Friday, November 13, 2009

Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CEUPACS

Saya ingin menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.

"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus,"


Saya juga ingin menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.

"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka."

"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."

"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini,"

"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."

Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, saya menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.

4 comments:

cicitHJHASSANu said...

tunggula komisyen kapal yang nak ganti inderapura selesai...tolak sikit barang shoping rosmah,buleh la adjas.

Anonymous said...

kalau bagi bonus kat kakitangan kerjaan, nanti ada org tak boleh shopping pula

gengkilangspeak said...

Kakitangan kerajaan saja ka. Kami yang keja kilang ni ada mana2 pemimpin nak tolong support ka? Kami tak penah ada orang amik kisah pon. Tak pi mengundi ka kami ni?

ape2lah said...

yg keje kerajaan mmg dia mntak bonus ngan kerajaan... yg keje kilang mntk bonus ngan kilang tmpt kilang dia keje la, xkan nak mintak ngan kerajaan lg... ape2 hal pemimpin msti nak penuh tembolok dia dulu, kita nak lngkup dia peduli hape...