Monday, November 30, 2009
Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media
"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,"
Saya ingin menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.
"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.
"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.
"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.
"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,"
Bagaimanapun, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.
Saya juga ingin menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.
"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"
Saya meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.
"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS,"
Wednesday, November 25, 2009
Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif
Sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.
"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,"
Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.
Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.
Saya menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.
"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."
Tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.
"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat,"
Saya juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.
Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.
Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen
10 peratus peningkatan kos pembinaan MRSM dipersoal
"Saya agak terkejut dan ragu apabila membaca jawapan yang diberikan oleh Kementerian (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW)...saya lihat ada sesuatu yang tidak kena,"
"Saya bertanya tentang projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengalami 10 peratus pada kos pembinaan, daripada badjet asal."
Saya ingin menyifatkan jawapan bertulis KKLW perlu diambil perhatian dalam dewan perbahasan.
"Bukan saja melebihi 10 peratus, malah (MRSM) kosnya meningkat sampai 387 peratus umpamanya seperti di Maktab Rendah Sains Mara di Betong, Sarawak,"
Kos pembinaan MRSM Sungai Besar, Selangor turut mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak 52 peratus.
"Kos asalnya 45 juta ringgit, tapi meningkat hingga 66.8 juta, maknanya peningkatan luar biasa sampai 52 peratus,"
Saya juga meragui beberapa alasan yang diberikan kementerian terbabit, ekoran peningkatan kos pembinaan itu.
"Alasan yang diberikan kepada saya semalam adalah harga besi dan kabel naik antara 30 hingga 50 peratus disebabkan permintaan yang tinggi oleh (negara) China waktu Sukan Olimpik lalu."
"Sedangkan harga besi naik hanya dalam masa tiga bulan saja, dari April hingga Jun untuk tahun 2008 saja...walhal projek-projek MRSM yang saya maksudkan sejak tahun 2006 lagi,"
Disebabkan peningkatan kos pembangunan itu, saya mendedahkan bahawa kos pendidikan MARA dikuncupkan.
"Tahun 2009 dari bajet pembangunan sebanyak RM883 juta turun sampai RM334 juta saja...hampir separuh penurunan itu dan ianya membabitkan bidang pendidikan," jelasnya.
Kerajaan telah mengecilkan bajet pendidikan MRSM dan Kolej Sains Mara dari RM293 juta pada tahun 2009 pada RM116 juta saja pada tahun 2010.
Bajet pendidikan Institut Kemahiran Mara (IKM) turut dikecilkan dari RM403 juta (2009) pada RM143 juta (2010).
Bajet pendidikan Kaunseling Bimbingan Usahawan (KBU) turut dikecilkan dari RM5 juta (2009) pada RM445 ribu sahaja.
Bajet pendidikan Program Giat Mara (PGM) turut dikecilkan dari RM20 juta (2009) pada RM16 juta sahaja.
Beliau juga nekad melaporkan kes-kes berkaitan MRSM tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam masa terdekat.
Saya juga mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes tersebut secara agresif, sama seperti siasatan suruhanjaya tersebut ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.
Monopoli individu saham Bernas, kerajaan terus dipersoal
Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.
Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.
Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.
"Monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.
Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan."
"Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain,"
Beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.
Pernah sebelum ini Bernas menaikkan harga beras tanpa mendapat persetujuan pihak kerajaan, dan akhirnya kerajaan terpaksa mengarahkan pembatalan kenaikan tersebut.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sendiri sudah hilang kawaklan dan tidak berupaya membuat pemantauan untuk memastikan dasar dan polisi padi dan beras negara ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya,"
Saya ingin menuntut kerajaan mengambil kembali hak permit import dari Bernas agar tiada sebarang penyalahgunaan berlaku.
Selain itu saya juga menuntut agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan dan berperanan semula mengendalikan industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial dan menjamin hak petani dan pengguna.
Sunday, November 22, 2009
Jangan terperanjat jika Umno derhakai TYDP Agong
"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong,"
Saya ingin menyifatkan sikap kerajaan pusat yang enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja menentang demokrasi malah menghina perlembagaan Malaysia yang menekankan doktrin federalisme.
Saya juga ingin mengingatkan kerajaan pusat bahawa pendirian kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk berkerjasama dengan kerajaan pusat bukanlah tanda mengalah tetapi disorong oleh rasa hormat kepada pilihan rakyat melalui amalan demokrasi di samping menjunjung kehendak perlembagaan negara.
"Kerajaan pusat yang diterajui Umno telah bertindak melampau menghina amalan demokrasi dan perlembagaan negara yang menekankan semangat federalisme apabila menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Beberapa kementerian di peringkat pusat pula terang-terang menunjukkan keangkuhan apabila enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.
"Tindakan itu menunjukkan sikap tamak kuasa yang sanggup bertindak melampau sehingga menidakkan suara rakyat dalam amalan demokrasi,"
Sikap itu jugalah yang mendorong kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi perundangan seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.
"Hampir semuanya sudah digunakan oleh Umno dan BN untuk menidakkan pilihan raya melalui amalan demokrasi dan jangan terperanjat jika titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga diderhakai oleh mereka,"
Keputusan tidak rasional: SPR hendaklah dirombak
"Lembaga dan struktur SPR hendaklah dirombak apabila mahkamah tinggi menyifatkannya tidak rasional.
"Rakyat dan sistem demokrasi negara ini tidak sepatutnya berhadapan dengan SPR yang disifatkan tidak rasional oleh mahkamah,"
Dalam keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman membatalkan keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong.
Hakim tersebut menyifatkan SPR melakukan tindakan-tindakan yang tidak rasional dan bertentangan dengan undang-undang ketika membuat keputusan itu.
SPR membuat keputusan tersebut setelah Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menetapkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.
Saya ingin menyifatkan keputusan mahkamah itu menghakiskan lagi keyakinan umum terhadap SPR.
"SPR tidak dapat lari dari imej pro-Barisan Nasional (BN) dan berkerja untuk kepentingan BN,"
Saya berharap rakyat dapat mengekalkan sokongan terhadap usaha menamatkan pemerintahan BN.
"Jika pemerintahan BN dapat ditamatkan, kita akan pastikan SPR bebas dari cengkaman kuasa parti yang memerintah dan suruhanjaya tersebut akan diletakkan di bawah jawatankuasa khas Parlimen,"
Friday, November 20, 2009
Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli masa'
Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."
"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu,"
Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha Negara (KSU) Kerajaan.
"Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."
"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."
"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet,"
"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."
"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan,"
Wednesday, November 18, 2009
Pembangunan NCER-ECER dipertikai
"Koridor ini buat benda-benda yang tidak perlihatkan fungsi sebenarnya...contoh di kawasan saya (Pokok Sena), MADA asyik perbesar jalan selepas banjir sedangkan isu sebenar adalah tanah mendap,"
"Saya lihat tidak ada kajian dalam isu pemendapan ini. Kalau macam itu JKKK pun boleh buat, Ketua Kampung boleh cadang."
Saya juga meminta Ahli Parlimen Sungai Dua menjelaskan jumlah gaji sebenar semua Pengarah Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (COO) koridor tersebut yang didakwa tidak efisyen.
"Kalau gaji tinggi, tapi begini kerja buatnya. Saya ingat elok bagi JKKK saja buat selepas berbincang dengan Tok Penghulu. Ini yang saya persoalkan."
Tuesday, November 17, 2009
SPR dicadang diletak bawah parlimen
Seluruh struktur SPR juga mesti dirombak dan disusun semula bagi mengelakkan suruhanjaya itu dipengaruhi oleh badan eksekutif sehingga menyebabkan ia tidak rasional dalam membuat sebarang keputusan.
"Kedudukan SPR harus dirombak bukan sahaja orangnya tetapi strukturnya.Institusi itu mesti dilihat tidak dikuasai oleh eksekutif yang menyebabkan ia tidak rasional.Sebab itu bagi saya SPR harus diletakkan dalam jawatankuasa khas di bawah parlimen untuk pastikan sebarang tindakan yang dilakukan rasional dan mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang terdapat dalam negara kita,"
Keputusan suruhanjaya itu bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong juga perlu dibatalkan.
Alizatul juga dilaporkan juga sebagai berkata, SPR tidak boleh mengatasi kuasa speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
Dalam siri pilihanraya sebelum ini, Pakatan Rakyat seringkali berhadapan dengan sikap tidak rasional SPR yang dilihat tidak serius dalam usaha membaik pulih sistem pilihan raya di negara ini.
"Kita (Pakatan Rakyat) berhadapan selama ini dengan sikap SPR yang tak rasional.Setiap kali kita buat bantahan, buat aduan, SPR kata mereka bertindak mengikut undang-undang.Mereka hanya bersandarkan kepada undang-undang yang tidak diusahakan agar dibaikpulih sistem perundangan berkaitan pilihanraya,"
Mahkamah seharusnya juga membuat keputusan yang sama terhadap permohonan Speaker DUN Perak, V Sivakumar untuk semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang masih mengekalkan kerusi tiga adun yang melompat menjadi adun bebas di negei itu awal Februari lalu.
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Saya juga ingin menyatakan kesediaan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.
Monday, November 16, 2009
Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama
Hadith : |
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim) |
| |||
|
Keputusan batal ke Mekah, gagalkan usaha musuh
Saya begitu yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.
"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.
"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang,"
Ia bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.
Saya yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.
Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.
"Saya juga sekali lagi yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS,"
Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.
"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah,"
Friday, November 13, 2009
Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CEUPACS
"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus,"
Saya juga ingin menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.
"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka."
"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."
"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini,"
"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."
Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, saya menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.
Thursday, November 12, 2009
Tiada jaminan keretakan MRR2 tidak berulang
Bercakap pada sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam, Shaziman hanya memberi keyakinan jejambat berkenaan hanya selamat digunakan buat masa ini dan tidak mampu memberi jaminan keretakan tidak berulang.
"Apakah jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku pada pier (tiang) yang lain, kalau boleh berlaku pada pier 28, tidak mustahil akan berlaku pada 32 tiang yang lain?
"Saya difahamkan perunding antarabangasa yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya iaitu Halcrow telah memberi nasihat kepada kementerian supaya tidak menggunakan kaedah CFRP,"
Bekas setiausaha Umno Terengganu, Dato' Dr Rosli Mat Hassan dan bekas bendahari, Senator Dato' Roslan Awang Chik didakwa terlibat dalam kes rasuah pembinaan MRR2.
Kedua dua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 10 Jun lalu namun dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.
"Apa tindakan SPRM terhadap dua tokoh Umno Terengganu itu, saya percaya masalah MRR2 ada kaitan dengan kepimpinan Umno,"
Wednesday, November 11, 2009
melawat pusat pemindahan mangsa mangsa banjir di kawasan Pokok Sena
Monday, November 2, 2009
1,800 pesara tentera berhak dapat pingat dan pencen
Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini. "Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya. Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai. Sebaliknya, kesemua pesara yang lain juga sepatutnya layak kerana berjuang bersama-sama dalam hutan suatu ketika dulu. "Ada (pesara) yang dipotong kaki, bukan kerana kemalangan atau masalah kesihatan...maknanya ia hilang upaya sewaktu berdepan dengan musuh mempertahan negara dari pengkhianat, tapi tiada apa-apa bantuan." "Kalau mereka (pesara) ini tidak boleh diiktiraf (oleh) kerajaan kerana berjuang di hutan dulu, kita nak panggil mereka apa," soalnya. Beliau yang juga Naib Presiden PAS mempersoal keberkesanan Tabung Kebajikan Tentera yang saban tahun mengutip dana daripada rakyat untuk menampung kebajikan pesara tentera sebelum ini. Beliau turut meminta kerajaan memeprtimbang untuk memberikan elaun yang munasabah kepada pesara yang lain, termasuk mangsa kes kapal terbang Nuri terhempas beberapa tahun lalu. Ahli Parlimen Pendang, Dr. MOhd Hayati Othman yang mencelah, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi anugerah dan elaun juga kepada para pesara polis yang layak, disebabkan keberanian dan berjasa pada negara. Jelasnya, pengalaman melawat Balai Polis Bukit Jenun, Pendang, menyaksikan polis terpaksa beroperasi dalam kontena secara tidak selesa, sedangkan mereka bertugas secara berani dan berjasa pada negara. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kedah meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana tertentu untuk membiayai pesara tentera yang mengalami penyakit kronik, termasuk perkhidmatan dialesis secara percuma. Menjawab perbahasan itu, Ahli Parlimen Sandakan VK Liew tidak mahu memberikan respon balas kerana mahu fokus pada beberapa perkara yang lain. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan, kerajaan mempertimbang untuk menarik balik anugerah PGB daripada pesara-pesara yang dikenal pasti terlibat dalam acara jenayah, sebagaimana yang dibangkitkan semalam. Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Alor Setar Alor Setar Chor Chee Heung (MCA) mendakwa segelintir pemimpin Pakatan menyokong pengkhianat negara serta tidak menghargai pengorbanan tentera dulu. Ianya disebabkan Pakatan mengkritik tindakan kerajaan menghalang pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke tanah air. Kerajaan juga mendakwa tindakan pembangkang itu sebagai mengkhianati pengorbanan tentera serta tanah air. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun kemudiannya, menegaskan bahawa dakwaan Chor itu sebagai suatu perbahasan kosong. Dakwanya lagi, kerajaan sepatutnya mendahulukan perdamaian dengan bekas pemimpin PKM itu, sebagaimana yang pernah dimeterai antara kerajaan Malaysia dan PKM suatu ketika dulu. Tegasnya lagi, Chin Peng berhak pulang ke tanah air kerana hak tersebut adalah termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR). Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan kerajaan meninggalkan amalan balas dendam, yang dianggap tidak berprikemanusiaan. Semalam, kerajaan memaklumkan bahawa sebanyak 11 pesara tentera dianugerahkan pingat Gagah Perkasa yang membawa elaun RM2,000 setiap bulan. 11 pesara yang lain dianugerahkan pingat Gagah Berani yang membawa elaun RM1,500 setiap bulan._ |