Friday, March 13, 2009

50,000 kakitangan awam masih dalam skim kontrak, atasi buang kerja

Kerajaan digesa untuk mengesahkan jawatan tetap kepada 50,000 kakitangan awam yang kini berkhidmat dalam skim kontrak.

"Apa salahnya kerajaan 'mengconfirmkan' hampir 50 ribu yang berada dalam kontrak sekarang ini. Sekarang ini kita sudah ada hampir 50 ribu kakitangan awam yang berada di dalam skim kontrak ini.

"Jadi kenapa kita tidak confirmkan ini, kita hendak tambah lagi yang lain sedangkan saya katakan bahawa saiz perkhidmatan awam kita telah terlalu besar,"

Sepatutnya kerajaan menyediakan peluang pekerjaan daripada sektor awam termasuk sektor-sektor yang boleh menjana pendapatan negara termasuk boleh menambahkan peluang-peluang pekerjaan lain.

"Begitu juga saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha ini untuk mengatasi masalah buang kerja ini ialah Felda boleh membuka rancangan baru daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh Felda Plantations sendiri.

"Buka kawasan baru, beri peluang kepada mereka ini yang dibuang dan diberhentikan kerja malah ini akan memberikan satu jaminan masa hadapan kerana mereka bukan sahaja dapat pekerjaan tetapi dapat memiliki tanah dengan satu keluasan untuk masa hadapan keluarga mereka.

"Sampai bila latihan kemahiran? Berapa bulan? Selepas training, latihan, dia hendak buat apa? Dia kena buang kerja. Hendak pergi kerja, kilang pun tutup, industri pun tutup. Kilang mana yang hendak ambil dia bekerja? Jadi ini isunya.

"...akan tetapi sekarang sudah kena buang kerja, kemudian hendak kursus, hendak pergi buat latihan. Jadi saya tidak nampak bagaimana dan berapa lama kita boleh menampung mereka dengan bayaran RM800 kepada yang sudah berkeluarga,"

2 comments:

Anonymous said...

Sy lantik YB jd PM la.. senang2 skit YB laksanakan tugas YB

Anonymous said...

assalamualaikum,

Saudara Mahfuz saya amat bersetuju nsengan artikel ini. Bukan sahaja di dalam kerajaan tetapi juga dengan pekerja syarikat GLC kerajaan. Isu ini kena bangkit di dalam parlimen disebabkan ejen-ejen UMNO kat kampung-kampung iaitu KEMAS ialah pekerja kontrak kerajaan seumur hidup. Berkaitan pekerja kontrak di dalam GLC yang non-executixe pula sampai bertahun-tahun masih kontrak,jika pekerja kontrak ada masalah displin jangan sambung kontrak. Kebanyakan ini terjadi di dalam syarikat GLC multinasional yang tiap-tiap tahun untung berbillion-billion. Minta saudara bahaskan di dalam parlimen kerana pekerja kontrak dikategorikan sebagai pekerja sementara yang bila-bila masa akan ditamatkan kontrak untuk mengurangkan kos.