Sunday, March 29, 2009

Kepimpinan Umno : Kemenangan ' Pakej Ransangan Rasuah'?

Barisan kepimpinan Umno yang diterajui Presiden yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak didakwa sebagai kemenangan 'Pakej Ransangan Rasuah'
"Ini bukan 'Pakej Ransangan Ekonomi', tetapi ini Pakej Ransangan Rasuah, kerana dikepalai oleh orang yang tidak dibersihkan dakwaan rasuah,"

Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan yang menang memandangkan katanya semuanya hampir mewakili kumpulan yang sama.

Walaupun katanya ada dikalangan mereka yang dipilih hingga kini dilihat bersih imejnya, namun tidak dinafikan mereka juga akan menerima persepsi 'rasuah' kerana berada dalam satu kapal yang sama.

Mengulas pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden, saya ingin menyatakan bekas Menteri Besar Johor itu juga tidak lepas dari persepsi dakwaan rasuah.

Ini kerana sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat dakwaan Muhyiddin ada mengupah ejen dalam pemilihan Umno yang dinyatakan ahli Parlimen Machang, Siafuddin Nasution di Parlimen sebelum ini.

"SPRM masih tidak membersihkan dakwaan itu, jauh sekali untuk menyiasat.Ini membuatkan persepsi rakyat semakin buruk kepada kepimpinan yang terpilih hari ini, dan mereka akan menggangotai kepimpinan kerajaan selepas ini,"

Selain itu beberapa ketua yang dipilih di peringkat sayap pula tidak terlepas dari kaitan dengan rasuah seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ini katanya melengkapkan apa yang disebut sebagai 'Barisan Pekej Ransangan Rasuah'

Reform Umno seolah untuk halalkan politik wang

'Reform' yang kononya mahu dilakukan dalam Umno hanya dilihat untuk menghalalkan amalan politik wang.

Hal ini dapat dilihat dengan pemilihan kepimpinan sayap-sayap Umno semalam yang memperlihatkan kelompok yang dituduh melakukan rasuah dipilih menjadi pemimpin sayap.

Pemilihan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana dakwaan rasuah.

"Pelik bagaimana Khairy yang diberi amaran boleh menang,maknanya semacam ada kelebihan apabila beliau dikaitkan dengan rasuah sebelum ini apabila perwakilan memilih beliau,"

Kelihatan perwakilan pula menyambut kemenangan Khairy dengan bangga, sekaligus membawa makna mereka bangga dengan imej yang memnbayangi Ketua Pemuda Umno itu.

"Jika di luar negara calon yang dikaitkan dengan rasuah pastinya jatuh dan tidak dapat bertanding, tetapi di Malaysia ia sebaliknya calon sedemikian menang dan bangga dengan kemenangannya,"

Di peringkat lain pula termasuk Wanita Umno, dakwaan rasuah tetap membayangi pergerakan ini memandangkan Tun Mahathir Mohamadada menyatakan siapa sahaja yang terpilih selaku Ketua Wanita,semuanya tidak lari dari dakwaan ini

Dengan kemenangan beberapa muka yang dikaitkan dengan rasuah, akhirnya janji 'reform' yang ingin dilakukan Umno akan hanya memberi persepsi bahawa mereka 'menghalalkan' amalan tersebut.

"Generasi mudayang mewarisi kepimpinan mereka adalahj kalangan yang ada kaitan dengan amalan yang sebati dengan Umno,"

"Jika kakitangan kerajaan yang dikaitkan rasuah pastinya akan dikenakan tindakan dan bukannya amaran, tetapi Umno kebal dalamhal ini dan akhirnya yang dikaitkan dengan rasuah pun boleh menang,"

"Biarlah Razali yang memangku Ketua Pemuda kerana beliau tidak pun dikaitkan dengan hal ini,"

Sementara itu Dato' Mukriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda di tangan Khairy semalam menyatakamn ramai dikalangan ahliakar umno menyatakan kekecewaan di atasd kekalahan beliau.

Beliau sendiri bimbang dengan persepsi yang akan berlegar di kalangan rakyat akan apa yang sedanhg terpalit dengan Umno hari ini.

"Ada yang kecewa sebab saya kalah, ada yang sms kecewa, ada yang menangis, kecewa dan macam-macam, itulah perasaan dan kehendak ahli yang diakar umbi yang sebenarnya mewakili masyarakat setempat,"

Friday, March 27, 2009

Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Setiap tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.
2. Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah S.W.T.
3. Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran yang berfaedah terlebih dahulu.
4. Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.

Wednesday, March 25, 2009

Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

"Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik,"

Saya juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang

Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat,"

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi'

Cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini. Kegagalan ini juga adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri,"

Tuesday, March 24, 2009

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN

Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.

"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai,"

Ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu.

Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.

"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.

"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara,"

Rakyat sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily.net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog.

"Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.

"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily.net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita,"

Thursday, March 19, 2009

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib

Saya meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan,

"Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib,"

Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib.

Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk dan negara akan kehilangan kekayaan apabila Najib ambil alih pemerintahan.

Najib sendiri terlalu banyak dikaitkan dengan pelbagai skandal yang membuatkan kepercayaan rakyat dan negara luar kepadanya kini semakin berkurang.

Jika tindakan menghalang Najib berjaya dilakukan, rakyat akan menyanjung Abdullah sebagai negarawan.

"Masyarakat akan sanjung Abdullah kerana menghalang negara daripada diurus oleh orang yang tidak boleh diberi kepercayaan, maknanya dia akan dilihat oleh seorang negarawan dan walaupun dia buat itu ada personal interests tetapi masyarakat akan lihat ini satu kepentingan semua pihak,"

Friday, March 13, 2009

50,000 kakitangan awam masih dalam skim kontrak, atasi buang kerja

Kerajaan digesa untuk mengesahkan jawatan tetap kepada 50,000 kakitangan awam yang kini berkhidmat dalam skim kontrak.

"Apa salahnya kerajaan 'mengconfirmkan' hampir 50 ribu yang berada dalam kontrak sekarang ini. Sekarang ini kita sudah ada hampir 50 ribu kakitangan awam yang berada di dalam skim kontrak ini.

"Jadi kenapa kita tidak confirmkan ini, kita hendak tambah lagi yang lain sedangkan saya katakan bahawa saiz perkhidmatan awam kita telah terlalu besar,"

Sepatutnya kerajaan menyediakan peluang pekerjaan daripada sektor awam termasuk sektor-sektor yang boleh menjana pendapatan negara termasuk boleh menambahkan peluang-peluang pekerjaan lain.

"Begitu juga saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha ini untuk mengatasi masalah buang kerja ini ialah Felda boleh membuka rancangan baru daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh Felda Plantations sendiri.

"Buka kawasan baru, beri peluang kepada mereka ini yang dibuang dan diberhentikan kerja malah ini akan memberikan satu jaminan masa hadapan kerana mereka bukan sahaja dapat pekerjaan tetapi dapat memiliki tanah dengan satu keluasan untuk masa hadapan keluarga mereka.

"Sampai bila latihan kemahiran? Berapa bulan? Selepas training, latihan, dia hendak buat apa? Dia kena buang kerja. Hendak pergi kerja, kilang pun tutup, industri pun tutup. Kilang mana yang hendak ambil dia bekerja? Jadi ini isunya.

"...akan tetapi sekarang sudah kena buang kerja, kemudian hendak kursus, hendak pergi buat latihan. Jadi saya tidak nampak bagaimana dan berapa lama kita boleh menampung mereka dengan bayaran RM800 kepada yang sudah berkeluarga,"

Friday, March 6, 2009

Abdullah khianati negara serah tugas kepada Najib

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bertegas mahu menyerahkan tugas beliau kepada timbalannya dianggap satu pengkhianatan kepada negara.

Saya hendak menegaskan bahawa , Abdullah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal.

"Najib masih lagi belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah jadi kreadibilitinya dipersoalkan kerana terpalit dengan pelbagai isu. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya Abdullah menyerahkan tugas beliau kepada Najib kerana rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang penuh dengan skandal,"

Saya juga ingin menegaskan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri.

Selain itu, pelabur asing juga tidak akan datang ke negara ini jika Malaysia memiliki pemimpin yang dipertikaikan moral dan keupayaannya.

"Jika Abdullah tetap dengan pendiriannya untuk menyerahkan tugas kepada Najib maka kepimpinan negara akan diwarisi oleh pemimpin yang rasuah,"

Kepimpinan kerajaan yang ada hari ini jelas beliau banyak diwakili oleh pemimpin Umno - sebuah parti yang dikaitkan dengan amalan politik wang- jadi adalah malang bagi rakyat negara ini kerana memiliki pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menjelaskan bahawa tidak wajar bagi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas beliau kepada Najib sehingga timbalannya itu dibersihkan oleh undang-undang.