Tuesday, April 26, 2011

TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar. Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai “Saman Ekor” dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status “Saman Ekor” yang dikeluarkan dahulu? Apakah status “Saman-saman Ekor” yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa “Saman-saman Ekor” yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana “Saman-saman Ekor” tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui “Saman Ekor” malah penguatkuasaan “Saman Ekor” pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa “Saman Ekor” di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

28 comments:

mantaro said...

Kempen anti saman ekor amat berjaya.Kita ada dua saman ekor,kita tak bayar,tanda sokongan dengan KASE.Pada 26 April kita baharui cukai jalan,tiada senarai hitam. Kini van kita boleh berjalan laju lagi lawan UMNO.

aidono said...

Tahniah KASE...

Motivasikan lagi rakyat agar sedar akan kebobrokan ameno

hilbert said...

Salam Omega Datuk,
Bagus Datuk..andalah pemimpin yang patut diteladani,

Kalau kat atas jalanraya, potong saja sesuka hati kenderaan yang didepan..pedulikan siapa yg didalamnya..samada Nik Aziz Nik Mat, Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Sial atau Karparat Singh..

Bawa laju2 kereta biar mencecah hingga 240km/jam...langgar saja undang2 jalan raya..peduli tu semua..sebab Syurga dan Neraka adalah milik PAS/PKR/DAP...kunci syurga Nik Aziz yang pegang..

Amantoya said...

Betul tu! Anwar Ibrahim juga jangan nak menyorokkan penzinaan dan kemungkaran! Tetapi berdepan dengan bersumpah laknat! Kalau tidak berani bersumpah maksudnya Anwar Ibrahim pelakon video seks tersebut. Dato' juga mesti bersumpah di depan rakyat yang PAS masih mahu melaksanakan hudud tiruannya. Jangan bermuka-muka suci, tapi sebenarnya keji.

matpanah said...

Terima kasih atas susahpayah menggerakkan kempen anti-saman ekor dan kejayaan mencapai matlamat kempen tu.
Yang baik kita puji.

Tapi yang kita nak tanya Datuk ialah; bila pulak nak gerakkan kempen anti-arak, anti-judi dsb? Tambah dengan kempen anti-ayaq ketum pun ok jg.

Tak payah buat peringkat nasional dulu, mulakan di Kedah ni. Kalau tak mampu, mulakan di kawasan Parlimen Datuk dulu. Kut tu pun banyak jugak kedai ekoq...termasuk ekoq haram.

Ada berani ka Datuk?

Afif Farhi said...

Dato', baru terbaca blog Dato' hari ni... Harap boleh upload banyak lagi post... Baru seronok saya membaca pendapat Dato'... Cuma nak mencadangkan pada Dato' agar jangan panjang2... Malas nak bacalah...

Salam perkenalan,

Afif DoD...

Leenoh said...

Salam.
Saya menyucapkan tahniah di atas kejayaan YB Dato' menjawat jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan bagi sesi 2011/2013.

www.leewantam.com.

Sekian.

Unknown said...

Kenapa kita masih dok terima saman ekor lagi? kata dah tak menyorok-nyorok ..tapi dah dua saman diterima melalui sms n my eg..tak bayar tetapi masih dok ada jugak. Dulu dah bayar tetapi sampai kena sambung insurance sebab lama tak di upliftkan black list. Sakit hati betul..

UMNO PARTI PENJARA said...

nak sorok kat mana?




'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

ran03 said...

Kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya tidak SALAH sedikit pun.

Yang salah ialah penubuhan
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)kerana perjuangan asasi KASE ialah ANTI SAMAN tiada langsung unsur mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR ,

"Jangan kerana nyamok kelambu dibakar. Jangan nak KASE-KASE sahaja berilah idea-idea yang bernas dan jitu demi keselamatan penguna jalan raya"

ran03

medalien_amir said...

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!
Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

medalien_amir said...

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.
Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad. Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

medalien_amir said...

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

petikan blog Zulkulim.

Apa cerita PAS ni Dato? Jangan kerna politik & undi Kafir sanggup menggadaikan agama.

Pakteh said...

Adalah lebih manis jika sesiapa sahaja yang ingin memberi komen menggunakan kata-kata yang sopan lagi beradab dsini.

Pakteh mungkin berlainan dokongan politik dengan YB Dato' Mahfuz tetapi beliau perlu dihormati atas kapasitinya sebagai wakil rakyat yang mendapat majoriti di Pokok Sena.

Saman Ekor memang mengundang banyak kritikan dari rakyat, Pakteh percaya kerajaan sentiasa menilai pandangan bernas dan pisitif walau dari pihak mana sekalipun.

Mohd E'fa@Bab said...

alahai dato, org buat penambahbaikan pun mike tak pueh hati, bila org tak buat perubahan pun mike tak pueh hati, bila masa mike nak pueh hati ni? tak pe tak pe dgn izin Allah kita tgk tahun depan kalo mike dapat jadi menteri dalam negeri macama negara ni pulak? teman harap kalau mike jadi menteri esok jangan jadi macam lim guan eng hari hari duduk kerusi menteri dok menyalahkan kerajaan dulu tak habih habih, kalau rupe itu tak payah undi mike pun tak pe , ingat dato perjuangan bior ikhlas kerana Allah bukan kerana nak jadi menteri je

tokgaru said...

Semua tak kena. Tunggulah bila hangpa jadi kerajaan nanti, entah2 lebih teruk lagi.

Kerana adanya sama ekor tu lah driver2 yang samseng nih reti takut sikit walau pun tak nampak ada polis.

Aku ingat kalau tak dak saman ekor silap2 anak mahfuz lintas jalan, depa sauk semacam jer.

Untuk makluman korang yang bijak lagi pandeh, hanya orang yang kepala tak betul saja yang akan langgar undang2 jalan raya walau pun dia nampak polis.

Kalau macam tu, setahun polis nak dapat 10 saman pun payah. Tak pa lah hangpa yang tak mahu saman ekor, undi bagi Pas menang, aku dengar kalau Pas menang semuanya dapat percuma, saman dah tadak, lesen tak payah dah, road tax tak guna lagi, insuran nak ambil takpa tak ambil pun takpa.

Sungguh, tak percaya tanya Mahfuz. Awat lah ngok sangat hangpa, kalau Pas perintah undang2 JPJ tak laku dah, undang2 polis tak pakai dah, yang ada hanya lah undang Hudud, mana ada dalam Hudud bab kesalahan lalu lintas, yang ada curi potong tangan, berzina kalau ampat saksi rejam sampai mati. hal2 lain tu masing2 buat undang2 sendiri lah nampaknya.

Captain said...

YB Mat Sabu jika bijak tak perlu main isu ini...banyak hati yang terguris terutama anak cucu yg datuk mereka bekerja sebagai polis dan tentera pada zaman British..

Kerana keghairahan begini...boleh melingkup Perjuangan PAS..

Banyak isu lain yg lebih penting dari isu kominis.

Semuga PAS menjadi lebih bijak dalam menarik sokongan orang Melayu mengundi PAS dalam PRU13.

Bapa captain bekas Polis zaman dahulu rasa kurang selesa dan gembira dengan beberapa isu macam ni...

Apa yg tersurat dan tersirat lipatan sejarah biarkanlah... yg penting perjuangan untuk menegak Islam di bumi Malaysia..itu yang utama untuk pemimpin PAS.

Jangan kerana Isu ini ramai bekasx tentera dan polis mengubah angin pulak...???

Wasallam.

tokgaru said...

Sudut Tafakur.

Apa sebenarnya yang nak di perjuangkan oleh Pas ?

Adakah nak mengangkat darjat Islam ? Adakah nak mengangkat darjat Komunis ?

Orang melayu yang sokong Pas .. cuba lah cari kebenaran dalam menilai perjuangan Pas. Adakah anda mahu Islam ? Adakah pada masa yang sama anda juga mahu Komunis ?

Kepada askar dan polis pencen ..

Masa dalam tugas anda bermatian berlawan dengan komunis sampai ada yang mati dan ada yang cacat anggota seumur hidup. Kerana pada waktu itu anda melihat komunis sebagai musuh kerajaan, musuh orang melayu, musuh islam.

Tetapi bila dah pencen, anda pakai ketayap putih, takbir sana takbir sini, tandanya anda dah jadi penyokong Pas .. pada anda Umno dah tak islam lagi, kerajaan juga dah tak islam .. yang islam hanya lah Pas.

Sekarang Pas puja komunis sebagai pejuang kemerdekaan .. maknanya pada penilaian Pas anda polis dan askar pencen adalah "pengganas kejam" yang telah memerangi komunis yang dianggap pejuang kemerdekaaan oleh Pas .. dan secara tak langsung Pas nak bagi tahu memang patut pun ada di antara anda yang mati dan cacat seumur hidup kerana berlawan dengan " hero kemerdekaan " .. dan kalau di minta fatwa daripada Nik Aziz mungkin dia akan kata " pade muko askar dan polis, itu balase tuhe belako "

Jadi kalau anda askar dan polis pencen masih lagi nak sokong Pas .. memang padan lah muka korang semua.

Naz said...

DAto..u mmg manusia munafik... ada brannn..?? sila publis komen ni...

Parklee said...

Ramai sungguh manusia yang dikatakan Islam, namun masih jauh di lubuk hatinya seorang Islam dalam memberi komen. Ada komen yang langsung takde kena mengena dgn tajuk kat atas. Inilah sikap dan perangai pakatan lembu! (Maaf ayat kasar sikik).. Contohi orang Kedah! Teladanilah orang Kelantan!

SeseDaP RaSa said...

Assalamualaikum dato, Saya minta izin berbicara sebentar.. Sebelum tue harap doto jangan salah faham,
Semenjak kebelakangan nie kedai judi haram tumbuh bagai cendawan dato kat tempat kita nie,,Saya sebenarnya risau dato,saya harap doto ambil perhatian serius.

Anonymous said...

SURAT TERBUKA KPD MAHFUZ OMAR

HIDUP saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN, sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.

Bagi saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina. Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau hidup2.

Pernah kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun kami merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang membantu mereka.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana? Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang Hikpokrit!!! Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya, kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.
Kamu tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam, semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok, membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf untuk mengurus Kad Pengenalan kami. Kami bukan jalan belakang seperti yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.

Bersambung

Anonymous said...

Kamu sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! Kami orang Islam, Pernah kau perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh. Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.

Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau!
Kau tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya. Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja. Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu jatuhkan semangat mereka. Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku, pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu oleh Task Force. Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!! Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada wang.

Bila aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit, Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku ini sauadara seagama dengan mu? Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan Neraka kepada kami di Sabah. Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku berserah.

M.Sandakan.
12.15PAGI.
Putrajaya, menumpang di rumah kawan!.

Surat dari seorang rakyat sabah(bukan saya). Surat ini ditulis pada 05/04/2012

nuihs said...

Pasal saman ekor ramai yg ushakan melauli saluran yg betul dgn polis,bukan inisiatif KASE saja, Pandai Yb Mahfuz ambik kesempatan. YB Mahfuz telah merosakan Pas dgn memainkan peranan hinggakan Dr Hassan Ali terpelanting,maaf saya tak dapat terima. Tapi kjalau pasal DSAI Datuk sanggup bermati2an. Dimana ada Anwar yg sedihnya MB tak dijemput , buruk betul hati Datuk,pandai berlakon

anak derhaka said...

Kau ni ada masaalah mental ke atau ko ni letak otak kat lutut, orang berfikir guna otak kat kepala bukan kat kepala lutut.. banyak cara lagi untuk kita mendisplinkan pengguna jalan raya dan bukan hanya menyorok dalam semak atau penggunaan AES, saman ekor tidak boleh diguna pakai sama sekali di negara berkebagikan seperti yg dinyatakan oleh pihak kerajaan ini kerana kerajaan hanya nampak wang rakyat dari mendidik penguna jalan raya.. buat apa polis dan JPJ kerajaan bayar gaji mereka kalau AES juga yg diambil kira.. nak senang lepas ni apa kata PM kita guna system berkomputer je lah( robots ) dah sah terlus kepimpinan malaysia ni...

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

Surwanto said...

Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف