Friday, April 24, 2009

Memorandum Kepada Majlis Raja-Raja

Satu memorandum akan dihantar kepada Raja-Raja Melayu memohon mereka mengatasi krisis kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini semakin dipersoalkan

"Ke mana-mana sahaja kita pergi sekarang, rungutan utama rakyat ialah tentang kewibawaan Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri.

"Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun mengarahkan anak didiknya membersihkan nama, Najib tidak boleh buat-buat pekak lagi.

"Persoalannya, kalau tidak ada yang perlu dibersihkan, tidak mungkin Dr Mahathir suruh Najib bersihkan namanya,"

akan mengajak kesemua badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin kepada nama baik negara ini supaya bersama-sama menandatangani dan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ihsan Raja-Raja Melayu amat diharapkan supaya rakyat negara ini tidak terus mempunyai Perdana Menteri yang dipertikaikan nama baiknya.

"Kita yakin, Raja-Raja Melayu tentulah meletakkan nama baik negara ini sebagai keutamaan teratas.

"Tidak penting sama ada mereka ada agenda atau tidak, tetapi tindakan akhbar Perancis, Liberation dan akhbar-akhbar lain di serata dunia memburukkan nama Perdana Menteri dan menuduh beliau terlibat dalam kes rasuah dan pembunuhan amat memalukan negara ini,"

Lebih memalukan lagi, ialah sikap Perdana Menteri yang langsung tidak kelihatan bersedia mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar tersebut.

"Sebelum ini, banyak pihak yang merayu dan menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar tersebut di negara mereka sendiri. Tengku Razaleigh Hamzah malah menunjukkan bukti bagaimana beliau memenangi perbicaraan ketika mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar yang memburukkannya di negara mereka sendiri.

"Tetapi, Najib tetap tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan nama negara ini semakin busuk malah menurut Dr Mahathir ada yang menuduh negara kita negara pariah,"

Campur tangan raja-raja Melayu sangat diharapkan kerana rakyat dan negara ini tidak sanggup lagi dituduh pariah semata-mata kerana keengganan Perdana Menteri mengambil tindakan membersihkan namanya

5 comments:

Kimanis said...

yang duk membusukkan nama negara cuma puak puak pembangkang je. surat kabar yang pembangkang agung-agungkan tu pun talibarut anwar, penulis yang kau cakap tu pun seorang gay. najib bukan macam juak pembangkang. semua benda nak di saman. bende-bende ni semua permainan politik kotor yang diketuai anwar iberahim. najib lagi pentingkan keaadaaan keselamatan dan ekonomi negara dari politik kotor ini.

Anonymous said...

Biasa ke Kimanis Melayu ni byk dengkinya. Kalu Najib naik di kata mcm2. kalu muhyiddin pun sama. naik aje Anwar suma akan ok. xpun YB Mahfuz naik. biasa la Melayu. xde kesepakatan dan saling mendengki. Penat sehh main dgn puak Melayu ni.. bg la can mamat tu perintah negara. baru beberapa hari dh kata mcm2. mcm ampehhhh!!!

Anonymous said...

adalah menjadi tanggungjawab PM untuk membersihkan tuduhan-tuduhan keatas beliau. secara logiknya, bila anda difitnah maka jawab tuduhan itu bukan membiarkan ianya berlarutan tanpa ada sudahnya. kalau PM atau 'KIMANIS/ANONYMOUS' difitnah secara politik maka jawab secara politik...buat sidang akhbar dan saman!!!

ANONYMOUS!
apakata kata kalau ucapan anda itu saya terbalikan.."bagilah can mamat (pakatan rakyat) tu perintah negeri belum pun 5 tahun dah daha kata mcm2. mc ampehhh!!!

Anonymous said...

najib got no "balls", coward!
kalo dakwaan terhadap najib 2 x benar..saman la akhbar2 tue..ni x diam jer..

Keriang Menora said...

1. Pandangan saya mudah. Siapa yang menjaja keaiban seseorang maka akan tiba masanya ia akan diaibkan.

2. Adakah media asing lebih arif tentang negara kita dan kita perlu tunduk kepada dakwaan mereka. Pokoknya kita cukup rapuh dan sering tunduk dan percaya kepada dakwaan asing. Bagaimana jika ketika PAS memeritah kelak hal yang sama berlaku.

3. Kita Islam maka kita diselimuti oleh ajaran itu. Mencela bukan budaya Islam. Mengaib bukan budaya islam. PAS tidak perlu ikut budaya UMNO. PAS mesti mempamerkan ciri-ciri dan peribadi islam dalam semua tindak-tanduknya. Saudara semakin lupa kekalahan saudara dalam pilihanraya ke 11. Sebahagian kecil pengundi Pokok Sena yang menyumbang kepada kemenangan saudara adalah berdasarkan kepada hala tuju kepimpinan Islam. Namun sikap dan peribadi lama masih saudara teruskan.

4. Siapa pencanang keburukan kepimpinan Malaysia? UMNO? PAS? Keadilan? atau DAP? Siapa pendokong media asing? PAS jangan menjatuhkan hukum kepada pemimpin berasaskan kacamata asing. Jika Najib bersalah, Allah jauh lebih maklum dan dia tidak akan terlepas dari azab dunia.

5. Sebagai pengundi Pokok Sena, saya ingin mengingatkan saudara bahawa yang mengundi saudara bukan Ahli Pas Sahaja.

6. Berbahas dengan roh Islam, kepimpinan yang boleh dicontohi kerana keperibadian dan watak yang terpamer. Maki hamun dan angkuh bukan cara Islam.