Saya mengesahkan peletakan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd.
"Saya mengaku saya telah melatak jawatan dan surat peletakan jawatan telah pun saya hantar,"
"Sebab peletakan jawatan saya, semua pihak kena tanya pihak pengurusan Kedah Sato dan juga lembaga pengarah Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) dan saya tak boleh bagi apa-apa penjelasan kepada media buat masa ini dan saya nyatakan dalam surat, alasannya adalah seperti yang semua sedia maklum,"
"Saya percaya Datuk seri Azizan sudah maklum berkenaan perkara ini kerana saya sudah pun menghantar surat,"
13 comments:
Salam.
Saudara telah diberi amanah. Apakah setelah menemui kegagalan menegakkan yang hak, melepaskan jawatan adalah satu kaedah yang terbaik dalam adat perjuangan PAS?
Saudara tampak hebat bertempik riuh apabila berdepan sesuatu isu yang mencabar asasi kehidupan di medan politik negara, tetapi sayang sekali, saudara bacul dalam jemaah saudara sendiri.
Bacul dalam perjuangan ibarat bangkai ditepi jalanan.
Tahniah atas prinsip saudara.
Mahfuz, hang ni harap ke teloq mamak saja besaq.. Penakut sungguh.
awat hang behenti jd pengerusi kedah sato.kedah sato dah xdak hasil yg hang nk mencuri ka?baguih la no hang letak jawatan.xdak la lg duit rakyat hang nk curi..mintak maaf la no yb mahfuz oi.bahasa kuang jaq skit.tp padan la mulut hang pun sama..
La, sembang cekang sangat, melalak atas pentas macam anjing lapaq...Nk urus syarikat besaq tu pun tak mampu !!!!!!Tu pun sakan nak urus negara konon. Lain kali beli cermin besaq2 lepas tu tengok diri tu sebelum dok maki org tak betui bangang sungguh....atauuuuu tak masyukkkk kot??????
aduhai dato', mcm org meroyan je tindakan dato' ni. dh nak bankrap ke kedah sato? ni nk habaq kt dato', pejuang sebenar xkan lari dari masalah. kalau penakut mcm dato'apa istilahnya? atas pentas ceramah kemain lg terpekik terlolong mcm polong, nk handle kedah sato yg x besaq manapun x reti. rasanya dato' ni masih releven lg ke jd mp? ada keinginan lg ke dato' jd calon utk pru13 nanti? pokok sena masih perlukan dato' lg ke?
Disiarkan oleh media pro-Anwar MalaysiaKini pada 02 Januari 2010)
SURAT TERBUKA UNTUK MAHFUZ SI 'POLIGAME'
Buluhmadu
02.02.2011
Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dam ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS.
Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.
Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” – politik + gambar + media.
Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.
Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri.
Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah.
Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.
Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri.
Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara.
Keutamaan Kedah
Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara.
Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.
Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah.
KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB.
Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah.
sambungan 2:
Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah.
1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini.
Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.
Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah.
Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.
2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.
3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.
4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013.
Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan.
5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.
sambungan 3:
6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.
7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang.
Tidak hadir
Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010.
Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.
Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.
Saudara,
BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.
Saudara,
Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri.
Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.
Muncul di gerai pulut udang
Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain.
Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara.
Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah.
Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.
Saudara,
Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena.
Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya.
Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ.
Bakar kelambu
Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.
Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah.
Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS.
Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.
Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun.
Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.
Sungai Petani Kedah.
Itu krn Mahfuz ni nak Farait harta kerajaan negeri Kedah tak dapat atau mungkin masa pembahagian harta karun tak sama adil macam cerita Nujum Pak Belalang. Hang Mahfuz hanya tahu ceramah aje dok kata kat orang tapi hamPAS pun satu hg tak boleh buat. Lebh baik hg pi buat bendang. Klu hg jumpa lintah dgn biawak hg maki aje lintah dan biawak tu. Hg bukan sorang pemimpin yg berkebolehan. Tg hang boleh hanya mencarut dan maki orang aje.
mahfuz ni bukan layak pun. cakap berdegaq, bila suruh buat, hancoq. begitulah susahnya mentadbir negara, dah tu hang dok menyalak salahkan orang sana sini, bagi tanggung jawab sikit pun dah fail.
Dato Mahfuz,
Sebenarnya Dato asyik mencari isu dari SBPA, Tan Sri Abu Bakar,isu AES dan apa saja bersangkut dgn polis hinggakan Dato lupa kawasan Dato. Dato dapat rasakan sekarang penyokong Pas dah semakin tertekan dgn penampilan beberapa cerdik pandai yg sedang diadili oleh masyarakat Pokok Sena. Mudah saja beliau diterima oleh masyarakat Pokok Sena malah inilah ciri kepimpinan yg kita cari. Dato akan bungkus kali ni Dato sebab ramai dah org Pas teruja dgn beliau..Kami akan berjuang kerana Allah semata mata mungkin Anwar punca beliau tak bersama Pakatan
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.
Post a Comment