Wednesday, September 9, 2009

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"

Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. Image"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"

Saya mempersoalkan kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"

Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,"

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui,"

PAS tuntut dimansuh borang identiti pengundi pos

PAS menuntut pemansuhan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Saya ingin mencadangkan agar ia juga dimansuhkan dalam semua pilihan raya yang akan diadakan selepas ini.

"Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.

"Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.

"Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,"

Dalam satu pertemuan antara wakil-wakil PAS dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, pengerusinya ketika itu pernah berjanji untuk mempertimbangkan pemansuhan borang itu. "Bagaimanapun, tidak ada apa-apa yang berlaku selepas itu,"

PAS juga akan menuntut supaya wakil dari calon PAS bukan sahaja dibenar menyaksikan proses pengundian, malah dibenarkan bersama-sama mengawal peti undi pos sebelum dikira.

"Kita akan berusaha habis-habisan untuk memastikan petugas-petugas yang mewakili calon PAS sama ada dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan pilihan raya lain yang akan diadakan kelak diberi hak demokratik mereka untuk menyaksikan proses pengundian, mengiringi perjalanan kotak undi pos serta bersama-sama mengawalnya sepanjang tempoh sebelum dikira.

"Kesemua itu sangat penting dan perlu bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih, telus dan adil,"

Saya yakin, pihak SPR dan semua pihak yang terlibat dengan perjalanan pilihan raya akan menyokong tuntutan PAS itu bagi membuktikan kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia bahawa pilihan raya dijalankan dengan bersih, telus dan adil.

Friday, September 4, 2009

Bonus: PAS cadang kerajaan bayar satu setengah bulan

PAS menyokong penuh tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti,"

PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.

"PAS cadang kerajaan bagi bonus minimum satu setengah bulan gaji supaya mereka dapat buat persiapan raya,"


Wednesday, September 2, 2009

Menangi pilihan raya, PAS ucap tahniah pada DPJ

Kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya umum negara itu Ahad lalu membuktikan rakyatnya berani membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.

"Saya mengucapkan tahniah kepada DPJ atas kemenangan besar dan bergaya dalam pilihanraya mereka, dan tahniah kepada rakyat Jepun yang telah menolak parti yang telah berakar umbi selama 54 tahun di Jepun.Mereka mempunyai keyakinan tinggi bahawa masih ada parti yang mampu membawa satu pembaharuan kepada masa depan Jepun,"

Slogan 'Negara Berkebajikan', yang dibawa DPJ, sama dengan slogan PAS pada pilihanraya umum 2008 merupakan faktor penting kemenangan mereka.

"Mereka juga dalam cuba memberikan keyakinan kepada rakyat, membawa slogan negara berkebajikan, satu slogan yang sama dibawa oleh PAS pada pilihan raya umum lalu. Rakyat Jepun merasakan ianya satu yang terbaik buat masa depan mereka dan membuat keputusan memilih DPJ,"

"Pakatan Rakyat khususnya PAS bersedia untuk bekerjasama dengan DPJ untuk pastikan negara kita terus dapat pelaburan yang lebih baik dan akan menyediakan ruang-ruang untuk pelaburan negara jepun jika kita diberi mandat untuk memerintah negara ini,"

Kota Seputeh: Umno kalah 8-0

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut.

"Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu,"

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

"Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

"Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua,"

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia.

"Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

"Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

"Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat,"

SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama. "Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama,"

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

"Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu,"

Saya ingin mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseoran ADUN tidak menghadiri sidang DUN. "Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN,"