Wednesday, February 25, 2009

Berbohong Satu Pengkhianatan

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.”
(Abu Daud)

Huraian
1. Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.
2. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafiq.
3. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

2 comments:

Anonymous said...

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.”
(Abu Daud)

Sebagai mana hadis dihuraikan YB, hadis ini memberitahu keburukan bagi umat Muhammad SAW tentang perbohong. Tidak kisah dari mana golongan, jadi kepada mereka yang mereka umat Muhammad mereka perlu sedar hadis ini.

Tak kisah sape pun, DSAI, Tok Jib, KJ ke, hangpa tu umat Islam. Sedarlah.. hangpa tu orang Islam.. dok atas dunia hangpa leh bermegah.. mati belom tentu dapat masuk surga..

asalbayu said...

Assalamu'alaikum YB Dato',

Nampaknya tak habis-habis puak-puak ni nak heret istana dalam pergolakan politik selepas BN alami tsunami menerusi PRU 8 Mac 2009 dan 2 PRK lalu.

Kini ketika sedang dalam persediaan bagi menghadapi 2 PRK di semenanjung dan satu di Malaysia Timur, selain Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 akan datang, UMNO 'buat cerita' lagi.

YB Dato' kena ingat, Ketua Penerangan UMNO Pokok Sena, Sobri Sudin tu pernah 'buat taik' dengan Koperasi Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad (KOPEN) masa dia jadi SU Akhbar Dato Seri Syed Razak yang duduk di kerusi MB Kedah suatu ketika dulu.

Kalau nak cerita lebih lanjut boleh hubungi Hj MZ Halim Hassan (SU KOPEN: 012-4531224/013-4302154)atau Haji Samsudin (Bendahari: 013-4302549).

Cerita terbaru ialah mengenai kisah mencerca Sultan Kedah yang sedang hangat kini.

Sebenarnya puak-puak ni tak tahu atau lupa barangkali masa Tun DR Mahathir jadi Menteri Pelajaran dulu pernah TDM suarakan cadangan agar Maktab Mahmud ditadbir terus oleh Kementerian Pelajaran. Barangkali Tuanku Sultan Kedah masih ingat akan titah baginda ketika itu dengan agak sedih lebih kurang berbunyi "Beta nak buat apa pula?"

Kasihan baginda yang merasakan sudah ada rancangan nak rampas kuasa raja masa itu.

Kini ketika UMNO sedang bercelaru dan berbagai pihak sudah makin jijik dengannya mereka melaung konon nak mendaulatkan raja Melayu pula.

Kalau YB Dato' pergi atau lalu di Pekan Simpang Kuala ada kain rentang yang bermaksud demikian atas nama UMNO.

Anehnya hanya UMNO saja yang begitu lantang marahkan PR berhubung perkara ini. Mana suara MCA dan MIC serta parti-parti komonen BN yang lain?

Nampaknya UMNO macam nak tebus dosa dengan pihak istana setelah mereka beria-ia pinda perlembagaan bagi maksud menghapus imuniti raja-raja Melayu!

Barangkali YB Dato' lebih banyak maklumat. Saya sekadar nak beri input tambahan saja.

Sekian.