Friday, December 31, 2010

Tak mampu tenangkan gelora Umno Kedah

PAS dan Pakatan Rakyat Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gandingan 'terbaik' untuk meneraju Umno di negeri ini.

"Perlantikan kedua-dua tokoh itu membuktikan bahawa Umno sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas kembali negeri ini dalam pilihan raya akan datang."

"Ahmad Bashah bukan sahaja dikenali di kalangan ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang kurang berkemampuan, malah mereka juga tak yakin dengan kredibilitinya untuk bersaing dengan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar yang telah berjaya memimpin pentadbiran negeri dengan baik walaupun baru tiga tahun diberi kepercayaan berbuat demikian,"

"Saya melihat Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan kepada Ahmad Bashah sebagai 'orang baru' yang diangkat naik bukan dengan keupayaan sendiri tetapi menumpang populariti orang lain, iaitu bapanya Tun Mahathir Mohamed.

"Beliau juga merupakan pemimpin Umno di Kubang Pasu yang jarang sekali menghadiri mesyuarat bahagian kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot menyingkirkan bapanya sebagai perwakilan ke perhimpunan Umno suatu ketika dulu,"

"Saya dihubungi ramai orang-orang lama Umno Kedah, ada di antara mereka yang masih aktif berpolitik dan sebahagiannya telah bersara dan mereka turut berkongsi berpandangan sama dengan saya.

"Walau bagaimanapun, kita amat mengalu-alukan perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno Kedah dan berharap kepimpinan baru ini akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan negeri.

"Saya juga harap mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi di samping bersikap lebih terbuka menerima sebarang kritikan,"

6 comments:

dr.sam said...

Assalamualaikum. Semoga Allah Sentiasa Memberkati Perjuangan Kita. Teruskan Perjuangan Datuk Dengan Sabar Dan Taqwa. Kadangkala kita perlu melihat perjuangan kita dari kacamata musuh agar tahu di mana kelemahan kita. Salam Perjuangan.

Black said...

Amat terserlah sikap kemunafikan saudara. Tak usahlah di sibukkan diri mengintai kelemahan orang lain. Tengoklah pada diri dan jemaah sendiri. Saudara dipihak yang memimpin. Selesaikan dahulu masalah hipokrasi pimpinan saudara. Jangan serlahkan sangat adab keturunan saudara.

Jamaliah Ariff said...

Saya kurang setuju setuju dengan Dato', saya rasa memang planning isteri Kak Rosmah untuk punahkan suku sakat mahathir. lepas nie isteri Rosmah akan kata, aku kata dah, hang tak layak....

medalien_amir said...

Pepatah ada menyebut:
1) Bagaikan anjing dengan bayang2nya.
2) Jangan cakap besar.

Kenyataan memang pahit untuk diterima jika UMNO menanh PRU nanti. YB Mahfuz pastinya akan terkesima dengan kata2nya sendiri.

usin said...

kah!kah!kah! dlm reramai pengkomen blog ni, ada sekoq yg bernama jamaliah ariff yg senada dgn dato'. yg lain kuat hantam. knp jd begitu dato'? dato' boleh cari jawapan yg paling releven dgn beristighfar sambil memikir semula dasar perjuangan dato' utk apa. duniawi semata atau utk agama. saya syg dato' krn seagama dgn saya, ttp benci dgn cara dato' berpolitik. sebelum karier politik dato' terbunuh eloklah dato' berubah. hanya nasihat..

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.