Thursday, January 28, 2010

Mencadang ‘Kementerian Pembangunan Bumiputera’ untuk ketepikan Umno

Motif kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera supaya suarakan rasa tidak setuju dengan keputusan Perdana Menteri bubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dipersoalkan.

Seruan Muhyiddin itu seolah-olah menggambarkan kempen ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ seperti gagal dihayati oleh Muhyiddin.

“Saya lihat seperti ada yang tidak kena antara Najib (dan) Muhyiddin, sama ada Najib dalam dilemma (iaitu) untuk terus jaga kepentingan kroni Umno melalui MeCD ini atau perlu buktikan kepada bangsa-bangsa yang lain tentang kempen ‘1Malaysia’ yang beliau nak bawa.

“Kenyataan Muhyiddin itu bagi saya seolah-olah beliau tidak menghayati konsep ‘1Malaysia’ atau tidak faham dilema yang Najib alami sekarang,”

Menganggap MeCD adalah proksi strategik untuk mengkayakan segelintir pihak atas sensitiviti Melayu, saya mencadangkan sesuatu kementerian yang lebih komprehensif bagi menggantikan MeCD demi mengukuhkan keyakinan rakyat majoriti, iaitu Bumiputera bahawa Pakatan Rakyat bersedia menggantikan Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.

“Bumiputera dan Melayu masih dilihat menyokong Umno disebabkan ada kementerian sebegini (MeCD) walaupun dilihat gagal memperkukuh ekonomi Bumiputera.

“Kalau kita nak menggantikan Umno, maka tidak salah kita menawarkan sesuatu yang lebih baik (dari MeCD) demi meyakinkan kaum Bumiputera kerana mereka juga (adalah) rakyat yang harus dipedulikan,"

Pakatan Rakyat menawarkan Kementerian Pembangunan Bumiputera (KPB) bagi memperkasa ekonomi Bumiputera.

“Langkah pertama, Mara (Majlis Amanah Rakyat), PNB (Permodalan Nasional berhad) dan Tabung Haji (TH) perlu diletakkan di bawah KPB kerana penubuhan institusi tersebut hasil semangat (dari) Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan,”

Kaedah Pengurusan dan Pengawasan

Suatu mekanisme pengawasan diperlukan untuk memastikan pengurusan ala Umno tidak berlaku dalam ketiga-tiga pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tersebut.

“Kalau calon Pengerusi (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah GLC tersebut dicadangkan oleh Perdana Menteri atau badan Eksekutif, tetapi perlu saringan temuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan di bawah Parlimen dan kemudiannya diperkenan (lalu) dilantik oleh (DYMM) Yang Dipertuan Agong; adakah akan wujud kronisme dalam kepemimpinan tertinggi GLC ini,”

Perlantikan secara eksklusif yang melibatkan satu-satu pihak sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Umno dilihat (rakyat) seolah-olah menjadikan GLC sebagai ‘telaga duit’ untuk kroni-kroni tertentu sahaja.

Kesan berantai pada pengurusan tidak cekap tersebut, akan mengakibatkan wawasan negara untuk meningkatkan produktiviti rakyat melalui pengurusan yang komprehensif gagal dicapai walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu.

Sehubungan itu, kepemimpinan yang ‘anti-kronisme’ tersebut perlu terus memberdayakan ‘serampang dua mata’ MARA; iaitu (1)Memberdayakan pendidikan Bumiputera; dan (2)Merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

MRSM perlu diperbanyakkan untuk memberi peluang yang sama untuk Bumiputera mengubah taraf hidup mereka melalui pendidikan.

“Kalau kita ada 222 Parlimen di Malaysia, apa salahnya diperbanyak lagi MRSM khususnya di kawasan perdalaman (termasuk) di Sabah (dan) Sarawak supaya Bumiputera (seperti) Kadazan (dan) Dayak juga boleh menikmati peluang pengajian yang lebih baik (untuk) mengubah hidup masing-masing,”

Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Politeknik Mara juga perlu diperbanyak supaya tenaga mahir dan separa mahir dari kalangan Bumiputera turut boleh dipertingkatkan.

“Dalam DEB, pemegangan 30 peratus saham di setiap syarikat yang disenaraikan (dalam) Bursa Saham Malaysia (BSM) mesti dimilik oleh Bumiputera (iaitu) kroni-kroni tertentu sahaja diberikan peluang menguasai ekuiti tersebut.

“Mengapa tidak 30 peratus ekuiti Bumiputera tersebut diserahkan (secara) langsung kepada MARA untuk tujuan pendidikan...itu lebih telus dan menutup peluang (mereka yang terbabit mengamalkan) kronisme,”

Pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera secara persendirian itu merugikan Bumiputera secara kesuluruhannya.

“(Pada tahun) 1984 hingga 2001, kerajaan telah memberikan RM52 bilion (berupa) saham kepada Bumiputera, tetapi sekarang ekuiti tersebut hanya tinggal lebih kurang RM2 bilion sahaja,”

“Kalau Mara diberikan (secara) langsung 30 peratus ekuiti tersebut (dari) Bursa Saham Malaysia, tidak cukup lagikah untuk menampung kos pendidikan dan biasiswa...pemilikan tersebut tidak lari ke mana-mana.”

Punca berlakunya pengucupan ekuiti tersebut dipercayai umum disebabkan oleh sikap kroni-kroni terbabit sendiri apabila mereka sanggup menjual saham persendirian masing-masing kepada pihak yang ketiga untuk menjadi ‘Jutawan Segera’.

Perkasakan Tabung Haji menjadi Baitul Mal Nasional Sdn. Bhd.

Berhubung cadangan meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Kementerian Pembangunan Bumiputera (KPB) pula, saya mencadangkan badan tersebut diberdayakan menjadi Baitul Mal Nasional Sdn. Bhd. untuk menguruskan hartanah umat Islam di Malaysia.

“Tabung Haji tidak boleh lagi terus menjadi syarikat pengurusan Haji semata-mata sejak tiga dekad lalu lagi. Tabung Haji perlu diperkasakan (menjadi) Baitul Mal Sendirian (Berhad) untuk urus hartanah umat Islam,”

Saya juga ingin mencadangkan TH memanfaatkan sektor perlancongan yang sedia ada dengan membina rakan kongsi strategik dari kalangan agensi-agensi pelancongan Bumiputera.

Melalui fungsi baru TH, sedikit banyaknya mampu melaksanakan aktiviti kebajikan dalam kalangan rakyat, khususnya umat Islam.

Rombak Permodalan Nasional berhad (PNB)

Melalui Kementerian Pembangunan Bumiputera, PNB pula dicadangkan untuk memberdaya bidang keusahawanan masyarakat Bumiputera.

“Kalau MARA menumpukan soal pemerkasaan ‘modal insan’ melalui bidang pendidikan, PNB perlu memperkasakan tahap hidup bumiputera secara keusahawanan,”

“(Fungsi) Tekun perlu dinilai semula, sekiranya PNB sudah cukup untuk menguruskan pinjaman kepada usahawan bumiputera secara adil.”

PNB seharusnya sebagai penjaga amanah (Custodian) kepada segala perbendaharaan, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang menjadi milik bersama Bumiputera.

Peranan ‘Pemegang Amanah’ ini sekaligus mampu meningkatkan saham Bumiputera dalam Bursa Saham Malaysia kelak kerana tidak ada campurtangan kaum pemodal dalam pemilikan saham-saham tersebut secara persendirian.

Yakinkan rakyat dengan model pengurusan

Rakyat perlu diperkenalkan dengan model pengurusan yang lebih baik, supaya mereka lebih yakin bahawa PAS serta Pakatan Rakyat layak mengantikan Umno dan BN dalam PRU13 kelak.

“Kementerian (Pembangunan Bumiputera) ini adalah suatu cadangan, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS sendiri boleh berbincang dan menolak sekiranya tidak sesuai.”

“PAS dan Pakatan Rakyat seharusnya mengemukakan suatu model pengurusan yang lebih baik, ‘anti-kronisme’, tolak nepotisme dan berintegriti, supaya rakyat boleh yakin dengan kemampuan kita untuk menjadikan Malaysia (sebagai) sebuah kerajaan (yang) kebajikan berbanding Umno (dan) BN,”

Kenapa takut dengan Suruhanjaya Diraja?

Pengumuman yang dibuat oleh jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC) dalam kes kehilangan enjin Jet F5E tidak mengejutkan. Untuk mengenal pasti keterlibatan pihak atasan kanan TUDM dalam kehilangan enjin Jet mestilah melalui penyiasatan yang rapi. Kalau sekadar mengharap maklumat dari pegawai kementerian dan TUDM maka sudah pasti sukar untuk ditemui.

Sudah tentu ada maklumat yang digelapkan dari pengetahuan jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC). Sudah tentu perkiraan kerajaan kalau kalau didedah adanya keterlibatan pegawai atasan dan kepentingan politik yang terlibat ini akan menjejaskan imej kerajaan.Bagi saya ini adalah pemikiran sempit pemimpin UMNO/BN. Sepatutmya mereka perlu berfikir bahawa jika mereka dilihat telus dan berani membiar suatu siasatan yang bebas melalui suruhanjayadiraja hingga membawa kepada terbongkarnya mereka yang menyalahgunakan kuasa,sudah tentu kerajaan dan negara akan lebih dihormat dan rakyat tidak mahu kehilangan pemimpin dan kerajaan yang bersih, bebas dari amalan rasuah,adil dan berintegeriti.Tidak sama kuasa yang ada pada PAC dengan kuasa yang ada pada sebuah suruhanjaya DiRaja.

Persoalannya siapa pegawai atasan TUDM yang bertanggungjawab terhadap dua Jet yang enjinnya hilang.kedua siapa pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan enjin Jet tersebut dan siapakah Pegawai pemerentah kem TUDM dimana tempat enjin Jet tersebut hilang.Takkan sarjan dengan prebet bersendirian mengendali dan menyelengara Jet tersebut.Adakah sarjan dan prebet yang jadi pegawai pemerentah kem TUDM.

Sebab itu saya pertegaskan hanya satu penyiasatan yang mempunyai kuasa penyiasatan yang menyeluruh sahaja yang dapat membongkar penglibatan pihak atasan tersamasuk kuasa politik yang terlibat dalam kehilangan enji Jet F5E.

Hanya orang yang bersalah saja yang tak nak suruhanjayadiRaja,kerana mereka takut terbongkarnya jenayah penyelewengan dan penyalahgunaankuasa mereka.

" SELAMATKAN MALAYSIA"

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
27 Jan 2010
1340 pm

Friday, January 22, 2010

CO KD Seri Inderapura dihadap kemahkamah tentera,macam mana pula Jet F5E

Bekas CO KD Seri Inderapura milik TLDM yang terbakar pada 8 okt lalu akan dihadapkan kemahkamah Tentera dipengkalan TLDM lumut. Menurut Panglima tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar seorang Pegawai pemerintah perlu dipertanggunhjawab dengan apa yang berlaku keatas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada dalam keadaan selamat.

Tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan ketua mesti pikul tanggungjawab,Ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik,adil dan beramanah. Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan,penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras amalan rasuah. Tapi bukanlah bermakna orang diperingkat bawah boleh buat salah, tetapi amalan ini untuk pastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya termasuk untuk pastikan orang bawah bekerja dengan betul dan amanah.

Tapi kenapakah amalan ini hanya diamal kan dalam angkatan tentera kususnya TLDM,Tidak pulak berlaku dalam TUDM bila injen Jet F5E hilang. Sedangkan isu kehilangan enjin Jet F5E sangat memalukan negara,kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk.

Sepatut bekas Panglima TUDM dan bekas Menteri Pertahanan yang wajar dihadapkan kemahkamah tentera atau mahkamah awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan ini dari pengetahuan umum selama dua tahun.Sebaliknya AG hanya mengumumkan hasil siasatan Polis tiada pegawai kanan atasan TUDM dan KEMENTAH yang terlibat dalam kehilangan enjin Jet.Hanya yang terlibat yang berpangkat sarjan. Kalau ikut kes KD Inderapura pegawai pemerentah KD yg dipertanggungjawab,takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap Jet F5E.Pelik sungguh, agaknya di kementerian pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri pertahanan.

Saya mohon penjelasan dari menteri pertahanan siapakah pegawai pemerentah kem TUDM waktu dimana enjin Jet F5E hilang.Adakah pegawai pemerentah tersebut dihadapkan kemahkamah tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura.

Siapa yang cekap? PDRM atau HKL?

Polis telah berjaya menangkap suspek yang dikata mengebom dan membakar gereja metro tabernacle AG desa Melawati. Suspek ditangkap selepas dia datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan. Suspek tersebut dikatakan mendakwa muka kiri,tangan dan dadanya terkena api ketika membakar sampah. Tindakannya menimbulkan kecurigaan pihak hospital dan pihak hospital terus menghubungi Polis. Maka berlakulah penangkapan suspek pertama yang membawa kepada penahanan tujuh suspek yang lain.

Isunya ialah sebelum ini Polis telah menyatakan sudah pun mengenali lakaran wajah mereka yang dikatakan terlibat dalam pengeboman dan pembakaran gereja. Tapi malangnya polis tak berjaya menahan lelaki yang dikenal parti lakaran wajahnya. Tapi sebalik penahana hanya dibuat bila suspek yang pertama datang keHkl untuk mendapat rawatan dan pihak hospital curiga dan terus menalipon Polis.

Persoalannya kalau suspek tak cedera dan tak pergi ke Hkl mungkin hingga kini belum ada penahanan keatas orang yang dikata terlibat. Jadi yang cekapnya pihak Hkl.Bila dia tengok suspek agak mecurigakan dia telefon Polis.Baru Polis datang tahan suspek. Saya ucap tahniah pada Hkl kerana kecekapan dan kepekaan mereka lah yang membawa pada penahanan suspek.

Tetapi penahanan tersebut hanya baru peringkat suspek. Soalan saya adakah suspek yang ditahan Polis menyerupai lakaran wajah yang dikenal pasti Polis sebelum ini. Kalau tak sama dengan lakaran wajah yang dilakarkan oleh Polis maknanya Polis gagal mengesan dan membendung kejadian pengeboman dan pembakaran gereja dan kini berlarutan kepada pembakaran dan pencerobohan surau.

Adakah dengan tahap kecekapan pihak Polis yang diketuai oleh Tan Seri Musa dan juga menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Polis mampu mengawal keaadaan. Apakah jaminan mereka pada rakyat akan tahap keselamatan kehidupan dan harta benda rakyat. Apa yang berlaku rakyat hidup dalam kebimbangan,keresahan dan kerunsingan tentang keselamatan yang memalukan.

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena
22 Jan 2010
11.30 am

Sunday, January 17, 2010

Buang kaki bangku

Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran keatas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara. Keadaan ini terus memberikan imej yang buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Kegagalan ini perlu dipertanggungjawab keatas KDN dan PDRM khususnya DS Hishammudin selaku menteri KDN dan Tan Sri Musa Hassan selaku KPN yang jelas gagal untuk mencapai KPI dan NKRA kedua dua institusi tersebut.

Oleh itu amat wajar DS Hishammudin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing masing atas kegagalan mencapai KPI masing masing. Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin. Ini dapat dilihat dengan kejadian terbaru disebuah gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama dikalangan raayat Malaysia.

Kabinet Najib hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI,walaupun sudah dua kali kabinet membincangkan persoalan KPI,tiba tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda raayat tidak dapat dilakukan.Kabinet Najib tak ubah seperti pertubuhan NATO.NO ACTION TALK ONLY.

Hishammudin dan Musa Kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing masing. Najib kena tunjuk pada rakyat "Kaki Bangku" seperti Hishammudin dan Musa tidak ada tempat dalam kabibet dan kerajaan. Buang saja mereka baru Najib boleh bercakap "Walk the talk"

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena