Wednesday, December 31, 2008

SPR perlu kuasa autonomi, Rashid 'akur' saranan pembangkang

Saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman subaya suruhanjaya itu mempunyai kuasa autonomi amat dialukan-alukan dan perlu diberi perhatian yang serius.

Di penghujung jawatan Rashid akhirnya dilihat mengakui bahawa SPR sebelum ini tidak cekap, telus, adil dan bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya sehingga menjejaskan prinsip demokrasi yang didukung oleh negara ini.

Secara tidak langsung cadangan beliau itu seiring dengan saranan yang pernah dikemukakan oleh parti-parti pembangkang untuk melihat proses pilihan raya umum dan kecil dijalankan secara adil dan saksama.

"Akhirnya apa yang kita tuntut dan dakwah selama ini tentang ketidak-cekapan SPR telah diakui sendiri oleh Rashid dan kita alu-alukan pandangan beliau itu.

"Kita mahu semua suruhanjaya tak kira kehakiman, rasuah ataupun SPR yang ada di negara ini dihormati dan diberi kuasa yang luas tanpa ada campur tangan atau sebarang gangguan eksekutif yang boleh merencatkan pilihan raya itu sendiri,"

saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat Rashid selama ini dan menghargai pandangannya yang mahu melihat suruhanjaya ini bebas.

Dalam pada itu saya menggesa supaya SPR dibawah kepimpinan yang baru dapat memberi 'tekanan' kepada pihak kerajaan supaya SPR dapat berperanan sebaiknya sekaligus membersihkan imej badan itu yang seringkali dikritik fungsinya dan mendapat bantahan besar daripada rakyat.

Merujuk peristiwa bersejarah yang perlu diingati SPR seperti yang berlaku pada 10 November 2007, apabila lebih 100,000 rakyat menyertai himpunan 'Bersih' kerana kecewa dengan peranan SPR selama ini.

Rashid yang bersara wajib hari ini dilaporkan berkata pemberian kuasa autonomi itu perlu bagi memastikan SPR tidak dituduh sebagai 'alat' kepada kerajaan untuk memenangi mana-mana pilihan raya.

"Kita perlu mengkaji semula fungsi SPR supaya tiada lagi tuduhan dilemparkan dan mempertahankan diri kerana sering dituduh 'tiada gigi'..kerana tidak boleh mengambil sebarang tindakan.

Wednesday, December 24, 2008

SURUHANJAYA PERLANTIKAN HAKIM KERAJAAN BN RAMPAS KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN PARLIMEN?

SETELAH Rang Undang Perbekalan 2009 yang dikatakan ’out of date’ diluluskan oleh Dewan Rakyat, minggu ini beberapa rang undang-undang baru telah dikemukakan oleh kerajaan sebagai ‘penutup’ kepada rancangan integriti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 2003. Ketika mula berkuasa pada akhir Oktober 2003, Abdullah Badawi telah berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan rasuah, meningkatkan integriti dan membangunkan modal insan. Pada awalnya, rakyat begitu teruja dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pendakwaan ke atas beberapa tokoh seperti Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia sehingga BN menang besar pada 2004.


Tetapi dalam masa empat tahun kemudian, rakyat sudah memerhatikan bahawa agenda integriti ini lebih bersifat retorik kerana Abdullah Badawi sendiri ’dikawal’ oleh Tingkat 4 JPM dalam pentadbiran beliau. Lebih memeranjatkan apabila menantunya dengan tiba-tiba menjadi jutawan dan orang yang paling berkuasa dalam dunia politik, pentadbiran awam, perniagaan bahkan sukan juga. Di mana-mana orang bercakap soal ketelusan dan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme pada zaman Abdullah Badawi. Selepas kalah teruk pada 2008, Abdullah Badawi cuba membersihkan semula dirinya dengan membayar ’ex-gratia’ kepada bekas hakim yang dipecat dan menubuhkan dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perlantikan Hakim (SPK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kita mengalu-alukan sebarang bentuk usaha kerajaan untuk menambah baik pentadbiran awam dan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan negara. Walau bagaimanapun, jika cadangan yang dikemukakan lebih bersifat kosmetik, bahkan mempunyai agenda yang lain untuk menambahkan cengkaman kuasa eksekutif ke atas cabang-cabang pentadbiran yang lain, kita tidak dapat menerimanya. Kerana saya sendiri mempunyai pandangan yang agak sinis dalam soal penubuhan SPK khususnya. Saya mendapat maklumat yang berbeza daripada draf asal yang dikemukakan oleh Datuk Zaid Ibrahim berkenaan perkara ini, berbanding dengan apa yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas. Agenda Datuk Zaid untuk membersihkan badan kehakiman nampaknya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri.


Kita tidak menolak sepenuhnya SPK kerana ia mungkin lebih baik daripada amalan sebelum ini. Tetapi kita mempersoalkan apakah fungsi sebenar SPK jika cadangan-cadangan mereka boleh ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri. Lebih teruk lagi, Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik ahli suruhanjaya ini yang membolehkan cengkaman Perdana Menteri diperkukuhkan di belakang dan di hadapan. Perdana Menteri juga diberikan kuasa besar untuk meminda Akta SPK ini tanpa melalui prosedur biasa. Memang menjadi amalan perundangan untuk memberi hak kepada Menteri bagi mewujudkan undang-undang kecil (by law), tetapi cara Akta SPK memberi kuasa kepada Perdana Menteri meminda undang-undang ibu (akta) sudah menunjukkan bahawa badan perundangan telah dibeli oleh JPM (buy law).


Isu pertama yang menjadi persoalan ialah kedudukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik hakim-hakim dengan nasihat Perdana Menteri. Nampaknya, Akta SPK yang memberi kuasa memilih calon hakim-hakim kanan termasuk Ketua Hakim Negara kepada SPK telah menyanggahi Perlembagaan. Dalam Perlembagaan, SPK tidak wujud, sebaliknya Perdana Menterilah yang berkuasa. Ini bermakna SPK dari sudut implementasinya adalah tidak kuat kerana Perdana Menteri secara wewenang boleh mengenepikan syor mereka berasaskan kuasa mencadang itu hak mutlak Perdana Menteri.


Bukan pertama kali pandangan suruhanjaya dibakulsampahkan di negara kita. Kita tentu masih ingat bagaimana nasib cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM dahulu. Bukankah cadangan suruhanjaya ini dipandang serong oleh kerajaan? Apakah pula nasib SPK nanti? Adakah nama yang dikemukakan oleh SPK diterima oleh Perdana Menteri sedangkan akta itu menyebut Perdana Menteri tidak terikat dengan cadangan itu. Atau, apakah akan berlaku jika ada pihak yang mencabar akta ini serta perlantikan hakim di mahkamah kerana prosesnya bertentangan dengan Perlembagaan. Bukankah ini bakal memalukan Yang di-Pertuan Agong kelak?

Kita harus sedar bahawa Akta SPK telah membesarkan lagi kuasa Perdana Menteri dalam soal perlantikan hakim. Dahulu Perdana Menteri hanya mencadangkan nama kepada Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Tetapi, Akta SPK bukan sahaja memberi hak kepada Perdana Menteri untuk menolak atau tidak terikat dengan syor SPK, bahkan keahlian SPK itu sendiri dikuasai oleh Perdana Menteri. Daripada sembilan ahli, empat daripadanya adalah ahli kerana jawatan, manakala lima lagi dilantik oleh Perdana Menteri setelah berunding tanpa terikat dengan Majlis Peguam. Dalam kata lain, Perdana Menteri berkuasa sepenuhnya ke atas SPK melalui kuasa lantikan ini sehingga ia tidak lagi menjadi suruhanjaya yang bebas.


Adakah empat orang hakim kanan dalam suruhanjaya ini ’sanggup’ berbeza pendapat dengan Perdana Menteri kerana lima lagi anggota SPK itu adalah ’orang Perdana Menteri’. Lima orang yang dilantik itu pula lebih kritikal kedudukannya kerana Seksyen 9(1) akta ini memberi kuasa kepada Perdana Menteri memecat mereka bila-bila masa tanpa perlu diberikan apa-apa sebab. Bukankah peruntukan ini bermaksud hidung lima orang itu telah ’dicucuk’ oleh Perdana Menteri? Jika mereka mahukan status quo mereka dalam SPK kekal, maka mereka mesti mencalonkan ’orang yang digemari Perdana Menteri’ untuk menjawat jawatan hakim kanan. Apakah erti semua ini? Apa bezanya dengan cara lama yang memberi kuasa terus kepada Perdana Menteri? Apakah benar ia sekadar kosmetik politik sahaja? Bukankah akta ini sekadar kosmetik politik sahaja?


Lebih aneh lagi apabila Seksyen 37 Akta SPK memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk meminda mana-mana bahagian dalam akta ini bagi memperkemaskannya dalam masa dua tahun tanpa perlu melalui proses Parlimen. Ini bermakna hak Parlimen membuat undang-undang telah dirampas oleh Perdana Menteri secara wewenang. Kita tidak tahu apa nasib akta ini dalam tempoh dua tahun kerana Perdana Menteri berkuasa mengubah, meminda atau tidak mengguna pakai mana-mana peruntukkannya jika didapati tidak sesuai oleh Perdana Menteri. Ini adalah sesuatu yang amat ganjil kerana undang-undang ibu boleh dipinda oleh seorang individu. Maka di manakah hak 218 orang wakil rakyat dan 69 senator dalam soal ini. Lebih terjejas ialah hak Yang di-Pertuan Agong sebagai salah satu komponen Parlimen. Pindaan cara ini telah melanggar proses perundangan biasa.


Rakyat harus sedar dan faham bahawa amalan demokrasi menghendaki cabang-cabang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman dipisahkan. Kita mengamalkan demokrasi yang melantik eksekutif di kalangan ahli perundangan dalam konsep pertindanan kuasa. Pemisahan kuasa bertujuan supaya setiap cabang pentadbiran awam telus dan saling mengimbangi. Tetapi dalam akta SPK yang baru ini, Kerajaan BN melalui kedudukan Perdana Menteri selaku ketua eksekutif telah membolot semua kuasa. Perdana Menteri hari ini atau selepas mac 2009 diberi kuasa meminda undang-undang tanpa melalui Parlimen, kemudian PM jugalah yang berkuasa melantik hakim-hakim yang disukainya untuk memimpin badan kehakiman sehingga Yang di-Pertuan Agong pun kehilangan kuasa. Nampaknya cara Perdana Menteri mewujudkan integriti ialah dengan memasukkan semua institusi pentadbiran awam ke dalam ’kocek’nya!

Kenyataan Wan Farid

Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang 'nanar' setelah diisytiharkan menjadi calon baru-baru ini.

Beliau menuduh PAS mengalami 'masalah dalaman' berikutan banyaknya cadangan-cadangan calon yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

"Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calon ini, Mursyidul Am hendak calon itu, Pesuruhjaya hendak calon yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman, " kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.

"Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kaliber, pemuda pandang orang ini kaliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

"Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calon yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,"

Siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tinggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk negara.

Sebab itu akhirnya PAS akan bulatkan keputusan kepada satu calon sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu.

"Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukakan kepada rakyat,"

Menang lawan Utusan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada saya

Saya, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan. Image

Saya mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Saya mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Saya yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah

Dewan Negara digesa tolak SPK

Walaupun telah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2008, saya tetap berharap Dewan Negara menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 (SPK).

"Keadaan boleh diselamatkan jika Dewan Negara menolak rang undang-undang itu. Ahli-ahli Dewan Negara mesti mengambil kira pelbagai kebimbangan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad terhadap rang undang-undang itu,"

Dewan Negara, mesti mengambilkira bahawa rang undang-undang itu akhirnya boleh menyebabkan keputusan dan institusi Yang di-Pertuan Agong dipertikaikan secara terbuka.

"Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk memperbaiki kedua-dua rang undang-undang itu, tetapi ditolak begitu sahaja,"

"Fasal 37 SPK memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan meminda, memotong, menambah, mengganti, melakukan pengubahsuaian, perubahan, pengubahan dan memutuskan mana-mana peruntukan sebagai tidak boleh dipakai dalam Akta SPK dalam tempoh dua tahun pertama.

"Ia jelas merupakan tindakan merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mencabul Perlembagaan kerana kuasa sedemikian yang diberikan kepada Perdana Menteri secara terang-terangan menceroboh dan mencabul konsep demokrasi berparlimen,"

Menurut sistem demokrasi berparlimen negara ini, penggubalan atau pindaan sesuatu undang hendaklah mendapat kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

Saya sifatkan fasal tersebut amat berbahaya kerana ia akhirnya akan mencabul konsep pemisahan kuasa di negara ini.

"Katakan Perdana Menteri tiba-tiba merasa Fasal 2 SPK yang mendukung kebebasan badan kehakiman perlu dipotong atau diputuskan sebagai tidak boleh dipakai, ia akhirnya akan menghancurkan kebebasan badan kehakiman,"

Thursday, December 18, 2008

Pengayuh Jerit wira rakyat dan negara

Saya menyifatkan kumpulan pengayuh berbasikal di kalangan aktivis Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) adalah wira rakyat dan negara.

Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga hari ini tiba di Parlimen membuktikan mereka wira rakyat.

Penyerahan memorandum Jerit kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

Antara ahli Parlimen yang hadir ialah, Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Tian Chua (KeADILan-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang); Dr Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) dan Senator T Murugiah yang mewakili Perdana Menteri.

Sebelum itu polis membenarkan 30 peserta program berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.

Penyokong program anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) tersebut berkumpul, bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan menyatakan sokongan mereka.

Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang ke bangunan tersebut.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen.


Tuesday, December 16, 2008

Keputusan saman fitnah Mahfuz Omar 23 Dis depan

KUALA LUMPUR 16 Dis — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Dis bagi keputusan saman fitnah Anggota Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar terhadap Utusan Melayu Berhad dan ketua pengarang akhbar terbitan syarikat itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujahan peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Mahfuz, dan M. Reza Hassan bagi kedua-dua defendan mengenai isu jumlah ganti rugi yang patut diberikan dalam kes itu.

Mohamed Hanipa dalam hujahannya berkata jumlah RM100,000 ke RM300,000 adalah jumlah ganti rugi am yang munasabah.

M.Reza pula berkata mahkamah perlu memberikan jumlah ganti rugi yang nominal dengan mengambil kira faktor karakter dan sifat peribadi Mahfuz yang dikatakan lantang dan suka bertikam lidah.

Mahfuz, selaku plaintif, memfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Datuk Khalid Mohd dan penerbit akhbar harian itu Utusan Melayu Berhad sebagai defendan-defendan. - Bernama

Monday, December 15, 2008

Bimbang SPRM jadi pelindung rasuah

Saya bimbang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berulang menjadi pelindung rasuah dan akhirnya digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia

"Tidak ada pembaharuan untuk membasmi rasuah. Tidak ubah hanya tukar baju sahaja kepada badan yang sama,"

SPRM hakikatnya sama seperti Suruhanjaja Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang hanya boleh memberikan nasihat kepada Perdana Menteri yang tidak ada keazaman politik untuk memerangi rasuah dan akhirnya tidak dipedulikan oleh kerajaan.

"SPRM hakikatnya satu solekan sahaja untuk mengaburi mata umum seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) serius memerangi rasuah,"

Selain dari perlantikan anggotanya yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, ia hanya boleh menasihati Perdana Menteri dan mengemukakan laporan tahunan kepada Perdana Menteri. Image

"Kalau setakat mengemukakan laporan tahunan yang rata-rata tidak sempat dibangkitkan dalam Parlimen, ia bertaraf lebih rendah dari persatuan penduduk di sesebuah kampung.

"Sekurang-kurangnya persatuan penduduk kampung boleh juga melakukan tangkapan awam (public arrest) kalau ada pencuri atau penyangak masuk kampung mereka,"

SPRM, tidak ubah seperti projek gajah putih kerana kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara yang tidak boleh dipersoalkan di Parlimen.

"Kerajaan akan terus berlindung dengan kedudukan Peguam Negara yang biasanya dilihat sebagai penyelamat kuasa politik BN,"

Lebih dari itu, sukar untuk mempercayai Perdana Menteri akan bertindak menurut nasihat SPRM jika orang yang menjadi Perdana Menteri itu adalah Presiden Umno.

"Rasuah dalam Umno tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah banyak didedahkan oleh tokoh-tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Image

"Siapa pun yang menjadi Presiden Umno tidak boleh dipercayai sama sekali kerana parti itu sarat dengan tuduhan rasuah termasuk keengganan mengambil tindakan terhadap dakwaan rasuah yang begitu terbuka dan berleluasa dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu 2006 lalu,"

bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun pernah membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita bimbang SPRM akan mengulangi sejarah suruhanjaya diraja berhubung ke Datuk V K Lingam yang akhirnya tidak dipanggil royal commission tetapi royal circus,"

Tuesday, December 9, 2008

Keistimewaan Aidil Adha

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”

Riwayat Muslim dan Aisyah r.a

Huraian
i) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
ii) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
iii) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
iv) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
a) Bertawaf di sekeliling Kaabah- sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajarul Aswad .
b) Wukuf di Padang Arafah- sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
v) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

Tuesday, December 2, 2008

Orang Melayu miskin kerana siapa?

BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.

Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.

Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, maka lebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini.

Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah sosial juga. Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu?

Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat. Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa. Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang.

Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu.

Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa. Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu jangan terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja. Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera.

Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana. Mereka bercakap seolah-olah Pakatan Rakyat lebih mengutamakan orang bukan Melayu, tetapi Umno yang mempunyai kuasa yang lebih besar, langsung tidak mempedulikan orang Melayu.

Dalam keadaan seperti ini, dengan kegawatan ekonomi global, maka orang Melayu akan terus tersingkir daripada arus perdana. Orang Melayu paling miskin, paling ramai penagih dadah, paling ramai bermasalah sosial, paling tercorot dalam pendidikan dan sebagainya. Bahkan, kuasa politik orang Melayupun turut terjejas kerana permainan politik Umno.

Jika dalam tempoh 50 tahun sahaja, nasib orang Melayu sudah tidak menentu, bagaimana agaknya orang Melayu 50 tahun akan datang jika Umno terus diberikan kepercayaan. Orang Melayu mesti sedar hakikat ini dan data-data Jabatan Perangkaan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada ratusan masalah lain yang dihadapi sekarang.

Ayuh orang Melayu, membebaskan diri dari Umno, atau terus melayu!

Monday, December 1, 2008

PAS kutuk serangan di Mumbai

PAS mengutuk serangan yang berlaku ke atas tempat-tempat awam di Mumbai 27 November lalu.

Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam semalam.

PAS bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa serangan dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan India.

PAS tidak menyokong sebarang aktiviti keganasan terutama sekali kepada orang awam, namun mengingatkan kuasa-kuasa besar agar tidak menjadikan tindak-tanduk mereka menyemarakkan aktiviti keganasan.

"Kita tidak menyokong perbuatan pengganas, namun perlu diingatkan kuasa-kuasabesar seperti Amerika Syarikat lah yang melakukan tindakn mendiskrimiasi hingga wujudnya kelompok pengganas ini yang akhirnya membahayakan nyawa awam,"

PAS meminta masyarakat dunia terutamanya kuasa-kuasa besar seperti Amerika menghentikan tindakan berunsur diskriminasi terhadap negara kecil yang menyebabkan berlakunya keganasan.

Wednesday, November 19, 2008

Rasuah tertinggi, boikot sahaja pemilihan Umno Mac ini

Saya menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.

"Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang,"

"Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti,"

Kemungkinan Najib dan Abdullah terpaksa meletakkan calon yang boleh dipercayai iaitu Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib berikutan ketidakpercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Muhyiddin sangat dikenali sebagai orang kuat Abdullah, namun selepas mengkritik keras kepimpinan Abdullah dan menggesa peralihan kuasa disegerakan, akhirnya Muhyiddin kini bukan menjadi pilihan kepada dua pemimpin utama Umno masa kini.

Walaupun Muhyiddin mendapat pencalonan tertinggi bagi Timbalan Presiden, namun Najib sendiri pastinya merasai kehadiran Naib Presiden Umno itu sebagai orang nombor dua Mac ini, akan memberi tekanan kepadanya

Akhirnya, Najib sendiri terpaksa menggunakan dua orang kuat Abdullah (Muhammad Taib dan Ali Rustam) sebagai calon yang dirasakan tidak memberi tekanan kepadanya untuk mentadbir Umno penggal akan datang

Wednesday, November 12, 2008

Kerajaan dipersoal kos projek 'High Speed Broadband' tinggi

Kos perbelanjaan Projek 'High Speed Broadband' yang dijalankan Telekom Malaysia lebih mahal iaitu melebihi RM11 bilion, sedangkan terdapat kaedah lain yang jauh lebih murah dari itu.

Terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu 'Digital Power Line' (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.

Dalam masa yang sama, kerajaan boleh terus memberi peluang perniagaan kepada TNB agar mereka boleh menyewa kepada mana-mana syarikat komunikasi yang menggunakan DPL ini. "Kaedah DPL ini menggunakan teknologi digital dengan menggunakan tenaga fiber optik sedia ada, tanpa perlu membina infra baru yang jauh lebih mahal,"

Sekiranya kaedah DPL ini digunakan, kerajaan dapat mengurangkan kos seperti kos pembaca meter, selain boleh membuat kaedah 'top up' seperti telefon.

Dengan menggunakan projek TM ini, aliran kewangan negara akan ke luar kerana terpaksa membeli peralatan dari luar, sedangkan kerajaan tidak perlu berbuat demikian jika memanfaatkan kaedah DPL.

"Apabila kita membeli peralatan dari luar, kita terus menjadi pengguna teknologi, sedangkan teknologi kita ada. Mengapa tidak kita membangunkan teknologi? Memang 'High Speed Broadband' itu perlu, tetapi ia tidak menyeluruh berbanding DPL yang lebih menyeluruh,"

Monday, November 10, 2008

Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat
2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur).
3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.
4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki.

Wednesday, November 5, 2008

Najib biadap, 'rakus' langgari peraturan Parlimen

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak diselar kerana kebiadapannya secara 'rakus' dan 'bulldoze' melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini.

Bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli parlimen meminta penjelesan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

"Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit,"

Sewajarnya Najib menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.

"Ini tidak, kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara tetapi dalam masa sama mengemukakan langkah-langkah dan fakta-fakta baru.

"Mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama. Ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen,"

Sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.

"Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati,"

Monday, October 20, 2008

IPU , GENEVA


SEBELUM PERSIDANGAN


DI HADAPAN BLOK


BERBICARA BERSAMA WAKIL PARLIMEN MALDIVES


PERSIDANGAN

PENGUNDURAN BUKAN PERALIHAN KUASA

SEBELUM ini rakyat sudah dimaklumkan bahawa satu peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010 di mana Perdana Menteri akan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya sebagai pengganti. Ramai juga di kalangan pimpinan tertinggi Umno yang tidak berpuas hati dengan pelan peralihan ini walaupun ia telah dipersetujui oleh MT Umno. Dengan pelan ini, maka jawatan presiden dan timbalan presiden diputuskan untuk tidak dipertandingkan. Rungutan-rungutan pimpinan kanan Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya memberikan kesan besar kepada keputusan ini.

Ku Li telah lama diketahui sikapnya yang tidak begitu sebulu dengan Pak Lah. Beliau mula ’berbulu’ dengan Pak Lah apabila Presiden Umno meninggalkan Team B selepas pemilihan Umno pada 1987. Dalam pemilihan Umno pada 2004 dahulu pun, Ku Li bersuara juga untuk merebut jawatan yang telah lama diidamnya iaitu Presiden Umno. Kini Ku Li lebih bertenaga untuk merebut jawatan tersebut ekoran kelemahan pentadbiran Pak Lah dan seluruh kabinet BN yang terlalu banyak. Ku Li telah diakui oleh rakyat tentang jasa dan kebolehannya. Beliaulah yang membina Petronas, Bank Bumiputera dan beberapa institusi bumiputera yang lain, selain membina PWTC, Fleet Group, Hatibudi dan lain-laain untuk Umno. Cuma Ku Li sudah dilihat melewati zamannya.

Yang lebih aneh ialah apabila ahli-ahli MT Umno yang sama-sama bersetuju untuk jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan berebut-rebut menawarkan diri untuk jawatan tersebut. Ku Li sudah lama menyebut mahu bertanding jawatan Presiden Umno, sedangkan Najib Razak masih malu-malu. Tiba-tiba, orang kuat Najib, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Tetapi menarik diri selepas Pak Lah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno. Dikhabarkan penarikan diri itu adalah di atas desakan Dato’ Najib. Tidaklah diketahui apakah muslihat najib tetapi Zahid telah memperlihatkan sikap tidak menentunya ” sekejap nak sekejap tak nak ”, ini memungkinkan penyokong-penyokong Zahid akan hilang kepercayaan kepadanya. Kini jawatan Presiden Umno akan memperlihatkan petarungan yang sengit antara Muhyidin Yasin, Ali Rustam dan Mohammad Taib. Walaupun Najib tidak berkata sepatah untuk melawan Pak Lah, tetapi pengumuman Zahid Hamidi sudah cukup untuk menggambarkan senario sebenar. Kehadiran calon lain seperti Ali Rustam dan Nur Jazlan hanya kacau daun sahaja.

Muhyiddin Yassin dilihat lebih berpotensi untuk menjadi orang nombor dua, kerana beliua mendapat sokongan Tun Mahathir untuk membentuk persefahaman dengan Ku Li. Isunya sekarang ialah Pak Lah hanya akan berundur tetapi iddahnya sebagai Presiden Umno berakhir Mac 2009. Apa tujuan Pak Lah mengambil tempoh yang begitu lama untuk berundur daripada Presiden Umno dan Perdana Menteri. Apakah agenda politik Pak Lah dalam Kementerian Pertahanan? Ramai pemerhati politik yang mengaitkannya dengan isu Altantunya – kes yang akan didengar keputusan pendakwaan pada akhir Oktober ini. Bagaimana jika tiba-tiba nama Najib dikaitkan? Selamatkah Najib? Ada pemerhati mengatakan pengumuman tidak bertanding tidak menjejaskan hak Pak Lah. Ada benar juga, kerana Khairy Jamaluddin dihebohkan sedang menguasai Bahagian-bahagian Umno sekarang ini. Lagipun, jika Pak Lah bnar-benar berundur, bermakna Khairy juga akan diundurkan sama!

Sama ada regu Najib-Muhyidin atau regu Ku Li-Muhyiddin yang akan menjadi pilihan dalam pemilihan kali ini, isu yang timbul tetap sama. Ia bukan satu peralihan kuasa seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Adakah ia satu peralihan kusa? Tidak! Ia hanya peralihan individu pemimpin, sedangkan yang berkuasa tetap sama iaitu Umno/BN. Peralihan kuasa sepatutnya difahami sebagai peralihan daripada sebuah kerajaan yang lemah dan korup kepada kerajaan baru yang cekap dan telus. Jika yang beralih hanya individu, sedangkan dasar dan amalan politik parti pemerintah itu masih sama, maka ia tidak akan memberi sebarang makna.

Rakyat harus melihat pengalaman Thailand dalam peralihan ini. Dahulu rakyat memberontak sehingga berlaku rampasan kuasa kerana menolak penyelewengan Thaksin, tetapi apabila diganti oleh Samak, isu yang sama timbul. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ipar Thaksin, Somchai Wongsawat pula dikaitkan dengan isu rasuah. Sehingga hari ini Bangkok terus bergolak. Apa maknanya? Ia adalah satu peralihan individu yang berkuasa tetapi mengekalkan dasar dan amalan politik korup yang sama. Mereka dari kumpulan yang sama, yang sama-sama bergelumang dalam noda-noda politik yang kotor, jijik dan membusukkan. Jika kita menggilirkan antara mereka, pasti menghasilkan keputusan yang sama.

Peralihan daripada Pak Lah kepada Najib atau Ku Li tidak akan mencapai objektif untuk menarik semula sokongan atau keyakinan rakyat dan pelabur. Selama ini keyakinan diberikan kepada kerajaan, bukan individu pemimpin. Jika kita menukar pemimpin, tetapi mengekalkan kerajaan yang sama, bermakna kita akan terus berada dalam kapal yang sama Cuma berbeza nakhoda. Sedangkan yang tidak diyakini sekarang ialah kapal BN yang sudah bocor dan hampir karam. Siapapun yang menjadi nakhoda, dia tidak akan berupaya menyelamatkan keadaan. Langkah yang lebih bijak ialah bertukar kapal sekarang dengan memilih kapal yang lebih stabil, kukuh dan berkeupayaan untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Semua rakyat tahu, bahkan berkali-kali diungkitkan oleh parti-parti komponen BN yang lain bahawa Umno adalah parti yang bermasalah. Di dalamnya penuh dengan rasuah, penyelewengan, perkauman, salah laku, kezaliman, penindasan dan sebagainya sehingga rakan-rakan komponen mereka sendiri sudah jijik dengan Umno. Dasar-dasar dan amalan politik mereka sudah tidak relevan sekarang ini. Rakyat mahukan sebuah parti yang telus, cekap dan beramanah. Rakyat mahukan kerajaan yang adil dan berkebajikan. Rakyat mahukan pemimpin yang bertanggungjawab, berwawasan dan beretika dalam pentadbiran. Umno sudah kehilangan semuanya!

Peralihan kuasa yang sebenar dan bermakna untuk rakyat ialah peralihan yang melibatkan seluruh dasar dan amalan politik, bukan sekadar individu pemimpin. Rakyat memerlukan sebuah parti baru untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan menjamin kepentingan rakyat terbela. Pakatan Rakyat telah menawarkan pakej pemulihan yang meyakinan kepada rakyat untuk menggantikan dasar-dasar lapuk BN yang sudah ketinggalan zaman. Peralihan kuasa ini mestilah menjadi peralihan daripada BN kepada Pakatan Rakyat supaya rakyat benar-benar menikmati perubahan politik di negara ini, bukan seperti yang dialami oleh Thailand!

YB Hj Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena

Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, October 13, 2008

KE GENEVA!

DOAKAN SAYA SELAMAT SEMUANYA
LAST CHECKING
SEDANG SIBUK MENGEMAS BARANG

Rakyat mahu PM yang bersih dan dilihat bersih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin dipandang paling berkelayakan untuk memimpin Umno oleh sebahagian ahli-ahli parti itu, tetapi beliau juga dipercayai dipandang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti. "Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih,"

Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih.

Kedudukan sebagai Presiden atau Pemangku Presiden Umno bukan satu-satunya syarat untuk menjadi Perdana Menteri. Faktor lain juga mesti diutamakan.

"Ketika negara malah dunia dilanda krisis ekonomi, kita tidak sanggup lagi mempunhyai Perdana Menteri yang tidak diyakini para pelabur asing. Dakwaan 9:37 AM 10/9/2008pelabur asing takut untuk melabur ke negara ini semakin banyak diperkatakan sekarang.

"Kita bimbang Perdana Menteri yang tidak dilihat bersih akan memburukkan lagi rasa takut para pelabur untuk melabur ke negara ini,"

Saya memohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi perhatian utama dan penting terhadap apa yang akan dihadapi oleh negara ini apabila, untuk pertama kalinya, seseorang yang tidak dilihat bersih akan menjadi Perdana Menteri. "Kesemua Perdana Menteri dari Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memulakan tempoh mereka sebagai Perdana Menteri dengan imej yang tidak dilihat bersih. Najiblah orang yang pertama memulakan tempoh sebagai Perdana Menteri dengan imej yang berbahaya kepada negara itu,"

Sokongan majoriti Ahli Parlimen sahaja sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri tidak memadai untuk kepentingan negara.

"Oleh kerana rasuah dan penyelewengan semakin canggih perlaksanaannya sekarang, seseorang yang dilihat bersih sekalipun perlu melalui penapisan atau vetting sebelum menjadi Perdana Menteri.

"Lulus dalam penapisan itu juga sepatutnya menjadi satu lagi syarat untuk diterima sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong,"

"Perkara ini perlu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana Yang di-Pertuan Agonglah yang akan memberi persetujuan dan menyampaikan watikah perlantikan untuk membolehkan seseorang menjadi Perdana Menteri,"

Jika Najib lulus penapisan itu, katanya lagi, maka beliau bukan sahaja bersih malah perlu dilihat bersih.

"Pengunduran (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) juga menimbulkan pelbagai spekulasi apabila blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, mempersoalkan adakah Abdullah pernah menerima RM200 juta dari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Banyak perkara yang berbangkit. Jika benar Rosmah memberikan RM200 juta kepada Abdullah, apa sebab dan tujuannya? Adakah untuk menutup mulut? Kalau benar untuk menutup mulut kes apa?

"Lebih dari itu, bagaimana isteri Timbalan Perdana Menteri boleh memiliki dan membahagi-bahagikan yang begitu banyak dengan mudah sewenang-wenangnya?

"Jika apa yang dipersoalkan oleh Sheih itu betul, ia amat membahayakan negara,"

Friday, October 10, 2008

WAKIL PARLIMEN MALAYSIA KE IPU

Saya bersama beberapa Ahli Parlimen dari Malaysia akan berangkat ke Geneva , Switzerland pada 13 Oktober hingga 15 Oktober untuk menjadi wakil Ahli Parlimen Malaysia ke Perhimpunan INTER - PARLIAMENTARY UNION( IPU ) dan seterusnya membuat lawatan ke Republic Czech dan United Kingdon Pada 16 Oktober hingga 19 Oktober manakala saya akan kembali ke Malaysia pada 21 Oktober , Doakan keselamatan dan kesejahteraan saya .

Saturday, October 4, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Pokok Sena

JEMPUTAN KHAS

HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR &
PUAN RUSWATI BINTI HAJI JAAFAR SEKELUARGA

Dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik

Ke
Majlis Rumah Terbuka AidilFitri

Tarikh : Jumaat - 10 oktober 2008 ( 10 Syawal 1429 H )
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Padang Awam , Kg Aman ,
Pekan Pokok Sena

PERSEMBAHAN ISTIMEWA :

SDR AZHAN ATAN - Juara Akademi Nasyid TV9

Friday, October 3, 2008

Jumlah tebusan kepada lanun mesti didedahkan

Pengerusi Malaysian International Shipping Corporation (MISC), Tan Sri Mohd Hassan Merican perlu mendedahkan jumlah wang tebusan yang dibayar kepada lanun-lanun yang menahan kapal tangki MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5

"Sebelum ini, Reuters melaporkan lanun-lanun itu menuntut AS$4.7 juta untuk membebaskan dua kapal MISC yang membawa kira-kira 80 anak kapal itu,"

Wang yang digunakan itu adalah wang rakyat kerana saham MISC dipegang oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan wang rakyat.

"Perlu dinyatakan dengan jelas siapakah yang menanggung bayaran wang tebusan itu? MISC sendiri atau pemegang saham terbesarnya Petronas? Jika bukan wang Petronas sekalipun, ia tetap memerlukan penjelasan kerana syarikat-syarikat awam milik rakyat mempunyai pegangan dalam MISC.

"Pihak kita tidak pernah dan tidak berniat untuk membantah pembayaran wang tebusan itu. Mungkin sudah tidak dapat difikirkan pilihan lain. Tetapi, kita mahu MISC bersikap telus,"

Pada 29 Ogos lalu, MT Bunga Melati 5 bersama 41 anak kapal iaitu 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina ditawan lanun di perairan Teluk Aden, dalam pelayaran dari Singapura ke Yanbu, Arab Saudi.

Sepuluh hari sebelum itu, MT Bunga Melati 2 yang membawa muatan minyak sawit bersama 39 anak kapal, termasuk 29 rakyat Malaysia yang sedang belayar menuju Rotterdam, Belanda dari Dumai, Sumatera, Indonesia turut ditawan lanun di perairan sama. Seorang daripada anak kapal warga Filipina terbunuh akibat terkena sebutir peluru tersasar.

Ketika ditanya mengenai jumlah wang tebusan yang dibayar kepada lanun-lanun itu, Mohd Hassan berkata: �Saya tidak mahu nyatakan jumlah itu. Apa yang penting rundingan berjaya dan anak kapal telahpun dibebaskan".

Saya menolak pendapat dan keengganan Mohd Hassan yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas itu.

"Jika wang tersebut adalah wang kerajaan, ia tidak boleh dirahsiakan. Jika wang tersebut adalah wang MISC atau Petronas, ia juga tidak boleh dirahsiakan kerana ia melibatkan syarikat-syarikat awam milik rakyat.

"Kita tidak bantah pembayaran tebusan itu, yang kita minta hanya ketelusan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat,"

"Kita tidak boleh menuduh. Tetapi, hakikat bahawa pemilihan Umno akan berlansung dari bulan ini hingga ke ke peringkat tertinggi bulan Mac nanti mencetuskan pelbagai tuduhan dan spekulasi,"

"Kita tak mahu dengar lagi tuduhan-tuduhan bahawa wang itu juga disalurkan kepada 'lanun-lanun' lain. Kita juga tak mahu rakyat terpaksa berkasar untuk menuntut maklumat yang sebenarnya,"

62 peratus pegangan daloam MISC dimiliki oleh Cartaban Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Petroliam Nasional Berhad (Strategic INV), 8.92 peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), empat peratus Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Skim Amanah Saham Bumiputera, 2.29 peratus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), 1.65 peratus State Financial Secretary Sarawak, 1.18 peratus Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, 1.06 peratus Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), 1.03 peratus Valuecap Sdn Bhd, 0.97 peratus Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan 0.96 peratus Lembaga Tabung Haji._

Tuesday, September 30, 2008

Hiasilah Hari Raya Dengan Takbir

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(at-Tabrani)

Huraian
1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha dengan bertakbir beramai-ramai, di masjid-masjid atau di surau-surau bagi menandakan kesyukuran kepada Allah SWT setelah berjaya berpuasa selama sebulan.
2. Di hari yang mulia ini juga umat Islam hendaklah bermaaf -maafan antara satu sama lain dan kunjung mengunjung bagi perapatkan hubungan silatul rahim sesama Islam.


Monday, September 29, 2008

HOREY!!! DAPAT DUIT RAYA SEKUPANG

BILA dah berada di hujung Ramadhan seperti sekarang ini, terkenang zaman kanak-kanak yang mencuit perasaan. Memang tidak ada orang yang paling bergembira apabila tibanya hari raya, melainkan kanak-kanak jualah. Mereka bukan bergembira kerana berjaya menghabiskan sebulan puasa dan tidak ponteng terawih, tetapi kerana baju barunya, kuih-muihnya, mercunnya, lemangnya, ketupatnya, dan yang paling penting ialah duit raya! Inilah keseronokan berhari raya pada zaman kanak-kanak dahulu yang tidak mungkin berulang lagi dalam hidup ini.

Pada pagi menjelmanya hari raya, dengan baju baru yang segak, kanak-kanak sanggup berjalan kaki atau naik gerek buruk bersama kawan-kawan menziarahi setiap buah rumah jiran. Mereka sanggup membeli dompet baru kerana harapannya untuk diisikan dengan duit raya. Kadang-kadang mereka pergi beraya sekadar memberi salam dan menunggu duit raya sahaja – naik ke rumah pun tidak mahu kerana niatnya hanya untuk mendapat duit raya saja. Bila terkenang bagaimana seronoknya apabila berhari raya di rumah jiran dan mendapat duit raya seringgit, terasa seolah-olah jiran yang baik itu segala-galanya. Tetapi ada juga kadang-kadang kita mendatangi rumah Pak Aji yang kaya, tetapi kedekut. Hartanya banyak, tapi duit rayanya hanya sekupang! Memang dasar Haji Bakhil!

Bila dewasa, kita menyedari bahawa Eidil Fitri ini bukan untuk ‘mengutip’ duit raya, tetapi sebagai hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu. Sepanjang Ramadhan kita diajar supaya selain rajin beribadat, ringan juga tangan untuk bersedekah. Membersihkan harta dengan cara berzakat, bersedekah, menderma, wakaf, hibah, infak dan sebagainya. Kerana itu pada bulan Ramadhan ini dengan rahmat Allah kita lihat orang ramai berlumba-lumba bersedekah kerana mengambil fadhilat daripada keberkatan Ramadhan. Sebagai tanda kita bersyukur di atas kejayaan kita sepanjang Ramadhan, semasa berhari raya kita bersedekah kepada kanak-kanak barang seringgit dua supaya kegembiraan ini diraikan dengan hilai tawa mereka.

Tetapi menjelang hari raya pada tahun ini, lain pula jadinya. Beban hidup rakyat memang cukup terasa apabila kerajaan menaikkan harga minyak sehingga 41 peratus. Jika dulu petrol RM10 itu kita boleh memandu untuk lebih 100 km, hari ini RM10 hanya boleh membeli sekadar empat liter petrol. Bukan itu sahaja, harga makanan sudah naik dengan mendadak sehingga roti canai pun berharga 80 sen hingga RM 1 sekeping itupun rotinya semakin kecil ataupun nipis. Bekalan gula, minyak masak, gandum dan beras yang sering terputus menyebabkan krisis makanan berlaku dan rakyat terpaksa menerima hakikat kenaikan harga barang-barang makanan yang begitu tinggi. Terbaru, kadar inflasi sudah mencecah 8.5 peratus, satu kadar yang tertinggi semenjak 27 tahun dahulu. Ketika ekonomi gawat pada 1980-an dan krisis ekonomi 1997 pun, inflasi tidak seteruk ini.

Empat bulan dulu kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen seliter kerana harga di pasaran dunia sudah mencecah USD140 setong. Kadar tukaran asing ketika itu ialah RM3.2 bagi setiap USD. Harga RM2.70 itu sebenarnya lebih mahal daripada harga sebenar ketika itu. Rakyat hanya mendengus di dalam hati mereka. Hendak berdemonstrasi, nanti ISA menanti. Tetapi hari ini, harga minyak dunia telah turun dengan mendadak sehingga melepasi paras di bawah USD100 setong. Kerajaan masih berhujah tentang kedudukan tukaran asing kita yang sebenarnya tidak banyak berganjak iaitu sekitar RM3.4 bagi setiap USD. Jika dihitung dengan faktor-faktor sekeliling, sepatutnya harga petrol sekarang sehabis mahal pun antara RM2.15 hingga RM2.20 seliter. Tetapi mengapa kita masih perlu membayar RM2.45 seliter? Sebenarnya Kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen sebelum ini kerana jumlah kenaikkan adalah suatu bebanan luar jangka terhadap rakyat. Tetapi apabila harga minyak dunia turun secara mendadak, Kerajaan cuba berdalih mencari formula sesuai untuk menurunkan harga minyak yang mana penurunan harga minyak ketika ini langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat. Yang penting biar Kerajaan senang, ikutlah apa nak jadi pada rakyat.

Kita mendengar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan untuk menurunkan harga petrol sehingga 50 sen seliter jika Pakatan Rakyat memerintah. Dua hari lepas pun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan kemungkinan harga petrol boleh diturunkan 30 sen seliter berdasarkan harga semasa. Rakyat nampak bergembira kerana bakal mendapat duit raya lebih dengan turunnya harga petrol ini. Tiba-tiba, Kabinet hanya meluluskan penurunan 10 sen sahaja walaupun harga minyak dunia sudah merosot melebihi USD40 setong. Memang dasar Kabinet Haji Bakil! Adakah patut rakyat hanya mendapat duit raya hanya sekupang sedangkan kerajaan sudah untung besar ketika harga minyak sedang melonjak naik hingga lebih USD 140 setong dan kerajaan juga mendapat keuntungan dari penurunan harga minyak dunia ketika ini kerana Kerajaan tidak perlu lagi menanggung subsidi yang tinggi.

Hanya kerajaan yang kedekut dan Perdana Menteri Haji Bakhil sahaja yang sanggup melihat orang lain susah, merempat dan sengsara, asalkan anak menantu mereka terus kaya raya. Mungkin Perdana Menteri Haji Bakhil Bin Kedekut berasa seronok apabila menantunya dari Kampung Dusun boleh memandu kereta ke sana ke mari dengan duit rakyat digunakan untuk mengisi minyak keretanya. Haji Bakhil hanya asyik melayan Cikgu Murni. Apa yang diminta oleh Cikgu Murni semuanya akan ditunaikan kerana Haji Bakhil berkeinginan untuk memiliki Cikgu Murni. Inilah secebis kidah daripada filem melayu yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem "Nasib Labu Labi". Cikgu Murni lambang kepentingan diri Haji Bakhil. Maka, biarlah rakyat terus menarik beca buruknya jika tidak berupaya membeli petrol lagi. Dalam keadaan yang begitu terdesak sekarang pun, kerajaan masih berlagak untuk menindas rakyat, tidak mustahil rakyat terus dihimpit jika mereka kekal berkuasa. Kalau rakyat sudah tidak tahan dengan politik lok lak BN ini, kita mesti berusaha keras untuk mendesak kerajaan yang ada turun segera dari takhta, supaya kerajaan rakyat boleh mengambil alih kuasa.

Yang anehnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed mendesak supaya harga barang keperluan diturunkan selaras dengan pnurunan harga petrol. ”Tidak ada lagi isu kos pengangkutan”, kata beliau. Menteri seolah-olah lupa bahawa yang dinaikkan dahulu ialah 78 sen seliter, yang turun baru 25 sen. Adakah dengan turun 25 sen ini, semua kos yang naik sebelum ini akan dapat kembali kepada asal. Jika menteri kita ini cerdik, kenaikan 78 sen seliter memang memberi dampak yang besar, tetapi penurunan 10 sen adalah amat marginal. Janganlah memperbodohkan rakyat dengan duit raya sekupang ini semata-mata untuk membeli jiwa mereka menjelang saat kehancuran Umno/BN.

Apapun, terima kasihlah kita ucapkan kepada Perdana Menteri Haji Bakhil kerana memberikan duit raya sekupang kepada rakyat. Rakyat akan mengenang ia sebagai satu pemberian terpaksa daripada orang kaya kedekut. Saya harap rakyat cepat sedar dengan permainan politik licik lagi kedekut BN ini dan kita mesti terus bergerak untuk meruntuhkan hegemoni BN ini. Akhirnya saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Salam Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia serta tidak lupa kepada umat Islam dan rakyat Parlimen Pokok Sena dengan harapan jadikan hari raya ini sebagai satu titik perubahan untuk kita menolak sebuah kerajaan boros lagi kedekut dengan rakyat kepada sebuah kerajaan yang berhemah dan menjaga kebajikan rakyat. Maaf zahir batin!

Thursday, September 25, 2008

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan

Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir.

Perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.

"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.

"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil

Apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu. "Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?"

Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Tidak tahu buat kerja

"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?

"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?"

Perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir. "Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi,"

"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.

"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.

"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah,"

Ganjaran kerja politik

Rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.

"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.

"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini,"