"Penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan mereka oleh rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu.
"Ketika harga pasaran minyak dunia kini berlegar RM40 setong berbanding RM140 setong sebelum ini dan harga arang batu telah menurun sejajar kejatuhan harga minyak dunia, rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan pada kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"Pembayaran tersebut melibatkan hampir 70 peratus daripada jumlah pembayaran TNB dan "bukan TNB yang menanggungnya tetapi pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".
Sepatutnya jauh lebih rendah kerana permintaan pengguna sudah berkurangan 10 peratus sejak Disember tahun lalu. "Malah, TNB sendiri pernah mengumumkan kemungkinan penutupan dua janakuasanya kerana permintaan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama poket dan hati rakyat terus disakiti semata-mata untuk membayar kepada IPP walaupun TNB tidak perlu langsung membeli kuasa yang mereka janakan,"
"Kerajaan sepatutnya mengemukakan rang undang-undang mengenai apa yang disebut 'unfair business and trade practices' untuk membolehkan perjanjian antara TNB dan IPP malah banyak lagi perjanjian lain yang merugikan rakyat dikaji semula,"
3 comments:
Kerajaan UMNO BN memang telah rakus telah membodohkan rakyat sebelum naik bil elektrik office saya RM1200 lepas naik tarif RM 1600++...lepas tuh diturunkan tak masuk akal macam ingat orang malaysia ni bodoh sgt turun hanya RM 43 saja sedangkan sebelum ini naik smp 10kali ganda.
Salam ziarah,,,sila lawati blog saya untuk muzakarah dan sila add blog saya...
Salam,
Saya x pasti samaada benar atau tidak.. tetapi ada sumber2 menyatakan TNB menangung kos loading and unloading kapal2 yg mengangkut arang batu yg dibeli semasa harga mahal dahulu. Adakah sebab ini diorg x nak turunkan lagi byk takrif bil. Decision yg diorg beli arang batu( harga mahal) ni adalah sebelum ekonomi down & kilang2 bermasalah. Lagi satu TNB terpaksa simpan lambakan arang batu yg dah dibeli dulu. (semasa arang batu mahal). Arang batu yg disimpan ini tidak digunakan lagi kerana kekurangan permintaan elektrik. Tapi adakah kerugian mereka perlu diserap oleh "RAKYAT"... Sepatutnya mereka kena planning la kan...So pikir2 la.
Post a Comment