"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.
"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus,"
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat.
Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu.
"Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka.
"Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP.
"Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN),"
Kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik.
"Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu.
"Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?"
4 comments:
Awak pun apa kurangnya Dato',
Isu adik Nik Aziz ambil cek RM4billion tu tak mahu ulas ker?
Kesian, mudah sangat orang Pas ni kena tipu. Sudah lah kena tipu hari-hari dengan Khalifah Lim Guan Eng tu..hehehe.
Ni cerita Pas kena main dgn syarikat I'da World tu pun salahkan Umno juga!
Sudah-sudahlah halakan jari telunjuk kepada orang lain. Tengok diri tu dulu sebelum mengata!
Mana perginya Negara Islam? Hukum Hudud? Semenjak bermadu kasih dengan DAP semua dah tolak tepi ker?
Jika benar Pas perjuangkan kebebasan dalam politik, sila jangan buang komen yang tidak sebulu dengan Dato' ini macam blog-blog Pro-kerajaan yang lebih jantan dari blog pro-pembangkang!!!
apa cerita LGE kenakan surcaj air pada rakyat? Bukankah itu bebankan rakyat bawahan?
Eleh, PASbodo cakap jer pandai! Kami rakyat nampak apa korang dari PASbodo buat sejak "menang besar" pd 2008. Baru menang 82 kerusi dan rayan konon dah menang satu Malaysia. Canang 16 September sana sini.
Dah tu Padri2 gila parti PAS keluar "fatwa" konon lompat ke PR(termasuk lompat ke DAP) kembali ke jalan Islam, lompat ke BN kembali ke jalan sesat. Yg sesat korang dari PASesat. Apa korang ingat kami rakyat bodo ke senang2 nak makan fatwa palsu bishop2 PAS tu?
Pemimpin PASbohong semua suka cakap bohong sejak "menang" 2008,termasuk yg mengaku ulamak, lepas tu putarbelit ayat Quran dan Hadis, konon ada "nas" itu dan "nas" ini...dasar Parti Al-Bohongi Se Malaysia!
PASjual lah yg sedang jual bukan setakat Melayu tp Islam sekali. PASliberal kini sangat liberal. Segala budaya asing yg tak pernah orang Melayu terfikir sedang diperkenalkan PAStamak kerana tamakkan kuasa: Kristian dibolehkan guna kalimah Allah, ahli politik kafir dibolehkan baca ayat Quran di ceramah PASial, pompuan kafir dibolehkan beri tazkirah di surau, pompuan kafir dibolehkan masuk surau tak pakai tudung, arak boleh diteruskan jualanya, macam2 lagi. Semua konon ada "nas" dan "dalil" Cihh! Pembohong dan pemutarabelit punya parti PASputarbelit!
Menyesal aku sokong PAS pd PRU12 pd 2008. Aku undi sekutu PAS di Puchong (Gobind Deol) sbb aku ingat PAScelaka nak bela Melayu dan Islam. Tp hari ni PASlelong sedang lelong dan jual Melayu dan Islam pd harga murah.PASbukan melayu pun dah tak ngaku Melayu, assobiyah konon tp quota Melayu hangpa kebas juga sampai ke temolok!
Haram undi PASharam! Satu undi utk PAS adalah satu undi untuk Islam Liberal. Satu undi untuk PAS adalah satu undi utk DAP. Satu undi untuk PAS adalah satu undi utk kehancuran Melayu. sdatu undi utk PAS adalah satu undi utk kehancuran Islam.
Tu la esperalzi.. terlajak perahu boleh undur.. terlajak pangkah inilah padahnya.. nasib baik ko dah sedar..
Post a Comment