Terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu 'Digital Power Line' (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.
Dalam masa yang sama, kerajaan boleh terus memberi peluang perniagaan kepada TNB agar mereka boleh menyewa kepada mana-mana syarikat komunikasi yang menggunakan DPL ini. "Kaedah DPL ini menggunakan teknologi digital dengan menggunakan tenaga fiber optik sedia ada, tanpa perlu membina infra baru yang jauh lebih mahal,"
Sekiranya kaedah DPL ini digunakan, kerajaan dapat mengurangkan kos seperti kos pembaca meter, selain boleh membuat kaedah 'top up' seperti telefon.
Dengan menggunakan projek TM ini, aliran kewangan negara akan ke luar kerana terpaksa membeli peralatan dari luar, sedangkan kerajaan tidak perlu berbuat demikian jika memanfaatkan kaedah DPL.
"Apabila kita membeli peralatan dari luar, kita terus menjadi pengguna teknologi, sedangkan teknologi kita ada. Mengapa tidak kita membangunkan teknologi? Memang 'High Speed Broadband' itu perlu, tetapi ia tidak menyeluruh berbanding DPL yang lebih menyeluruh,"
6 comments:
salam yb, ana nk jgk tau sikit2 pasal DPL ni, dia guna power line tnb atau guna fiber optic cable kat tiang kuasa tinggi tnb tuh?
or ataupun gateway internet yang masuk dlm negara kita.. terima kasih..
akum syed, kalau taq silap saya...Digital PowerLine (DPL) merupakan salah satu teknologi dimana penghantaran data kepada pengguna dengan menggunakan satu line yang sama dengan elektik kuasa ke rumah, kilang, bangunan dan sebagainya.
Ciri2 dan Kebaikan DPL ialah,
1) dengan menggunakan Internet TCP/IP protocol, company yang menggunakan teknik DPL ini dapat menerima data dengan kelajuan 1Mbps.
2) Pengguna dapat meng'access' Web internet selama 24jam secara berterusan dengan syarat line kuasa mestilah sentiasa disambungkan.
3) Penggunaan panggilan suara talifon juga adalah percuma.
Teknik ini sedang diperluaskan di bahagian2 Eropah. Namun begitu.. yang saya tahu, teknik ini ada pro and cons nya dimana teknik ini tidak dapat lari daripada "noise power grid" dan juga wujudnya signal radio frequency (RF) yang tidak kita kehendaki.
sbb masa abang ana kerja tnb dlm awal 2000 dulu, ana dengar drp dia yg tnb sedang bt testing internet over power lines ni, tp smpi skrg x dengar cerita dah.
so, tnb dah ada la teknologi nie, mungkin x dpt lesen MCMC kot hehe..
noise dgn RF inteferens ni buatkan line x stabil ke?
salam YB
Ana tidak setuju bila YB kata fiber optik dah ketinggalan zaman. Kalau apa yg YB cadangkan kelajuan dia adalah 1 Mbps fiber optik minimum kelajuan dia adalah 4 Mbps dan kelebihan dia kurang inteferens berbanding dengan DPL ini. Bayangkan dengan keadaan sekarang bila power kabel asyk kena curi je.
salam Yb
saya rasa cadangan YB untuk guna power line sbg alternatif untuk fiber adalah sgt2 ketinggalan zaman. Yb kena faham, di Malaysia salah satu masalah yg dihadapi adalah kehilangan kabel copper. YB perlu buat penyelidikan lebih dahulu sblm bercakap ttg isu ini. Lgpun penggunaan power kabel lg banyak mslah berbanding fiber optik. Untuk tau lebih lanjut ttg fiber optik mgkn YB boleh rujuk kepada website www.corning.com. Ini adalah salah satu pembuat fiber optik yang termasyur. Skrg ni teknologi komunikasi semuanya akan berubah kepada penggunaan fiber optik. Mmg diakui penggunaan fiber optik lebih mahal, tetapi bukan barang nya yang mahal tetapi 'Active component' atau erti kata lain software nya yg mahal. Sbb apa mahal?? Sbb nk tukar signal yg bergerak dlm bentuk cahaya memerlukan alatan yg mahal.
Post a Comment