Thursday, January 13, 2011

Khairi cabar Najib berdebat dengan Anwar

Perdana Menteri memang jenis tebal muka walaupun disindir dan dicabar oleh Ketua Pemuda Umno supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang,
"Kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ada maruah dan tidak dari jenis tebal muka, beliau tentu akan melihat tindakan Khairy (Jamaluddin) yang terus mencabar (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat (PR) sebagai sindiran dan cabaran terhadapnya.

"Khairy bagaikan memberitahu Najib, 'aku pun tak takut langsung nak berdebat dengan Anwar, awat hang penakut sangat?!'

"Malunya jika Najib terus menikus," Sebelum itu, ketika mengkritik program 100 hari PR itu, Najib membayangkan program itu menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

"Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji (PR) itu tanpa mengambil kira kemampuan negara," dakwa Najib.

Kecaman Najib itu menyebabkan Anwar mencabar Najib berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Presiden Umno itu sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar PR serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi PR.

"Adalah amat memalukan jika Najib terus menikus dengan pelbagai dolak-dalik.

"Najib dakwa dia tak mahu berdebat kerana dia tak nampak ada hasil dari perdebatan itu. Jika Najib tak nampak, ia tidak semestinya tak ada sebab Najib yang tak nampak.

"Persoalannya, tak ada hasil atau tak ada berani?"

Mengulas dakwaan Najib kononnya program 100 hari itu akan mengakibatkan negara bankrap seperti Greece dalam masa dua tahun sahaja, beliau menyifatkan kata-kata itu sebagai modal lapuk Barisan Nasional (BN).

"Kalau nak bercakap biarlah nampak cerdik sedikit Perdana Menteri negara ini. Jangan memalukan negara dan mengulang-ulang modal lapuk yang telah dicanang berpuluh-puluh tahun dulu.

"Najib tak ada idea sendirikah sehingga tanpa rasa malu sedikit pun meniru kata-kata pemimpin Umno dan BN dahulu ketika PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990.

"Pada masa itu, para pemimpin Umno dan BN membuat ramalan penuh putus asa kononnya Kelantan akan bankrap dan musnah dalam masa enam bulan sahaja selepas PAS memerintah," katanya.

Bertentangan dengan apa yang diramalkan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Kelantan tidak bankrap walaupun sudah lebih 20 tahun diperintah PAS sebaliknya menteri kabinet Najib sendiri iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada 2019.

Mengulas ramalan Idris itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membuat ramalan yang lebih menakutkan apabila beliau berkata negara kita akan jatuh miskin.

Mengenai kenyataan mengelak Najib yang mahu rakyat menilai sendiri antara dua program iaitu program PR dan program BN, dan menyifatkan Najib seolah-olah meminta rakyat memberi undi dan peluang kepada PR supaya mereka boleh menilai sendiri programnya.

"Program BN rakyat dah tahu sehingga Dr Mahathir kata negara kita akan jatuh miskin.

"Untuk menilai program PR seperti yang dinyatakan oleh Najib, tentulah rakyat perlu mengundi dan memberi kepercayaan kepada PR terlebih dahulu.

"Tak apalah kalau begitu. Selepas ini kita akan kempen seluruh negara dan beritahu rakyat Perdana Menteri meminta mereka menilai program 100 hari PR dan tidak ada cara lain untuk menilai melainkan memberi peluang PR menggantikan BN terlebih dahulu,"

Beliau berharap Najib tidak marah jika rakyat menyangka beliau sendiri yang meminta mereka mengundi PR untuk menilai sendiri program 100 harinya.

39 comments:

MYBaru said...
This comment has been removed by the author.
MYBaru said...

mst la najib takut..satu mesia tgk..kalu kalah debat aib besar..ble jd faktor kekalahan bn dlm election
akan dtg..hehehehe

Anonymous said...

kah...kah...kah.

Nak DEBAT pasal eco. Sapa yg x layak... anuar ka najib? Sorang ijazah pengajian melayu sorang lagi ijazah ekonomi.

Anonymous said...

kalu anuar berani sumpah laknat la........

medalien_amir said...
This comment has been removed by the author.
medalien_amir said...

Aku amat tertarik dgn isu ni;
1) Di mulakan Anu War - manusia yg aku paling anti.
2) Nama/point orang yg aku paling sanjung - Tun mahathir di putar belit.

Mahfuz = “poligame” – politik + gambar + media:
1) "Khairy bagaikan memberitahu Najib, 'aku pun tak takut langsung nak berdebat dengan Anwar, awat hang penakut sangat?!'=>> Semua org tau KJ ni liabiliti pada UMNO & negara, kerjaya politiknya dihujung tanduk kerana kedurjanaan yg dibuat pada zaman pak lah. Jadi, tak hairanlah jika KJ sahut debat anuar utk talian hayat akhir/tonjol diri/mohon belas simpati UMNO utk selamatkanya. Atau seperti semua org tau KJ ni jermaan anuar, KJ nak berdebat utk bagi impak negatif pd BN. YB Mahfuz koner baring..

2) "Program BN rakyat dah tahu sehingga Dr Mahathir kata negara kita akan jatuh miskin".=>> Dulu sapa gelar Tun, Mahazalim/Mahafiraun & mcm2 tohmahan/fitnah? Sekarang statement Tun di ambik jadi rujukan pulak. YB Mahfuz koner baring sambil potong double line..

medalien_amir said...

Ada 2 ruang halatuju isu ni boleh dibicarakan:
1) Sama ada Najib berani/tidak sahut debat(masuk perangkap) Anu war dan kesannya pada kedua2 pendebat(impak +ve or -ve).
2) Berhujah secara berfakta pelan 100-hari jika PR menang PRU13, iaitu:
a. mengenai dari mana sumber kewangan akan diperolehi utk cover kos reformasi itu..beliau bagi 3 sumber
b. RM28 billion boleh dikumpul semula dari losses from coruption and leakages seperti yg dilaporkan oleh Auditor General..anwar kata duit nie boleh dikutip balik melalui all out war against corruption.
c. RM19 billion yg sekarang ditanggung oleh Petronas utk subsidize IPP boleh ditarik dan beri pada kerajaan dgn cara restructuring national subsidiy system..
d. RM4 billion compensation paid to highway concessionaires boleh dikutip balik melalui penstrukturan konsesi tol seluruh negara..
e. Jumlah RM51 billion yg berjaya dikumpul dlm masa 100-hari tu boleh di belanjakan utk tujuan berikut.
f. RM3.2 billion utk special allowance bagi guru2 seluruh negara.
g. RM8 billion utk fuel and LPG subsidy.
h. RM8 billion on proposal to take over the highways..

Silakan..

Apa Ada Pada Dunya said...

Dah jenuh mata melihat, telinga mendengar, email yang diterima, kecaman demi kecaman dari blogger-blogger tegar mengenai isu Negara Islam. Di sini Kerajaan semut hendak berkongsi sedikit maklumat yang belum lengkap mengenai isu yang di perdebatkan. Fikir-fikirkan lah.. jangan nanti kita di tuduh BODOH SOMBONG..

Sebahagian Dari Ciri-Ciri Negara Islam
1. Agama Rasmi Mesti Islam
2. Raja mesti Islam
3. Pemimpin Paling Atas Mesti Islam
4. Pemimpin bawahan mesti report pada pemimpin Islam
5. Kemudahan Beribadah.
6. Tak meminggirkan kaum lain dan agama lain
7. Tidak memerangi kaum yang tidak memerangi Islam
8. Menghukum mengikut sunnah Rasul.

Hukuman perundangan Malaysia adalah diantara hukuman yang paling ringan dalam negara Islam dan didalam ajaran Islam. Ini dilihat dari sudut peluang bertaubat untuk memberi peluang kepada umat Islam bertaubat membersihkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah Mengetahui Segala Sesuatu.

Syarat2 Pemimpin Islam:
1. Islam
2. Balig
3. laki-laki
4. Adil
5. Menjauhi yang buruk
6. Berani dan kuat.
7. Berilmu
8. Berpandangan baik
9. Mengatur dengan baik dan bijaksana dalam setiap hal

Kesimpulannya MALAYSIA JELAS ADLAH NEGARA ISLAM... ALHAMDULILLAH.... TERIMA KASIH YA ALLAH... TQ SEMUA PEMIMPIN UMNO n BN yang mendokong ISLAM...

hilbert said...

Memang betulpun kata DS Najib tu Mahfuz...cuma lu saja yang buat2 tak faham ataupun memang lu memang payah utk faham sebab lu bukannya faham apa itu ekonomi !

Lagi yg kedua, apa faedahnya yg boleh didapati dari berdebat..cuma2 untuk menunjukkan kepada orang ramai siapa yang bijak berkata-kata dan siapa yang tidak, tidak lebih dari itu, jadi apa gunanya ?!

yang ketiga, apakah mentadbir sesebuah negara kerajaan hanya perlu untuk membuat janji sekian-sekian dengan tempoh yg tertentu dan lepas tu panggil siapa suka untuk berdebat mengenai perkara itu maka semua masalah rakyat dan negara akan selesai hanya olehnya ?!

Yang keempat, siapa takut menikus sebenarnya...? Siapa yang pernah lari ke kedutaan turki dulu hanya kerna merasa diri sudah bersalah?...siapa pulak yg takut bersumpah hingga kini untuk membuktikan diri tidak bersalah?

Tetapi DS Najib sudah pun dua kali bersumpah dalam masjid apabila telah difitnah terbabit dengan kematian wanita Mongolia tetapi Anwar bila pulak ?

The Clown said...

Hang lagilah 'tebal muka' kalau dibandingkan dengan Najib.

usin said...

yb tulis "Untuk menilai program PR seperti yang dinyatakan oleh Najib, tentulah rakyat perlu mengundi dan memberi kepercayaan kepada PR terlebih dahulu.
"Tak apalah kalau begitu. Selepas ini kita akan kempen seluruh negara dan beritahu rakyat Perdana Menteri meminta mereka menilai program 100 hari PR dan tidak ada cara lain untuk menilai melainkan memberi peluang PR menggantikan BN terlebih dahulu,"...bla..bla..bla..
mintak maaf la yb. saya x nmpak langsung kredibeliti anwar untuk menggantikan najib sebagai pm. anwar mahukan jawatan pm dgn dendam. mana dia keikhlasan utk jd pemimpin kpd rakyat? adakah yb x tahu atau hipokrit buat2 x tahu? adakah yb kurang arif pasal matematik maka tranformasi 100 hari ini mampu dilaksanakan? 1 saya nk tanya pd yb. tambahan/imbuhan rm500 sebulan kpd guru. apa ini yb? knp hanya guru? bagaimana nasib penjawat awam yg lain? saya beranggapan bahawa ini hanyalah umpan krn dikalangan penjawat awam, gurulah yg paling ramai. tp x usahlah yb risau. x perlulah gunakan umpan yg begitu besar. sebahagian besar guru dh berpihak kpd pr sejak lama dulu. kalau yb x tau maknanya yb memang lemah x penah buat homework. 1 lg soalan utk yb. dlm plan transformasi 100 hari tu, antara punca dana adalah hasil kutipan semula dr ketirisan/rasuah yg dpt dikekang. wah!! ckp bukan main senang ye yb. siapa anwar semasa menjawat tpm dulu? adakah yb menganggapnya bersih semasa beliau menjadi tpm dulu? adakah org sebegini boleh membenteras rasuah sedangkan dari dulu sampai sekarang dirinya x pernah lepas dari rasuah? ok yb, lg panjang lg panas hati saya utk mengulas tulisan yb. macam nilah yb. kalau yb boleh meminta anwar secara ikhlas bersumpah muhabalah/laknat menafikan beliau ada meliwat saiful bukhari, azizan, penah berzina dgn isteri azmin serta disiarkan secara langsung kpd rakyat msia, saya akan mati2an sokong pr. saya akan konar 360 darjah!!!

Unknown said...

Sdr Usin,saya rasa semua umat Islam Malaysia bersetuju dgn cadangan tu.....

Anonymous said...

nak beteras rasuah yeeeeeeeek.......kencing dalam tempurung dulu tengok muka, baru cakap. Bapak segala rasuah dlm BN dulu elok kena tendang ngan Tun M. Moga Panjang umur Tun M.

wanzal said...

OOOOI MR BEAN, HANG RETI KA PASAI EKONOMI????? SRP MANA ADA SUBJEK EKONOMI......BAIK HANG CABAR NUAR JUBOQ SUMPAH LAKNAT....BERANI KA..TOK SAH DOK KALUT CRITA SAI ORG, TENGOK KEDAH LA NI JADI PA....BODO PIANG

segaran said...

Mr Mahfuz,

for me your are the most crap MP I ever seen.

First - never serve your constituency properly..what have you done to develop all those voters.. name 10 of its..which I believe 0

second - In parliament , you didnt make any attempt speech for the rakyat, but talking cocks...

thirdly .. I dont know whether you understand english , but your performance as MP really screw up and sucks...

Forth..please do more work than talking, you look like a clown making a fun on your self...

Anonymous said...

Apa si baghal Mahfuz ni dok merepek ni..

dia sendiri dok reti ka pasal ekonomi...

Mahfuz, aku rasa la, anak sedara aku lulus PMR lebih pandai dari hang la, dia dapat 8 straight A...sekolah kerajaan BN, hang mankaq SRP tak lulus nak cakap pasai ekonomi, hang teropong lubang pongkoq hang dulu baru dok cakap pasai ekonomi...

apa ka bingai sungguh hang ni mahfuz ooooiiiii

P/S- suruh anak hang belajaq kat singapore, kat sana DAP boleh bagi anak hang belajaq kat sana( tu pun kalau anak hang cerdik sikit dari hang la, tapi kalau ketegaq mcm hang.. tak pa la, suruh dia pi jadi barua DAP dah la....) jangan bagi anak hang belajaq sini, sini untuk bumiputera saja...hang mana mengaku ketuanan melayu..

khaik .. ptuih

johanazmanshah said...

kau dok sibuk suruh org berdebat ingat hang cerdik sangat?
apa idea hang supaya negara ini maju 10 tahun lagi?
APA IDEA HANG?
APA IDEA HANG?
APA IDEA HANG?
kalau takda apa idea hang nak majukan kedah?
sampai sekarang duk mcm tu ya.
mulut bercakap ibarat pantat ayam tapi hasil satu pun tak ada.

Pokok said...

Elok lah ni.. PEnjaga Store Airport tukang batu api. DSAI tak payah cerita pasal Debat dengan PM. SUmpah LAknat dulu lah.. bukan lama pun.. kalau tak berani sumpah laknat, apa kata pergi mekah doa depan kaabah. saiful berani pergi takkan anwar tak berani. Penjaga Store Airport boleh lah dikelentong.

MDS TECH SOLUTIONS said...

Ape yang korang semua kemaruk nak dengar sumpah laknat la hapa.. Ape korang ingat sumpah laknat tak boleh ditipu.. Yang banyak bersumpah tu la sebenarnya yg banyak menipu.. Biar je la mahkamah yg tentukan.. cuba korang pikir kalau DSAI buat sumpah laknat jugak, tak ke haru biru.. sumpah laknat mana yg korang nak percaya..yg sorang kata kena liwat, sorang lagi kata tak pernah meliwat.. Jadi apa kesudahannya.. Lebih baik kita berbalik kepada undang2 yg ada.. dan kita boleh perati mana satu penipu besar..
lagi satu, korang ingat org yg belajar ekonomi ni semestinya tahu ke bercakap pasal ekonomi?.. kalau betul Najib ni pakar ekonomi biar la dia ulas rancangan 100 hari tu realistik atau tidak dengan situasi semasa.. dan biar orang yg merangkanya terangkan dari mana sumber semua itu.. kita pun nak tahu jugak.. lagipun mengikut laporan audit negara, malaysia rugi berpuluh bilion setiap tahun hanya akibat pengurusan kewangan yang lemah dan rasuah.. Contoh paling tepat, wajar ke Malaysia bayar gaji CEO TNB, Che Khalib Noh RM600K sebulan.. melampau!!!
Dan kita nak tengok masa Najib jadi menteri Pertahanan, sebanyak RM2Billion projek dibolot oleh pemuda UMNO Bukit Gantang..

......... said...

koperasi siswazah
Telah lebih 10thn graduan dari anak2 PAS menbelanjakan wang anak2 yatim dan balu miskin dgn sewenang-wenangnya. malah tampa rasa brsalah mrk terus meminta dana tambahan dgn alasan membuat projet itu dan ini jika tak, koperasi akan dibubarkan dan 6ribu pencarum akan kerugian.masa mrk kutip dana dulu mrk sebut akn biayai ank2 yg masuk ipt sebyk rm2500 sesemester selama 4sem, tak sebut pun untung rugi bersama. Jika mrk sbut awal dulu mc ni tak akan ada sapa nak melabur dgn mrk. Malah mrk memburuk2kan tbg haji yg rugi dlm plburan. tp bila mrk dah paklahap duit, mrk buat crita lain pulak. Malah nama ular2 air tu semua dirahsiakan, kononya menjaga masaalah keluarga. Bukankah dlm islam tiada pengecualian dlm membayar hutang. Klu matipun waris mesti bayar.
saidina umar mengusung tpung utk ank dan balu perjuang. beliau juga takut klu2 ada peniaga yg mencampur air pd susu, kuatir jika ada ank kambing pengikutnya yg mati ditepi sungai. Ini semua soal remeh yg dititip beratkan oleh saidina umar semasa pemerintahan beliau. mana dia ciri peminpin pas yg menjunjung al quran sebagai pelembagaan?
terbaru ada notis mesyuarat pd 23.1.2011 akn diadakan utk mendpt perstujuan agar kroprasi ini dibubarkan. Jika hal ini terjadi 6ribu pencarum akan masuk tampoi geram tiada pembelaan. Masyaallah manusia apa kita nak sbut pd org2 ni ye.menguna agama utk menipu. tak takut azab Allah ke, atau memang cerita tentang Allah tu rekaan shj utk kepentingan mrk. dgn perbuatan mrk ini, islam tulin pun boleh goyang tauhidnya apatah lg mualaf mc aku "btul ke islam ni betul?" klu btul knp mrk berjaya mengisi tembolok masing2 dengan menodai larangan Allah tampa ada balasan sedikit pun. mana perginya Allah yg maha melihat dan lain2 maha lagi tu. malah mrk dilindungi dibawah selogan PAS sejak dulu. Sb yg paklahab duit anak yatim ini anak pinak pas. Setiap kali muktamar hal ini akan dibangkitkan lepas tu diam. Takkan pemimpin trtinggi lupa akan hal ini. Pada siapa kita nak mgadu, pada Allah pun dah 10thn, pd peminpin pas pun mc tu jugak. Kita tgk org2 yg kutip saham2 ni dulu dah kaya raya. kerap p mekah dgn klrga sekali. Berniaga sampai ke negeri cina. Tiap thn buat majlis raeikan ank yatim, ambik duit anak yatim 10ribu sedekah pd anak yatim 100rm. Baik makan babi dari makan duit anak yatim. Klu mkn babi boleh samak.
Sedihnya pminpin PAS lebih sibuk membela amah yg dirogol yg sumbernya dpt dr barat.sanggup buat kajian n bongkar walhal benda belum sohih.mana tau amah tu yg mengoda sampai 8thn boleh senang sampai boleh buat rumah baru di kpg halaman. malangnya dia kantoi dan dihantar pulang oleh datin. Buatlah crita utk dpt gantirugi tambahan.punya pentingnya amah tu pd mahfuz omar bermati-matian membela. Dah brapa kali amah tu pangkah pas??????????????
Dlm buku jingga nak naikkan gaji guru….awat gaji guru sikit ka? Ada cikgu yg mengajar di selatan tiap minggu balik kpg di utara tampa mengunakan duit gaji. Pakai alaun pendalaman shj, byk la tu. Ramai lagi yg merempat, pencarum kosis skrg ni terpaksa berhutang utk sekolahkan anak2. Klu masuk ipt BN bg PTPTN, klu sek biasa, nak cekau duit kat mana. Ada duit simpan dan bagi kat lintah darat siswazah. Suami yg cari duit pun dah mati. Terpaksa buat muka tebal pinjam merata. Awat buat kat kami mcni. Apa dosa kami apa dosa anak2 yatim kami yang masih hijau ini??????????????

......... said...

kami pencarum kosis adalah ahli Pas( tak ahli pas tak boleh carum) yg skong dan pangkah pas. yg turun pdg setiap musim mengundi. knp tidak diberi perhatian. Knp tak bantu. Kalau nizal dgn sekelip mata saja boleh bagi 200ekar tanah di perak pada cina dgn gran kekal, semasa dia diberi amanah menjadi MB Perak sedikit masa dulu. Semua tu melukakan hati kami. Doa tuan2 guru dalam pas pun tak lut dan kita dapat lihat macamana Allah hina pas di Perak. Susah sgt pemimpin trtinggi nak tlg selesaikan masalah pencarum kosis yg sgt naïf ni????????????????
Kalau pelaburan ini dicadangkan oleh ahli umno awal2 lagi kita dah tolak sbb kita tahu orang umno ni buta agama dan pandai putar belit. Tapi ni pelaburan yg dikendalikan oleh anak2 pas. Kalau duit tu mrk kutip simpan fix deposit bila ada sapa2 nak msk ipt bagi pun masih mampu lagi ianya bertahan. Sebab tujuan koperasi ini dibuat bagi menjamin anak2 jemaah mampu menyambung pelajaran dan menjadi insan berilmu. Tapi belia2 pas yg ada ijazah ini lebih haprak dari unit gempur umno.
Ya Allah jika Engkau betul berkuasa dan agama ini benar, tunjukkan lah kekuasaan Mu. Hancurkanlah sesiapa sahaja yang terlibat mengelapkan wang kami, sehingga kami teraniaya dan sensara. Yang kami usahakan dgn kederat dan titik peluh kami. Yang kami belanja secara jimat dan kami tabungkan untuk masa depan anak2 kami.
Jgn Engkau biarkan mrk terlepas di dunia ini. Jika mrk memiliki isteri berikan lah mrk isteri yg nusyus, jika mrk memiliki anak lelaki masukanlah anak lelaki mrk dlm gulugan mat rempit kaki dadah kaki perempuan, jika mrk memiliki anak perempuan jadikan anak mrk bosia dan pelacur. Datangkanlah zuriat haram yang berterusan pada mereka. Kucar kacirkan lah hati mrk dan jgn Kau beri sedikit pun ketenteraman pada mereka sepanjang hayat mrk. .
Jika ini ujian buat kami kami tahu Engkau berkuasa menguji hamba Mu. Uji lah kami kerana ianya mampu meningkatkan iman kami tapi janganlah ujian Mu itu sampai memalingkan kami dari Mu. Amin Ya Allah

Hang horatio said...

aiyo mr bean juga..salam dato.org merlimau kirim salam kat dato mahfuz..kata nya dorg rindu kat dato mahfuz ni...hensem kot?

Medan Tempur Kedah said...

saya nk cabar yb berdebat.isu undi umno puak paih kata haram.ada bran??yb duk cakap putaq belit.cakap x pakai otak.meh sini kita debat..

adios said...

salam dato...
dato kalau bab nk jadi pinggan tambah memang hebat. berapa banyak dato ceramah dok kutuk,fitnah orang agak 2 dato sempat ka minta maaf kat orang.

brrrr said...

Dato' Mahfuz Bean kata Ahmad Maslan tak Bersekolah??? Dia belajar jauh la dato' mahfuz bean. Universiti di New Zealand tu.

Dato' pulak belajar sampai tahap mana? di mana dato' belajar? jawapannya SRP!!!!!! dan Maktab Mahmud Alor Setar. my ex-school. Saya tahu sangat mentaliti budak srp/pmr di maktab mahmud. semuanya sama saja.

Dan dato' terlajak kata, sebenarnya dato' ja yang x bersekolah habis. bukan Ahmad Maslan......

wanzal said...

MR MAHPUS BEAN,AKU CADANGKAN HANG TUTUPLAH KOLUM NI..HANG TAK MALU KA SATU MALAYSIA DOK KUTU HANG BODO..SEDAQLAH HANG MEMANG BODO TAPI BUAT2 PANDAI..BAIK HANG PI TOLONG ORG KEDAH, BANYAK LAGI YANG PERLUKAN BANTUAN..LAGI HANG BERCAKAP LAGI TERK HANG KENA...TAK KAN TAK BERASA KOT DIRI KITA TU HINA DI MATA MASYARAKAT SEBAB KEBONGKAKAN HANG TU.

Nako Abdullah said...

I know this is random but all I wanna say is:

"WHY POLITICIANS IN MALAYSIA CAN'T BE ONE AND STOP POINTING FINGERS TO ONE ANOTHER BUT TRY TO FIND INITIATIVES TO HELP OUR STUDENTS IN EGYPT INSTEAD.?"

and just so you know I'm not in favour of any parties, I'm saying this to ALL. all.

thanks for reading.

kurf85 said...

Pelik saya baca comment2 di dalam. Ada yang mengaku Islam tapi membuta tuli mengutuk kaum dan agama lain. Ada yang mengaku Malaysia negara Islam tetapi parti politik yang memerintah Malaysia tak habis2 berkata hidup Melayu (bukan Islam terdiri dari semua bangsa?)<- bknkah Nabi Muhammad S.A.W membuat perjanjian diplomatik dgn Banu Khuza'aah?

Ada yang 'speaking' English tapi tunggang terbalik. I'm not saying my English is perfect, but look yourself in the mirror before bad mouthing others.

Akhir sekali mengenai sumpah. Bukankah Baginda Nabi mengatakan kita tidak boleh bersumpah tetapi yang boleh bersumpah dengan nama Allah. Dan sumpah itu mestilah iskhlas kerana Allah S.W.T maha mengetahui.

Dan bukankah lagi kita sebagai Muslim tidak digalakkan bersumpah atau mengata ataupun memburukkan nama-nama seseorang itu dengan nama-nama kotor dan jijik?

vespa.melaysia said...
This comment has been removed by the author.
medalien_amir said...

Sibuk sungguh YB kita ni. dah lama tak buat entry baru. (",)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
usin said...

lembab betul la dato', dh brape bulan x update blog ni. sibuk memanjang. dpd sengal mcm ni, baik tutup je dato'. cemoeh dh baca benda yg samaa...

Qaseh Bonda said...

Sekali sekala jengah blog dato', lawak juga baca komen para pengunjung.

Ada yang marah tak pasal2, ada yang kata dato' tak habis sekolah dan ada yang merungut dato tak update blog..

Pendek kata macam2 pun ada.

Apa pun tahniah dato' berjaya sampai ke tahap sekarang.

Meminjam kata2 Anwar Ibrahim. Hamka pun tak de degree tapi dia pemimpin hebat.

Syabas dato'

medalien_amir said...

Dato, dah tengok belum video sahabat baik? ce cite siket kat kami, betul ke? Kes liwat Saiful tak nak bersumpah, kes video nak pulak bersumpah.

Aduh..letih dok kena dingdong sana dingdong sini..

azharformalaysia said...

nak debat buat apa dengan peliwat tu? buang masa saja. mahfuz, nak tanya sikit. tak dak hang dapat petunjuk siapa nuar tu? sembahyang bang sana sini kalau akal tidak di bukan Allah swt tentang siapa si nuar tu agak rugi lah hang. Islam biar beramal, bukan islam politik saja. baru dapatkan akal yang baik dan sempurna. Petunjuk Allah swt selalu dan tetap ada, napa Mahfuz masih berdegil dan tak mahu hakikat siapa al jub tu

Unknown said...

Salam, datuk berkokok saja lebih....tengok apa dah jadi dengan KASE...mereka buat juga.apa yang diperjuangkan hangat-hangat taik ayam. datuk sekadar berkokok demi politcal milage....amik contoh Mazlan Aliman......betapa tekunnya dia. jika datuk sibuk dengan ceramah, retorik dan jawatan dengan PAS pusat sila bagi orang lain terajui isu KASE....tak kemana akhirnya...zaman berkokok kerana hari dah subuh lepas tu sibuk cari rezeki sendiri dah berlalu.....dah lama saya mengeekori isu datuk....akhirnya tak kemana....ini isu yang terbesar buat rakyat, PR dan PAS....

anak derhaka said...

Ada sesetengah pihak berkata tak perlu untuk berdebat,kenapa?..ini kerana mereka tahu akan kemampuan PM kita yg hanya pandai menyalak di media dan dada akbar yg di pegang oleh puak umno ni saja. Negara ini adalah sebuah negara demokrasi secara dasarnya sahaja.Sebagai contoh di negara uncle sem Obama pemimpin besar dunia pun tak takut untuk berdebat ini kerana beliau ingin membuktikan beliau seorang pemimpin yang berpengatahuan dan berkebolehan. Secara am nya mengapa PM kita tajuk berdebat ini kerana banyak isu yg beliau timbulkan contohnya antatuya,engine jet,kapal selam dan bermacam lagi tak habis klu nak tulis. Klu beliau berani bukan hanya pandai bersumpah(anak den pon boleh bersumpah) tetapi pandai menepis isu tersebut secara berdepan dgn pihak pembangkang bak kata pepatah berani kerana benar.

anak derhaka said...

Woi ngok ko baca balik artikal tu siapa yg saran kan untuk berdebat klu bkn khairi, khairi tu ahli pas ke atau cap roket. Klu ko nak tahu khairi tu ahli umno atau senang cita ketua pemuda umno. Seorang ketua pemuda menyaran kan ketua mereka untuk berdebat. Kenapa anuar lari ke kedutaan turki ini kerana negara malaysia undang2, polis ,media masa, SPRM siapa yg pegang klu bukan umno. Klu aku pon aku lari walaupun aku x salah. Ko pikir balik mcm mana bom C4 tu blh keluar dari simpanan tentera, ko pikir balik mcm mana engine jet boleh hilang dari simpanan tentera dan ko pikir balik kenapa kerajaan beli kapal selam rosak yg skrg ni jadi tukun buat pameran kat melaka ini kerana semasa itu DS najib menjadi menteri pertahanan lah ngok. Sekarang ni pembicaraan DS najib sedang berjalan di perancis mengenai rasuah jual beli kapal selam dan pembunuhan antatuya aku berani DS najib ko tu takkan berani membeladiri dia tu kat makamah france . Klu setakat bersumpah kambing aku pon blh.. kita mahu kan fakta bukan bersumpah listen,listed ,listed ,listed haiwan pon ada masalah. Are u redy for PSY penang say yes! Area u redy for BN penang say no! Hahahaha kelakar tgk vedio tu kat youtube.

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.