Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia.
"Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.
Saya menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.
"Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya,"
Saya mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR). "Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia,"
4 comments:
Betul tu YB,kalu kita bagi pemimpim umno ni perintah Amarika pun boleh bankrup.
betul tu ijoks2009.
tak caye.
tengok kat selangor mase penyapu jadi ketua pemerintah. sama naik ngan bini sekali songlap dan holiday-spree ke disneyland!
lepas tu muke selamba dek je tunjuk kat semua orang, macam duit makbapak dia dibuatnye.
DASAR KAKI SAPU!!
apa? ingat semua ahli United Malay National Organisation ni sokong tak belah bagi ke ke-najib n de geng??
mimpi disiang hari-la.
selagi ada muka2 macam sikhir penyapu dan yang sewaktu dengannya, boleh kirim salam la.
kita ni masih bertahan ni disebab kan ada orang macam Ku Li je. tidak tu lama bungkus dah United Em NO ni.
___________________
qariah kg bermban
UMNO di bagi emas segunung pun abih.
http://politikkini.blogspot.com/
Bagus la kalu Amerika bankrap...
Post a Comment