Sunday, October 11, 2009

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah


Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah

Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.


23 comments:

இ محمد فريد இ said...

Salam saudara Mahfuz... Ana selaku salam seorang pendokong pakatan rakyat, ingin benar mendengar sendiri akan jawapan dari seorang pimpinan PR khususnya dari PAS berkaitan dengan perkara yg terpapar di media milik kerajaan. Contohnya: Mengapakah pihak PAS (berdasarkan PRK Bagan Pinang) masih lagi terus meraih undi pada hari membuang undi sedangkan pihak SPR telah memberi tegahan untuk itu (biarpun ana bukanlah menyokong dan mempercayai sepenuhnya ketulusan SPR) ??

Mungkin persoalan ana ini bunyinya seakan suara dari pihak lawan, namun bagi ana, jika tiada alasan yang kukuh untuk perkara itu (biarpun banyak perkara lain yang digembar-gemburkan media massa yang sentiasa mencari 'busuk' kita) ahli dan penyokong kita sendiri akan sedikit demi sedikit tertanya-tanya mengapa kita sendiri membuka ruang untuk diper'busuk'kan sedangkan ia boleh dielak?? Atau benar kata mereka (media kerajaan) bahawa kita ini terlalu degil dan gemarkan provokasi??

Ana rayu akan jawapan dari pihak saudara agar semangat ana dan mungkin yang lain2 (seperti ana) terus utuh bersama obor perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat. Syukran atas segala perhatian untuk kemusykilan ini...

DARI EDITOR:
http://jejak87.blogspot.com

hilbert said...

Salam YB,

Iya betul. Saya setuju dengan YB, ertinya menang besar tapi kalah besar dalam usaha untuk menghapuskan rasuah.

Bagaimana rasuah boleh terhapus jika pengamalnya masih lagi diterima sebagai pemimpin.

Itu lah, orang politik semuanya sama saja..."cakap tak serupa bikin"...cakap dia selalu lain-lain.."lain padang lain belalang." ...depan rakyat A cakap lain, depan rakyat B pula cakap lain, depan rakyat C cakap dia lagi lain dan di depan rakyat D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y dan Z pun seringkali lain-lain...

Anonymous said...

Lidah Nik Aziz Bercabang 10
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

pacingko said...

hallo mahkluk yg tak bernama...tok guru nik aziz tak penah ceramah atau buat kenyatan pendek2...ceramah pas selalunya mesti lebih dari 15 minit..xpenah aku dgr ceramah pas pendek2 mcm artikel yg makhluk tak bernama ni paste..pelik aku..

mail lambong said...

untuk memasuki sesuatu kawasan yang asing bagi PR..pendekatan secara parti agak sukar dan asing..

pendekatan yang paling baik adalah NGO yang menyokong PR dan dijalankan pelbagai aktiviti menerusi kaedah NGO.insyaallah masih banyak masa untuk mengorak langkah

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum...YB Mahfuz Omar...Pada pendapat saya..PAS kalah sebab:
1.ISA SAMAD memnag disukai orang Bagan Pinang.
2.Calon PAS kurang terkenal.
3.Pengundi PKR memboikot untuk mengundi PAS dan ada yang menyertai BN.
4.Parti Makkal Sakti sedang menyertai BN.
5.Undi Pos.
6.Isu tumbuk menumbuk.
7.Rasuah bukan perkara yang dominan untuk memilih pemimpin.Khususnya pengundi Bagan Pinang.

Apa pula pandangan YB.
Assalamualaikum.

Anonymous said...

Kalah tetap kalah

tmn_bandar_baru_pokok_sena said...

salam YB..
amacam puas hati dgn N31..tak?biasalah YB nk buat mcmana dh rakyat nk BN..terima jer la kan?dkt permatang pasir sblm ni rakyat terima PAS..org UMNO x kata apa pun..ni tup2 UMNO menang besar d bagan pinang terus YB buat mcm2 spekulasi/alasan rasuah la,apa la..belajar la terima kenyataan yg itulah kehendak rakyat sbnrnya..diorg bkn nakkan janji kosong..diorg nak realiti,mcm la YB pun klu nk pokok sena masih diterajui saudara&PAS,buatlah sesuatu!!ini x...pokok sena seolah2 dh lupus jer dr peta malaysia.....jgn marah k..inilah realiti politik,kejap kita d atas kejap d bwh..

Ali said...

padan dgn muka YB..
biasanya YB lah yg selalu angkuh dok kata UMNO nak mampuih sehari dua lagi..
sifat angkuh seperti YB lah menjadi punca pertolongan Allah tidak bersama PAS kali ini.

Anonymous said...

tak pe YB...depa dok kutuk pun diorang tak kan tak sedar yang bagan pinang tu sebelumnya memang tempat depa....yang kuala terengganu tu depa tak ingat..pigidah dah angkut mai Makkal Sakti dalam Bn bole la nak habak macam2 kan YB kan...hehe...
Dulu2 pun bukan tak pernah pejuang ISLAM tu tewas dalam peperangan.kan..hehe

இ محمد فريد இ said...

kepada yg berkata: kalah tetap kalah...

Jawapan ana:
Kalau parti rasuah, tetap parti rasuah...!!!

Anonymous said...

Salam YB Mahfuz.., masa PRK Ptg. Pasir hari tu YB minta maaf dekat sahabat baik YB, Zahid Hamidi pasal BN kalah, sekarang ada dak Zahid Hamidi minta maaf pula kat YB pula sebab kali ini PAS yang kalah?

khairul said...

salam Datuk

komen saya senang jer. kalo PR nak memerintah negara buatla cara nak memerintah negara. ituje. Datuk sbg VP Datuk pasti ada xcess utk bercakp brsama pimpinan lain. "kejahatan yg dirancang akn mengalahkan kebaikan yg tidak dirancang" Khalifah Ali KWJ

Anonymous said...

sedekah tetap sedekah

Anonymous said...

Perkemaskan PAS. Bertindak secara jamaah. Tarbiyahkan pemimpin2 PAS di pelbagai peringkat, terutamanya di peringkat tinggi - ikhlas kepada perjuangan, ikhlas kepada ALLAH; jangan tamak kepada jawatan. Dekati rakyat, fahami rakyat. Teruskan berusaha dengan slogan PAS FOR ALL. Insyaallah PAS akan beroleh kejayaan yg lebih besar.

YB, tolong sampaikan kepada pimpinan tertinggi PAS.

Anonymous said...

Salam.

PAS semakin lari dari landasan memperjuangkan Islam. Insyallah, selagi PAS berkawan dan menyanjung tinggi DAPig serta sering memaki hamun sesama Islam, selagi itu saya takkan undi PAS parlimen Pokok Sena walaupun sebelum ini saya lah antara pemuda atas pagar yang meminta sokongan kawan-kawan di Pokok Sena untuk mengundi YB.

Sekarang ternampak seakan-akan PAS pun dah macam UMNO, 2X5, 5X2, nakkan kuasa dan pangkat sahaja. Tolong tengokkan sama kawasan Pokok Sena, YB ADUN pun jarang nampak batang hidung, YB Parlimen apatah lagi. Politik pun politik jugak, tapi TANGGUNGJAWAB TETAP TANGGUNGJAWAB..

Sekadar teguran dari marhean Pkok Sena.

p/s: cukup pantang/rasa terhina bila tengok ahli dan pemimpin PAS bersuka ria bila pemimpin DAPig mempersendakan Al-Quran dengan bacaannya.

p/s2: JANGAN GUNA PENDEKATAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, kelak makan diri sendiri.

medalien_amir

Anonymous said...

aik... yb PAS pun ada jugak makan gaji buta???

Anonymous said...

Kalu wakil rakyat tak dibagi elaun, mesti depa xmau jd wakil rakyat.

Anonymous said...

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)[1]

unta said...

Dari Abu Hurairoh rodhiallohu ‘anhu, ia berkata: “Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Sesungguhnya Alloh itu baik, tidak mau menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Alloh telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin (seperti) apa yang telah diperintahkan kepada para rosul, Alloh berfirman, “Wahai para Rosul makanlah dari segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal sholih” (QS Al Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik yang telah Kami berikan kepadamu” (QS Al Baqoroh: 172). Kemudian beliau menceritakan kisah seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu. Dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: ”Wahai Robbku, wahai Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan (perutnya) dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin orang seperti ini dikabulkan do’anya.” (HR. Muslim)

Al Quds Travel said...

Salam YB

Mari Pakat Gi Jale

TIANJIN-BIEJING 6D5N
HARGA DARI RM360.00

pakmalu said...

salam.

Mahfus sebagai kawan...aku nampak hang dan mat sabu dah hilang teloq sejak PAS berkompromi dengan kapiaq harbi...sesekali jenguk2 lah pak mid marku...jgn jadi kacang lupa kulit..salam aku buat buat sabu....dan kwn2 yang masih berpelok dengan kapiaq harbi dulu yang sama2 mkn nasi bungkus di masriyah..

aku dan seramai kwn2 tidak lagi dapat bersama PAS yang banyak sangat menipu dan memutar belit...terutama EXCO hangpa si Phaholrazi mungkin cucu bomoh umno tu...yang melingkup PAS kedah diantara puak2 putar belit macam exci yang aku sebut..


wassallam...