Wednesday, November 18, 2009

Pembangunan NCER-ECER dipertikai

"Saya setuju dengan (Ahli Parlimen) Arau...sehingga jalan atau stor kenduri pun nak koridor (ECER dan NCER) buat, sepatutnya padan JKKK saja bincang dengan Ketua Kampung."

"Koridor ini buat benda-benda yang tidak perlihatkan fungsi sebenarnya...contoh di kawasan saya (Pokok Sena), MADA asyik perbesar jalan selepas banjir sedangkan isu sebenar adalah tanah mendap,"

"Saya lihat tidak ada kajian dalam isu pemendapan ini. Kalau macam itu JKKK pun boleh buat, Ketua Kampung boleh cadang."

Saya juga meminta Ahli Parlimen Sungai Dua menjelaskan jumlah gaji sebenar semua Pengarah Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (COO) koridor tersebut yang didakwa tidak efisyen.

"Kalau gaji tinggi, tapi begini kerja buatnya. Saya ingat elok bagi JKKK saja buat selepas berbincang dengan Tok Penghulu. Ini yang saya persoalkan."

2 comments:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan saranan YB, NCER-ECER jangan hanya fikirkan untuk habiskan peruntukan sahaja. Fikirkan masalah yang membelenggu petani yang tidak pernah selesai. Masalah taliair di sawah yang menyebabkan sawah tenggelam atau kering kontang tak cukup air adalah lebih penting

zarif said...

yb...bersyukur apa yg ada...........jgn cakap dgn kurang fakta.............adanya kridor sedikit sebnayak dapat mebantu apa yg kurang selamaini.