Pegawai Kanan atasan TUDM yang terlibat dengan kehilangan enjin jet F5E. Katanya yang terlibat hanya pegawai rendah.

Persoalannya ialah apakah kehilangan enjin jet ini hanya membabitkan pegawai rendah dan anggota biasa. Ini bukan kehilangan "spare part" dikedai baiki kereta yang boleh seorang "Formen" boleh masukkan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual dipasaran gelap. Kalau "spare part" kedai baiki moto hilang boleh kita katakan tauke tidak tahu, ini pula enjin jet dan bukanlah boleh dijunjung atas bahu seorang "prebet cabuk" TUDM,melainkan mesti ada satu gabungan yang cukup berstrategi.

Ingin saya nyatakan siasatan polis yg diumumkan oleh "AG" bahawa tiada penglibatan pegawai kanan atasan sangat meragukan. Tempoh masa yang panjang 1 tahun 4 bulan bermula dari ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara "AG" dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilang bahan bukti serta fakta kes yang membabitkan pegawai kanan atasan TUDM dan juga penglibatan politik di Kementah dan kerajaan. Bukti yang jelas dalam kes kematian Altantuya, dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan imigresen telah dihilangkan. Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet. Kenyataan awal yang dibuat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah diambil tindakan diberhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian dinafikan dengan kenyataan mengatakan mereka diberhentikan kerana kes yg lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan.

Saya mencabar PM kalau beliau menyatakan kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa dalam kes ini, beliau mesti berani menubuhkan Suruhanjaya DiRaja utk mengendalikan siasatan dalam kes kehilangan enjin jet atau pun sekurang2nya memanggil segera sidang khas parlimen dan membawa satu usul pembetuk j/kuasa siasatan bebas dibawah parlimen. Jika tidak, saya mengangap siasatan yang diumumkan oleh "AG" adalah satu konspirasi antara PDRM,TUDM,AG dan BN untuk memangsa dan mengkambing hitamkan pegawai rendah TUDM bagi menyelamatkan kepentingan politik BN bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam isu pembelian dan penjualan keperluan dalam industeri pertahanan yang melibatkan amalan rasuah dan penyelewengan pemimpin BN.

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa nak membazir buat Suruhanjaya DiRaja YB.
Tanya saja lah kat Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang kalut dan bangang tu. Kenapa lari ke Dubai selepas buat berita gempar tahi ayam tu. Orang Kedah macam YB ni sama lah bising tak tentu pasal je!!!
Kalau jumpa injin tu bolih pergi perang dengan Amerika ke? Kalut kalut!!! Jangan nak bising lah!!! Tahi minyak!!!

manja said...

setelah ditipu ...sering ditipu oleh amno aku tak heran ...puak2 ni boleh buat macam2..

Anonymous said...

Mereka terpaksa menafikan cerita rekaan Panglima Angkatan Tentera pasal 1x general dan 40 penyamun sebab takut kena saman. Tak pasal pasal je kena telanjang dan habis duit nanti.... kerja bodoh, baik buat cerita macam P Ramli... Anak Bapak lagi seronok dan kelakar!!!!
Apa lah YB ni orang buat diversion pun tak tahu, pergi lah melawat ke Dubai!!!!!!!!!!???

Mohamad said...

Benda tengah dalam siasatan, biarlah disiasat, janganlah pihak yang satu habuk pun tak tahu apa-apa nak tuduh itu dan ini. Apa ingat nak menyiasat perkara ini yang membabitkan bukan setakat dalam negara, tetapi negara asing di mana enjin itu telah dihantar. Ia bukannya seperti membuat karangan budak sekolah darjah enam untuk ambil UPSR, ia perlukan kertas siasatan, perlukan kerjasama duta negara-negara yang terlibat, perlukan kebenaran dari kerajaan-kerajaan negara yang terlibat. Ingat senangkah nak masuk negara orang dan buat siasatan dan tangkapan sesuka hati. Jadi bersabarlah, bukankah sabar itu sebahagian dari iman, selama ini pun rakyat boleh sabar dengan tingkah laku Penasihat Umum PKR yang selalu elak untuk dibicarakan, macam-macam helahnya, tak adillah, rasuahlah, itu lah inilah, tapi tuduh orang boleh pula, sampai buat saman orang yang hendak memberitahu maklumat seperti Nallakaruppan dan Dr. Chandra. Apa ini, jangan jadi pilih kasih pula, tak bagus begitu, kena jujurlah. Sekian, terima kasih.