Tuesday, June 30, 2009

Istilah baru BN ialah 'Bini Najib'

BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib'.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, "

Istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Tindakan itu merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, "

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, "

Monday, June 29, 2009

Kerajaan digesa beri biasiswa pada semua

Saya meminta kerajaan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang berjaya ke menara gading tanpa memperkenalkan konsep merit sepertimana yang dikehendaki menerusi 'Biasiswa Nasional'.

Kerajaan tidak rugi apa-apa untuk membiayai bidang pendidikan kepada keseluruhan bakal mahasiswa atau mahasiswi kerana mereka merupakan aset penting untuk membina sebuah kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Kerajaan tidak rugi untuk pelaburan itu kerana selepas berjaya mereka akan membantu pentadbiran dengan membangunkan negara ke arah yang lebih stabil dan baik. Saya rasa sistem merit tidak sesuai sebaliknya berikan pada mereka yang layak melangkah ke univesiti, "

Sistem merit dilihat kurang adil terutamanya pelajar yang datang daripada sekolah di luar bandar sedangkan mereka melepasi tahap atau syarat ke univesiti.

Tentunya terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar sekolah luar bandar dan dalam bandar kerana bergantung pada segi infrastruktur.

"Jika pelajar luar bandar berjaya melepasi syarat yang dikehendaki bagi kita mereka layak menerima biasiswa daripada kerajaan. Di sini pastinya terdapat perbezaan pencapaian mereka di luar bandar dan dalam bandar sedangkan mereka berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan. Tetapi kerana adanya merit mungkin pelajar ini terkandas daripada menerima biasiswa untuk membantunya membiayai pembelajaran di menara gading, "

Berlainan pula dalam dunia perniagaan seperti kontraktor di mana kerajaan memerlukan merit untuk memilih syarikat mana yang terbaik baru boleh mengamanahkan pelaksanaan projek yang ingin dilaksanakan.

"Merit dalam memberikan kontrak saya raya perlu kerana kita mesti memilih yang terbaik bukan yang kurang menyerlah dan kemampuan. Jika kita abaikan merit tersebut tidak hairanlah ada rosak atau runtuh dalam jangkamasa yang singkat, "

Umno mahu guna tentera menangi p'raya Manek Urai

Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul

Saya menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya. Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk.

Saya mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu. Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam.

video sidang akhbar di sini ( http://www.youtube.com/watch?v=0uJgyTuSpl0 )

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12,"

Walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional". "Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,"

Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera,"

Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,"

Friday, June 26, 2009

Jenazah bapa Naib Presiden PAS selamat dikebumikan

Bapa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi setelah menghembus nafas terakhirnya kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Allahyarham Haji Ayob Omar, 75 terlantar di hospital kira-kira tiga bulan yang lalu setelah mengalami kemalangan jalanraya.

Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Abdullah, 60, dan tiga orang anak serta 13 orang cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada pukul 11.00 pagi tadi.

Thursday, June 18, 2009

Minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

Saya ingin menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci,"

Friday, June 12, 2009

Takziah kepada keluarga Shukrey Hashim

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon Shukrey Hashim yang meninggal dunia pada 10 Jun lalu.

"Saya telah lama mengenali Allahyarham dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada dunia seni tanah air.

"Allahyarham merupakan seorang pelakon yang hebat dan teman yang baik,"

Rasa terkilan kerana tidak sempat untuk hadir ketika pengkebumian jenazah Allahyarham.

Shukrey Hashim, 55, meninggal dunia akibat penyakit kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan yang lalu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Hulu Kelang, Selangor

Wednesday, June 10, 2009

Cadangan Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

Saya mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Saya ingin menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. "Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting,"

Monday, June 8, 2009

Misi tawan Sabah dan Sarawak

Saya berazam untuk memastikan PAS berjaya menawan Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha untuk memperkukuhkan PAS di dua buah negeri itu perlu dipertingkatkan. Melebarkan pengaruh di dua buah negeri itu penting kerana Umno dan Barisan Nasional kini hanya mengharapkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan mereka dari tewas setiap kali pilihan raya umum.

"Menjadi misi saya setelah dipilih sebagai Naib Presiden untuk memastikan PAS dapat melebarluaskan pengaruh di Sabah dan Sarawak.

"Amat penting bagi kita mengukuhkan kedudukan di dua buah negeri tersebut kerana Umno/BN menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa,"

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang memberikan kepercayaan kepada saya.

Amat malang jika usaha pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini untuk meyakinkan masyarakat berbilang bangsa disia-siakan dengan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Monday, June 1, 2009

LAPAR SALAH, BUBAR KALAH…

PILIHAN raya Penanti yang akan berlangsung pada akhir bulan Mei ini di mana BN berusaha memperalatkan calon-calon bebas untuk menyerang Pakatan Rakyat. Isu rasuah dan sogokan cuba dibesar-besarkan oleh media untuk menjatuhkan calon Pakatan Rakyat. Inilah sikap pengecut BN yang takut untuk bertanding sendiri, tetapi masih mahu campur tangan terhadap perjalanan pilihan raya kecil tersebut. Amat memalukan apabila sebuah parti pemerintah tidak berani berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya. Kononnya, kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat, sedangkan penajaan calon-calon bebas telah menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan juga.


Kalau itulah alasan bodoh yang dibuat oleh BN, maka pilihan raya kecil di Manik Urai pada Julai nanti juga sepatutnya BN turut menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada PAS. BN boleh memberitahu rakyat bahawa kekosongan ini adalah permainan politik pembangkang, dan BN tidak mahu bertanding kerana mengelakkan pembaziran wang rakyat. Hakikatnya BN cukup takut berhadapan dengan rakyat. Mereka boleh memperalatkan SPR, SPRM, mahkamah dan institusi yang lain untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Tetapi BN tidak lagi dapat memperalatkan kesedaran rakyat untuk kepentingan dan survival politik mereka kali ini. Saya tidak tahu mengapa Khairy Jamaluddin menyeru rakyat supaya tidak keluar mengundi, tetapi saya tahu perbuatan itu adalah salah. Saya mencabar SPR bertindak ke atas perasuah politik Umno itu.


Kegusaran BN untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya begitu memuncak. Apa tidaknya, sudah empat pilihan raya mereka tewas. Tidak sanggup lagi mereka untuk tewas di Penanti, dan Manik Urai juga. Kalau keadaan ini berterusan, bagaimana DUN perak hendak dibubarkan. BN tidak akan dapat memerintah Perak dengan sempurna walaupun mendapat sokongan penuh daripada mahkamah! Mereka akan berhadapan dengan pelbagai kemelut dan krisis perlembagaan sehingga tidak ada pilihan lagi, melainkan membubarkan sahaja DUN Perak. Itu sahaja jalan yang ada untuk meredakan kekecohan politik di negeri tersebut. Tidak ada jalan lain lagi. Mahkamah mungkin boleh mengesahkan jawatan Zambry Kadir, tetapi belum tentu ia dapat menghilangkan keresahan Zambry dalam mentadbir Perak.

Ditelan mati mak, diluah mati bapa! Itulah konflik jiwa yang dihadapi oleh BN di Perak. Hendak dibubar takut kalah, hendak teruskan tidak boleh memerintah. BN tidak sanggup untuk berhadapan dengan rakyat dalam suasana politik hari ini. Inilah pertama kali dalam sejarah politik di Malaysia, peralihan kuasa pemimpin tertinggi tidak memberi kesan kepada kemahuan rakyat untuk berubah. Dahulu, ketika rakyat marahkan Tunku Abdul Rahman pada 1969, Tun Razak menyelamatkan keadaan pada 1974. Apabilan Tun Hussein Onn berhenti pada 1981, rakyat memberikan mandate kepada Dr Mahathir pada 1982, bahkan kemarahan rakyat pada Dr Mahathir pada 1998 reda serta-merta pada 2004 apabila Pak Lah mengambil alih kuasa pada 2003. Tetapi nampaknya nasib ini tidak berpihak kepada Najib Razak. Semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja BN kalah beberapa kerusi, bahkan mencipta sejarah pertama kali BN kalah sebelum bertanding.


Najib semahu mungkin tidak mahu lagi ada pilihan raya sehingga tamat penggal ke-12 ini pada 2013. Dia agaknya berdoa panjang supaya dipercepatkan tahun 2011 supaya tidak ada lagi pilihan raya kecil. Tetapi Allah mentakdirkan sebaliknya apabila pilihan raya demi pilihan raya berlaku. Ketika pilihan raya Penanti belum selesai, tiba-tiba ADUN Manik Urai pula meninggal dunia. Nasib baik dua pilihan raya di Selangor (Bukit Lanjan dan Kota Alam Shah) tidak jadi diadakan. Jika tidak, Najib akan terus bersedih. Agaknya terkena sumpah hantu Altantuya perdana menteri baru kita ini.

Menyedari hakikat ini, BN nampaknya tidak rela untuk berpilihan raya di Perak. Mereka bukan sahaja tidak mahu membubarkan DUN, tidak mahu juga berpilihan raya. Mereka mahu kekecohan politik dihentikan segera. Mereka tidak mahu lagi sebarang provokasi yang boleh menghangatkan politik Perak. Mereka berusaha sekeras-kerasnya untuk menyekat kebangkitan rakyat Perak. Setelah DUN tidak berani bersidang, maka BN menggunakan polis untuk menghalang sebarang bentuk bantahan politik dan desakan DUN dibubarkan. Kini di Perak, berbaju hitam salah, mogok lapar salah, berpuasa sunat salah, bersolat hajat salah… pendek kata semuanya salah. Lapar salah, bubar kalah…jadi BN serba salah.


Apalah salahnya rakyat untuk memakai baju hitam di Perak. Apa bezanya baju hitam dengan baju biru atau baju hijau? Mengapa begitu ditakuti baju hitam itu sehingga pemakainya ditahan. Apalah salahnya rakyat mahu berlapar atau berpuasa sunat sehingga orang-orang menyertai mogok lapar itu ditangkap. Adakah berlapar itu satu kesalahan dalam undang-undang di Negara ini sehingga polis begitu rakus diperalatkan. Tidak pernah kita dengar di mana-mana pun bahawa berlapar itu salah, bahkan orang Islam setiap tahun, sebulan wajib berlapar. Berlapar itu ada manfaatnya, tetapi BN lebih lebih besar mudharatnya. Mereka menggunakan mufti dan bekas mufti yang berada di luar negeri untuk membuat fatwa kononnya berlapar itu haram hukumnya.

Memang memudharatkan diri itu haram hukumnya, tetapi kalau itulah caranya untuk menghentikan kezaliman atau mendapatkan semula keadilan, bukankah langkah seperti itu wajib dilaksanakan. Bukankah Islam membenarkan kita mengorbankan jiwa dalam perperangan untuk menegakkan keadilan Islam, maka mengapa pula berlapar untuk keadilan dan kebenaran tidak boleh. Lagipun, di kalangan umat Islam mereka hanya diarahkan berpuasa dan bersolat hajat sahaja, maka mengapa berpuasa itu dikatakan haram. Adakah halal kerajaan melakukan kezaliman ke atas rakyat, dan adakah harus seorang mufti berdiam diri terhadap kezaliman itu? Maka, apabila mufti sudah kehilangan arah, tidak salah rakyat memilih untuk berlapar demi keadilan. Mufti sepatutnya tidak menjadi alat dalam soal ini. Jangan kerana segenggam gaji atau sebuah kereta, mufti sanggup menjual agama daripada menyatakan kebenaran.


Hakikatnya bukan lapar itu salah, tetapi bubar itu kalah! BN tidak sanggup untuk membubarkan DUN Perak dalam apa keadaan pun. Najib tidak mahu dimalukan lagi. Beliau berusaha sekaras-kerasnya untuk menutup kejalangannya dalam melakukan rampasan kuasa di Perak, sehingga saban hari membesarkan isu komunis. Kerana terlalu takutkan kalah dalam pilihan raya, maka apa sahaja tindakan Pakatan Rakyat yang boleh membangkitkan kesedaran rakyat Perak dianggap salah. Sesiapa pun tidak boleh berbaju hitam, berlapar atau berpuasa demi keadilan di Perak, melainkan semuanya dianggap salah. Inilah politik demokrasi Gestapo BN yang kini sedang dihantui oleh baying-bayang Altantuya!

KDNK menguncup

Najib telah berbohong kepada rakyat bila sebelum ini membuat kenyataan negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.

Saya mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Najib dengan memotong gaji Perdana Menteri itu sebanyak RM10.00.

"Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara.

"Dato' Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila Dewan Rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti,"

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

Perdana Menteri telah mengakui KDNK negara akan mengalami pengucupan sebanyak 4 hingga 5 peratus sepanjang tahun ini.

Sebelum ini Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), menjangkakan ekonomi negara akan mengalami kemelesetan teknikal.

Keadaan ini jelas beliau membuktikan slogan Satu Malaysia Najib gagal kerana pencapaian negara telah meleset.

Saya juga ingin mendesak supaya kerajaan menyediakan satu kertas putih untuk dibahaskan di Parlimen mengenai keadaan ekonomi negara kerana apa yang dijelas oleh Najib hari ini tidak dibahaskan secara khusus.

"Bagaimana ia akan pulih jika suka pertama dan kedua sudah mengalami pengucupan yang teruk?"

Saya bersetuju jika ada cadangan supaya menteri kewangan ditukar.

Saya ingin menegaskan perlunya seorang menteri kewangan yang bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan pihak lain.

Justeru, sata ingin mencadangkan kerajaan agar tidak mengharapkan ekonomi dunia pulih sebaliknya perlu berusaha sendiri bagi mengatasi masalah ini

Saya minta Muhyiddin kaji semula keputusan had ambil subjek SPM

Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Saya mengharapkan kerajaan terutamanya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula kesan negatif terhadap keputusan itu. "Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa, berapa kerat sangat mereka yang ambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang daoat 20, tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang dapat 20 A,"

Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran

"Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 mata pelajaran kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya,"

Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek.

"Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya.

"Kita lihat sahaja keputusan kerajaan menarik kembali bantuan perkapita SAR ketika kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, akhirnya hanya kerana alasan SAR sarang pembangkang, ini satu helah yang kita akan lihat selepas ini buktinya, ini persepsi yang tak dapat dihalang,"